NuffnangX

Monday, August 27, 2012

Ayer Hitam, Kedah ~ Perjalanan Sakit Pinggang

bermulanya perjalanan kami sekeluarga pergi ke Ayer Hitam Kedah
pada hari sabru yang lalu - 25.08.2012 - 26.08.2012
hari jumaat family mak ndak sampai
dan tidor semalam di rumah kami
esoknya baru memulakan perjalanan yang jauh
perghhhhh memang nak patah pinggang

kami pergi ke Kedah naik 3 buah kenderaan
family kami naik van sewa - van pregio -minyak dissel
sewa sehari RM200, 2 hari RM400.00
murah jea kan
selesa sangat semasa dalam perjalanan sebab utama dapat meluruskan kaki
kalau naik kereta confirm kaki akan kejang kot - bagi aku la
sebab aku bukan jenis yang suka long journey
selalu balik melaka jea - 2jam perjalanan

nie pergi ke Kedah 6 jam perjalanan
perghhhhhh memang sakit semua sendi la
macam mana la orang lain selalu long journey tu kan
mesti dah biasa punya

kami bertolak pukul 10am
dan sampai di Ayer Hitam pukul 4 lebih
sepanjang perjalanan memang selalu berhenti di hentian rehat
sebab nak take five
nasib baik la umairah, umar dan pija tak banyak ragam
happy sahaja sepanjang perjalanan

muka umairah dan umar yang happy dapat naik van
memang jakun skit anak-anak aku nie eheh

berhenti di hentian - ntah tak ingat
asyik nak terkucil jea
toilet tambahan pun banyak pihak plus sediakan
TQ

umairah asyik tanya
"ibu, kita nak pergi mana nie"
"bila nak sampai ibu"
penat nak jawab soalan umairah nie
nasib baik aku tak masbuk sepanjang perjalanan :D

lini..aku dan umairah
luas dan selesa naik van pregio nie


berhenti rehat di hentian semenggol kot
keluarkan semua bekalan
sup ayam..ayam masak merah..rendang daging..bee hun..cekodok..kuah kacang..
emmmm macam-macam ada kan
Alhamdulillah kenyang perut

umairah dan umar
thanks sayang sebab tak banyak ragam sepanjang perjalanan

selepas makan lepak sekejap
solat zohor
dan luruskan pinggang

kami sampai di kedah pukul 4 lebih
ingat lepas letak barang nak teruskan perjalanan pergi ke Padang Besar
tapi mak ndak cakap nak tengok barang hantaran dahulu
pihak perempuan bagi barang-barang hantaran lelaki yang ada pada pihak perempuan
bila tengok ada yang tak gubah lagi
terus duduk bersimpuh dan siapkan semua hantaran semula
perghhhhhh tak rehat tau
terus buat gubahan
nasib baik la yang ikut ada bakat terpendam membuat gubahan
terutamanya Roza (bakal tunang Shahril)
memang pandai bab mengubah hantaran 
sebab dia memang menerima gubahan hantaran utk masa terluang
perghhhh pandai ko cari bakal bini yea sahril

ok jom cuci mata homestay yang family sebelah perempuan sediakan
besar dan selesa
pihak perempuan sewakan 2 buah rumah homestay untuk kami

bilik air
pantry
ruang dari ruang tamu ke dapur memang luas
bilik tidor ada sebilik lengkap ada aircond
ruang tamu simple sahaja - tv dan meja kecik
ada tilam tambahan

harga 1 malam kalau tak silap aku dalam RM130.00 kot
ok kan 
next time kalau nak pergi ke Padang besar boleh la kami sewa homestay nie jea
selesa dan murah

di luar ada sawah padi
pokok kelapa nipah
dan sungai - banyak ikan
umairah dan umar memang buat muka jakun
ialah tak pernah tengok kan

lihat kawasan sekeliling
tepi sungai ada sangkar burung
umar suka la tengok

lepas magrib baru kami melajah Kuala Kedah
ronda-ronda ... jalan-jalan cari makan..



2 kata-kata indah:

Ya ALiya said...

Best....mst pnt ..

Anonymous said...

Salam,

Homestay no di mana yer?? Please reply ASAP..

Boleh bg detail contact person untuk homestay ni di email saya, naz_angelz@yahoo.com.

Many thanks..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha