NuffnangX

Tuesday, January 31, 2012

Wajibkah Memberi Nafkah Sekiranya Isteri Bekerja

semalam aku bertanya pasal isu nie kepada sayang..tetiba aku terpikir nak tanya nafkah dari sayang..ada beberapa isi aku tak setuju..jadi pagi nie aku search di internet..
jadi kita berkongsi ilmu ini bersama-sama..

Keputusan Majlis Fiqh Sedunia dalam persidangan yang ke-16 bertempat di Dubai pada 9-14 April 2005 telah membuat ketetapan seperti berikut :-

1. Pemisahan tanggungan harta di antara suami isteri
Isteri mempunyai kelayakan sepenuhnya dan hak harta yang tersendiri. Menurut hukum Shariah, isteri mempunyai hak penuh terhadap (harta) yang diusahakan, samada untuk menggunakannya, memiliki sesuatu, membelanjakannya sementara suami tidak punyai sebarang berkuasa ke atas harta isterinya itu. Isteri juga tidak perlu mendapat izin suami dalam pemilikan hartanya itu dan cara belanjakannya.

2. Nafkah perkahwinan

Seorang isteri berhak menerima nafkah yang telah ditetapkan mengikut kemampuan suami bersesuaian dengan uruf yang benar juga kebiasaan masyarakat setempat yang diterima syara'. Kewajipan memberi nafkah ini tidak gugur kecuali jika berlaku nusyuz (di pihak isteri).

3. Isteri keluar bekerja
Tanggungjawab asas bagi seorang isteri ialah mengurus keluarga, mendidik anak-anak dan memberi sepenuh perhatian terhadap generasi masa depan itu.
Walaubagaimanapun, di ketika perlu, isteri berhak untuk bekerja dalam bidang yang bersesuaian dengan tabiat dan kemahirannya menurut uruf yang diiktiraf syara' dengan syarat hendaklah dia beriltizam (menjaga) hukum-hukum agama.
Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri yang berkerja tidak gugur menurut Islam, selagi mana tidak berlaku ketika keluarnya isteri tersebut untuk bekerja menyebabkan berlakunya isteri 'nusyuz', tatkala itu gugur kewajipan suami memberi nafkah kepada isterinya yang nusyuz.

4. Isteri turut serta membiayai perbelanjaan keluarga
Menurut pandangan Islam, dari awal mula lagi, isteri tidak wajib berkongsi peranan membiayai nafkah (perbelanjaan) yang diwajibkan ke atas suami.
Suami juga tidak harus mewajibkan isteri membantunya (dengan bekerja).
Kerelaan seorang isteri untuk turut berperanan membantu perbelanjaan keluarga merupakan suatu perkara dibenarkan menurut pandangan syara' demi menjayakan makna bantu membantu dan bertolak ansur di antara suami isteri.
Diharuskan untuk membuat persefahaman dan persepakatan di antara suami isteri akan cara pengurusan pendapatan mereka termasuk pendapatan yang diperolehi oleh isteri.

5. Kerja Sebagai Syarat
Seorang isteri dibenarkan untuk meletakkan syarat pada akad perkahwinannya bahawa ia hendaklah dibenarkan bekerja, apabila suami redha dengan syarat itu, ia menjadi kemestian baginya untuk membenarkan (setelah kahwin). Syarat itu hendaklah dinyatakan secara jelas ketika akad.
Suami pula harus meminta isteri meninggalkan kerjayanya walaupun sebelum ini ia membenarkannya, iaitu sekiranya meninggalkan pekerjaan itu dibuat atas tujuan kepentingan keluarga dan anak-anak.
Tidak harus, pada pandangan syara' bagi seorang suami untuk menjadikan keizinannya kepada isteri untuk bekerja dengan syarat isteri hendaklah membantu perbelanjaan keluarga yang diwajibkan ke atas suami; tidak harus juga suami mensyaratkan isteri memberi sebahagian daripada pendapatannya kepada suami.

6. Perkongsian isteri dalam pemilikan harta
Apabila isteri benar-benar turut menyumbang harta dan pendapatannya bagi mendapatkan dan memilki rumah, aset tetap atau sebarang projek perniagaan, ketika itu isteri mempunyai hak perkongsian pemilikan terhadap rumah atau projek tersebut mengikut kadar harta yang disumbangkannya.

7. Penyalahgunaan hak dalam bidang pekerjaan
Sebuah perkahwinan itu mempunyai beberpaa kewajiban bersama yang patut ditanggung oleh pasangan suami isteri dan ia ditentukan oleh Shariah Islam dengan jelas. Justeru hendaklah perhubungan antara suami isteri dibina adalah landasan keadilan, tolak ansur dan saling menyayangi. Sebarang tindakan yang melangkaui batasan berkenaan adalah haram pada kacamata syara'.
Seorang suami tidak harus menyalahgunakan haknya sebagai suami untuk menghalang isteri bekerja atau memintanya meninggalkan kerjayanya sekiranya ia hanya bertujuan untuk memudaratkannya (isteri) atau diyakini tindakan itu hanya akan menyebabkan keburukan melebihi kepentingan yang diperolehi.
Demikian juga halnya ke atas isteri (tidak harus menyalahgunakan keizinan dan hak yang diberikan), iaitu jika ia berterusan dengan kerjayanya hingga menyebabkan mudarat kepada suami dan keluarga atau melebihi maslahat yang diharapkan.
(Tamat terjemahan)

* Secara keseluruhannya Islam benar-benar menjaga kemaslahatan sejagat sehingga masalah sebegini turut diperbincangkan diperingkat global. Seharusnya perkara ini juga menjadi satu topik perbincangan penting yang disepakati oleh pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan. Perlulah disedari bahawa wanita hari ini bukan hanya bekerja untuk menjana ekonomi semata bahkan kelebihan yang dimiliki dari segi intelectual sangat diperlukan untuk membangunkan negara dan agama. Sewajarnya kaum lelaki haruslah berusaha meletakkan diri mereka lebih dominan dalam menguasai ilmu agar sumbangan wanita dalam masyarakat lebih terarah(focus) kepada membina keluarga dan mendidik anak-anak menjadi generasi ulul albab yang bakal mengembalikan kegemilangan dan ketamadunan Ummah. Wallahua'lam.

info ini di ambil dari SINI

3 kata-kata indah:

~ain said...

Suami masih kena kasik gak nafkah walaupun isteri bekerja dan ada duit sendiri. Isteri tak wajib kerja, tak wajib byr bil, tak wajib tanggung rumahtangga..

Tapi, isteri buat sebab nak bantu suami. Bekerjasama kata orang... Kalau suami tak cukup duit, kita tolong. Awal bulan , suami kasik 300, hujung bulan suami pinjam balik 300.. hahaha.. Ala, bukan orang lain. Suami sendiri, kan?

Suami lak jgn amik kesempatan! Belasah kang! hahahha

A N A K - A N A K K U said...

hahahaah.....kehidupan sekarang memaksa isteri bekerja, dan membuatkan suami terlupa y dia wajib bg nafkah pada isteri......

|| NaFiRaa || said...

wajib bagi walaupon isteri dah kerja.. sebab tu memang tanggung jawab suami..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha