NuffnangX

Monday, March 26, 2012

Menziarahi Family Mak Uda

selepas kami makan kuih udang di pasar semenggong
kami terus pergi kr rumah pak uda dan mak uda
tujuan kai datang ke sini
sebab hari rabu minggu lepas
ada kejadian sedih yang berlaku
kedai yang mak udan dan pak uda mencari rezeki menyara anak-anak
sudah di himpat oleh batang pokok petai
habis runtuh gerai, meja dan kerusi makan pecah
pinggan mangkuk dan gelas kaca pecah
pinggan mangkuk plastik pun ada yang pecah
jadi kedatangan kami datang untuk memberi semangat pada family Uda - kesian tau
macam-macam kejadian yang berlaku

semasa kami sampai tapak gerai yang lama tengah dalam proses
untuk membina kedai yang baru
yang lebih kukuh dan lebih besar
pokok-pokok disekeliling jugak di tebang untuk mengelakkan kejadian
sama tidak berulang semula

 kedai baru yang bakal beroperasi
untuk membeli bahan-bahan untuk membina semula kedai makan yang baru nie
sudah memcecah ke angka RM5K
banyak kan - harga barang skang nie semuanya sudah mahal
kayu pun harga nya mencecah tinggi nilainya

 bak kata pak uda
nasib baik la pokok petai tumbang kena ke kedai
kalau tumbang ke arah rumah jiran sebelah
berapa kos yang perlu di bayar ganti
dua batang pokok sudah di tebang
pokok petai dan pokok buah bacang
usia pokok-pokok tersebut lebih dari 100 tahun
macam tak cayakan
batang pokok-pokok yang telah di potong-potong di simpan
supaya boleh digunakan ketika raya nanti, kak watie nak buat projek bakar lemang - wow best tu

di tangga batu nie kami berkumpul
sambil-sambil minum petang
sambil mendengar gosip terkini eheh
dan di tangga ini jugak kejadian
umar tergolek jatuh ke bawah
kesian anak ibu

semoga terus sabar menghadapi cubaan nie yea mak uda dan pak uda
hri selasa nie, pak uda akan menjalani operation
memangsang spring ke jantungnya
kos menelan belanja RM12K
separuh perbelanjaan kos operation tersebut mendapat tajaan
separuh lagi kumpul duit hasil titik peluh berniaga 
dan sumbangan adik beradik
adik beradik mak aku emmmmm 
entah lah
pecah menanti belah sahaja la
hanya menjaga kepentingan perut sendiri sahaja

Pasar Menggong, Alor Gajah

Bertolak dari Nilai 3 pukul 3 lebih
kami sampai di Alor Gajah pukul 4 lebih
sebelum pergi ke rumah mak uda
mak ajak singgah dahulu ke Alor gajah
untuk beli kuih udang
kuih udang p.cik nie memang popular di pasar menggong
jadi kalau sudah sampai di Alor Gajah tak pekena kuih cucur udang nie
memang tak lengkap la hidup - konon la eheh

 gerai p.cik nie hujung sekali
tapi p.cik nie tak berniaga dalam shop lot dia
sebab dia buka hujung penjuru kedai dia
dalam shop lot dia hanya buat air sahaja

 mak aku cakap kedai p.cik nie pernah masuk dalam TV
tu yang orang makin ramai yang kunjung ke kedai p.cik nie
tu tengok la orang sanggup beratur panjang nak beli kuih cucur udang p.cik nie

 memula beli bungkus jea
tapi disebabkan perut memang sudah lapar
nak-nak plak hujan turun time kami sampai tu
memang terus buka sebungkus untuk kami pelahap di situ jugak
sambil tu order satay sekali
tapi kami order 3o batang
yang sampai hanya 20 batang sahaja
makin untuk rasa-rasa saje la
rasa celah gigi la orang cakap

dalam bungkusan kuih cucur udang nie
akan ada telor, timun, tempe dan kerepok lekor
lain dari yang lainkan
kuih sambal dia pun sedap sangat
makan sambil menjilat garfu eheh

 kalau balik ke Melaka
kalau tak pekena air longchan memang tak sah bagi aku
air fov aku nie
teringat masa aku preggy time umar
mengidam gila aku dengan air nie
terpaksa cari sampai ke melaka nak air nie semata-mata
suka minum air nie sebab tak bergas sangat

kalau time raya
rumah pak long aku memang akan beli air nie berpack-pack
suka tu
siap minta pak long belikan untuk aku kalau p.long beli air longchan nie

 bersama dengan mak tersayang

 Lini bersama mak mertua tersayang eheh

 umar bersama pak chu tersayang eheh

sobri dan hafiz
dah kenyang sudah pasti la pekena asap rokok laks
emmm apa la kan bila la korang nak stop merokok
termasuk la suami aku tu
bila la nak stop merokok
nanti nak nasihatkan anak macam mana la

fikir-fikirkan la

Ke Nilai 3 Mencari Barang Hantaran

hari ahad lepas (semalam) kami pergi ke nilai 3
untuk membeli barangt-barang untuk hantaran
plan asal nak pergi ke KL
tapi memandangkan semalam KL mengadakan sambutan hari polis
terus cancel dan plan ke Nilai 3 sahaja
lama gila tak pergi ke sini
banyak perubahan ketara yang berlaku
tak sangka selepas tol ada jalan khas untuk menuju ke Nilai 3 terus
sampai sahaja di sini
kami singgah ke KK Home Deco
masuk ke sini hanya melihat-lihat sahaja
cuma mak mertua Lini membeli bekas hantaran di sini
sobri cakap dia tak minat plak bekas hantaran di sini
dan yang pasti harga pun mahal tak blh nak tawar menawar
terus menuju ke kedai pengantin yang lain

pusing-pusing naik kereta
nampak kedai yang menarik hati terus berhenti
malas nak berjalan kaki ke satu-satu kedai
sayang plak memang tak dapat join
sebab kena kerja
jadi sobri, nasir dan hafiz yang bergilir-gilir menjaga umar
jumpa kedai pilihan hati
terus beli semua keprluan di sini
malas nak beli skit-skit- terus beli apa yang nak bagi pada pihak perempuan

 nasib baik la sobri tak banyak songeh
tanya apa yang dia mahukan
pandai-pandai aku dengan mak beli apa yang patut
tema sobri pilih ialah Orange eheh
tak sudah-sudah dengan orange colournya

 penat sebenarnya membeli barang kalau bawak budak
di dukung meronta-ronta nak turun
bagi turun segala benda yang ada dalam kedai tu
semuanya nak di pegang - takut barang kaca pecah jea sebenarnya
berlari ke sana dan ke mari
kesian aku tengok jejaka 3 orang tu menjaga umar
penat tak ingat tu beb

 umairah dan pija pun sama
cuma boleh control skit la
kalau kita cakap jangan usik memang budak berdua nie tak usik
cuma banyak tanya tu yang aku tak larat nak menjawabnya
aku tengok salesgirl yang menjaga kedainya
garu kepala tengok telatah budak bertiga nie eheh
suara aku tok sah cakap la
kedai sebelah pun boleh dengar aku menjerit hahahahahha

 sudah membeli harus la balikkan
habis di sini sahaja nak dekat RM500.00 kehabisan duit
tapi bukan duit aku dan duit mak yang keluar
sudah semestinya la duit si sobri yang keluar
sebab dia yang nak kahwin kan eheh
kerut kerut muka time nak membayar eheh

simpan semua barang ke dalam bonet kereta
singgah plak ke kedai sebelah
membeli kain ela plak
tak glamour la kalau tak berpakaian barukan
sponsor by sobri jugak - thanks bro eheh
cuma mak dan Lini yang nak kami semua pakai baju yang sama
boria Pulau Pinang la plak
uwaaaa aku taknak - tapi Lini nak jugak pakai pakaian yang sama
alamak tak suka betul la
pakai sama time sobri kahwin ok la
nie nak bertunang tak payah la sama uwaaaaaaaa
tapi kata-kata aku tak di terima yea
jadi kena la pakai boria time majlis pertunangan sobri nanti uwaaaaaaaaaa
beli kain ela jea habis nak dekat RM200.00 bersama dengan tudung eheh
bila lagi nak pau adik sendiri kan hahahahhaha

 depan kedai kain ela ada kedai jual cadar dan bantal kecik-kecik
dari jauh umairah dah tunjuk nak cadar hello kitty
bila aku tanya cadar harganya baper RM
salesgirl tu cakap RM69.00 untuk katil single
alamak mahal la sayang - ibu tak bergaji lagi
kita beli bantal hello kitty jea yea
nanti kita beli dengan babah
perghhhh nasib baik la umairah mendengar kata
bantal hello kitty nie pun  mak ngah nya yang bayarkan
pija warna biru
umairah warna pink
thanks Lini eheh

umar yang super nakal
kalau berlari pipi tu bergayut-gayut bergoyang
geram nak gigit jea
nasib baik la tak meragam sangat sepanjang kami shopping sakan di Nilai 3
Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar
hanya tinggal kerja aku untuk mendeco
setiap bekas hantaran
emmmm kena buat time umairah dan umar tidor la
ialah nak mendeco nie kena buat dengan teliti
baru lah hasilnya akan cantik dan kemas
tunggu dan lihat hasil kerja aku nanti yea

Anak-Anak Tidak Sihat..Ibu Terpaksa Ambil EL

hari nie terpaksa ambil EL
disebabkan anak-anak yang tidak sihat
umairah - demam 
umar - batuk dan selsema

terus bawak umairah pergi ke klinik
sebab sudah lama umairah tak demam
last kena November last year
tiap-tiap bulan yang tak sihat sudah semestinya umar
tak bawak umar pergi klinik sebab ubat batuk dan selsema umar masih ada lagi
dalam fridge - kalau tak baik-baik jugak baru bawak pergi klinik

bawak pergi ke klinik Mutiara
nasib baik la tak ramai orang
jumpa doktor cek apa-apa yang patut
tekak umairah memang bengkak
sebab tu la susu yang di minum terus dimuntahkan
kesian anak ibu

 bila tidak sihat
baru akan duduk diam-diam dalam rumah
baring elok jea depan tv
layan tengok kartun

 umar kalau demam memang aku risau sangat-sangat
nie gambar semasa umar demam dengan suhu yang tinggi
cian anak ibu
nie dua-dua tengah tak sihat
memang tak boleh baring sebelah menyebelah
umar memang akan menarik jea la rambut kakaknya
taknak aku manjakan sangat kakak dia lebih dari dia
ewah ewah umar nie
kakak kan tengah sakit
kena la ibu jaga kakak dulu, umarkan ada wan

 dapat ubat antibiotik
ubat demam
dan ubat batuk
cuma ubat batuk aku tak bagi pada umairah makan
cuma bagi makan ubat antibiotik dan ubat demam sahaja aku berikan

makan nak makan mc'd jea
singgah dahulu ke mc'd sebelum balik ke rumah
belikan set happy meal burger dan hash brown
tapi bila sampai rumah makan burgernya skit jea
hash brown pak langnya yang sebat

lepas makan ubat budak berdua tu
terus baring
aku yang kepenatan menjaga budak berdua nie
emmm ibu jugak yang berkorban cuti untuk menjaga anak-anak di rumah
uwaaaa nak simpan cuti untuk bulan June nie

semoga cepat sembuh yea sayang ibu
mmuahhh

Sunday, March 25, 2012

Selamat Hari Polis Ke 205


hari nie malaysia menyambut Hari Polis yang ke 205
semoga khidmat Polis di Malaysia terus cemerlang
membanteras jenayah yang semakin berleluasa akhir-akhir nie

sesiapa yang nak melihat raptai dan pelbagai aktiviti
sempena sambutan ini
boleh la menghadirkan diri ke Dataran Merdeka Kuala Lumpur
aku mungkin tak dapat pergi sebab nak beli hantaran untuk adik lelaki aku
ialah bulan April nie bakal menjadi tunangan orang
sudah mula bz membuat persiapan

plan awal nak pergi ke KL untuk membeli barang
tapi selepas mendengar akan buat sambutan hari polis pada hari nie
terus cancell sebab pasti jalan akan jem dan nak beli barang pasti susah
mungkin akan pergi ke Nilai 3 sahaja kot - maybe

jadi aku nak ucapkan selamat Hari Polis ke pada mereka yang berkhidmat dalam sektor nie
dan jugak kepada member-member blog yang
bekerja sebagai PA, isteri/suami yang bekerja sebagai polis
mereka yang aku kenali ialah :

selamat maju jaya semuanya "D

Saturday, March 24, 2012

Blog MakeOver by Miss.Sha


emmm rasanya sesiapa yang selalu singgah ke blog aku
pasti perasan akan perubahan ketara yang berlaku pada
blog kesayangan aku nie

sebabnya aku telah membuat makeover pada blog ini
eheh jangan ingat orang jea boleh buat makeover
tapi blog pun nak jugak turut serta dalam meng'makeover'kan diri eheh
dunia skang nie mudan dans enang jea
ada duit semua boleh buat
jadi aku meng'offer'kan job pada Cik Sha
untuk mencatikkan semula blog kesayangan aku nie

pertemuan aku antara Cik Sha telah diperkenalkan oleh sahabat baik aku iaitu Cik Zura
thansk ra sebab ko memperkenalkan sha nie
memang aku suka pada idea dan kreatif sha nie
dalam mencorakkan semula blog aku nie
aku hanya minta apa yang aku mahu
dan selebihnya shah yang mengolahkannya semula
finally memang aku suka

jadi siapa-siapa yang mahukan perubagan dalam blongnya
sila la kunjung ke blog Cik Shah untuk mendapatkan khidmat terbaiknya

thank sha
semoga terus dimurahkan rezeki
InsyaAllah

Friday, March 23, 2012

Adakah Sebab Ko Besar Jadi Ko Boleh Berlagak..Boleh Blah

lunch hari nie seperti biasa la
sudah pasti la di The Store - Food Court jea
sebab kesuntukan masa 
order nasi ayam sahaja
1st time nak rasa untuk peniaga yang baru nie - not bad la
nasi dia pun lembut sahaja
tak rugi try - next time boleh try lagi


ok berbalik pada tajuk entry aku kali nie
"Adakah Sebab Ko Besar Jadi Ko Boleh Berlagak..Boleh Blah"
ok korang perasan tak
kalau orang tu berpangkat besar
kalau orang tu berkereta besar
kalau orang tu berbadan besar
senang cerita semuanya besar la
pasti akan membuangkan orang lain menjadi BENGANG

macam apa yang terjadi pada diri aku hari nie
biasa la bila berkerja di bahagian Credit Controller - AR
pasti tidak lari untuk berhubung dengan customers untuk menanya outstanding payment
kalau ada customers yang bermasalah untuk pembayaran
mula la pengawai akaun yang rasa diri tu sudah pangkat besar sangat
buat layan tak layan jea nak cakap..
belum lagi tetiba nak angin bila aku tanya payment
sabar..sabar..sabar..nanti aku naik angin sekali
mau ko terkejut beruk
dah la sudah berhutang pastu berdolak dalih laks
aku memang benci la kalau nak deal dengan orang yang rasa sudah tinggi sangat pangkatnya
langsung tak respect pada orang lain
hellooooo aku pun berpangkat jugak
tapi boleh tak beri kerjasama yang sewajarnya
boleh tak mind thingking set "kalau aku pangkat besar ada orang lain lagi tinggi pangkatnya"
boleh tak berfikir seperti itu..susahkan

lagi kalau orang sudah naik kereta besar
boleh tak respect orang yang naik kereta ala-ala comel nie
aku tahu la kereta ko besar dan mewah
jadi ko ada kuasa untuk parking sesuka hati ko
jadi ko ada kuasa untuk potong masuk jalan orang sesuka hati
ko tak ingat ker pada kenderaan yang ko tetiba nak potong nie
dengan tak bagi signal main masuk jea
sebab ko ingat ko kaya raya
jadi kalau kena saman pun ko boleh bayar
macam tu ker ko fikir
jadi kalau terjadinya apa-apa..xcident contohnya
ko boleh bayar nyawa seseorang ker.. memang kurang ajar
WSY7573 aku memang ingat sangat la no.plate kereta nie

sudah berkereta besar
bermakna boleh buat sesuka hati
tidak bagi laluan pada kereta comel untuk lalu
terpaksa undur sedikit demi sedikit untuk elak keretanya
geram gila..hanya disebabkan kereka ko besar
emmmmmm entah

geram pada semua yang berbentuk besar
tapi sayang pada yang berbadan besar terutamanya pada suami tersayang..luv u sayang eheh
ingat-ingat la orang di luar sana...


Tempahan : Apam PolkaDot

 thanks Idah sebab memperkenalkan member ofisnya
untuk membeli apam polkadot dari aku
kawannya yang bernama Diana
telah menempah 100 Bijik - RM40.00
filling - kaya, orange dan bluberry
harap suka yea :D

model untuk testing produk
sudah semestinya la umar eheh
bangun pagi tadi terus cakap nak mamam
bagi la makan apam
buat muka suka
umairah dan umar memang suka makan apam polda dot nie
nak-nak kalau filling dia kaya
sedap jea rasa macam makan kuih pau

saper-saper nak order
jangan segan-segan 
email : zarena_kundang@yahoo.com
FB : zarena heeney

peace

Thursday, March 22, 2012

Pesanan Menusuk Ke Kalbu

hari nie luch di the store
bosan nak makan di kedai biasa
jadi lepak makan di food court
kali nie wan join lunch sekali
dan member biasa sudah tentu la syikin
teringin laks nak makan makanan dalam bekas kuali kecil
try makan sweet & sour - RM5.50
bersama dengan air soya

masing-masing sudah dapat makanan yang ingin di makan
tengah-tengah makan
ada uncle cina nie tengur syikin
"nice ur watch"
syikin cuma senyum jea
"have diamond"
no la tak mampu nak beli yang mahal beli di Avon sahaja
terus uncle cina tu angkat kerusi dan duduk depan kami
dalam hati aku alamak sudah takkan la nak berniaga kot
tapi uncle cina tu cakap
"don't worry just eat ur lunch"
sambil tu uncle cina tu cakap la dia ada jual jam
jenama rolex, jadi kalau nak beli boleh beli dari dia
manufacturing dari Korea
pastu kami cakap kami tak mampu nak beli pun
kerja pun kerani jea
terus uncle tu cakap
"don't look down ur life, everybody is same in the word, different only when ur strongly work
than ur become a rich"


lepas tu uncle cina terus memberikan nasihat sambil kami bertiga makan
dari topik sebenar dia nak menjual jam rolex kepada kami
terus bertukar topik kepada rentetan kisah kehidupan dan pengalaman hidup dia

kita mesti sayang diri sendiri dahulu
baru la kita sayangi pada orang sekeliling kita
sebab susah senang hanya kita sendiri yang mengetahuinya
kumpul duit sedikit demi sedikit untuk memiliki harta sendiri
walaupun kita sudah berkahwin jangan bergantung sangat pada suami
sebab usia kita semakin meningkat, lelaki mudah sahaja mencari pengganti
jangan mencari bakal suami yang kaya raya
sebab lelaki mudah mencari pengganti
jangan menggongkong suami
sebab kita tidak tahu apa yang suami boleh buat dibelakang kita

anak-anak jangan di pukul dan di herdik
sebab budak kecil tidak mudah fahami apa yang kita perkatakan
cakap dengan lembut
jangan manjakan anak dengan semua keinginan yang anak mahukan
sebab dari situ kita boleh spoil budak tersebut
sayang anak biar dari hati
jangan sayang anak bila anak menangis baru kita bersuara "sayang dia...sayang dia.."
dari hati kita sayang, akan terserlah kasih sayang yang akan kita curahkan kepada anak-anak

makanan yang kita makan perlu habiskan
sebab uncle cina tu tengok nasi yang aku order tak habis - tak sedap
sebab kita berdoa selalu minta pada tuhan untuk jadi kaya
tapi bila makanan depan mata tidak dihabiskan kita menolak kaya yang tuhan berikan
sebab itu la kalau tengok orang cina makan habis licin nasi dalam mangkuk
sebab hargai dengan makanan yang ada di depan mata
kita beruntung sebab tinggal di negara yang makmur
banyak makanan yang kita ada
kalau negara lain susah nak mendapatkan makanan - kita perlu beryukur

nia antara cakap-cakap uncle cina tu bercerita pada kami
ada point-point yang aku rasa betul apa yang uncle tu cakap
wajar kita ikuti - nasihat orang tua kadang-kadang betul jugak
yang elok kita ikuti yang tak elok kita tinggalkan

  

Wednesday, March 21, 2012

Politik Di Ofis

bila kita cakap pasal politik
pasti hati fikiran kita terpfikir tentang politik di malaysia nie
Demokrasi - kata sahaja demokrasi
tapi Lu Fikir La Sendiri
politik dunia malas nak citer

tapi apa yang aku nak perkatakan di sini
ialah politik di Ofis
ia bila kita bekerja dan mempunyai pelbagai jenis dept
dan pelbagai jenis rakan sekerja
jadi pelbagai jenis karekter manusia akan kita hadapi

bagi aku dari dahulu sehingga ke tempat kerja kini
aku bernasib baik mempunyai rakan sekerja yang saling memahami
dan tidak tikam menikam di belakang - Alhamdulillah
tapi bagi member-member yang banyak cerita yang diperceritakan
hanya dengar dan mendengar
jangan buka mulut untuk komen yang lebih

bagi aku kalau ko nak bercerita pasal apa-apa pun
aku hanya akan mendengarnya dan tidak akan komen lebih-lebih
sebab kepastikan dunia politik di ofis
kita tidak tahu adakah komen kita akan senyap di situ
atau komen kita tersebut akan dipanjang-panjangkan
kepada orang lain yang akan memikirkan yang bukan-bukan akan komen kita tersebut

dan yang pasti bila di ofis
bercakap sesuatu lagi-lagi ketika memberikan komen
pasti kena melihat sekeliling
sebab kita tidak tahu siapa ada di sebelah kita
yang terdengar pasti akan memikirkan yang bukan-bukan
di ofis menjaga nama baik sendiri perlu dikekalkan
ialah kita taknak diri kita di chop radio bergerak..IBM..mulut tempayan
atau seangkatan dengannya

seperti mana kita menjaga nama baik kita untuk suami kita
begitu jugak la bila di ofis
pasti segala gerak laku dan butir bicara kita ada diperhatikan
jadi AWAS semua
dan lagi politik di Ofis nie
ialah orang kuat mengadu
segala jenis nak mengadu pada orang atasan - tak boleh nak tengok orang lain
nak bersenang lenang - ada sahaja nak bagi maklumat pada orang atasan
perghhhh orang yang sebegini memang confirm 
takder saper nak dekat - betul tak

jadi bagi aku
bila di ofis aku buat biasa-biasa jea
kerja diutamakan
bila siap segalanya
baru la ko nak buat apa pun - terpulang
dan lagi satu pasal OT
yup aku tak kondem pada mereka yang nak buat OT
tapi bagi aku kalau kerja tersebut boleh disiapkan on time ketika waktu bekerja
kenapa perlunya nak buat OT
sebab nak buat OT sebab nak dapatkan duit gaji lebig pada bulan tersebut
aku pasti niat kita akan dipersoalkan di SANA nanti - fikir-fikirkan la
ialah kalau waktu bekerja lebih sibuk membuka FB..Blog..Utube..dll
memang la kerja yang sedia ada tak dapat nak disiapkan pada tempoh masa yang ditetapkan
kalau waktu bekerja tu digunakan sepenuhnya menyiapkan kerja yang ada
pasti akan siap on time tapi
Lu Pikir La Sendiri

kerja tetap kerja
blog tetap blog
siapkan yang penting dahulu than buat la apa-apa pun
masing-masing aku rasa sudah matang
tak perlu nak tegur atau tuduh menuduh

ofis korang macam mana
pasti ada pelbagai jenis rakan sepejabatkan
bukan RACUN sahaja yang bahaya
manusia pun bahaya jugak..
peace 

Mari Kenali Member Blogger Dari Sabah bahhh

salam Azie
akak cilok gambar adik msk entry kak ena yea
ialah kata nak promote member blogkan
jadi kena la bersuai kenal dahulu

skang nie depa suami isteri duduk di sabah
masih kepingin untuk mendapatkan zuriat
InsyaAllah pasti ada rezeki untu azie suami isteri
skang nie Azie menjadi babysitter
bayi yang dijaga oleh Azie sangat la comel

ok la Azie
ena rasa mungkin korang berdua pilih warna grey kot
sebab tu warna yang terlintas di fikiran ena skang nie ehah

ok siap-siapa nak join contest Azie
lagi ramai kita berkawan di dunia maya nie
lagi happening hidup kita
bye :D

Kebersihan Harus Di Utamakan

emmmm tak tahu nak cerita apa sebenarnya
tapi tangan tetap nak tulis jugak di blog ke sayangan aku nie
kebersihan..aku rasa memang kita sebagai orang Islam kebersihan
perkara wajib kita kena amalkan
siapa suka duduk di tempat yang tidak bersih
kalau makan di luar pun kita pasti nak lihat restaurant yang kita makan tu bersihkan
kalau kita guna tandas awam pasti nak lihat toilet yang bersih dan harum baunya
bukan busuk dan tekak rasa loya nak gunakan
nak masuk pun tak lalu nak masuk jugak
sanggup tahan dari masuk jugak

cerita tentang toilet
aku rasa mentaliti orang malaysia nie
kalau bukan toilet rumah sendiri, toilet tu boleh buat sesuka hati sahaja
sudah membuang tak pam air atau tak jirus
pintu toilet di conteng dengan perkataan yang tak sewajarnya
suka-suka hati buang pad di tempat yang tidak sepatutnya
di manakah letaknya fikiran yang kita kurniakan oleh Allah swt
itu belum lagi kalau tanda duduk
habis dipijaknya toilet tu
aku pernah tengok orang cedera sebab tandas duduk tu pecah
habis paha terkoyak sebab kena serpihan pecahan tandas duduk yang pecah
perghhhh ngeri beb

apa lah salahnya lapik tempat duduk tu dengan kertas tisu
skang nie di Guardian atau watsons pun ada jual pelapik untuk tanda duduk punya
beli dan pakai jea
ialah rata-rata handbeg kaum hawa niekan besar
jadi tak salah kot nak letak benda-benda nie dalam handbeg

aku rasa buka sahaja isu nie dibahaskan untuk tanda awam di luar sahaja
tapi toilet di ofis aku nie pun sama
busuk gila terutamanya kalau tandas itu bernama untuk tandas untuk orang LELAKI
skang nie aku bukan nak kondem perangai orang lelaki tau
tapi realitinya tanda lelaki di ofis aku nie memang macam nie
tapi aku bernasib baik jugak la
sebab floor kami tak ramai orang jadi kegunaan tandas tu tidak kerap digunakan
kalau floor bawah sekali memang tak lalu nak masuk la sebab ramai guard yang gunakan
tapi tanda di 2nd fllor telah dipisahkan oleh gents kegunaannya
kalau tak separatekan memang hancusssss la

tapi bagi aku tandas yang aku boleh masuk hanya tandas di Petronas sahaja
bersih dan boleh la aku gunakan tanpa rasa was-was

harap rakyat malaysia nie
dapat berubah sekiranya menggunakan hak milik awam
gunakan dengan sewajarnya

Finally Sudah Berhenti

Alhamdulillah berhenti jua umairah dengan putingnya
syukur sangat-sangat
tak pasti sebenarnya bila umairah start tak hisap putingnya
tapi bila belek-belek semual dalam hp
last day dia dengan putingnya yang aku snap gambarnya
pada 02.02.2012 yang lepas
tarikh pun cantik jea
sudah sebulan lebih umairah tidak bersama dengan puting kesayangannya

memula terjadinya umairah tak bergantung sangat pada putingnya
bila tidor malam tak jumpa puting
menangis tak ingat dunia jugak umairah tak tidor malam dengan putingnya
kami dah penat mencari tapi tak jumpa
wat bo layan jea dengan permintaan umairah\jadi 1st nite tanpa puting tidor dalam esakan huhuhu
malam ke dua laks pun sama
masuk malam ke tiga, umairah hisap jari dia eheh
pastu dah tak menanya lagi puting dia
sampai la ke hari nie
cuma bila dia nampak pija hisap puting dia
umairah akan hisap jari dia
macam nak lepas giant dia jugak la
skang nie malam dah tak runsing nak mencari puting umairah
kadang-kadang tu boleh kecoh satu rumah hanya nak mencari puting umairah

semua tu kenangan
nanti nak godek-godek dalam folder picture nak mencari gambar umairah dari baby
hingga ke hari nie dengan putingnya
pelbagai jenis warna, pelbagai jenis bentuk dll
perghhhh selamat skang nie

Tuesday, March 20, 2012

Monthly Check Up untuk Umar

pagi tadi masuk lambat skit ke ofis
tepat pukul 11 lebih baru punch card
macam biasa la bila ada kecil yang tengah membesar
selagi belum cecah umar 2 tahun
siap sedia sahaja la untuk membuat rutin check up untuk anak-anak

sebelum umar mencecah umur 2 tahun
ada lagi 3 check up yang umar perlu lalui
check up pagi tadi nurse hanya menanya perkembangan trekini umar
dan paling penting menimbang berat badan umar
umairah beratnya skang nie 13kg
umar laks 11kg
mak aiii beza hanya 2kg jea

 dalam perjalanan pergi ke klinik kesihatan
ada kereta dari arah bertentangan bagi high bim
jadi kalau ada tanda macam tu pasti la ada sekatan jalan raya di hadapan
kami yang memang sudah pakai tali pinggang
terus cakap pada umairah untuk pakai tali pinggang
memula taknak pakai
tapi bila cakap depan ada polis terus pakai
umairah memang tak suka pakai tali pinggang
sebab tu la gambar dia muka mencuka jea eheh
kena paksa pakai tali pinggang

 umar macam biasa la berdiri jea la kerja nya
bukan boleh duduk diam pun

 sampai klinik
orang ramai jugak
jadi kena bersabar menanti nama di panggil
sayang dah buat muka bosan
umar dengan umairah bukannya boleh duduk diam
semua benda nak di usik

umar buat muka cuak eheh
takut la tu nak jumpa nurse
takper sayang ibu kali nie jumpa tak kena cucuk pun
timbang berat jea

next meeting untuk bawak umar check up ialah 31.05.2012
nasib baik la boss aku tak fussy sangat dengan perkara-perkara
yang sebegini 

Rasa Macam Nak Bawak Pergi Tapi

bila tengok belakang komik upin & ipin 
akan buat tayangan pementasan di Istana Budaya
rasa hati nak bawak umairah tonton cerita nie
tapi bila tengok harga tiket mahal terus kena fikir budget laks
huhuhuhuhu

nak tengok harga-harga tiket

tapi nak tengok gak
tak pernah lagi jejakkan kaki
masuk ke Istana Budaya huhuhuhuhu

hari nie masuk lambat skit
bawak umar pergi check up
selamat bersarapan yea

Monday, March 19, 2012

Tetiba Teringinnya

tadi belek punya folder gambar
ternampak laks gambar aku dengan KFC Krushers
emmmm tetiba laks aku nak sangat kebenda nie nak minum huhuhuhu
aku suka flavour bluberry
chicpsmore dah try rasa dia ok la
oreo laks aku memang tak suka choc nie
sebab utamanya nanti celah gigi nampak hitam - boleh tak alasan nie eheh

tapi seyes la nak benda nie
balik nie macam tak sempat jea nak singgah kfc
kalau mc'd cuma ada mc'flurry jea
flavour pun biasa-biasa jea
huhuhuhuhu bestnya kalau kfc sebelah ofis aku nie jea

hehehehehhe alamak habis la kalori aku nanti
ada siapa-siapa baik hati tolong belikan
sayanggggggggg ngehngehngeh

Semester Baru Bermula

ahad lepas bermula sekali lagi hidup aku sebagai seorang pelajar
untuk 2nd semester nie
ada semangat baru dalam hidup aku
rasa xcited nak pergi ke class
semasa aku 1st sem rasa malas gila nak pergi class
nak buat assignment dengan nak buat test
semuanya aku jadi pemalas
tapi perubahan melanda
setelah aku menjawab exam
rasa risau kalau aku tak pass exam
jadi niat di hati
kalau aku lulus exam
aku akan belajar betul-betul
dan bila result keluar
syukur Alhamdulillah lulus hahahahahhaha
macam tak percaya sebenarnya
ialah baca buku pun sehari sebelum nak exam
perghhhh memang gila la

jadi seperti apa yang aku janjikan pada diri sendiri sebelum nie
kalau aku lulus aku akan belajar bersungguh-sungguh
aku akan buktikan pada semester kali nie
cha yok cha yok
bangkit dari kelemahan yang lalu

semester kali nie aku ambik paper
qmt425, ctu551 dan mandarin 1
seronok laks belajar bahasa mandarin nie
asyik tergelak jea hehehehehe

semalam pergi class dari Sijangkang
sayang dan anak-anak yang hantarkan
umar bila nampak aku keluar dari kereta
terus menangis
cian laks pada anak ibu nie
tak boleh la sayang
ibu nak menuntut ilmu nie
doakan ibu kuat iman untuk belajar semula nie tau
mmmuahhh

 umar kalau naik kereta
selagi kaki dia tak lenguh berdiri
selagi tu la berdiri jea atas riba aku
sampai kebas la kaki aku di buatnya
berat dah la lebih dari 10kg sekarang nie
sabar jea la

 umairah yang snap gambar nie
tapi tu la tak center eheh

umairah suruh babahnya pandang camera
mana boleh la kakak
babah tengah drive
kena concentrate pada jalan tau
bahaya nanti

pada yang mereka yang sambung belajar
sama-sama la kita harungi lagi
tugas kita sebagai seoarang pelajar
cha yok cha yok 

Langgar Tiang

kisah berlaku pada jumaat lepas
sedih tau huhuhuhuhu
balik dari kerja nak masuk parking
sebelah kanan ada besen
malas punya pasal taknak turun untuk alihkan
jadi konon-konon pakar la
aku try adjust masuk untuk rapat ke kiri lebih
tapi mungkin aku pusing stereng terleboh over
pastu aku hanya pandang sebelah kanan side
jadi bila aku masuk jea
tetiba aku dengar mak menjerit kua sambil tu aku terdengar sekali
bunyi scratch
alamak aku terlanggar tiang ker nie
terus undur skit-skit ke belakang
tapi still terdengar bunyi scratch tu huhuhuhuhu
bila selamat keluar aku terus keluar tengok keadaan kereta aku nie

 bila tengok depan mata
ini yang terjadi
huhuhuhu
mati mesti kena marah dengan sayang
tapi call sayang dan hantar gambar mms
nasib baik la sayang tak marah
sayang cakap benda dah nak jadi
bukan boleh elak pun 
perghhhh nasib badan tak kena marah hahahahha

 ini budak berdua lagi la
bukan nak menolong ibu yang tengah menggelabah
tapi labi bikin takut pada ibu dia
umairah siap cakap lagi
ayok yok yok nanti babah marah
ibu rosakkan kereta babah
umar lasks siap tunjuk-tunjuk lagi kesan calar kat kereta tu
huhuhuhuhu
apa da anak ibu taknak tolong ibu pun
huhuhuhuhu

umar kalau nampak air bertakung memang tak boleh duduk diam
skang nie area umah kami
paip air akan di tukar baru
jadi berselirat skit paip air depan rumah

sorry sayang

Thursday, March 15, 2012

Ambik Ko Tersedak DiBuatnya

credit to image google

pagi tadi sarapan di kedai mamak belakang
tepat aku sampai di kedai mamak pukul 9am
nasib baik la sudah minta syikin orderkan untuk aku
air barli suam dan pekena roti canai bawang

jadi sampai jea boleh tersu mamam
tengah makan tu
si khir tanya GM takder ker
syikin cakap la "GM pergi meeting"
aku laks terus cakap "ha'ah GM meeting"
habis jea aku mengiyakan cakap si syikin
tetiba GM datang menuju ke arah kami
aku time tu memang etrsedak gila la
ialah sudah pukul 9am
tapi masih sarapan lagi di kedai mamak
hah dalam nak bangun tu aku sedut gak air barli
syikin sebelah aku tahan-tahan nak gelakkan aku
uwaaaaa baru makan skit jea roti canai aku

yang GM laks terus duduk depan kami
siap cakap naper tak ajak nak makan boleh la dia tunggu kat kedai mamak nie 8.30am
hah amik ko perlian membisa tu
huhuhuhuhu
terus bangun dan bayar bil
tapi thanks sebab ada orang yang membayar bil untuk kami berdua

tu la kami nie tak boleh nak buat dosa kecik skit
pasti tertangkap hehehehehe
baru jea nak sarapan on time
tapi kena tangkap
si Malik dan Azhar sengih-sengih kat kami
hahahahaha sekali terkantoi

pasnie tobat taknak dah buat jahat
hehehehehe
peace boss
hujung tahun jangan potong bonus kami yea :p

Wednesday, March 14, 2012

Promote Kedai Member : Mum N Baby Shop

petang selepas habis waktu kerja
janji dengan idah untuk terjah kedai member sekolah dahulu
salah seorang member sekolah menengah aku
kini telah membuka mini kedainya dan kedai online
jadi siapa-siapa yang kaki online shopping
boleh la terjah websitenya

pelbagai jenis barangan untuk yang mereka Brestfeed pada babay mereka
untuk mereka yang mencari pakaian nursing pun ada di jual di sini
memang berbaloi untuk shopping di sini

untuk yang tinggal berhampiran di area sg.buloh
boleh la datang sendiri ke kedainya di :
NO 14A MASGENUINE SQUARE
JALAN MELATI KUANG, 
tingkat atas sebelah speedmart99


antara stock barang yang terdapat di kedai zie
rambang mata nak membeli

kedai zie nie combine dengan kedai adik iparnya
adik iparnya menjual peralaratan seperti di atas
kalau ada yang baru pindah rumah baru
boleh la beli kelengkapan bilik air di sini
cantik dan harga pasti berpatutan

aku dah tertarik dengan mirror nie
letak dalam bilik air memang cantik
kena tanya sayang dahulu
boleh beli ataupun tidak

bergambar dengan pemilik Mum N Bbay Shop - Zie

idah bersama dengan zie
imah tak dapat join perjumpaan nie sebab sakit perut
kalau tidak pasti perjumpaan nie jadi havoc

last picture
bersama dengan idah
aku rasa tudung nie membuatkan aku lagi bertambah bam-bam
uwaaaaa nak diet

best of gud luck zie
semoga semakin ramai membeli di kedai ko
cha yok cha yok beb
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha