NuffnangX

Wednesday, January 9, 2013

Umar Kena Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut

lama rasanya tak update blog kesayangan nie
tak sempat nak menyinggah ke blog kengkawan
sorry kerja banyak untuk disiapkan ikut due date

semalam terpaksa ambil EL
sebab baru perasan ada bijik-bijik merah di bawah mulut umar
di bahagian siku, kepala lutut dan tapak kaki
sudah risau, adakah chicken pox

try bawak ke klinik
doc di klinik syorkan untuk bawak umar ke Hosp Sg.buloh
sebab suspect umar kena penyakit kaki, tangan dan mulut
alahai kerisauan aku di situ

terus menuju ke Hosp
tapi sebelum tu aku singgah di tempat kerja dahulu
sebab wallet tertinggal di ofis
memang aku nie careless kan
wallet pun boleh tertinggal
lepas beritahu pada Eikin aku EL
terus menuju ke Hosp

di Hosp pergi ke bahagian Emergency Case
tunjukkan surat yang klinik bagi
terus nurse di situ bagi no
Tunggu sampai no di panggil
dapat jumpa tapi rasanya nurse jea kot
nurse tengok2 mcm tu jea
pastu minta pergi ke bahagian pendaftaran untuk ambil no lagi

daftar pastu ambil no
tunggu lagi sampai no di panggil
bila no naik baru dapat jumpa doc
bila check doc sahkan memang kena penyakit kaki, mulut dan tangan
tapi tidak kritikal
sebab umar masih lagi selera untuk makan dan minum
dan ruam di badan umar masih lagi tidak ketara sangat
bagus jugak doc cina nie sebab banyak info yang aku tanya dan doc bagi feedback yang baik
segala pertanyaan aku di jawab dengan baik
TQ doc

pastu bg no untuk ambil ubat laks
dapat ubat demam, batuk, selsema dan ubat sapu
selesai segala urusan di Hosp pukul 12 lebih
nak masuk ofis macam tak larat 
lagi plak umar tidak sihat
kena beri perhatian pada si kecik nie
sayang pun ambil EL jugak
untuk beri perhatian pada umar
nasib baik sayang ada sebab ada peneman masa di hosp
kalau aku sorang memang tak terhandle nak melayan budak berdua nie di hosp

sampai rumah, mandikan umar dan sapu ubat
ubat warna pink
bila pakai sejuk jea
waktu siang umar memang aktif
memang tak nampak si kecik nie tidak sihat

tapi bila waktu malam
memang tak larat nak menjaga
meragam dan meregek jea
belum lagi aku nak sapu ubat umar sudah menendang tangan aku
Ya Allah penuh kesabaran nak melayan karenah si kecik nie
kalau tak kuat iman memang sudah naik hantu aku dibuatnya
sabar sabar sabar

malam tadi aku memang tidor-tidor ayam
masuk kerja pagi nie pun lambat
sebab pukul 9pagi baru terjaga
hari nie tak hantar umar ke nursery
cuma umairah sahaja babahnya hantar

skang nie mata jadi mata panda
tak cukup tidor
hari nie minta mak tolong jagakan umar
harap umar tak meragam sangat

waktu siang..umar aktif bermain

muka pun ceria jea
tapi bila malam menjelma
wahhhh penuh kesabaran nak menjaga si kecik nie
sabar jea

Info mengenai Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut :

1.        Apa itu  Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut?

HFMD adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus. Penyakit ini terdapat diseluruh dunia. Di negara yang beriklim 4 musim, penyakit ini sering terjadi pada musim panas. Di negara tropika, kejadian penyakit ini berlaku sepanjung tahun. Penyakit ini sering menyerang bayi dan kanak-kanak kecil. Penyakit ini biasanya tidak teruk dan akan sembuh dalam masa 5 – 7 hari. Namun kadangkala penyakit ini boleh menyebabkan penyakit serius jika menjejaskan jantung atau otak yang memungkinkan kematian.

2.        Apakah tanda-tanda HFMD.

HFMD ditandai oleh:
o   Demam – dimulai dengan demam ringan, rasa tidak sihat  dan hilang selera makan
o   Ruam dan blister (melepoh) di tapak tangan, tapak kaki dan kadang-kadang di punggung (nappy area), lutut dan siku; selepas 1-2 hari demam bermula.
o   Melepoh (blister) di bahagian dalam pipi/mulut; selepas 1 – 2 hari demam bermula.
o   Ulcer mulut yang sakit

3.        Adakah penyakit HFMD sama dengan Penyakit Kuku dan Mulut?

Walaupun namanya hampir sama tetapi penyakit Kuku dan Mulut adalah sama sekali penyakit yang lain dan disebabkan oleh virus yang berbeza, tiada kaitan dengan HFMD. Penyakit Kuku dan Mulut adalah penyakit yang menyerang lembu, kambing dan khinzir.

4.        Apakah penyebab HFMD?

Penyakit HFMD disebabkan oleh sekumpulan virus dalam kumpulan enterovirus. Virus yang paling sering menyebabkan HFMD adalah Coxsackievirus. Kadang-kadang HFMD disebabkan oleh Enterovirus 71. (Lain-lain virus dalam kumpulan enterovirus adalah poliovirus, coxsackievirus, echovirus dan lain-lain enterovirus)

5.        Adakah HFMD ini serius?

Lazimnya HFMD adalah penyakit ringan. HFMD yang disebabkan oleh Coxsackievirus menunjukkan gejala ringan dan pesakit akan sembuh tanpa rawatan. Jarang sekali jangkitan Coxsackievirus menyebabkan viral meningitis dan memerlukan kemasukan ke hospital. Jangkitan Enterovirus 71 (EV 71) boleh menyebabkan viral meningitis dan kadangkala gejala yang lebih serius seperti encephalitis atau kelumpuhan menyerupai poliomyelitis. Encephalitis yang disebabkan oleh EV 71 boleh menyebabkan kematian.

6.        Adakah HDMD ini mudah berjangkit?

HFMD mudah berjangkit (moderately contagious). Penyakit ini merebak dari seorang ke seorang melalui hubungan terus (direct contact) dengan cairan hidung, mulut, air liur, cairan dari blister atau najis pesakit HFMD. Pesakit HFMD boleh merebakkan jangkitan semasa minggu pertama penyakit. HFMD tidak menjangkiti binatang atau merebak dari binatang 

7.        Selepas terdedah kepada jangkitan, bilakan pesakit menunjukkan gejala?

Biasanya 3 hingga 7 hari selepas seseorang itu terdedah kepada jangkitan, pesakit akan mula menunjukkan gejala HFMD. Demam merupakan gejala pertama HFMD.

8.        Siapakah mereka yang berisiko terhadap HFMD?

Semua orang berisiko mendapat jangkitan, namun tidak semua orang akan jatuh sakit. Kanak-kanak berumur kurang 5 tahun lebih cenderung mendapat jangkitan dan menunjukkan gejala penyakit. Ini disebakan mereka dalam kumpulan umur ini masih belum lali (belum immune) terhadap penyakit ini. Jangkitan yang berlaku akan meninggalkan imuniti terhadap virus berkenaan. Namun individu boleh mendapat penyakit HFMD kali kedua/seterusnya jika dijangkiti virus HFMD yang lain.

9.        Apakah risiko yang akan dihadapi oleh ibu hamil jika terdedah kepada pesakit HFMD?

Semua orang berisiko mendapat jangkitan HFMD termasuk juga wanita hamil. Sehingga kini tiada bukti untuk mengaitkan jangkitan HFMD dengan masalah seperti keguguran, lahir tidak cukup bulan atau kecacatan. Namun bayi yang lahir dari ibu yang sedang dijangkiti sangat berisiko tinggi mendapat jangkitan HFMD.

10.     Bagaimana Diagnosa HFMD dibuat?

Diagnosa HFMD biasanya dibuat berdasarkan gejala klinikal. Ini kerana proses untuk mengenalpasti virus dari sampel pesakit akan mengambil masa 1 hingga 2 minggu.

11.     Bagaimana HFMD dirawat

Tiada terdapat rawatan khusus untuk HFMD. Semua pesakit dirawat secara simtomatik. Mereka yang mengalami gejala HFMD dinasihatkan mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Doktor akan membuat keputusan bagi memasukkan pesakit ke hospital.

12.     Bolehkan HFMD ini dicegah?

Walaupun tiada vaksin khusus untuk HFMD, namun penyakit ini mudah dicegah.
o   Elakkan dari membawa kanak-kanak ke tempat sesak seperti sekolah, tadika, nurseri, taman permainan, pasar, pasaraya atau kenderaan awam sekiranya mereka mempunyai gejala.  
o   Amalkan kebersihan diri yang baik:-
§  Basuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, menukar lampin, membersihkan najis bayi dan sebelum menyediakan makanan.
§  Basuh tangan sebelum memegang anak kecil sekembali dari tempat kerja.
§  Galakkan anak selalu membasuh tangan terutama selepas bermain, ke tandas dan sebelum makan.
§  Tutup mulut dan hidung semasa bersin dan batuk.
§  Sentiasa menjaga kebersihan rumah dan persekitaran rumah.
§  Basuh alat permainan, kerusi, permukaan meja dan lantai dengan larutan cair yang mengandungi klorin (seperti Chlorox yang dicairkan) untuk mengelakkan dicemari oleh cairan tubuh yang mengandungi virus penyebab HFMD.

13.     HFMD di Nurseri/TASKA/TADIKA/Sekolah

§  Jika HFMD menjangkiti kanak-kanak yang menghadiri nurseri, tadika atau taska, adalah dinasihatkan mereka tidak dibenarkan ke institusi tersebut sehingga sembuh (lebih kurang 10 hari dari hari mula demam) bagi mengelak rebakan.
§  Amalan pencegahan seperti di atas perlu diamalkan setiap masa.
§  Penutupan premis selama 10 hari dari tarikh mula sakit pesakit terakhir boleh dilakukan sekiranya perlu. Sekiranya premis tersebut adalah sekolah, memadai menutup kelas yang terlibat kerana kanak-kanak yang lebih besar akan mengalami gejala yang ringan sahaja.

14.     Nasihat kepada orang ramai

Ibubapa dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor sekiranya anak mereka mengalami gejala HFMD. Ibubapa patut berhati-hati terhadap perubahan didalam tingkah laku seperti mudah gelisah (irritation) dan mengantuk (sleepiness). Ibubapa harus segera membawa anak ke hospital dengan segera jika pesakit enggan makan dan minum, muntah berterusan atau kelihatan kurang sedar (drowsiness)

Harap pada mereka yang mengalami maslah yang sama ketika ini aku hadapi
sama-sama kita hadapinya penuh sabar..


0 kata-kata indah:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha