NuffnangX

Showing posts with label anak-anankku. Show all posts
Showing posts with label anak-anankku. Show all posts

Monday, October 8, 2012

Habiskan Masa di Playland Mc'd

sabtu malam ahad yang lepas
ajak sayang pergi ke farmasi
ubat aku dah habis
tapi sampai di sana, farmasi sudah tutup
sayang ajak pergi uptown di BBSG
saja cuci mata

tapi dalam saja-saja cuci mata
sayang sempat la jugak rembat t-shirt dan seluar sehelai
umairah sempat lagi beli subang
emmmm melaram saja budak sorang nie
umairah dengan subang kuncinya

n day way balik 
singgah dahulu ke mc'd
sahaja nak bagi anak-anak peluang bermain
ialah seharian duduk dalam rumah jea - kesian dorang berdua

beli set ayam 
aku dan sayang tak makan pun
beli sekadar untuk umairah dan umar makan sambil bermain
dalam ulang alik tu
habis jugak ayam dua ketul 
umairah yang suka berposing

hehehehehhe saja buat muka takut
macam-macam aksi

puas melompat
puas melompat
puas berlari

jom balik

tempat letak nie pun umairah suka main jugak
kalau datang macam-macam yang di ambilnya

sudu memang kesukaan dia lah
siap bawak balik lagi
hari-hari datang bawak umairah ke mc;d
memang lingkup mc'd nie dibuat oleh umairah
hehehehhehehe

anak-anak suka
ibu bapa pun bahagia
tapi ....

Thursday, September 27, 2012

Spec Patah ~ Cucu Punya Pasal

balik kerja semalam
terus mak tunjuk pada aku spec mata dia
"tengok apa umar buat kat spec mak" mak
aku hanya belek-belek
penyangkut kecik di batang hidung sudah patah
maka cakap umar baling spec mata mak ke bawah 
sebab tu lah patah
emmmmm penangan cucu sendiri

lepas solat magrib
temankan mak pergi ke kedai spec untuk betulkan spec 
tak lama - sekejap jea

tak kena bayar pun - syukur
dapat khidmat free sebab sudah 2x mak buat spec di kedai tu
loyal customer :D

kalau tak pakai spec
mata mak akan berair
kesian mak aku kan

tetiba umairah request minta aku snap-snap gambar dia dalam kedai spec
aku pun laju jea la hehehehhee
jom layanssssss



gambar nie yang aku tak tahan nie hehehehhee
gaya tak boleh blah hahahahahhahha

umar elok jea pakai kopiah abahnya

macam mana comey tak saya :D

peace..
harap-harap umar tak patahkan lagi spec wannya
kopak poket ibu macam nie huhuhuhuhuhu

Sunday, June 17, 2012

Toys Motor - Motor Berbateri

sebelum tengok wayang hari semalam
kami singgah ke chow kit dahulu
ada hadiah nak belikan untuk umar
kesian pada umar
sebab dah lama si kecik nak benda nie
baru kini kami dapat belikan

motor bateri untuk umar
warna silver - RM160.00

dari depan
suka tengok

tapi bila sampai di rumah
yang selalu naik ialah umairah
umar hanya akan naik bila motor tak bergerak
bila motor bergerak cepat jea dia turun dari motor
mungkin bunyinya terlalu kuat
sebab tu la umar takut sedikit

mesti jauh ke tepi bila kakaknya naik keliling dalam rumah
jadi hadiah untuk umar
jadi macam hadiah kakaknya laks

kalau umar naik
umairah akan menolak sahaja motor tu
mungkin kesian pada adiknya kot
sebab takut nak naik bila digerakkan

di chow kit plan nak belikan untuk umar sahaja
tapi kesian plak pada kakak sebab tak dapat apa-apa
kebetulan sebelah kedai mainan nie kedai beg
jadi minta umairah pilih beg yang dia suka
dan kebetulan jugak beg sekolah umairah rodanya telah rosak
jadi umairah pun dapat hadiah jugak

sudah semestinya la beg hello kitty pilihan umairah
suka sangat dengan beg nie sampaikan malam tidor bersebelahan dengan beg barunya
alahai umairah

siapa-siapa nak beli motor nie
nie alamat kedai mainan tersebut
betul-betul berhadapan balai polis chow kit

Jiayang Sucsess Sdn Bhd
12&14, Lorong Haji Taib 1,
Off Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.
tel : 03-2692 1050

Thursday, May 17, 2012

Kepenatan

lately nie aku macam takder mood nak update blog
nak buat BW lagi la
rasanya badan nie macam super duper kepenatan 
dari mind sampai la ke badan
muka pun macam tak bermaya sajer

dengan kerja di ofis yang berlambak-lambak
dengan assignment yang perlu di buat
dengan kuih yang perlu di buat 
dengan nak melayan karenah anak-anak
belum lagi nak melakukan tanggungjawan kepada suami
tapi itu semua lumrah kehidupan tugas seorang ibu yang bekerja
di tambah pulak sambung belajar
bertambah-tambah tanggungjawab tergalas di bahu

malam kalau ada peluang
memang akan tiodr awal
kesian pada anak-anak
sebab ibu dah tertidor dulu tapi anak-anak masih lagi belum tidor
kadang-kadang tu memang niat taknak tidor awal
nak luangkan masa dengan anak-anak
tapi bila duduk di sofa pun boleh terlelap
macam mana tu - keletihan sangat la

jadi kalau ada peluang hujung minggu tiada class
memang aku akan dan sayang akan bawak mereka keluar
buat aktiviti bebas
anak happy
parents bertambah la happy
umar yang semakin nakal
dan semakin manja


kalau pergi Jusco Rawang
mesti akan ambil troly kereta nie
suka plak dua beradik nie duduk dalam troley nie

nasib baik la umairah mengalah duduk di belakang
memula berebut jugak nak duduk dalam sebab nak pegang stereng
last-last pujuk baik-baik umairah
boleh duduk bersila di belakang train
sayang kakak

anak adalah segala-galanya

Monday, March 26, 2012

Anak-Anak Tidak Sihat..Ibu Terpaksa Ambil EL

hari nie terpaksa ambil EL
disebabkan anak-anak yang tidak sihat
umairah - demam 
umar - batuk dan selsema

terus bawak umairah pergi ke klinik
sebab sudah lama umairah tak demam
last kena November last year
tiap-tiap bulan yang tak sihat sudah semestinya umar
tak bawak umar pergi klinik sebab ubat batuk dan selsema umar masih ada lagi
dalam fridge - kalau tak baik-baik jugak baru bawak pergi klinik

bawak pergi ke klinik Mutiara
nasib baik la tak ramai orang
jumpa doktor cek apa-apa yang patut
tekak umairah memang bengkak
sebab tu la susu yang di minum terus dimuntahkan
kesian anak ibu

 bila tidak sihat
baru akan duduk diam-diam dalam rumah
baring elok jea depan tv
layan tengok kartun

 umar kalau demam memang aku risau sangat-sangat
nie gambar semasa umar demam dengan suhu yang tinggi
cian anak ibu
nie dua-dua tengah tak sihat
memang tak boleh baring sebelah menyebelah
umar memang akan menarik jea la rambut kakaknya
taknak aku manjakan sangat kakak dia lebih dari dia
ewah ewah umar nie
kakak kan tengah sakit
kena la ibu jaga kakak dulu, umarkan ada wan

 dapat ubat antibiotik
ubat demam
dan ubat batuk
cuma ubat batuk aku tak bagi pada umairah makan
cuma bagi makan ubat antibiotik dan ubat demam sahaja aku berikan

makan nak makan mc'd jea
singgah dahulu ke mc'd sebelum balik ke rumah
belikan set happy meal burger dan hash brown
tapi bila sampai rumah makan burgernya skit jea
hash brown pak langnya yang sebat

lepas makan ubat budak berdua tu
terus baring
aku yang kepenatan menjaga budak berdua nie
emmm ibu jugak yang berkorban cuti untuk menjaga anak-anak di rumah
uwaaaa nak simpan cuti untuk bulan June nie

semoga cepat sembuh yea sayang ibu
mmuahhh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha