NuffnangX

Wednesday, January 2, 2013

Hantar Duit Hantaran

semalam sempena tahun baru 2013
kami sekeluarga telah membuat rombongan cik kiah eheh
takder la kami sekeluarga menghantar duit hantaran ke rumah sebelah pihak perempuan
hah siapa nak kahwin tu

adik lelaki aku iaitu si sobri la
kami datang berhajat
sambil mengahantar duit hantaran RM8k
hajat kami datang untuk menetapkan tarikh perkahwinan budak berdua nie
Sobri dan Dayah

perbincangan berjalan dengan lancar
Alhamdulillah
tarikh yang di pilih ialah 
10 May 2013 - Nikah
11 May 2013 - Kenduri sebelah Perempuan
12 May 2013 - Kenduri sebelah Lelaki

Harap rancangan kenduri kahwin berjalan dengan lancar 
Amin

pagi-pagi lagi aku sudah bz
pergi ke kedai canggih untuk beli album dan bekas hantaran
simple jea
susun-susun jea duit ke dalam album
nasib baik la cukup duit untuk di simpan dalam album gambar

si Tuan badan - Sobri
leha hati sebab duit hantaran sudah cukup dan tinggal masa untuk duduk depan Tok Kadi sahaja

last minute punya touch up
duit hantaran untuk di hantar

kami-kami jea yang pergi
Ayah pun tak ikut
sebab kerja


wakil bercakap pada awal permulaan ialah Abang Atan
TQ abg atan sebab jadi wakilkan pihak kami
lepas abg atan mulakan perbicaraan
baru la mak dan kami-kami memulakan percakapan
memula malu-malu kucing la konon eheh

tetapkan tarikh nikah
tetapkan dulang hantaran
tetapkan waktu untuk bernikah
macam-macam topik perbincangan

mak dan bakal besan
wakil dari family dayah ialah abangnya

kesian umar
tengah-tengah kami berbincang
boleh plak si kecik nie terlelap
emmmm kesian anak ibu

habis perbincangan
makan time
suka suka suka

menu yang dihidangkan nasi tomato
perghhhh emmang sedap gila la lauk pauk yang dihidangkan
sayang makan bertambah-tambah
malu tolak ke tepi pastikan perut kenyang hehehehhee

aku banyak meratah lauk
sedapnya
siap tapaukan kami bawak balik lagi
bagus bagus bagus :)

In Sya Allah
nanti aku jemput korang datang kenduri kahwin adik aku nie
ini lah aktiviti tahun baru aku...
korang


0 kata-kata indah:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha