NuffnangX

Wednesday, May 23, 2012

Senyum Ceria Di Pagi Rabu

tergelak sorang-sorang depan pc
jom gelak ramai-ramai
sengal kan hahahahhaa

Tuesday, May 22, 2012

Ada Adik

malam tadi sambil baring menyusukan umar
umairah tiba-tiba sentuh perut aku dan cakap

"perut ibu ada adik" umairah
"hish mana ada la, perut babah yang ada"aku
"tak la perut babah gemuk, perut ibu yang ada adik" umairah
"umairah nak adik lelaki atau perempuan"aku
"kakak nak adik perempuan, boleh main sama-sama" umairah
arghhhhhh sudah
hari nie sudah lewat 2 hari bendera merah tak naik lagi huhuhuhuhuhu
dalam debar 

harap bendera merah akan naik la dalam masa terdekat nie
huhuhuhuhuhuhu

Spiderman in Action

kakak mengajar adik
nie la jadinya bila kakak menjadi teladan kepada adiknya
si adik plak mengikut jea apa yang si kakaknya buat
haru biru jadinya
tekak aku dah sakit menjerit-jerit
haram nak didengarnya
tetap jugak memanjat

jom layan dua beradik nie memanjat grill tingkat
budak berdua nie kalau didiamkan
sampai ke atas sekali akan dipanjatnya
jantung aku tak osah cakap la
laju jea berdebar-debar
dalam berdebar-debar tu sempat lagi snap gambar aksi spiderman nie hahahahahha




nie la aksi spiderman and spiderwomen in action
nak keluar rumah tapi tak dapat
hanya melihat dari tingkap jea
tu yang frust sampai tingkat dipanjatnya

grrrrrrr lasak kemain budak berdua nie

Monday, May 21, 2012

JJCM : Kaw Kaw Burger Bakar

sebab kesian tengok bininya telah meroyan nak makan burger
jadi petang semalam sayang ajak makan burger di Puchong Utama
stall nie ada branch di wangsa maju
memang tengah hot skang nie

stall kaw kaw burger bakar nie terletak di Lokas Makan
banyak stall makanan yang lain
tapi aku nampak orang ramai yang datang ke sini
semata-mata nak pekena burger bakar nie
beratur memang panjang la
masa order kena ingat no. meja
sebab pesanan akan di hantar ke meja korang
tunggu jea la
sambil-sambil tunggu tu boleh pekena menu lain dulu
sambil anak-anak boleh maian di funland dulu

Kaw Kaw Burger Bakar
sejak tengok di JJCM dan di paper aku memang dah aim nak datang sini
thanks sayang sudi bawak ke sini
mmmuahhh

Q panjang
bawak-bawak la bersabar sebelum anda boleh order yea
tak sabar makan ajer la makanan yang lain

panty burger yang di grill
memang di marinate dengan citarasa tekak orang malaysia

funland yang menjadi kesukaan budak-budak
1 kepala - RM5.00
main la sampai nak balik
umar main sampai taknak keluar
aku yang t6erpaksa masuk dalam funland tu untuk tarik keluar
fuhhhh merasa la masuk dalam tu hahahahahaha

aksi-aksi umairah dan umar dapat lepas bebas dalam funland
suka yang amat

tergelak-gelak aku tengok umairah turun dari gelongsor tu
tetiba aku pun nak main sekali hahahahahaha

penat bermain
kita mamam dulu

gelagat umar yang taknak di dukung
nak berlari bebas
fuhhhh kepenatan mengejar budak sorang nie


order air sampai 4 cawan
padahal kami berdua orang dewasa
budak-budak 2 orang
tapi kesudahannya
memang habis licin air nie kami 4 beranak sedut


sambil tunggu burger siap di hantar ke meja kami
brother yang jual otak-otak
meletakkan 1 bekas plastik atas meja kami
ada 6 batang
try rasa - memang sedap
6 batang RM4.00
beli lagi RM12.00 untuk di bawak ke rumah
mak aku memang suka makan otak-otak nie

single beff cheezy beconizer - RM11.50
tambah RM1.50 untuk dapat 3 batang sosej
sosej di makan oleh umar dan umairah

Double Beff Chezzy Beconize - RM17.50
tambah RM1.50 untuk sosej
sama jugak di bantai makan oleh umar dan umairah

sayang dan burger pilihannya
tapi makan separuh jea
sebab tak boleh nak makan habis
sebab cepat muak

nasib baik la aku order single burger punya
panttynya aku memang ratah habis la
roti aku tak makan sangat

bila tengok burger nie
mesti teringat rancangan Man vs Food
aku suka tengok rancangan tu
mesti terliur jea aku tengok mamat tu makan

thanks sayang bawak ena makan di sini
lepas nie kita JJCM di tempat lain plak yea

korang pun try la burger bakar nie
memang sedap :D

Kenduri Tahlil

Jumaat yang lepas
kami member-member GCS's telah menghadirkan diri datang ke rumah kaka liza
kak liza buat kenduri doa selamat sempena pemergian ibu tersayang ke rahmatullah 
dan suami tersayang akan mengerjakan umrah pada minggu ini
semoga selamat pergi dan selamat pulang..IsyaAllah

majlis start selepas isyak
tapi janji dengan member-member GCS untuk datang pukul 9pm
memula aku datang ke rumah syikin dahulu
dan gerak sama-sama ke rumah kak liza
naik kereta aku
memula umairah dan umar duduk di depan
syikin dan rayyan duduk di belakang
bila sampai di kuang jea
rayyan mula cakap hahahahhahaha ada hantu
mencicit umairah dan umar ke belakang
umairah duduk di belakang syikin
terus ke tepi rayyan di buatnya
umar laks tetiba tersekat di tengah seat - terkekeh syikin di buatnya
pastu dapat lepaskan diri terus duduk depan syikin
ambik ko 3 budak ketakutan menjerit di belakang seat
haru biru jadinya
dah la macam-macam versi aku dengar kejadian mistik terjadi di jalan kuang nie
alahai.....nak kena solatape mulut budak berdua nie
antu puchong pun di bantai sebutnya - umairah
antu mak limah - rayyan
uwaaaaaaaaa

perjalanan balik pun sama jugak
tapi tetiba aku dapat idea
jom nyanyi sama-sama
jadi tak dengar la komplain budak-budak nie nampak hantu hahahahhaha
sambil aku pun menyanyi jugak hahahahhaa

masa sampai di rumah kak liza
tak nampak lagi kelibat budak-budak yang kami kenal
ramai orang lelaki jea
tak sampai 5 minute kami duduk
baru la nampak kelibat-kelibat budak-budak gcs sampai
kak nor, wan, kak ima, kak izan, kak ayu, ann dan nina
rata-rata yang datang semuanya tanpa suami di sisi - suami sibuk :p
dan masing-masing bawak anak-anak - jadi handbeg
riuh rendah rumah kak liza dengan anak-anak kami semua

umar dan umairah buat hal sendiri jea
umar memang nakal
semua orang nak di salamnya
belum lagi masa makan
habis pinggan syikin dan pinggan kak imah
di pijaknya oleh umar
alahai...malu jugak aku dibuatnya
rasa nak cepat-cepat jea balik :p
umairah memang buat hal sendiri la
sekejap-sekejap keluar ambil buah dan minuman - jadi aku tak la risau sangat
umar yang paling aku takut
muka memang selumber tapi tangan kaki berjalan jea
pastu ada eja benda nakal yang dia buat
emmmmmm
maaf la yea pada korang semua dengan kenalakan anak ena tu
maaf di pohon

ann mama vogue gitu
sian bella sebab dah mengantuk sangat tu
bak kata ann, anak perempuannya tu akan tidor kalau di letakkan ke dalam buaian
pastu baru la diletakkan di bawah
jadi sekejap-sekejap anak ann nie nangis


umar si nakal
main ba ba chak 
cute jea gambar nie

member-member gsc

si umar tak malu
pergi ke meja terus memeluk bekas kuih
bawak kepada aku minta di buka
memula ambik bekas kuih tart
bekas keropok 
pastu bekas kuih bahulu
makan jea si kecik nie

emmmmm pas nie memang kena bawak sayang jugak kalau pergi kenduri
tak sanggup nak handle anak sorang-sorang
tak terlarat nak handlenya

emmmmm

Workstation Anda Di Ofis Macam Mana

tempat kerja mesti ada tempat kerja korangkan
macam mana rupa tempat kerja korang
hari nie jom cerita tempat kita mencari kerja
dan hujung bulan tunggu gaji masuk ke akaun :D

ok meja aku biasa-biasa jea
nampak tak berselerak bila tengah bulan jea
bila tiba hujung bulan dan awal bulan
memang bertimbun atas meja dengan kertas
siap meja belakang pun aku akan konker hehehehehhe

nie tak berserabut lagi
nampak la jugak berkemas
nampak jugak la batang pen atas meja
kalau tiba hari sibuk
asyik jea la tak jumpa pen
ialah tertimbus dengan kertas eheh

nie adalah rupanya dinding di workstation aku
emmmmm main tampal jea kan
macam-macam nota aku tampal

nie plak almari aka peti besi aku hahahahahha
segala benda aku sumbatkan dalam almari nie
atasnya plak pelbagai jenis dokumen yang belum di filling akan disimpan di situ dulu
bila free akan buat filling

yeah nie la workstaion kami berdua
maacam mana
kemas atau berselerak hahahahhaha

workstation korang macam mana
ops lupa laks nak tunjuk bawah meja
lagi la banyak harta karun eheh

Friday, May 18, 2012

Jom..Join Contest M&M

layan FB tadi
ternampak contest M&M nie
terus tertarik hati nak join

Fun you can't resist
nie muka depan contestnya
jom join

lepas dah buat semuanya
akan keluar kita punya kata-kata yang kita taipkan di bahagian gallery
jom join 
kalah menang belakang cerita
lagi plak aku memang suka makan choc m&m nie
yummyyyyy



Semoga Maju Jaya HRM - Pn.Azmah

cerita dah basi sebenarnya
tapi tetap nak story dalam blog kesayangan aku nie
pada 10hb yang lalu
HR manager kami di GSC telah meletakkan jawatannya - Pn.Azmah
sedih jugak bila dapat tahu akan perletakkan jawatan nie
tapi kami sebagai staff hanya menerima
sebab pucuk pangkalnya tuan punya badan kan
takkan la kita sebagai orang luar nak pujuk-pujuk
jangan letak jawatan plak
emmmmmmm

cuma aku doakan pada Pn.Azmah 
semoga berjaya di tempat lain
jangan lupakan kami di sini

bagi aku Pn.Azmah seorang yang
soft spoken
lemah lembut
protect pada staffnya
dan tidak berkira
oranya pun masih lagi cantik
pujian ikhlas tau :D

bersama dengan pn.azmah

hari sebelum last daynya
kami telah berpakat-pakat membuat farewall party untuk pn.azmah di Secret Recipe's
jumlah yang pergi adalah 16 orang
perghhhh penuh dengan budak-budak GSC jea

Din..Eric..Malek dan Azhar
budak lelaki yang join

sebelum pergi budak-budak HR tempah dahulu menu yang kami nak makan
yea lah senangkan
sampai jea SR dah boleh terus makan

sambil-sambil makan
sambil-sambil gelak
sambil-sambil chit chat
best jugak dapat makan ramai-ramai nie

tanggal 10hb June 2012
Pn.Azmah telah meninggalkan GSC dengan sebak di dada
sedih....
anggun berbaju Merah
sebelum balik sempat la kami semua bergambar-gambar kenangan dengan Pn.azmah
sambil memotong kek perpisahan

wajah-wajah akhir bersama dengan Pn.Azmah
Gud Luck Pn.Azmah
we love you...

aNAK-aNAK DI pAGI hARI

 minggu nie sayang kerja malam
jadi waktu pagi rutin aku tidak sibuk sangat
boleh la sebelum pergi kerja aku kemas apa-apa yang patut
tapi kalau sayang kerja pagi
memang tak cukup tangan kaki aku nak uruskan budak berdua nie

biasanya setiap pagi
aku akan siapkan susu untuk umar dan umairah
pastu budak berdua nie akan baring depan tv tengok channel 611
pagi nie mood sayang macam tak beraper nak ok sangat
baring atas sofa
budak berdua nie plak
baring berhimpit-himpit dengan babahnya atas sofa
tapi babahnya senyap jea
tak muat punya pasal
umairah baring atas badan babah dia
layannnnn

sofa yang muat-muat jea untuk sayang
tapi anak-anak aku tetap nak menyelit baring sebelah babahnya

muka-muka belum mandi lagi
bucuk la

umar si bam bam
makin geram aku nak gigit pipi si kecik nie

baru tahu naper mood sayang kurengggggg
lampu belakang kereta kena pecah
emmmmm nak keluar duit lagi la tu nak beli lampu baru huhuhuhuhuhu
baru nak simpan duit untuk bercuti uwaaaaaa

Thursday, May 17, 2012

Kepenatan

lately nie aku macam takder mood nak update blog
nak buat BW lagi la
rasanya badan nie macam super duper kepenatan 
dari mind sampai la ke badan
muka pun macam tak bermaya sajer

dengan kerja di ofis yang berlambak-lambak
dengan assignment yang perlu di buat
dengan kuih yang perlu di buat 
dengan nak melayan karenah anak-anak
belum lagi nak melakukan tanggungjawan kepada suami
tapi itu semua lumrah kehidupan tugas seorang ibu yang bekerja
di tambah pulak sambung belajar
bertambah-tambah tanggungjawab tergalas di bahu

malam kalau ada peluang
memang akan tiodr awal
kesian pada anak-anak
sebab ibu dah tertidor dulu tapi anak-anak masih lagi belum tidor
kadang-kadang tu memang niat taknak tidor awal
nak luangkan masa dengan anak-anak
tapi bila duduk di sofa pun boleh terlelap
macam mana tu - keletihan sangat la

jadi kalau ada peluang hujung minggu tiada class
memang aku akan dan sayang akan bawak mereka keluar
buat aktiviti bebas
anak happy
parents bertambah la happy
umar yang semakin nakal
dan semakin manja


kalau pergi Jusco Rawang
mesti akan ambil troly kereta nie
suka plak dua beradik nie duduk dalam troley nie

nasib baik la umairah mengalah duduk di belakang
memula berebut jugak nak duduk dalam sebab nak pegang stereng
last-last pujuk baik-baik umairah
boleh duduk bersila di belakang train
sayang kakak

anak adalah segala-galanya

Wednesday, May 16, 2012

Cikgu...Selamat Hari Guru

hari nie sambutan Hari Guru
teringat pada cikgu-cikgu aku yang pernah mengajar aku dahulu
banyak jasa dorang dalam menjadikan aku hari nie

besar jasa seorang guru
hanya Allah yang membalasnya

nak beli something
untuk umairah bagi pada teachernya

selamat hari guru pada yang menjadi seorang pendidik
banyak cabaran dan dugaan sebagai pendidik
sabar yea menhadapi karenah anak muridmu...

Tuesday, May 15, 2012

Sedih dan Frust


skang nie mood aku tengah sedih
sebabnya perancangan yang telah lama di atur
tetiba tak menjadi
cuti dah lama apply
tunggu beberapa minggu sahaja lagi untuk pergi bercuti
tetiba tak jadi kena cancell last minute
geramnya

 tempat yang di rancang untuk bercuti terpaksa cancell
cuti sudah apply
tapi aku  tetap jugak nak pergi bercuti pada tarikh yang telah kami mohon cuti
korang ada tempat yang best untuk pergi melancong
dalam malaysia jea

ada idea....

Chicken Foldover

lunch tadi
makan di mc'd jea tadi

siapa suka chicken foldover
cepat angkat tangan eheh
aku suka
roti pita yang lembut
ayam yang di goreng lembut
mayonis sedap hingga menjilat jari
dan bawang yang di gigit dengan kerangupan
wahhhhh betul-betul promo mc'd aku nie hahahahhaha

memang kenyang makan menu nie
suka .. suka ...suka
keluar menu yang baru nie
sudah 2 kali aku makan
dan hari nie makan lagi

lunch yang sempoi
suka....

Monday, May 14, 2012

Hutang Tertunggak

lega sudah kini
sebab selesai membuat pembayaran untuk credit card
kini hutang credit card telah tiada
habis jea
aku terus potong credit card aku
selagi ada dalam wallet
selagi tu la aku akan swipe di mechine credit card
tak sudah-sudah untuk berbelanja

setelah buat full settlemet untuk credit card
terus aku senyum kelegaan
selepas ini
no no untuk credit card

bagi aku banyak keburukkan dari kebaikan 
menggunakan credit card nie
bila sudah selalu sangat guna
tak termampu nak bayar
di tambah-tambah plak dengan tunggakan interest
perghhhhh boleh pengsan dibuatnya 
bila bil credit card sampai di rumah

lagi bahaya bila gunakan credit card untuk menggeluarkan CASH
interest yang dichargekan pada pelanggan
memang tinggi
jadi bagi aku memang kemudahan credit card BAHAGIA
semasa menggunakannya
DERITA apabila statement sampai di tangan
bila tertangguh bayar hutang credit card
bertambah tinggi la interest yang dikenakan

sudah-sudah la aku menggunakan kemudahan credit card nie
baik lupakan sahaja
dan berbelanja dengan debit card sahaja
ada duit dalam bank
boleh la berbelanja
takder duit dalam bank
duduk jea diam-diam tak payah nak shopping

tapi kini aku bahagia
sebab sudah bebas dari hutang credit card
Alhamdulillah
kata kan tidak kepada Credit Card :D

Sunday, May 13, 2012

Selamat Hari Ibu


hari ini seluruh dunia
menyambut Hari Ibu
aku ucapkan selamat hari ibu
kepada mak tersayang
dan ibu mertua

aku doakan semoga
ibu-ibu aku ini
sentiasa sihat walafiat 
dan sentiasa di lindungi oleh Allah

dan semua teman blogger yang bergelar seorang ibu

Tuesday, May 1, 2012

Happy Labour Day


selamat hari pekerja rakyat malaysia
hari nie kita bercuti
korang buat apa sahaja
emmmm aku lepak di rumah sahaja
sayang kena kerja laks
emmm takper la boleh la tambah pandapatan di hujung bulan
kata awal bulan nanti nak bercuti eheh
kena cari duit lebih

aku laks duduk di rumah menjaga anak-anak
sambil-sambil tu menyiapkan assignment
Tamadun China
penat mencari rujukan
tapi kebanyakkannya ciplak dari internet jea
nak pergi ke perpustakaan
macam takder masa jea nak terjah ke sana

semalam PM kita telah umumkan gaji minimum untuk pekerja sektor swasta
apa pendapat korang
bagi aku nak ker majikan naikkan gaji pekerjanya ke tangga gaji RM900.00
macam kerajaan ada ker undang-undang yang telah ditetapkan
sekiranya majikan taknak naikkan gaji pekerjanya
apa langkah kebijaksaan kerajaan untuk memastikan majikan tidak lari dalam
melaksanakan apa yang PM war-warkan malam tadi

aku rasa majikan mungkin akan ambil langkah drastik
dengan mengupah pekerja Indon dari
memberikan gaji tinggi kepada pekerja yang dia hanya mampu bayar gaji seadanya
jadi apa pilihan yang ada pada pekerja
nak kerja terima sahaja
nak gaji tinggi cari kerja tempat lain
masih ramai lagi yang menanti peluang untuk bekerja

jadi aku rasa kenaikan gaji minimum nie
hanya janji sahaja
yang menentukan pihak majikan jugak
bukannya PM kita
PM hanya boleh mengarahkan
yang menentukan majikan-majikan nie jugak
kalau syarikat tutup siapa yang rugi

pendapat korang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha