NuffnangX

Thursday, August 23, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012

rasanya ramai akan story dan upload gambar raya kan..
jom layan gambar kami beraya tahun nie
tema : Grey
Raya tahun nie di Sijangkang

umairah ayu berbaju kurung

umairah

 umar segak berbaju melayu

umar 
songkon besar skit
suka tengok eheh

one happy family sebelah keluarga sayang
cucu ada 13 orang :D

kami sekeluarga bersama mak mertua

selamat hari raya 
maaf zahir dan batin

Malam Raya Aidilfitri 2012

malam raya di Kundang
sebelum berangkat ke Sijangkang
kami one family berkumpul 
bermaaf-maafan sambil makan ketupat, lemang dan rendang
tengok muka mak sedih jea
ialah pagi raya nanti
hanya ada anak bujang sahaja di rumah

takper mak raya ke tiga nanti kami pulang semula
jangan sedih-sedih tau
kami sekeluarga

mak dan ayah

family abg long - aku la tu :p

family pak ngah - Lini, Hafiz dan Pija

anak bujang tunangan orang - Sobri (Pak Lang)

anak bujang Pak Chu - Nasir

anak perempuan kesayangan mak aku :D

menantu dan adik ipar

sambil main bunga api
sambil dapat duit raya
pukul 10pm baru berangkat balik ke Sijangkang
dalam hati sedih jugak
walaupun sudah kahwin 6 tahun
tapi bila hari raya tidak dapat beraya bersama
keluarga tersayang confirm aku akan sedih di lubuk dasar hati.

korang?

Wednesday, August 22, 2012

Selamat Berkerja Semula

selamat hari raya semua
rasanya hari nie masih lagi ramai yang bercuti
dan kemungkinan bercuti raya sehingga hujung minggu
hari isnin minggu depan baru ramai yang bekerja semula

dept aku hanya 2 orang sahaja yang bekerja
dept lain pun berapa kerat sahaja yang mula bekerja
sunyi gila di ofis nie
nasib baik la ada radio yang jadi peneman
dan kuih raya jadi meneman mulut eheh

bosan la kerja hari nie
hari nie masuk ofis pakai baju raya
cantik tak :D

Tuesday, August 14, 2012

Closed Order


finally sudah tutup kedai
penat jugak menerima tempahan order kuih raya 
banyak terima order tart nenas
Alhamdulillah

hari nie hanya hantar order kepada pelanggan
tangan kanan gatal sahaja :D

terima kasih pada yang sudi order pada Ena
selamat hari raya :D
tahun depan jangan lupa order lagi

ops tak payah tunggu tahun depan
raya haji nie sesiapa nak order
boleh jea aku buatkan



Tempahan Kuih & Kerepek Raya2012

Di buka untuk tempahan Raya 2012
Kuih Raya & Kerepek pelbagai pilihan

Jom Order :
email : zarena.guardian@gmail.com
FB : zarena heeney
phone : 012-244 9373

Tart Nenas
50pcs : RM16.00

Biskut Mama Carries
50pcs - RM20.00


Popia Nestum
500grm : RM15.00


Kerepek Tempe
500g : RM12.00


Kerepek Pisang Tanduk
500g : RM15.00


Kerepek Ubi Pedas Lembap
1kg : RM15.00


Kerepek Ubi Black Pepper
1kg - RM15.00

Kerepek Ubi Jejari
1kg : RM15.00

Kerepek Ubi Pedas Kering
1kg : RM15.00

Kerepek Ubi Masin
1kg : RM15.00

Kerepek Bawang
1kg : RM16.00

Kerepek Ubi disaluti Gula
1kg : RM15.00

Kerepek Pisang Manis
500kg : RM15.00

Jangan segan-segan nak order
meriahkan raya anda dengan kuih & kerepek raya dari zh-ena

ingat kerepek
ingat zh-ena

Monday, August 13, 2012

Sakit Gigi


hari nie MC
sakit gigi
satu malam tak dapat tidor
sakit sampai ke kepala dibuatnya

pergi klinik gigi
doc hanya bagi suntikan sahaja
tak boleh buat cucian
sebab gudi bengkak sangat
lepas raya baru akan datang semula untuk buat cucian
mungkin akan buat skarling (buang karang gigi) sekali

emmmmm rasa macam nak tampar orang jea
huhuhuhu

Tuesday, August 7, 2012

18th Day Ramadhan

hari nie berbuka dengan tekak ala-ala western

Resepi Sherped's Pie

  • #Bahan untuk Inti#
  • 250 gram Minced beef
  • 100 gram mushroom - potong dadu
  • 1 biji bawang besar yg kaler kuning - Potong dadu
  • Boleh juga masukkan sayur2an lain spt celery, carrot atau brocoli.

  • #Topping#
  • Mashed potato - rebus kentang sehingga lembut - lenyekkan
  • marjerin/butter
  • susu uht
  • Mozarella Cheese

Cara-cara

  1. Goreng bawang sampai agak layu.
  2. Masukkan cendawan (step ni kalau guna cendawan fresh) kalau tak skip ke step seterusnya.
  3. Masukkan minced beef, goring agak2 nak kering..
  4. Masukkan cendawan dan sayuran2an lain.
  5. Perisakan. - Garam dan lada sulah
  6. Ketepikan..
  7. Letak inti dekat base loyang  atau bekas aluminium foil.
  8. Letak mashed potato , taburkan mozzarella cheese
  9. Bakar dlm oven atau microwave untuk keringkan kentang dan cair kan cheese. (Biasanya dlm 10-15 minit je)
  10. Sedap dimakan panas2
  11. selamat mencuba
  12. Info

Monday, August 6, 2012

Kerepek House, Banting

suka beli kerepek-kerepek di Banting
sedap dan sentiasa stock baru

pagi tadi kami memborong kerepek
ingat datang pukul 8 lebih orang tiada lagi
tapi sangkaan kami meleset
sampai sahaja parking kereta dah penuh
perghhhhhh ialah hujung minggukan
jadi orang tak lepaskan peluang untuk memborong kerepek dan kuih raya

kerepek house - pusat kerepek yang popular di banting

kereta sudah penuh di bahu jalan
nak lalu pun susah
padahal jam baru pukul 8pagi

pelbagai jenis kerepek yang di jual

beratur panjang untuk membayar 

nasib baik la tk bawak umairah dan umar
kalau tidak susah nak control budak berdua nie
di tempat yang sesak
confirm aku jadi ibu tarzan kat situ :p

korang pernah datang sini?

17th Day Ramadhan - Nuzul Quran

emmmmm sudah hari ke 17 kita berpuasa
dan bagi rakyat selangor hari nie masih lagi sambung cuti
kami sekeluarga masih lagi di Sijangkang
hari nie plan nak shopping baju anak-anak
sejak kahwin dengan sayang
memang sudah jadi kemestian bagi aku
untuk beli something di Pasar Jawa, Klang
di sini macam-macam ada
rata-rata kelengkapan untuk orang lelaki dan pelbagai jenis kerepek dan kuih raya

Pasar Jawa, Klang
menjadi pilihan aku untuk shopping raya

capal kanak-kanak - RM18.00
comel plak tengok bila tengok budak kecil pakai capal
dari tahun lepas lagi impian aku nak lihat umar pakai capal
tertunai sudah tahun nie nak lihat umar pakai capal :D

gaya umar pakai capal

pastu beli songkok 
size 9 1/2 - RM10.00

pastu beli Samping
size S - RM10.00

rata-rata harga di sini
memang berpatutan dan murah
beli sampin sayang pun di sini jugak
cuma pilihan untuk wanita tak banyak pilihan sangat

ingat selepas pergi ke pasar jawa
nak pergi ke bazae yang ada di sekeliling pasaraya (emmm lupa plak pasaraya di klang nie)
tetiba hujan plak
terus berlari masuk kereta
dalam kereta umairah melalak tak ingat dunia

"mana kasut kakak..mana baju raya kakak..semuanya adik jea dapat" umairah
terus aku dan sayang tersenyum
kena pujuk baik-baik si kakak nie

"kita shopping baju dan kasut kakak di Jusco tau" aku
baru lah umairah nak senyum

umairah menangis sebab ingat ibu dan babahnya taknak belikan apa-apa untuk dia

pujuk baik-baik baru lah nak bergambar
tu pun muka still monyok lagi

yea pat yet - umar
translet " yea dapat duit" umar


Sunday, August 5, 2012

16th Day Ramadhan

hari ke 16 berpuasa hari nie
cuma berpuasa di Sijangkang
balik malam tadi selepas berbuka di kundang
emmmm biasalah aktiviti aku
2 minggu sekali kena balik ke Sijangkang - rutin selepas kahwin

sahur aku hanya minum milo sahaja
sebab tekak aku rasa tak selera nak makan 
just minum sahaja
Alhamdulillah

berbuka sangat lah meriah
ikan pari dan ikan cencaru bakar
air asam jawa
ayam masak paprik
kailan ikan masin

jiran sebelah rumah bagi : nasi impit, ayam masak sambal, kuah lodeh, kuah kacang
beli di PARAM : air soya, air lai chi kang, murtabak ayam

kekenyangan di buatnya
Alhamdulillah

jom pergi terawih

selamat bersahur
selamat berpuasa
selamat berbuka

Saturday, August 4, 2012

Hytex Sales - Jom Ramai-ramai Terjah


Hytex Hari Raya Warehouse Sale

There is a sale EVERY WEEKEND!
6 Days ONLY:
21 & 22 July 2012
4 & 5 August 2012
11 & 12 August 2012
Brands Offered
Disney
Looney Tunes
Winnie the Pooh
Issue
and more
Time
10am – 6pm
Location
Dewan Serbaguna MPS
Jalan E3/13

komen : suka lagi tempat yang di buat last year
besar dan selesa
dewan kali nie kecik dan sesak sangat dengan orang ramai
parking tak cukup
aku parking di padang, tayar sangkut di selut..nasib baik ada yang sudi tolong tolak kereta aku

kali nie harga yang ditawarkan mahal sedikit dari last year
baju start dari RM8, 12 dan 15
kemeja kanak-kanak rm15.00 - berbaloi sebab cantik sgt
kali nie banyak baju tidor kanak-kanak - sangat la comel
total aku telah melabur di sini genap RM100.00 - kena catu sebab tak sempat nak cucuk duit
InsyaAllah 11hb atau 12hb aku nak pergi terjah semula

roger out :D
berbaloi-baloi untuk shopping di sini


Resepi Choc Almond Cluster

jom try buat
senang jea nak buat
bila sudah siap
cepat sahaja masuk ke mulut ngap ngap ngap
non stop makan choc nie
memang sedap

1st time makan bila ada member ofis ada jual choc almond cluster nie
sedap sangat
melantak asyik membeli jea
last-last fikir
baik buat sendiri
try google cari resepi
dapat resepi di sini

nak buat memang senang sangat
kalau sesiapa nak buat
aku tepek resepi di blog kesayangan aku nie

Bahan-bahan :

50 gm almond strip - bakar dahulu
20 gm - 50 gm hazelnut paste @ nutella (aku guna nutella)
200 gm milk coklat
200 gm dark coklat

Cara nak buat :

Cairkan coklat dengan cara " double boiler "
Masukkan semua bahan - bahan & kacau sebati.
Letakkan diatas periuk nasi elektrik yang berisi air panas & on plug..Choc tak beku & senang nak masukkan kedalam paper cup.
Nak cantik... hias dengan buble warna warni - tengok dalam gambar
setelah siap masukkan ke dalam fridge untuk cepat bekukan choc

macam mana senang sahaja nak buat
kalau order dari member ofis
1 bekas dalam ada 25pcs kot - RM22.00
buat sendiri banyak dapat
hehehehhee nada macam kedekut jea nak keluar duit kan :p

Choc Almond Cluster 

dapat 3 tray
sayang dan anak-anak aku
asyik makan jea
tak sempat nak simpan untuk raya
kena buat lagi nie :p

macam mana sudah terliur
apa lagi jom buat untuk raya....

Friday, August 3, 2012

14th Day Ramadhan

masuk hari ke 14 berpuasa
modd nak amik gambar macam merundum
malas gila nak snap snap

sahur pagi tadi hanya minum soya shake sahaja
Alhamdulillah
baru try minum soya nie
nanti aku bagi fed back apa rasanya setelah minum soya nie

menu berbuka hari nie hanya lah
ayam percik
sayur kangkung goreng
ikan goreng

sempoi kan

selamat bersahur
selamat berpuasa
selamat berbuka

Thursday, August 2, 2012

13th Day Ramadhan

sahur puasa ke 13 nie
macam biasa jugak
bersahur dengan lauk berbuka semalam
panaskan semula jea

berbuka pun sempoi jea
sebab hanya aku dan mak sahaja di rumah
dan budak berdua yang kecoh
adik-adik aku dan ayah berbuka di luar huhuhuhu

berbuka hanya lauk asam pedas ikan pari sahaja
dalam tak meriah
2x jugak aku tambah nasi hahahahahhaha

selamat bersahur
selamat berpuasa
selamat bersahur

Wednesday, August 1, 2012

Bahan Kek Di Tesco - Murah murah

lepas berbuka terus pergi ke Tesco Extra Shah Alam
tujuan utama nak beli bahan-bahan untuk kuih raya
hari nie plak memang last day Tesco buat sales
jadi taknak lepaskan peluang

beli butter..botol .. nestum dan buah nenas
memang murah

pertanyaan nano " kenapa beli ketul2 bukan beli dalam bekas"
sebabnya aku malas nak timbang-timbang
ambil seketul terus buat hehehehehhehe


apa lagi mesti la memborong datang ke Tesco Extra nie

umar memang tak boleh duduk diam
taknak duduk dalam trolley lagi
penat mengajar si kecik nie dalam tesco

jom kita borong buttercup
hanya RM2.99 sahaja

botol plastik hanya RM0.69
nenas sebijik hanya RM0.89 
murahkan

terus beli bundle
gula -  24peket
marjerin pelangi - 18kg
nestum - 4 peket

umairah taknak berjalan
duduk sahaja di atas trolley
gud girl

umar diam bila dapat kudapan

sambil menunggu barang untuk di bayar
budak berdua nie sudah buka sugus masing-masing
emmmmm

jom terjah Tesco :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha