NuffnangX

Tuesday, May 29, 2012

Sakit Hati pada Courier Service

aku rasa hari nie hari sakit hati sedunia
dari pagi tadi sampai aku tengah menaip entry nie masih lagi aku sakit hati
dah la pagi nie aku gagahkan diri datang jugak ke ofis jugak
senggugut - finally datang jugak period aku nie
kalau ikutkan hari nie last day kak viji bekerja
jadi kami finance dept dah decide nak buat farewell party untuk kak viji
time lunch kami akan makan di somewhere ikut mana kak viji nak makan
than billnya kami akan bayar sama-sama exclude kak viji
tapi aku masuk ke ofis pagi nie
dapat tahu dia tak datang - MC
sabar jea la
aku yang sakit-sakit nie
syikin yang batuk-batuk sampai nak putus urat kentut
ana yang pergi klinik ambik darah
boleh jea kami datang ke ofis sebab memikirkan nak say last good bye pada kak viji
tapi empunya diri tak datang plaks arghhhhhhhh geramnya
sabar ....

tengahari dapat phone call dari skynet
ingatkan pasal apa
tetiba minah tu cakap courier yang aku hantar pada 16.05.2012
tak dapat hantar lagi
apa lagi darjah kepanasan aku terus mencanak-canak naik
memang cari pasal la ni
apasal dari 16.05 aku hantar
hari nie 29.05 baru nak cakap tak dapat hantar lagi
@#$%^&*!#%%^ dalam hati memang aku mencarut jea la
ialah aku hantar assignment aku tu ke Uitm
dah lah tarikh last submit 20hb hari nie dah 29hb
makkkkkkkkkkk aiiiiiiiiiiiiii
apa punya service nie
memang kena la minah tu dengan aku
alasan takder orang pick up phone 
jadi tak boleh nak hantar

skynet yang kena makid engan aku tengahari tadi
WTFISH punya service


lepas letak phone yang aku telah ugut
kalau tak sampai jugak dokumen aku pada Prof aku siap la
tahu la aku nak buat apa lepas nie

tadi masuk ke website skynet
masukkan consignment note aku
dan tertera di situ setiap date yang mengatakan dokumen tak dapat nak hantar
apasal tak contact pelanggan kalau ada masalah
apasal lepas nak masuk 3 minggu baru nak update pada pelanggan
memang WTFish la skynet nie
gagal paper aku nanti siap ko skynet
uwaaaaaaaaaaaaaa
sakitnya hati aku nie

rasa macam nak tumbuk orang jea
hampagassssssss betul la

Buncit is Sexy

Buncit is Sexy
pemilik siapakah piala itu 

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
suami ai la eheh
tetap seksi di mata ai tau

love u sayang mmmuahhhh

Kebaikan Air Suam dan Lemon


rata-rata sarapan pagi rakyat malaysia ialah n.lemak..roti canai dan teh tarik
semuanya berlemak dan manis
mengundang akan penyakit darah tinggi, kencing manis dan obesiti

ketika kesedaran timbul dalam diri aku
kini aku mulakan pagi dengan minuman oats
untuk mengurangkan kadar kolestrol di dalam badan
Alhamdulillah masih dalam proses mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan

terbaca artikel dan nampak sangat menarik untuk mencuba
jadi aku kongsi kebaikan meminum air suam bersama lemon
bersama teman-teman blogger semua...
setiap pagi  menghirup secawan air putih suam bersama hirisan nipis lemon untuk rasai kelainan dan kebaikkan kombinasi tersebut. 


Menambahkan tahan ketahanan dalam badan
Lemon kaya dengan Vitamin C dan juga Kalium (potassium) yang amat diperlukan badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala Kalium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul. Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur sehiris lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika itu, perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja. 

Keseimbangan PH
Lemon merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan. Percaya atau tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah metabolisme kita meningkat). Jika anda ingin tahu, keseimbangan alkali dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri. 

Membantu masalah mengurangkan berat badan
Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang sedikit gempal, amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yang diidamkan, kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi, dimana ianya mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah. Oleh yang demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam, amalkan rutin ini agar kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang. 

Masalah penghadaman
Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tip ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati, manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang membantu perjalanan sistem penghadaman anda. 

Pembersihan air kencing
Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu masa ( ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) . Oleh yang demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon, tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat. 

Kulit cerah dan bersih
Seharian kita didedahkan dengan cuaca yang terik dan habuk yang banyak. Mulakan hari anda dengan menghalang kulit anda dari terus rosak dan dari dijangkiti kuman yang tidak menentu dengan minum air lemon. Pasti dalam beberapa lama, kulit anda akan ada perubahan. 

Mengelakkan dehidrasi
Air yang mencukupi amat penting untuk membantu perjalanan sistem di dalam badan kita. Lemon membantu menghalang keletihan dan dehidrasi. Apabila badan anda mengalami dehidrasi anda akan automatik merasa keletihan. Fungsi yang mengawal sistem dalam badan yang menghalang dari berasa keletihan dan lesu tidak dapat bergerak dengan betul jika tidak meminum air dengan kuantiti yang banyak dimana ianya akan terus mengurangkan tenaga dalam badan yang membawa kepada stress.

bab yang paling aku suka sudah pasti lah Membantu masalah mengurangkan berat badan..kan kan kan korang pasti setuju :D
jadikan untuk tukar rutik sarapan pagi kepada rutin yang lebih memberikan kesihatan yang baik..hanya diri sendiri dapat membuatnya..tepuk dada tanya selera...
Jom Cuba..


Menang Tiket Wayang

pagi semalam dapat phone call
bila dengar aku menang untuk tiket wayang 
dan minta aku lihat pada email
laju jea aku buka email
yes!! menang tiket wayang 
tak sabarnya nak tengok
tayangannya pada malam nie pukul 9pm
kena pergi ke midvalley ambil tiket di lobby

memang plan asal nak tengok citer nie pada hujung minggu nie
tapi bila dah dapat tiket free dan dapat tengok awal dari orang lain
eheh jangan lepaskan peluang la kan
sebab nak temankan aku
sayang apply cuti hari nie
thanks sayang mmmuahhhhh
dapat 4 tiket
ok la tu cukup kami 4 beranak dapat tonton
harap umar ok dalam panggung
umairah dah ok bila tengok wayang skang nie

email bukti atas kemenangan tiket wayang nie
emmmmm contest apa entah aku join
tak ingat la

korang nak tahu ker
tiket wayang apa yang aku dapat nie
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Snow White & The Huntsman
perghhhhh pasti ramai yang ternanti-nanti citer nie keluar di wayang
wajib tayang citer nie di malaysia 31/5 kan

nantikan stroynya dari aku esok yea
malam nie nak berdating dengan hubby dan anak-anak "D

Monday, May 28, 2012

Bila Dapat Ini yang Terjadi

bila dapat makan choc
nie la dapatnya
padahal baru jea lepas mandi
habis satu badan di lenyekkan choc tu
umar oh! umar

layan jea la gambar-gambar umar
dengan chocnya
sabar jea la






telatahmu umar tetap membahagiakan ibu
mmmuahhhh

Rajin anak dara nie

anak saper la nie hehehehhe
terbangun dari tidor aku terdengar suara babah
tengah mengarahkan anak daranya mengangkat cawan-cawan di rumah atas
bawak turun ke bawah untuk di cuci

apa lagi terus la jadi paparazzi hehehehe
umairah mengutip cawan-cawan
umar plak menajadi penonton
melihat kakaknya mengerah tenaga membawa cawan-cawan ke bawah
emmmmm kalau babahnya suruh buat apa
ikut jea
cuba ibunya suruh buat...emmmm buat derkkk jea

kutip cawan-cawan
umar pandang laks camera

tengah mengangkat pinggan dan bekas kuih

bawak kotak tisu dan jag air turun ke bawah

baru angkat 3 benda nie dah baring sebelah aku
"penat la bu" umairah
hehehehehehe baru angkat skit jea
dan cakap penat
alahai anak skang nie

kena ajar anak mengemas dari skang nie
dah besar baru nak ajar memang tak ikut acuan la nanti
betul tak sayang....
mmmuahhh anak-anak ibu

Tangan Siapa tu

chocolate memang tak dapat di pisahkan dengan anak-anak
umairah dan umar emmang pantang nampak choc atau gula-gula
pasti nak
sebab tu kalau aku tengok hantaran ada choc 
aku dah scary
sebab bukan apa - takut anak-anak tak tahan godaan
dan nie yang terjadi hahahahhaha
umairah dan umar emmmmmm

umar sudah mencapai tangannya pada choc hantaran
nanti umar orang lelaki balik]baru kita boleh serang hantaran nie :p

umairah sudah mengorek-gorek hantaran mencari gula-gula daim
yang tertimbud dengan choc ferrero rocher
memang banyak la choc yang diberika pihak lelaki

choc memang menjadi idaman hehehehehhe
bahaya duduk dekat-dekat dengan hantaran :p
peace

Selamat Bertunang Kak Mar

Tahniah kak mar dengan pertunangan semalam
kini sudah sah menjadi milik orang
23.06.2012 - majlis pernikahan
30.06.2012 - majlis reception di PICC Putrajaya

coret-coret di belakang tabir :

@ ikutkan pihak lelaki akan sampai pukul 11am tapu pukul 10am sudah sampai di rumah
kelam kabut kami semua mempersiapkan majlis
@ malam sebelum majlis sudah test nak pakai gaya tudung macam mana
tiba harinya terus susah nak pakai gaya tudung yang telah di test sebelum nie - gabra rasanya :p
@ last minute mengubah hantaran yang sedara mara hadiahkan - last minute mengubah kek
terus tepek reben dengan solatape putih hehehehehhe memang lawak
@ pihak lelaki sudah sampai tapi foods baru sampai separuh..kelam kabut telephone caterer 
untuk hantar foods ke rumah
@ pihak lelaki sampai kami semua tak ready lagi...kelam kabut bersiap tukar baju semua
@ kelam kabut telephone anak buah - kak ngah untuk balik ke rumah cepat sebab keluar pergi
ke kedai beli hiasan untuk hantaran
@ tak dapat tengok cincin sarung ke jari kak mar - sibuk di dapur

hehehehehhe memang kelam kabut di buatnya bila pihak lelaki 
datang ke rumah awal dari masa yang ditetapkan
tapi finally semuanya selamat seperti yang di rancang

tahniah kak mar dan abg amir
welcome to our family - coming soon :D

wajah ceria kak mar
menanti sang arjuna

hantaran sebelah pihak perempuan
11 dulang

hantaran sebelah pihak lelaki
7 dulang

wajah-wajah ceria

wajah ibu dan anak perempuannya
konon nampak comel la tu :p

wajah babah dan anak lelakinya
sweet

sweet tengok gambar nie
mengintai di sebalik langsir
melihat si jantung hati balik hehehehhehe

gambar laki bini nak enterframe hehehehhehehe
tersepit umar di buat ibu dan babahnya

lauk pauk that day
memang sedap
makan bertambah-tambah

apa-apapun tahniah sis
selamat bertunang dari Ena sekeluarga

Download Filem dan Drama Free

kesibukan menguruskan rumahtangga
kesibukan menguruskan hal study
kesibukan menguruskan anak-anak
banyak drama di TV dan filem ketinggalan
jangan risau
sebab korang boleh download citer tersebut secara FREE sahaja

caranya mudah sahaja
korang hanya perlu klik di Link nie
dan pilih sahaja movie apa yang korang nak tengok
hujung minggu boleh tonton sampai lebam
caya la....wayang di rumah sahaja



Cuba Cari Barang Tersembunyi


hah apa lagi
cuba la cari barang tersembunyi tu
macam mana jumpa tak :D

senyum di pagi Isnin

Saturday, May 26, 2012

Korang Kentut kan...

hah jangan tak mengaku plaks korang tak pernah terkentut
kentut sama ada secara sengaja atau tidak sengaja
sengaja bila kita kentut kebiasaannya - kita kentut yang orang tidak akan dengar
tidak sengaja - bila kita kentut orang sekeliling dapat mendengar

korang pernah alami situasi tidak sengaja
konon-konon dapat tahan
kepit punya kepit
tapi terlepas jugak
dan masa kelepas gas kentut tu ada orang sekeliling kita
adakah anda saya sorry
ataupun buat derkkkkkk jea hehehehhe

tapi aku rasa rata-rata orang perempuan akan buat tak tahu jea 
dan buat jea kerja seperti biasa
dan orang sekeliling buat macam tak dengar pun
jadi yang empunya diri yang memperdengarkan kentut tersebut
tidak la rasa malu sesangat
betul tak

pernah tak korang terdengar orang kentut
time tu korang rasa nak tergelak
tapi tahan jea dalam hati
tapi sengih korang tu jea dah lain macam hahahahahha
tak tahan nak gelak tapi kena tahan gak
dan dan tu jugak korang rasa nak terkentut hahahahhaha
sebab tahan gelak

bagi kita yang perempuan
kentut adalah isu yang sensitif
tapi bagi orang lelaki TIDAK
sebab orang lelaki nie bila kentut boleh jadi kebanggan plaks
seyea betul aku tak tipu
siap boleh lawan-lawan kentut lagi
siapa lagi paling kuat ceh hampessssss jea kan

tu belum lagi dah kentut kuat-kuat
siap ada ton ton bunyi kentut lagi
kuat dan panjang..pendek-pendek last sekali macam bunyi tercirittttt
betul tau
orang lelaki nie time bercinta memang korang takkan dengar la BF korang nak kentut depan korang
bila dah kawen hah alami la kejutannya apabila 1st time mendengarnya
hahahhahahaha memang la
sebab suami aku pun macam tu jugak hehehehehhe

Jom baca info pasal kentut nie


Kentut – Dari mana datangnya gas ini?

Gas ini datangnya dari beberapa punca: udara yang dihirup, udara yang meresap ke perut dari darah, gas yang terhasil dari reaksi kimia dalam perut dan gas yang dihasilkan oleh bakteria yang tinggal dalam perut. Apakah yang membuatkan kentut busuk? Bau kentut yang terdiri dari sejumlah campuran gas hidrogen sulfida dan mercaptan. Lebih banyak pengambilan diet yang terdiri daripada sulfur, lebih banyak sulfida dan mercaptans akan dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan lebih busuk bau kentut. Contoh: telur rebus. Kekacang akan menghasilkan kentut kurang busuk tetapi dalam jumlah yang besar.
Kenapa kentut menghasilkan bunyi?
Bunyi terhasil disebabkan getaran di pembukaan dubur. Kekuatan bunyi bergantung kepada kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot di dubur. Bunyinya bukan terjadi disebabkan penggeleparan (flapping) pepipi punggung. Ini adalah suatu kesilapan.

Kenapa kentut yang busuk selalunya lebih panas dan senyap daripada kentut biasa?

Kebanyakkan kentut ialah dari hirupan udara yang terdiri dari nitrogen dan karbon dioksida. Oksigen pula diserap sebelum mencapai pembukaan dubur. Gas ini tidak berbau walaupun melaluo bahagian yang kotor didalam perjalanannya ke pembukaan dubur. Ianya keluar dalam bentuk seperti bebola (bubbles) yang besar dalam suhu tubuh. Seseorang boleh mencapai bunyi yang baik (pitching tak lari) dengan cara ini.
Suatu lagi ialah kentut yang dihasilkan oleh tindakan bakteria. Pembiakan dan proses penghadaman oleh bakteria menghasilkan haba dan pelbagai jenis gas tak enak. Bebola gas yang dihasilkan lebih kecil, panas dan mempunyai kandungan hasil proses tadi yang busuk yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan kentut yang nakal, panas, Silent-But-Deadly, jumlah yang terlalu kecil untuk menghasilkan bunyi tetapi mempunyai bau yang hebat.

Hari Nie Kena Kerja


hari nie hari sabtu
minggu nie turn aku untuk bekerja
jadi kebosanan - sorang sahaja di floor aku nie

nak buat kerja pun malas
nak buka website pun malas huhuhuhuhu
skang nie dalam fikiran nak tidor jea
seyes mengantuk gila
malam tadi tidor pukul 5am
sebab siapkan tempahan kuih
wahhhhh ngantuk gila

tak sabar nak tunggu jam menunjukkan pukul 1pm
eheh
tapi balik nanti pun
kena terus packing barang-barang untuk balik ke Sijangkang
kakak ipar akan bertunang esok
Tahniah kak mar
semoga berjalan semuanya dengan kelancaran dengan keizinan dari Allah
isyaAllah

Friday, May 25, 2012

Tonton CD

malam tadi kami sekeluarga layan CD
Journey2 - Mysterious Island
emmmm rasanya orang lain dah lama layan citer nie
aku baru nak layan eheh

best gak citer nie
umairah dan umar tergelak-tergelak tengok citer nie
suka dengan 3D yang digunakan
memang cantik dan nampak betul-betul hidup
terasa nak join sekali pergi ke Pulau tu
memang cantik
dalam keasyikkan dalam masa yang sama hati berdebar-debar 
melihat aksi kejar mengejar antara burung gergasi dengan kumbang gergasi
umar menyorok belakang abbahnya takut eheh
umairah laks terjerit-jerit suruh kumbang cepat lari
memang bising menonton filem malam tadi

nie tengok kat wayang confirm kena halau hahahahahha

Ofis kami Blackout - Dalam Kegelapan


kami di GSC hari nie hidup dalam kegelapan
panas dan sesak nafas di buatnya
pukul 10am tetiba elektrik terus terputus
nasib baik la pc tak terus padam
sebab ada back up battery
tapi tu pun tak boleh nak on lama sangat
sebab battery dah menjerit-jerit minta di off

nasib baik la jugak ada lampu solar
jadi tak la kami terus dalam kegelapan
lampu nie jadi back up bila elektrik tetiba terputus 
telephone pun tak boleh nak digunakan
bosan gila sebab tak tahu nak buat apa
nak buat filling pun bukannya boleh nampak sangat pun
sebab lampu solar nie ala-ala macam lampu tidor jea

jadi habiskan masa berborak jea la
pukul 10.45am tetiba lampu sudah menyala semula
fuhhhh lega elektrik sudah ada
kepanasan duduk dalam ofis
aku ingat nak lepak luar jea
kalau lama lagi takder lektrik nak jea ajak balik hahahahahha

jadi bila elektrik sudah kembali
apa lagi
bekerja la kita sekuatnya :D

Nasi Lemak untuk Siapa tuuuu

pagi tadi sebelum umiarah masuk ke dalam kereta
"ibu nak bawak nasi lemak" umairah
"ok"
"kakak nak bawak banyak" umairah
"nak bagi pada saper" aku
"kakak nak bagi kat 1 untuk rayyan. 1 untuk teacher, 1 untuk kakak" umiarah
" nak bawak 3 la nie" aku sambil masukkan 3 bungkus n.lemak dalam plastik

bila bagi beg plastik pada umairah
terus tersengih umairah
amboi nak bagi BF dia la tu hahahahahha

umairah bersama nasi lemak
3 bungkus nasi lemak
untuk rayyan dan teachernya


n.lemak terbaik dari umairah :D

skang nie sudah pandai berkongsi apa yang dia ada kepada orang-orang yang dia sayangi
beli choc atau beli gula-gula
mesti akan belikan sekali untuk adiknya umar
bagus kakak

macam nie la lagi ibu sayangggggggggg pada kakak
mmuahhhhh

Salam Di Pagi Jumaat

story petang semalam
petang semalam balik kerja
shikin tumpang sekali balik ke rumah
ialah perjalanan searahkan
apa salahnya tumpangkan sekali
lagi plak nursery umairah memang belakang rumah shikin jea
jadi amik umairah terus amik rayyan sekali
mudah

gambar bukti muka aku penuh dengan jerawat huhuhu
nyampasssssss tau

umairah, mama syikin dan rayyan
budak berdua nie kalau berjumpa dan duduk dekat
asyik la nak story pasal hantu
geram tau
waktu siang ok la
kalau malam memang nak kena cepuk hahahhahaha

mama syikin with umairah

umairah skang nie suka menyanyi lagu

bapakku pulang dari kerja
bapakku belikan kereta
kereta kecil warna merah
la la la la la
(tak ingat sudah ending lagu nie)
korang sambung nyanyi laks :p

Thursday, May 24, 2012

Tak Sukanya Bila Jerawat Tumbuh Meliar

menci tau
bila jerawat tumbuh meliar di sekitar muka
nak picit sakit
tanda-tanda nak datang bulan
tapi still tak datang-datang jugak
dah 4 hari lewat uwaaaaaaaaaa

tak sukanya bila jerawat ada
bawah dagu ada
atas dahi ada
hishhhhh

Mak Mertua Vs Menantu


aku rasa topik yang nak aku perbincangkan di sini
pastinya berat dan perlukan pendapat korang
siapa di kalangan teman blogger tinggal bersama family mertua - mak mertua
macam aku tinggal bersama family aku, suami aku la dikatakan tinggal bersama family mertua

tapi ini bukan mengenai diri aku
sebab aku dengan family ok jea ialah mak tersayangkan
kalau suami buat slumber jea tapi di lubuk hati memang nak tinggal dengan di rumah sendiri
ke arah itu kami masih lagi berusaha untuk mengumpul duit untuk miliki rumahku syurgaku - IsyaAllagh

ok berbalik kepada cerita mak mertua vs menantu nie
aku terpanggil nak bercerita sebab selalu mendengar keluh kesah cerita adik aku
cuma apa yang dapat aku lakukan hanya ucapan SABAR sahaja
ialah kita sebagai orang luar taknak memberi komen yang hanya menambahkan kekeruhan di air yang keruh
biarlah diri aku menjadi tempat mengadu domba untuk adik aku yang tersayang

kesian kan bila diri rasa tidak di hargai oleh mak mertua dan adik ipar
rasa terpinggir bila semuanya duduk berkumpul dan bercerita
rasa diperli bila sesuatu benda yang terjadi
rasa diperkatakan bila kita duduk jauh-jauh macam kita tak mendengar apa yang diperkatakan
rasa ketinggalan akan sesuatu cerita yang diperkatakan
rasa sentiasa diri sentiasa menjadi mangsa perbandingan
emmmmmm macam-macam rasalah seperti rasa perencah adabi

usia perkahwinan baru menginjak ke angka 4 tahun
3 tahun berkahwin perhubungan ok sahaja
cuma kebelakangan nie perhubungan semakin dingin
serba serbi tak kena
apa yang di buat semuanya tak betul

sudah la hubungan semakin dingin
di tambah plak perisa tambahan cakap-cakap tak betul di belakang 
lagi la hubungan semakin dingin kian merosot
kini hanya memerap diri di dalam bilik mengasingkan diri
hanya itu yang terdaya diri dapat lakukan
nak bercerita pada suami nanti buruk jadinya
jadi hanya mendiamkan diri dan telan sorang-sorang
aku sebagai kakak hanya menjadi tempat luahan rasa yang terbuku di hati

adik aku adalah menantu perempuan sulung
dan adik iparnya semuanya lelaki
jadi bila kedatangan adik aku masuk ke family pihak lelaki
adalah satu kerahmatan sebab dapat anak perempuan yang sebelum nie anaknya semuanya lelaki
tapi kini semua kebaikan tidak nampak lagi di mata
hanya keburukan sahaja di mata
apa yang di buat nampak salah di pandangan mata kasar
adik selalu mengadu nak duduk sahaja di luar
tapi suami plak taknak sebab nak jaga si ibu
ok jadi faham di situ
ialah sebagai anak lelaki sulung memang tanggungjawab berat untuk menjaga ahli keluarga yang lain
tapi aku rasa suami perlu melihat apa yang diingini oleh seorang isteri
jangan nanti bila keadaan semakin parah
tidak tahu siapa yang harus dipersalahkan 

bagi pendapat aku baik buruknya 
seeloknya baik tinggal berasingan
memang menantu bila tinggal di rumah mertua memang banyak sosek sosek di belakang
tapi anak perempuan tinggal bersama ibunya - jarang kita dengar sosek-sosek di belakang
aku rasa mentua perlu dengar sebelah menantu side jugak
jangan hanya dengar hasutan sebelah pihak sahaja
perkara yang benar jadi tak benar akhirnya
yang dapat nama buruk menantu jugak

aku rasa bebelan aku mengenai menantu vs mentua nie terlalu panjang
emmmm sekadar melepas rasa
baik menantu 
baik mentua
aku rasa kedua-duanya perlu saling hormat menghormati
barulah aman harmoni dapat duduk bersama 



Wednesday, May 23, 2012

Sedia Ada atau Suka Pada Perubahan

waktu lunch tadi
kami bertiga aku..syikin dan syikin...
lunch di mc'd sahaja
macam biasa la aku sudah semestinya akan pilih set chicken foldover - my fav
macam biasa macam-macam cerita kami bangkitkan
dari cerita-cerita panas di ofis
sehingga la cerita gelagat anak-anak
tak kisah topik apa pun tetap menjadi isu hangat bagi kami bertiga eheh

tengah-tengah chit chat tu
kami terpandang sebuah kereta
di bahagian drive thru
dari depan memang cantik - kereta lancer
tapi tetiba pelik
sebab bahagian lampu nampak lampu kereta wira
jadi kami sepakat nak confirmkan bila kereta sudah bergerak ke hadapan
bila kereta tersebut sudah ke depan
sah kereta tersebut memang kereta wira tapi sudah di modified jadi ala-ala kereta lancer
terus kami tergelak

terus topik modified kereta diperkatakan oleh kami bertiga
terus timbul isu kenapa perlu modified kereta menjadi kereta yang gah
sebab bagi aku kalau tidak berkemampuan kenapa nak timbul isu menjadikan kereta lebih gah
sebagai contohnya tadi
kereta wira di modified menjadi lancer
hanya digelakkan orang sahaja - betul apa
sebab realitinya tetap kereta wira
make up macam mana pun tetap kereta wira tidak akan menjadi kereta lancer

macam realiti kehidupan kita jugak
kerja kerani tapi gah cakap pada orang kerja pengawai
sebab orang akan tahu jugak kerja kita sebagai apa
tak payah nak sorok-sorok
begitu jugak kalau jadi sudah jadi 2nd wife
sibuk auta semua orang tak kahwin lagi
tapi kesudahannya pasti akan diketahui orang jugak
lagi menyedihkan family adalah

berbalik kepada modified kereta aku
memang tak salah nak modified kereta
sebab duit korangkan bukan keluar dari poket duit aku pun
cuma bagi pendapat aku..setakat nak modified kereta
nak lowed kan bumper ker
nak potong spring absorber ker
nak buat sun roof ker
nak tambah skirting ker
nak tinted gelap gelita ker
nak tukar rim tayar ker
tak kesah la kan beb

tapi bab merubah terus sebuah kereta tersebut menjadi kereta yang lain
tapi asal usul kereta tersebut tetap jelas kelihatan
aku rasa baik tak payah nak modified
baik simpan duit nak modified tu terus beli kereta idaman kalbu
lambat-lambat pun finally dapat jugak beli kereta iadaman kalbu kan
dari buang duit beribu-ribu membuat modified

nie pendapat aku la
kalau pendapat kita berbalah dan nak katakan aku nie kolot
nak buat macam manakan
nie pendapat masing-masing
nak-nak lagi aku dah berkeluarga
duit nak modified tu baik simpan untuk anak-anak
lagi berfaedah

peace :D

Bawak Pinky Teady Bear

semalam umairah bawak pinky teady bearnya ke nursery
dari rumah lagi aku sudah bising-bising jangan bawak
tapi umairah tetap nak bawak jugak
ialah penjaga di nursery selalu pesan jangan bawak toys ke nusery
tapi aku selalu tengok budak-budak tetap bawak jugak toys kesayangan masing-masing
nasihat macam mana pun
tetap nak di bawak jugak

anak korang bawak toys ke tempat day care tak?
kadang-kadang tu 
umairah siap bawak 2 beg ke nuserynya
1 beg isi pakaiannya
dan 1 beg lagi isi toys dia

melangkah keluar dari nurserynya
sambil memeluk pinky teady bearnya
aku memang tunggu dalam kereta jea
umairah akan pandai-pandai bawak diri
untuk heret atau sandang begnya
datang ke kereta
hanya waktu hujan aku akan masuk ke dalam ambil umairah
jadi tunggu jea la aku dalam kereta menanti si kecik nie masuk ke dalam kereta
kalau 5 minit umairah tak masuk masuk dalam kereta
tetap la jugak aku tunggu

umairah si mulut becok

nie senyum paksa namanya
hahahahhaha


anak kesayangan ibu
kalau tak bergaduh dengan umairah nie dalam sehari memang tak sah
eheh

hari nie hantar ke nurserynya
siap pakai lipstik lagi
emmmm muncung jea bibir tu ke depan :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha