NuffnangX

Showing posts with label wayang. Show all posts
Showing posts with label wayang. Show all posts

Tuesday, November 27, 2012

Malam Gala Pratonton Lagenda Budak Setan - Katerina

semalam hari yang dinantikan selepas mendapat email pada hari jumaat yang lepas
http://zh-bucuk.blogspot.com/2012/11/menang-tiket-wayang-lagenda-budak.html
jadi petang semalam selepas habis kerja
terus memecut kereta menuju ke KL
Pra Tonton filem LBS nie diadakan di GSC Pavillion

keluar dari ofis pukul 5.30pm sampai di Pavillion pukul 9.30pm
3jam perjalanan untuk sampai ke KL
sg.buloh-KL = 3jam
perghhhhh aku pergi ke Melaka pun amik masa 2 jam perjalanan jea
nie setakat nak pergi ke KL pun amik masa 3jam
nak patah pinggang aku

jem gila khinzir la
masuk ke jalan duta - jem
jalan menuju ke pwtc - jem
jalan di ampang - jem
memang sepanjang perjalanan jem jea
geram gila kentang

nasib baik la datang bersama dengan Ain
ada jugak peneman disebelah
kalau aku sorang confirm aku sudah U-Turn balik jea ke rumah
kami sampai pukul 9.30pm
kaunter Nuffnang sudah kosong
tanya di kaunter tiket GSC, dorang suruh jea kami naik ke atas
tapi sampai di kaunter atas
amoi tu minta tiket
sudahhhhh mana la ada tiket
jadi aku tunjuk jea prof dari email nuffnang
ada sedikit kekecohan di situ jugak
sebab amoi tu tak bagi kami masuk memula
walaupun kami sudah tunjukkan email

tapi ada sorang ms dari dalam benarkan kami masuk
minta kami duduk sahaja mana-mana seat
kalau ada yang datang pandai-pandai la tukar seat
sebelum masuk sempat la nampak farid kamil..Brone dan Maya karin
wah maya karin memang cantik
huhuhuhu tak sempat jea nak snap snap sebab dah lambat sangat
just cuci mata jea :(

sebelum balik sempat ambil gambar dengan banner LBS jea
huhuhuhuhu sedih kan

banner untuk filem LBS
memang terbaikkkkk

member ofis yang temankan
Ain - TQ sebab sudi temankan kak Ena

jom cuci mata antara sedutan dalam LBS

para pelakon LBS 2






aku part kasyah dan katerina di Bhutan
soo sweeeeet dan sangat la comel maya karin

part paling sedih part anak kasyah - Athirah mati
sedih sangat part nie
aku siap nangis sekali

part yang menjolok mata
sudah pasti  Lana Nordin
nak terkeluar gunung dia time nak menggoda kaysah ..

part Brone memang dasyat
memang hidup dia bawak watak Hisyam
last-last duduk di Hospital Bahagia

ending filem LBS nie memang membuatkan air mata korang mengalir
sedih sangat
yang pasti ada kesambungan..
Lagenda Budak Setan 3 - Kasyah di pawagam 2013

bagi aku filem Lagenda Budak Setan 2 - Katerina 
nie memang best dan terbaik
aku bagi  9/10...

jangan lepaskan peluang menyaksikan filem nie di pawagam
pada 29.11.2012..
rugi tak tengok :D



Friday, November 23, 2012

Lagenda Budak Setan 2 - Katerina (2012) - Official Trailer


jom tonton yuk :D
sebab menang tiket wayang
terus xcited cari di Utube 
official Triller citer nie

harap citer dia best macam novelnya jugak :D

Sipnosis :

6 bulan telah berlalu, selepas kematian Ayu. Kasyah masih bermurung atas kehilangan isteri tersayang, Ayu
Melalui Athirah, bayinya, segala kasih saying dicurahkan. Katerina juga semakin pulih kekuatannya untuk berdepan semula dengan KasyahKetabahan dan ketenangan Kasyah masih menyerlahkan senyuman dibibirnya meskipun kehilangan orang tersayang, benar-benar buatkan Katerina mengaguminya
Kemesraan mulai terjalin semula antara keduanya. Mereka sering keluar bersama dimana Kate sentiasa berada disampingnya hingga membibitkan rasa cinta. Katerina memperkenalkan kasyah kepada kedua orang tuanya
Mereka merancang untuk bertunang namun ditentang oleh ibu Kate, Sofea. Sofea tidak puas hati kerana Kasyah adalah punca menyebabkan Kate kecewa hingga hampir membunuh diri selepas Kasyah menikahi Ayu
Tak mungkin dia menerima kasyah sebagai menantu setelah dia kematian isteri. Kate tetap berkeras mahukan pertunangan tersebut hinggakan kedua orang tuanya terpaksa menurut
Namun, ayahnya, Sofean, punyai muslihatnya sendiri meskipun dia menyatakan persetujuannya. Ketika yang sama, Hisyam, bekas kekasih Kate yang masih menggilainya muncul kembali, mencetuskan kekecohan
Hisyam mengupah sekumpulan lelaki memukulnya hingga patah kaki. Kate naik angin lalu memarahi Hisyam dan mengugut untuk melaporkan kepada polis
Kasyah bekerja dengan rakan niaga Sofean, setelah berhenti kerja. Kate pula ke Afrika Selatan untuk urusan perniagaan. Ketika inilah Sofean memasang perangkapnya
Zahirah dibayar untuk menggoda Kasyah hinggakan dilihat oleh Firdaus, pengurus tempatnya bekerja. Sofean dihubungi dan diceritakan segala apa yang berlaku
Sofean menyarankan Kasyah dibuang kerja dengan serta merta. Inilah rancangan terbaik Sofean memerangkap Kasyah. Kate amat terkejut sepulangnya dia dari Afrika Selatan, mendengarkan perkara tersebut
Kasyah cuba menjelaskan keadaan sebenar namun Kate berkeras untuk memutuskan pertunangan. Kasyah yang tidak bersalah, benar-benar kecewa dan pasrah. Kasyah menyerahkan takdir untuk menjelaskan kebenaran
Masa berlalu, Athirah pun sudah menjangkau usia 2 tahun. Kasyah masih murung, begiru juga Kate. Kedua mereka terluka hati. Antara mereka masih ada rasa sayang yang menebal. Kate mengambil keputusan mengahwini Hisyam dengan hasrat menyakiti hati Kasyah
Kate tahu yang Kasyah amat menyintainya dan dalam masa yang sama ingin membalas dendam ke atas Hisyam. Meskipun kate mengahwini Hisyam, beliau enggan membiarkan tubuhnya disentuh Hisyam
Mereka tidur berasingan. Kate ingin mendera Hisyam zahir dan batin. Kate takkan biarkan suami ‘gay’nya menyentuh tubuhnya.. Sementara Kasyah, membesarkan anaknya dengan bantuan abangnya, Iskandar
Beliaulah satu-satunya abang yang dia ada. Iskandar yang telah bercerai terpaksa kembali semula ke rumah peninggalan keluarga yang diduduki Kasyah. Malangnya, selain bercerai, Iskandar juga tidak punyai pekerjaan tetap
Kasyah berusaha membantu abangnya itu sedaya mungkin, setidak-tidaknya berada disisinya. Suatu hari, abangnya itu meninggal dunia kerana kemalangan
Anak kesayangannya, Athirah juga turut meninggal dunia tidak lama selepas itu kerana jangkitan kuku dan mulut. Kasyah kini tinggal sendirian, kesepian
Dia kehilangan segala yang disayanginya. Semua orang telah meninggalkannya. Kate pula nekad untuk meninggalkan Hisyam. Dia ingin bercerai. Inilah sebenarnya yang dimahukan. Dia ingin menyeksa Hisyam. Harapannya semoga Hisyam menderita sampai mati
Ketika Kate minta Hisyam pergi setelah memfailkan tuntutan cerai, Hisyam merasakan dirinya bagai ditusuk sembilu tajam. Bagaikan terhiris jantungnya
Hisyam sangat kecewa dan serasa ingin membunuh diri. Hidup bagaikan tak bererti lagi baginya. Sofean terkejut mendengar keputusan Kate. Kate menyatakan kejadian sebenar tentang Hisyam dan sebab-sebab dia mengahwini Hisyam. Kini, barulah dia mengerti bahawa Kate selama ini tak bahagia
Beliau menyalahkan dirinya kerana menjadi punca memisahkan Kate dengan Kasyah. Sofean benar-benar menyesal. Kasyah perlu dicari dan menyatakan kebenaran. Kate terserempak dengan Zahirah lalu bertanyakan perkara sebenar terjadi antara keduanya. Kate yang mendapat tahu muslihat sebenar, mengadap ayahnya Sofean. Sofean terpaku, tidak menyangka muslihatnya terbongkar
Masa berlalu,Kasyah masih tetap menyayangi kate. Dia juga mengerti yang mereka berdua hanyalah mangsa keadaan. Suatu pagi tanpa diduga Kasyah menghubungi Kate semula
Inilah permulaan indah untuk kisah cinta mereka yang tak akan menemui titik noktahnya…



Menang Tiket Wayang ~ Lagenda Budak Setan2 - Katerina

buka email tadi
rasa so surprise bila Nuffnang bagi email :

Nuffnang Premiere Screening of Lagenda Budak Setan 2

Date: 26 November 2012 (Monday)
Time: 9.00 pm
Venue: GSC Pavilion KL 



tak sabar nak pergi hari Isnin nie
ingat nak prgi dengan Eikin
tapi dia tak boleh laks
ada kerja

offer pada Ain
dia ok jea
jadi hari Isnin nie akan pergi dengan Ain
harap dapat la tonton citer nie


lagenda budak 1 memang aku layan tengok di wayang
no.2 nie pun taknak ketinggalan untuk menontonya
lagi plak dapat free jea 
lagi la nak tengok hehehehhee

siapa member blogger yang dapat invitation nie
harap jumpa di sana yea

peace :D

Friday, May 25, 2012

Tonton CD

malam tadi kami sekeluarga layan CD
Journey2 - Mysterious Island
emmmm rasanya orang lain dah lama layan citer nie
aku baru nak layan eheh

best gak citer nie
umairah dan umar tergelak-tergelak tengok citer nie
suka dengan 3D yang digunakan
memang cantik dan nampak betul-betul hidup
terasa nak join sekali pergi ke Pulau tu
memang cantik
dalam keasyikkan dalam masa yang sama hati berdebar-debar 
melihat aksi kejar mengejar antara burung gergasi dengan kumbang gergasi
umar menyorok belakang abbahnya takut eheh
umairah laks terjerit-jerit suruh kumbang cepat lari
memang bising menonton filem malam tadi

nie tengok kat wayang confirm kena halau hahahahahha

Tuesday, March 17, 2009

TeNgOk WaYaNg LaGi

malam tadi aku tgk wayang ngan sayang..sayang xcited nak tgk sgt citer nie..aku cuma diamkan diri n ikut ajer..aku tak story pun apa yg aku n shumie buat (tapi sayang tau la aku kuar ngan sayang - suami aku izinkan tau)..jd kami tgk la citer nie malam td :


tgk citer nie la - kali ke 2 aku tgk



antara watak2 dlm dragonball evolution

wayang kami start kol 8.10pm, jd sblm msk panggung kami makan dulu..mmg lapar la..aku waktu lunch mmg tak mkn, jd mmg lapar sgt la..kami mkn kat the curve..mkn Kenny Rogers, aku mmg suka mkn kenny rogers mmg kena la ngan tekak aku..kali nie aku nak mkn macaroni cheese ngan sup ayam..sayang plak mkn set ayam n choice 3 ug kita kena pilih..mcm biasa la muffin mesti la aku nak banana muffin..air plak kami pilih ice lemon tea..mmg sedap macaroni chese nie tapi tak blh mkn byk sgt la sbb blh muak la..sayang ckp lately nie aku suka sgt mkn cheese, tak takut gemuk ker?? aku senyum jea..dlm otak ckp la, betul ker aku suka mkn cheese lately nie..musykil gak..




menu pilihan aku - soup tak sdp la


menu pilihan sayang


muffin sayang tapi flavour pilihan aku :D




bila kuar berdua jea nie, rasa mcm kuar dating plak :D


pastu tgk jam dah kol 8pm, terus la kami blah..emmm perut pun dah kenyang..jd msk dlm panggung kami tak beli apa2 pun..ngadap tgk ajer la..heheheh klu sayang tau aku dah tgk citer nie tak tau la apa jd kan heheheheh aku layan ajer la mcm aku tak pernah tgk heheheheh

abis movie kami terus blk..tapi sblm blk kami singgah dulu pg pasar malam..aku teringin nak mkn durian, tu yg singgah dulu pg pasar..dpt gak durian yg aku nak mkn nie..mmg tak sabar nak mkn..pas mkn durian mkn buah mangga plak..aduh..mcm2 mknan ada dlm perut aku nie..jgn memulas sudah la erk....




sayang susah payah kupas durian


yeayyy nie la hasilnya..mmg sedap




Show all
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha