waktu lunch tadi aku makan udang
jadi petangnya aku menanggung seksa
aku ada alahan pada seafood tapi tetap gatal nak makan
jadi padahnya aku tergaru-garu di badan sebab kegatalan
sayang sampai jea rumah terus ajak sayang pergi farmasi
sebab nak beli ubat
ubat yang ada sudah habis huhuhuhuhu
dapat beli yang baru rasa lega sangat
kurang skit tangan aku mengaru terutamanya di bahagian paha
garu sedap jea tapi bila tengok sampai melecet kulit tu aku garu
sayang selalu marah aku
ialah kulit jadi teruk kan
dalam perjalanan pulang ternampak ada orang jual durian
minta sayang stop untuk membelinya
rasa pulasan yang di jual - memang sedap
beli sekilo..peniaga tu cakap buah pulasan tu baru jea di petik
sebab tu la masih lagi terasa kemanisannya
gaya sayang megopek buah durian
jangan sampai terkoyak seluar jeans sayang tu sudah la yea
mengopek dengan gagah perkasanya eheh
aku kalau makan durian
paling suka yang seulas jea di bahagian kelopaknya
orang cakap isi durian gaya kucing tidor
dapat makan perghhhh memang sedap
bukti kesedapan durian nie adalah dari umairah
siap naik ibu jari lagi cakap sedap
sampai rumah rasa macam menyesal jea beli sekilo buah pulasan
sebab sekejap sahaja sudah habis
semua cakap sedap
umar makan durian memang la
nak ambik sendiri buah duriannya
taknak ambil bila orang bagi
banyak jugak si kecik nie makan
musim durian...memang ada di mana-mana sahaja raja buah nie
buah serawa durian sedap jugak nie
cicah dengan roti atau roti jala perghhhh menjilat jari dibuatnya
0 kata-kata indah:
Post a Comment