NuffnangX

Showing posts with label umairah. Show all posts
Showing posts with label umairah. Show all posts

Thursday, November 8, 2012

Jatuh Kerusi ~ Hidung Bleeding

petang selasa yang lepas
ambil umairah dari nursery
biasanya mulut umairah riuh bercerita
apa yang terjadi masa dia di nursery
tapi petang selasa tu - senyap jea

bila aku tengok muka umairah sudah berbekas
m.cik penjaga beritahu yang umairah jatuh kerusi
sebab ada budak lain yang tertolak umairah ketika ada atas kerusi
jatuh terkena bucu kerusi
bertanda tepi mulut dan tepi kening

bukan setakat tepi mulut dan kening jea
hidung pun terkena sekali
sebab masa aku mandikan umairah
nampak ada darah dalam hidungnya
alahai siannya anak ibu nie

muka tak ceria langsung
tapi tetap nak buat peace

dan petang semalam
masa makan buah rambutan
umar tersinggung hidung umairah dengan buah rambutan
terus berdarah - non stop
dah tegakkan kepala umairah
tetap keluar darahnya
aku dah takut

terus ajak sayang pergi klinik keluarga 
sampai pukul 7pm
nasib baik la doc masih ada lagi
sebab pukul 7.30pm-8.30pm waktu rehat klinik tersebut

doc memasukkan satu alat dalam hidung umairah
nasib baik la umairah ok jea
lepas belek hidung umairah
doc beritahu yang dalam hidung umairah ada luka
jadi dalam masa terdekat nie hidung umairah amat sensitif
tersentuh sedikit pasti akan bleeding

doc bagi nasihat
sekiranya bleeding jugak
picit hidung, dongakkan kepala
ataupun tuamkan dengan iec di batang hidung
untuk menghentikan pendarahan
thanks doc :D

 lepas jumpa doc
baru umairah ceria
dan mulut becok umairah kembali semula
peace yo...
bertanda sudah muka anak dara ku ini

ikut gaya kakaknya
mengikut jea apa yang kakaknya buat

sambil menunggu resit dikeluarkan
macam-macam aksi umairah buat

semoga cepat sembuh yea sayang
dan semoga tanda luka di wajah cepat hilang
cian anak aku nie


Wednesday, October 31, 2012

Potong Cake Kecik jeaaa...ayat umairah

isnin yang lepas balik dari Sijangkang
kami singgah dahulu ke Jusco Bukit Tinggi
untuk meraikan birthday girl ~ umairah yang sudah berusia 4 tahun 
memula plan nak makan di Kenny Rogers jea
tapi bila crew ia cakap kena tunggu ayam siap di bakar 45 minit
terus tak jadi
ronda-ronda dalam Jusco
dan terus decide makan di The Manhattan Fish Market
1st time kami makan di sini
aku bukan penggemar makan ikan sebab tu la memang tak pernah tergerak hati
nak makan di sini

tapi bila sudah rasa 
memang sedap menu yang kami order
next time restaurant nie akan menjadi pilihan kegemaran kami 
tak rugi untuk mencuba

model untuk restaurant The Manhanttan Fish Market


menu yang ada di sini
emmmm banyak jugak pilihan
hanya tinggal nak makan apa jea

nama pun restaurant Fish
jadi sudah pasti ada akuarium yang ada fish di dalamnya
siap ada udang dan kura-kura lagi
memang xcited budak berdua nie melihat binatang yang ada

Fish & Chips Dory Lite - RM10.90
untuk umairah dan umar
ikan dory memang sedap
tak rasa hanyirnya

small flame - RM29.90
pilihan sayang
udangnya disaluti oleh cheese
sedap

Chicken Wrap - RM14.90
sebab diet kena pilih menu yang lite-lite jea :p
ok la rasanya

sayang keluar sekejap beli kek slice untuk umairah di bakery shop
bila hidangkan depan umairah
"kek kecik jea"umairah
aku dengan sayang tergelak jea
"nanti ibu dan babah belikan kek besar untuk kakak yea"aku 
baru la umairah senyum

plan kami nak sambut birthday umairah dan umar sekali
than barulah ada birthday part yang proper untuk budak berdua nie
sambutan birthday umairah nie hanya untuk kami 4 beranak jea

kek strawberry 
sebatang lilin

khas untuk permata hati kami
Umairah Zahrah

tiup lilin
selepas birthday song habis dinyanyikan

rasa macam tembam laks tengok gambar nie huhuhuhu

suka la tu 
thanks sayang sebab hadir dalam hidup Ena
ececehhhh nak layan feeling laks eheh

haru biru jadinya
bila umar buat restaurant tu macam rumah dia sendiri

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
 pe'el umar
makan sambil baring atas meja
alahai umar
pening kepala ibu layan pe'el umar yang sorang nie
kakaknya sibuk layan tv

umar memang akan buat perangai dia jea
anak korang kalau buat perangai macam nie
apa yang korang buat

sabar jea la

Friday, October 12, 2012

Umairah Demam

umairah tersayang

pukul 1pagi tadi
bawak umairah pergi ke klinik keluarga 
nasib baik la ada klinik 24hrs yang buka
panas betul badan umairah

nasib baik bila sudah besar skit nie
senang nak makan ubat
cuma nak berdukung sahaja dengan babahnya
nasib baik la sayang ikut
kalau aku nak dukung umairah
confirm terputus urat kentut aku eheh

lepas bagi makan ubat
baru lena umairah tidor
sian anak ibu nie

hari nie sayang terpaksa ambil EL
aku tak boleh nak ambil cuti
sebab ada kerja yang masih belum siap

cepat sembuh yea sayang ibu
mmmuahhhh
dengar cakap babah tau

Monday, October 1, 2012

Rambut Palsu ~ Tomey tomey :D

buat kerja gila hehehhehehe
beli rambut di kedai canggih
saja beli sebab nak tengok perubahan muka pada umairah
beli 2 set rambut - RM6.00 
murah jea kan

jom layan umairah pakai rambut palsu
so comeyyyyyy hehehehehhe





macam-macam gaya
pose dari umairah

Sunday, September 30, 2012

Tukar Style

tetiba umairah nak pakai scaft waktu pergi ke sekolah
jadi aku lilit-lilit jea atas kepala umairah nie
konon ala-ala turban la tu

tapi bila tunjuk semula gambar nie pada umairah
"ibu..macam pocong la bu" umairah
la plak...
tak terpikir pun aku masa ambil gambar umairah
hehehehhe ader jea fikiran si umairah nie

macam pocong ker anak aku nie

terbaikkkkkkkk

tetap comey di hati ibu

pelukan cucu pada wannya

sebelum masuk ke sekolah
terus aku ubah cara scarf umairah

hah macam nie lagi la comey
nampak bulat jea muka tu

hehehehhehe

Friday, September 28, 2012

Janji Tidak Di Tepati

emmmm siapa yang tak pegang janji nie
si umairah la
memang malas nak pergi kedai
sebab kalau pergi kedai runcit macam-macam benda yang umairah nak
janji pagi tadi taknak apa-apa
cuma nak beli handiplast jea - tumit umairah luka
sudah bayar duit hadiplast
tetiba dengan sengih tubjuk pada aku nak benda tu
aku cakap tak boleh
terus membatukan diri tak gerak-gerak

pagi-pagi sudah buat ibu jadi angin
check wallet nasib baik ada duit kecik
1 kotak nie - RM2.00
sama macam dalam games hp - zombies monster

bila aku sudah belikan
"sayang ibu" umairah
siap kiss pipi lagi
emmm nak ambil hati aku la tu

kembali menyarungkan semula baju kebya biru nie
lama dah tak pakai hehehehehhe

hari nie pekerja GSC pasti berbunga-bunga
ialah hari gaji hehehehehhe
tadi keluarkan duit
nak settlekan hutang-hutang dulu
ada balance baru boleh pikir nak shopping atau beli benda-benda lain...

selamat bershopping semua :p

Thursday, September 27, 2012

Ada Persamaan Tak :D

ibu dan anak sama jea
kuat memuncung
jom layan


umairah

ibu Ena

macam mana ada persamaan tak dua beranak nie :p

Thursday, August 23, 2012

Petang Raya Sudah Melawat Klinik

sehari sebelum raya lagi umairah sudah tidak sihat
panas badanya sekejap on sekejap off
jadi balik ke Sijangkang memang sudah standby ubat sahaja
tapi petang raya pertama
umairah dah terbaring lesu 
kami terus decide kena bawak umairah jumpa doc jugak
merata jugak la mencari klinik
ialah hari pertama rayakan
pasti la kebanyakkan klinik tutup

terus kami pecut pergi ke Klang
nasib baik la ada sebuah klik buka
dapat jumpa doc
cek suhu badan umairah 39 - memang tinggi
dalam mulut umairah penuh dengan ulser
atas bibir pun ada 2 ulser - cian anak ibu

doc cakap panas anak tinggi sangat sebab tu la ulser tumbuh
patut la umairah taknak makan sangat
minum air pun skit-skit jea
bagi ubat demam..batuk..dan ubat sapu ulser
muka tak bermaya umairah

umar macam biasa la
bergerak aktif
nak bagi senyap pun bagi la main games dalam hp
baru akan duduk senyap

kelakar plak tengok muka sayang
siapa yang takut nak jumpa doc nie

balik kami singgah beli air badak
sebab bila minum badan akan rasa sejuk skit
nak cari kelapa mana la ada orang jual air kelapa di petang raya

emmmm umairah oh umairah
setiap raya confirm kami suami isteri akan mencari klinik
bila dapat sapu ubat ulser dalam mulut umairah
baru la umairah dapat makan dan minum skit
sian anak ibu...

kita yang dewasa nie kalau kena ulser pun rasa sakit sambil meleleh air matakan
niekan budak kecik yang tak tahan sakit
sedih aku tengok umairah kena ulser
rasa macam nak bertukar tempat sahaja...

Thursday, July 12, 2012

Cermin Kereta Retak

kejadian berlaku pada hari ahad yang lepas
selepas balik dari banting - memborong kerepek tempahan pelanggan
sambil sayang drive kami berdua borak-borak
tetiba keret adi hadapan kami break kecemasan
mujur sayang sempat break jugak
tapi semasa break..umairah yang duduk di hadapan
terus kepalanya terhantuk pada cermin kereta

umairah terus menangis
dalam aku pujuk-pujuk umairah minta duduk ke belakang
sayang baru ternampak yang cermin retak
terus la aku risau anak aku nie ok ker tidak
raba di bahagian belakang kepala umairah
memang terasa benjolnya
tanya umairah sakit tak
umairah hanya anggukkan kepala

hari isnin petang baru bawak umairah ke klinik
sebab risau sangat
pantau jugak kalau umairah ada muntah ataupun tidak
takder plak
pagi isnin tengok jugak keadaan umairah
tapi dia ok jea
tapi sebab rasa tak puas hati tetap nak bawak umairah jumpa doc

jumpa doc dan check segala segi
doc cakap umairah ok takder apa-apa masalah
terus lega ialah bila dengar dari yang pakar
jadi persoalan dalam fikiran aku sudah terjawab
lebih kurang begini la cerminnya retak
betapa kuatnya hentakan kepala umairah ke cermin kereta
muskil betul la macam mana la boleh retak

umairah yang masih bergerak aktif
asyik berlari sahaja di dalam klinik
jumpa doc, umairah yang ceritakan apa yang terjadi
doc tu senyum jea bila dengar umairah berceloteh :D

pija pun temankan sekali umairah pergi ke klinik
jadi ader member yang temankan umairah masuk jumpa doc

emmmmm memang kesalahan terletak kepada kami berdua
sebab utama tidak berkeras dengan umairah untuk duduk di belakang
memang bahaya anak-anak duduk dihadapan
dan tidak plak menggunakan tali pinggang

sejak kejadian tu, umairah skang nie
memang akan duduk di belakang
bila minta pakai seat belt dia akan pakai
Alhamdulillah ada perubahan
sebelum nie memang aku bising membebel
memang umairah taknak pakai seat belt
pastu berdiri jea dalam kereta

ada hikmah apa yang terjadi

Thursday, June 21, 2012

Nasi Lemak untuk BF

pagi tadi hantar umairah ke nurserynya
singgah sebentar ke gerai untuk tapaukan nasi lemak untuk umairah makan di sekolah
beli 2 bungkus terus
sebab syikin ada pesan belikan nasi lemak untuk anaknya

jadi belikan terus 2 bungkus
untuk umairah dan rayyan
kamceng budak berdua nie

ibu sarapan roti bakar sahaja di ofis


Friday, June 15, 2012

Umairah Looks Like a Boo

umairah - bertocang dua
bila tengok nie teringat kartun Monster Inc
siapa lagi

hai sayan boo

suka tengok kartun nie
sebab kecomelan karekter dalam kartun nie memang best

tak ingat bila kartun nie keluar
rasanya time aku bujang kot
dah lama tu...

Tuesday, June 12, 2012

Trendsetter by Umairah

umairah anak sulung kami
memang mempunyai banyak ragam
kalau bab bergaya
memang ikut kepala sendiri jea
kalau pagi nak pergi ke nursery nak pakai baju tidor
ikut kan jea la
dilarang taknak pergi jadi ikutkan jea

ban bermake up plak
lagi satu hal
pantang nampak aku pegang make up
mula la dia pun nak melaram sama

nie gaya terbaru dia yang aku tak boleh nak cakap apa
tapi bagi pakai taknak ikut
kesudahnya bagi jea la pakai
orang yang pandang umairah mesti 2 3 kali toleh tengok pada umairah
emmmmmm

tengok la siap bermake up semua
cuma rambut jea aku tak boleh nak usik
nak lepas jea rambutnya

umar dah semakin tinggi
lagi skit akan sama tinggi dengan kakaknya

tengok la umairah
pakai baju kurung tapi disarungkan sekali baju dress dia
time pakai di kenduri plak tu
semua ralit tengok gaya si umairah nie

adoyai



Friday, June 1, 2012

Dapat Hadiah Birthday

petang semalam ambil umairah di nursery
berlari-lari anak menuju ke arah aku
sambil tangan menunjukkans esuatu kepada aku
buka sahaj pintu kereta
terus cakap

"ibu, kakak dapat hadiah, rayyan besar bagi" umairah
"kenapa rayyan besar bagi nie" ibu
"sebab hari nie epiberday2u rayyan bersar" umairah

umairah nak sebut hari jadi atau birthday tak tahu
mesti akan sebut hepiberday2u yang selalu kita akan nyanyi eheh
budak-budakkan..akan ingat apa yang kita selalu menyanyi

sebab rayyan budak lelaki
goodies beg sudah semestinya la racing car - cute

belum sampai di rumah lagi
umairah sudah buka dan lihat apa ada dalam goodies beg

ada choc..gambar agry beg..kereta kecil..
"kereta kecil nie kakak nak bagi pada adik" umairah
Alhamdulillah ingat jugak pada adiknya di rumah

nanti birthday kakak tahun nie
ibu buat goodies beg untuk kakak jugak yea
bila dengar suka betul umairah

InsyaAllah ibu akan buat yea sayang
mmmuahhhh

Monday, May 28, 2012

Rajin anak dara nie

anak saper la nie hehehehhe
terbangun dari tidor aku terdengar suara babah
tengah mengarahkan anak daranya mengangkat cawan-cawan di rumah atas
bawak turun ke bawah untuk di cuci

apa lagi terus la jadi paparazzi hehehehe
umairah mengutip cawan-cawan
umar plak menajadi penonton
melihat kakaknya mengerah tenaga membawa cawan-cawan ke bawah
emmmmm kalau babahnya suruh buat apa
ikut jea
cuba ibunya suruh buat...emmmm buat derkkk jea

kutip cawan-cawan
umar pandang laks camera

tengah mengangkat pinggan dan bekas kuih

bawak kotak tisu dan jag air turun ke bawah

baru angkat 3 benda nie dah baring sebelah aku
"penat la bu" umairah
hehehehehehe baru angkat skit jea
dan cakap penat
alahai anak skang nie

kena ajar anak mengemas dari skang nie
dah besar baru nak ajar memang tak ikut acuan la nanti
betul tak sayang....
mmmuahhh anak-anak ibu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha