NuffnangX

Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Sunday, August 5, 2012

16th Day Ramadhan

hari ke 16 berpuasa hari nie
cuma berpuasa di Sijangkang
balik malam tadi selepas berbuka di kundang
emmmm biasalah aktiviti aku
2 minggu sekali kena balik ke Sijangkang - rutin selepas kahwin

sahur aku hanya minum milo sahaja
sebab tekak aku rasa tak selera nak makan 
just minum sahaja
Alhamdulillah

berbuka sangat lah meriah
ikan pari dan ikan cencaru bakar
air asam jawa
ayam masak paprik
kailan ikan masin

jiran sebelah rumah bagi : nasi impit, ayam masak sambal, kuah lodeh, kuah kacang
beli di PARAM : air soya, air lai chi kang, murtabak ayam

kekenyangan di buatnya
Alhamdulillah

jom pergi terawih

selamat bersahur
selamat berpuasa
selamat berbuka

Friday, August 3, 2012

14th Day Ramadhan

masuk hari ke 14 berpuasa
modd nak amik gambar macam merundum
malas gila nak snap snap

sahur pagi tadi hanya minum soya shake sahaja
Alhamdulillah
baru try minum soya nie
nanti aku bagi fed back apa rasanya setelah minum soya nie

menu berbuka hari nie hanya lah
ayam percik
sayur kangkung goreng
ikan goreng

sempoi kan

selamat bersahur
selamat berpuasa
selamat berbuka

Thursday, August 2, 2012

13th Day Ramadhan

sahur puasa ke 13 nie
macam biasa jugak
bersahur dengan lauk berbuka semalam
panaskan semula jea

berbuka pun sempoi jea
sebab hanya aku dan mak sahaja di rumah
dan budak berdua yang kecoh
adik-adik aku dan ayah berbuka di luar huhuhuhu

berbuka hanya lauk asam pedas ikan pari sahaja
dalam tak meriah
2x jugak aku tambah nasi hahahahahhaha

selamat bersahur
selamat berpuasa
selamat bersahur

Wednesday, August 1, 2012

12th Day Ramadhan

sahur hanya di hiway sahaja
balik dari melaka masuk lewat sedkit ke ofis
mengantuk tak ingat

berbuka hari ke 12 nie
menu yang simple sahaja..

tempe goreng
sambal udang
cendawan sup jepun
ayam goreng

beli di PARAM
murtabak dahing
popia basah dan goreng - tak sedap
donut - umairah request
dim sum kukus sendiri

pergh cicah dengan black pepper memang sedap
sayang beli di di tempat kerjanya
member jual 3 peket RM10.00
yummyyyyyy

selamat bersahur
selamat berpuasa
selamat berbuka

Monday, July 30, 2012

10th Ramadhan

hari nie aku MC
sakit gila perut aku di buatnya
jumpa doc, doc cakap aku kena gastrik emmmmmm

sahur pagi tadi hanya aku yang bangun
kejutkan sayang
buatkan air teh
dan aku hanya minum air soya sahaja
Alhamdulillah

waktu berbuka memang best
sebab malas nak masak sangat
kami masak nasi lemak sahaja
ayam pun beli jea ayam golek
goreng kankung
buat telor dadar
dessert hanya lah buah mangga
pergh memang manis

menu yang terhidang depan mata
sangat-sangat kenyang
Alhamdulillah

selamat berpuasa


Saturday, July 28, 2012

8th Day Ramadhan

hari ke lapan (8) berpuasa
kali nie aku yang kelam kabut masak di dapur
mak tak larat nak bangun - kepenatan
jadi aku masak yang super simple
sambil masak aku buka jea lampu bilik adik-adik aku
nak bangun atau tidak terpulang
aku dah kejutkan

siap masak dan hidang
masing-masing bangun - wah berjaya jugak bangun tanpa
ada suara hali lintar kehkehkeh

menu bersahur hari ke lapan nie ialah :
1) telor dadar
2) Ikan bilis goreng cili api
3) Sup fishball
 macam mana sempoi jea kan
emmmm asalkan kenyang

sejak semalam umar akan terjaga waktu sahur
jadi sahur kali nie pun si bam bam nie bangun sekali
cuma surprise skit sebab umairah pun bangun sekali
cuma umar sahaja yang makan
umairah cuma baring di sebelah babahnya

umairah
terpisat-pisat bangun disebabkan adiknya memekak suruh kakaknya bangun jugak :p

muka segar bugar
bangun pastu siap makan sekali


untuk berbuka kami sekeluarga di jemput berbuka di rumah adik aku Lini
pukul 7 petang baru kami bertolak ke Ladang Baru
wah banyaknya juadah
sampai tak tahu nak makan apa




pelbagai jenis kuih muih

ada laksa lagi
tapi masa berbuka aku hanya makan nasi sahaja
lapar nasi tau

pukul 9.30pm baru gerak balik
tapi tak terus balik sebab menuju ke destinasi yang lain

Friday, July 27, 2012

7th Day Ramadhan

hari ke tujuh (7) sudah kita berpuasa hari ini

sahur hanya panaskan semula lauk berbuka petang semalam
@ sup ikan
@ ayam percik
@ minum soya panas

Alhamdulillah

menu berbuka petang tadi
memang simple gila
tak ambil gambar pun sebab takder nafsu nak snap-snap gambar makanan
telatah umairah dan umar macam biasa la
orang yang paling sibuk mengemas juadah ehe

menu berbuka petang tadi :
#1 - Ikan masak Kicap
#2 - Sayur Kailan masin
#3 - Jiran sebelah bagi pulut kuning dan ayam masak kari

macam mana memang simple kan menu berbuka pada hari ke tujuh nie
tahan diri dari pergi ke PARAM hahahahahhaha
berjaya menahan diri dari ke sana - Fuhhhh selamat duit dalam wallet

selamat bersahur
selamat berbuka
selamat puasa

Thursday, July 26, 2012

6th Day Ramadhan

Maksud : Malam keenam

Seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.


Alhamdulillah dapat lagi meneruskan puasa di bulan ramadhan nie

sahur untuk hari ke enam (6) nie terlajak
cuma sahur telan air liur sahaja :p

menu berbuka : memang meriah
menu sahaja meriah
tapi masa berbuka tak meriah
sebab hanya 6 orang sahaja berbuka bersama
ayah..mak..aku..umairah dan umairah
sayang kerja petang..sobri keluar berbuka dengan tunangnya..nasir OT di tempat kerjanya
emmmm jadi makan macam tak meriah pun
yang buat jadi bising-bising hanya umairah dan umar sahaja
nasib baik lah ada budak berdua nie

menu berbuka ialah :

# 1 : Nasi Goreng Kampung

# 2 : Sup Ikan Merah

# 3 : Sambal Udang

# 4 : Agar-Agar Pandan
Jiran sebelah Kiri bagi
sedap sangat

# 5 : PARAM Paya Jaras - Ayam Percik
2ketul - RM10.00
masa berbuka tak makan pun
makan masa sahur - TAK SEDAP

# 6 : PARAM Paya Jaras : Murtabak ayam/daging Utara
memang sedap
nak beli kena Q
2ketul - RM6.00

masa berbuka memang tak boleh nak hidang awal-awal
kalau hidang awal
alamatnya banjir la atas tikar
umar dan umairah rajin sangat menolong mengemas :p
umar sudah mulakan aksinya
susun pinggan nasi
lepas tu susun kuih seketul dalam pinggan
datang wannya terus kena jerit hahahahahha
penangan cucu yang baikkkkkkkkkkkk sangat :p

selamat bersahur
selamat berbuka 
selamat berpuasa

Wednesday, July 25, 2012

5th Day Ramadhan

Maksud : Malam kelima
Pahala seperti orang yang solat di Masjid al Haram di Mekah, Masjid an Nabawi di Madinah dan Masjid al Aqsa di Palestin.



hari ke lima (5) sudah kita berpuasa
menu bersahur hari ke lima nie so simple
cuma panaskan semula lauk asam pedas masa berbuka
goreng ayam
dan goreng ikan bilis bersama bawang dan cili api
memang selera jea makan walaupun mata macam nak terkatup semula eheh

menu berbuka kali nie
kebanyakkan mak yang masak
aku hanya tolong potong-potong bawak dan kacau-kacau jea lauk dalam periuk dan kuali
jom cuci mata menu apa yang kami sekeluarga berbuka petang tadi


# 1 : Sambal Udang + Sotong

# 2 : Masak Lemak Putih Labu bersama Sayur Pucuk Manis

# 3 : Ikan Goreng - untuk umar

# 4 : Pemanis mulut - Bubur Labu
perghhhhh memang sedap gila la
pastu ada karipap
fav sayang dan umairah

sempat lagi pergi ke bazar Ramadhan
cuma kali nie kami pergi ke PARAM di Rahman Putra
tak menarik sangat menu yang di jual
jadi hanya membeli air lai chi kang dan roti bom

selamat berpuasa..


Tuesday, July 24, 2012

4th Day Ramadhan

sudah masuk hari ke empat (4) kita berpuasa..Alhamdulillah
cuma sahur pagi tadi memang tak terjaga
huhuhuhu miss untuk sahur
tak terjaga sebab tidor pukul 3am
siapkan tempahan kuih untuk hospital
tu yang aku langsung tak sedar untuk bangun sahur huhuhuhu sedih tau

jadi jom kita cuci mata tapi jangan sampai tertelan air liur tengok menu berbuka aku semalam
balik kerja terus singgah ke pasar Paya Jaras - nasib baik la jalan tak jem lagi
dan mudah sahaja nak mencari parking
terus menuju ke tempat bahagian pasar basah
2 ke 3 gerai jugak la mencari ikan pari
last gerai baru dapat ikan pari - itu pun kecik jea
sekilo - RM14.00
sebab tekak nak makan sangat beli jea la

sampai rumah terus sinsing lengan baju
teruskan aktiviti memasak
nasib baik la lini masih ada lagi di rumah
jadi ada jugak la pembantu
lepas nie sorang-sorang ajer la aku di dapur huhuhuhu

jadi juadah berbuka hari ke empat nie ialah

#1 : Asam Pedas Ikan Pari Melaka Stail

 #2 : Sotong Goreng Tepung Ala Gerai - Terbaikkkkkk

 #3 : Ikan Kembung Masak TauChu

 # 4 : Kuih Bakar

jom layan mata dengan menu yang jiran-jiran berikan
sambil memberi sambil merasa
jadi memang tak payah la nak masak kuih muih untuk berbuka
confirm jiran tetangga akan membalas dengan apa yang dorang masak
best kan..

 # 1 : Jiran sebelah kiri : Bagi Durian
menjilat jari

 # 2 : Jiran depan rumah : Bagi Cekodok Pisang
hehehehhe tapi kami adik beradik cakap daging salai
kita orang cakap macam nie
mak kami jeling jea hehehehhehehe

 # 3 : Jiran sebelah kanan : Bagi Tahu Sumbat
perghhhhh memang sedap

siap masak semuanya
lini ajak pergi ke bazar ramadhan
tapi aku taknak pergi sebab tak mandi lagi
jadi pergi la dia dengan nasir
sampai jea di rumah
tengok 2 beg plastik di beli
emmmmm

# 1 : Ayam Gunting
amik ko beli sampai 10 batang
makan hanya 4 batang jea
iskiskisk membazir betul lah


#2 : Murtabak Sayur & Sardin
membazir jugak sebab yang habis murtabak sardin jea
murtabak sayur tak makan pun
iskiskisk


orang lain hanya tengok jea dulu hehehehhe
jilang sabar memang geram jea tengok aksi makan dari umar nie
hehehehhehe



Monday, July 23, 2012

3rd Day Ramadhan

hari ke tiga berpuasa
aku biasa-biasa jea
sahur pagi tadi hanya hangatkan lauk waktu berbuka petang semalam
tak baik membazirkan

menu sahur :
1) Kari ikan merah
2) Ikan bilis goreng bawang + cili api = perah asam limau
3) Ikan goreng garing
4) Air Teh O panas suam


menu berbuka :
memang terangkat eheh
sila telan air liur yea :p
1) sambal udang

2) sayur bayam masak air

3) sup ayam

4) masak lemak cili api daging salai
yang nie bukan kami masak
tapi jiran sebelah rumah bagi

area rumah mak aku nie masih amalkan
hantar ke rumah jiran-jiran apa yang kita masak
konsep bertukar-tukar juadah sesama jiran
kalau masak 2 jenis lauk
masa berbuka confirm akan adalah 3-4 jenis lauk terhidang atas meja
kuih muih tak payah cakap la
tak payah nak pergi ke bazar ramadhan membeli kuih muih
buat membazir sahaja


sempat jugak singgah ke bazar ramadhan
tujuan nak tengok bazar di kundang nie macam mana
sempat la merembat :
* murtabak sayur dan sardin
* air soya panas
* donut - untuk anak-anak..request by umairah
* taufufa
* kurma

emmmm dalam taknak beli terembat banyak jugak eheh

siapa yang berpuasa nie
azan sahaja
orang pertama teguk air sudah semestinya la si Umar
dahaga sangat yea :p

sahur esok tak tahu la nak makan apa
ada cadangan?

Sunday, July 22, 2012

2nd Day Ramadhan

masih lagi di Sijangkang
menu sahur kali nie disediakan oleh kakak ipar - kak ros
maaf tak terbangun mata macam di gam :p

menu sahur :

1) telor dada
2) sayur goreng kubis
3) ayam masak kicap
4) air milo panas

cuma sahur kali nie aku hanya minum milo panas sahaja
ingat nak mimum oats tapi terlupa nak bawak huhuhuhuhu
tapi apa yang penting dapat minum dan paling utama adalah doa
senjata untuk sentiasa kenyang :D

menu berbuka :

1) tomyam pottet
2) sotong dan ayam goreng tepung
3) sayur kailan ikan masin
4) popia goreng
5) air panas teh o
6) air laici tembikai

sungguh mengenyangkan menu berbuka pada hari ke dua Alhamdulillah
berbuka kali nie sungguh kelakar
pukul 6pm baru start masak
di dapur memang jadi macam tangan sotong
hehehehhehe rasa macam super duper robot la
tengah azan masih lagi menggoreng popia
nasib baik ada insan yang bercuti jadi dapat habiskan kerja yang tak sempat nak diselesaikan

sama macam semalam tak sempat nak snap gambar
kalau korang nak resipi nanti aku tepekkan di blog aku nie yea :p

Friday, July 20, 2012

Kalau Rajin..Nak Update Menu Sahur dan Berbuka..kalau :p


sudah semestinya telah ready :D

ingat tahun nie aku nak update selalu
tentang menu bersahur dan menu berbuka - kalau rajin :p

ialak koleksi diari ramadhan kan..

InysaAllah
kalau mood blog meninggi

selamat berpuasa semua..

Selamat Menyambut Bulan Ramdhan Al-Mubarak



selamat berpuasa teman-teman semua
malam nie kita akan menunaikan solat terawih :D
mengejar pahala-pahal yang telah Allah janjikan

semoga di bulan yang mulia nie
akan menjadikan kita sebagai seorang umat Islam yang lebih bertakwa
Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha