NuffnangX

Friday, November 30, 2012

Inai dari Mekah

member ofis Ain bagi ole-ole dari Mekah
ibunya baru balik dari menunaikan haji hari rabu yang lepas
dapat la sedikit air zamzam, inai dan sedikit kurma dan kismis
TQ

simpan dalam handbeg
umairah memang suka godek-godek handbeg aku
nak tengok apa yang ibunya belikan untuk dia
sekali ternampak inai daaa dalam handbeg
"wah ibu boleh kakak pakai inai nie" umairah
"ok malam nanti ibu pakaikan"aku

umairah memang suka bangat pakai inai
kalau balik ke rumah neneknya pasti akan pakai inai
lebihan dari kak ipar masa kenduri kahwinnya
malam tadi sambil tengok berita
umairah sudah tuntut janji nak pakai inai
jadi aku pakaikan inai hanya di kuku sahaja
sekali dengan umar pakai inai sekali
emmmmm sama jea perangai suka pakai inai
ingatkan stop di situ sahaja

tapi masa aku tengah sibuk buat crepe durian
umairah datang tunjuk pada aku tangan dia
MasyaAllah apa sudah jadi nie umairah

"pak lang buat"umairah
aku tengok macam dah jadi apa ntah
korang tengok sendiri la
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
hasilnya
hasil kretif pak lang dia akan si Sobri
siap letak nama lagi
hishhhh
apa kes daaaaa
nampak berserabut jadinya
bunga kat tangan tu dah ok dah
bila di lengan tu yang nampak jadi buruk plak aku tengok
huhuhuhuhu

umairah senyum suka jea la
nasib baik la cepat hilang inai nie kalau lukis di kulit

hah nie la pak langnya
sobri pun pakai inai gak di ibu jari
sabar la sobri dah tak sabar nak kawen erk
lagi 6 bulan jea ko nak kahwin eheh
tak sabar nak pakai inai di jari erk

umar pun sibuk nak gergambar jugak
hehehehehhe

aku pun turut terbabit pakai sekali inai malam tadi
tapi pakai di kuku jari kiri jea eheh

sejuk jea pakai inai mekah nie kan...
siapa kena cengkam kuku memang elok pakai inai cepat baik

1 kata-kata indah:

Zie Madini said...

haaa...ni baru zie dpt komen. hehehe. thnks ena for ubah. hehehe.

BTW, inai dr mekah mmg best. warna dia super terang. kejap je pakai dh terang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha