NuffnangX

Wednesday, October 3, 2012

Umairah Kacau Adiknya

ada sahaja pe'el budak berdua nie
malam tadi umar tidor awal
umairah plak taknak tidor lagi
tapi aku tetap suruh masuk bilik
tidor sekali dengan adiknya

tapi bila masuk bilik
ada plak projek umairah buat pada adiknya
emmmmm di ambilnya camera
snap snap gambar adiknya tengah tidor

apa lagi merengek-rengek la si umar kena kacau time tidor
bila aku tegur umairah
terus sentap
nangis ... tahu-tahu jea dah tidor sambil muka sembam pada bantal

alahai anak ibu nie
kuat sangat sentapnya
ikut siapa tu

jom layan gambar yang sempat umairah snap gambar adiknya






hehehehhehe merekot-rekot muka umar kena flash camera
hehehehhe

ada jea pe'el budak berdua nie
kadang-kadang pening kepala aku di buatnya
tapi kadang-kadang sangat-sangatlah menghiburkan hati

anak-anakkan

Tuesday, October 2, 2012

Resepi : Telor Dadar versi Orang Melaka

Telor Dadar Cencalok hehehehehhehe "p
hah aku emmang suka makan cencalok
kalau balik melaka confirm beberapa botol cencalok akan di bawak pulang
siap bagi pada member ofis lagi

memandangkan koleksi cencalok masih ada lagi
malam tadi buat
telor dada cencalok
perghhhhh makan panas-panas dengan nasi panas
letak kicap skit
memang syurgaaaaaaaaa

telor dadar versi cencalok hahahahhaha

ala nak buat dia senang sangat la

pecahkan telor dalam mangkuk - ikut suka hati korang la nak letak baper bijik telor
potong dadu bawang besar
cili boh setengah sudu
3-4 sudu cencalok
gaul sebati
dinasihatkan jangan letak garam - cencalok sudah masin yea

terus la masukkan ke dalam kuali
masak sehingga kekuningan 
siap

siapa suka angkat jari eheh

Lunch


Lunch tadi - pening kepala nak decide makan di mana
last-last terus menuju ke mc'd jea
seyes la time lunch la paling sakit kepala
asyik tertanya-tanya nak makan di mana
tanya member
pasti soalan tu akan di tanya kepada kita semula

jadi persoalan untuk makan di mana
biasanya akan diserahkan bulat-bulat pada driver hahahahahhaha
senang ikut jea kata driver

hari nie driver Eikin nak makan di mc'd
jadi ikut ajer la

set medium - ayam goreng spicy
air tukar ke Nestea
kentang makan separuh jea

Alhamdulillah untuk rezeki hari ini
korang lunch tadi makan apa

Indahnya ~ Matahari


fenomena yang berlaku pada tengahari tadi
matahari yang dikelilingi oleh rainbow

cantik ... subhanAllah


Popia Sayur untuk di tempah


untuk tempahan sebarang majlis
popia sayur

sebungkus seperti gambar di atas RM3.00
beli 2 bungkus hanya RM5.00

jom order :D

zarena : 012 -2449373

Idaman Kalbu


wah sukanya tengok bilik nie
dekonya amatlah memikat hati
deco terhasil dari kerekter kartun Hello Kitty

wah sukanya sangat
kalau ada rumah sendiri
pasti aku nak deco bilik umairah macam nie
pasti umairah suka sangat

korang suka tak :D

Suka Seluk

umar punya pe'el

dah lama sebenarnya habit umar nie
bila menyusu botol atau tengok tv
confirm tangan dia akan masuk ke dalam pampers
main bird dia

aku dan sayang dah jenuh tegur
 jangan masukkan tangan dalam pampers
tapi sekejap jea la
lepas tu buat semula

ialah kami tegah sebab najiskan
sudah pegang birdnya
takut pegang benda lain atau main di tempat solat
susah jugak nak manage perkara nie

emmmm anak korang ada tak habit macam nie
macam mana korang buat yea....

Monday, October 1, 2012

Resepi : Ayam Bersalut Kubis Panjang Berstim

projek hujung minggu
on diet la sangatkan
ciplak resipi nie dari cerita korea
ubah ikut tekak sendiri jea hehehehhee

Bahan - Bahan :

@ ayam/daging hancur - aku guna brand ramly
@ carrot di sagat - boleh di campur sayur lain jgk
@ lada sulah/blackpepper/garam seculupnya

masukkan daging/ayam hancur ke dalam kuali
masak sehingga air kering
setelah kering masukkan ke semua bahan yang lain

ayam hancur yang telah siap di masak

ambil sehelai kubis panjang
letakkan sesudu ayam hancur di bahagian hujung sayur
gulung sehingga ke pangkal daun
untuk tidak terbuka balutan
cucuk di hujungnya dengan lidi

susun dalam bekas
kukus selama 10 minit @ kurang
hanya untuk melayurkan daun kubis sahaja

siap untuk di makan
sedap di makan begitu sahaja
atau di cicah dengan sos...

selamat mendietkan diri :D

Lunch : Mee Hot Plate


makan di food court sahaja hari nie
tekak gatal sangat nak makan mee hot plate
siapa suka makan hot plate nie
tambah telor sebijik - RM5.50

ok la
aku suka makan di Giant s.alam
sedap sangat

Alhamdulillah Keta WMN dah ok
melayang duit RM180.00
selepas buat jumper - terus ok
dah alang-alang masuk bengkel
terus minta Pijol servicekan kereta sekali
senangkan

harap-harap WMN tak buat hal lagi
cukup-cukup la tu sayang yea
nak pakai duit lagi nie
huhuhuhuhu

Rambut Palsu ~ Tomey tomey :D

buat kerja gila hehehhehehe
beli rambut di kedai canggih
saja beli sebab nak tengok perubahan muka pada umairah
beli 2 set rambut - RM6.00 
murah jea kan

jom layan umairah pakai rambut palsu
so comeyyyyyy hehehehehhe





macam-macam gaya
pose dari umairah

Sunday, September 30, 2012

Tukar Style

tetiba umairah nak pakai scaft waktu pergi ke sekolah
jadi aku lilit-lilit jea atas kepala umairah nie
konon ala-ala turban la tu

tapi bila tunjuk semula gambar nie pada umairah
"ibu..macam pocong la bu" umairah
la plak...
tak terpikir pun aku masa ambil gambar umairah
hehehehhe ader jea fikiran si umairah nie

macam pocong ker anak aku nie

terbaikkkkkkkk

tetap comey di hati ibu

pelukan cucu pada wannya

sebelum masuk ke sekolah
terus aku ubah cara scarf umairah

hah macam nie lagi la comey
nampak bulat jea muka tu

hehehehhehe

Saturday, September 29, 2012

Cream for Cracked Heels


tumit kaki aku ada pecah-pecah
tu yang mencari cream alternative yang boleh mencantikkan semula tumit kaki aku nie

try beli jenama Prolin dari Cosway
kena tunggu hasil dalam masa 2 minggu
nanti aku review semula selepas aku gunakan cream nie

berhasil @pun tidak..

korang pakai cream apa yea
untuk tumit kaki pecah-pecah nie
tak suka la 
nak pakai high heel pun nampak tak cantik jea
huhuhuhuhuhuhu

kom kongsi kecantikan :D

Friday, September 28, 2012

Baru Nampak Penyegannya

umar...anak bujang ku sorang nie
macam-macam pe'elnya
jenis slumber dan muka nampak cool jea

dan terbaru si kecik nie
menunjukkan sifatnya yang baru
seorang penyegan hehehehhe

jom layanzzzz




malu la saya ibu hehehehhe
umar taknak pandang camera masa ambil gambar dia bertuala sahaja
comey kan :D

Janji Tidak Di Tepati

emmmm siapa yang tak pegang janji nie
si umairah la
memang malas nak pergi kedai
sebab kalau pergi kedai runcit macam-macam benda yang umairah nak
janji pagi tadi taknak apa-apa
cuma nak beli handiplast jea - tumit umairah luka
sudah bayar duit hadiplast
tetiba dengan sengih tubjuk pada aku nak benda tu
aku cakap tak boleh
terus membatukan diri tak gerak-gerak

pagi-pagi sudah buat ibu jadi angin
check wallet nasib baik ada duit kecik
1 kotak nie - RM2.00
sama macam dalam games hp - zombies monster

bila aku sudah belikan
"sayang ibu" umairah
siap kiss pipi lagi
emmm nak ambil hati aku la tu

kembali menyarungkan semula baju kebya biru nie
lama dah tak pakai hehehehehhe

hari nie pekerja GSC pasti berbunga-bunga
ialah hari gaji hehehehehhe
tadi keluarkan duit
nak settlekan hutang-hutang dulu
ada balance baru boleh pikir nak shopping atau beli benda-benda lain...

selamat bershopping semua :p

Tumbang Sudah

bukan tumbangkan kerbau atau lembu yea
tapi tumbangkan sebatang pokok di hadapan rumah
sebab musabab tebang pokok mangga nie
kerana kerisauan terkena wayar elektrik

jadi petang semalam mak upah orang untuk tebang pokok nie
kena bayar RM150.00
tapi tak habis potong lagi
akan bersambung hari nie

pokok mangga yang telah gondol

nasir tolong bersihkan batang-batang pokok yang bersepah-sepah
memang nampak berserabut la halaman rumah
lepas nie baru boleh buat garaj kereta untuk rumah sewa..

banyak kenangan pokok mangga nie
pokok yang memang ada sejak aku kecil lagi
selalu aku panjat nak petik buah mangganya
kini kena tebang...

tapi untuk keselamatan bersama
terpaksa kena potong

Buaya Sudah Sampai

kasut buaya sudah sampai semalam
ala kalau sebut kasut buaya
confirm tahu kasut jenama apakan
yea betul kasut Crocs hehehehhehe 

beli online

beli untuk umairah dan umar
bungkusan yang sudah di terima

kasut untuk umairah - RM15.00

kasut untuk umar - RM10.00

pagi nie bagi pada umairah pakai
emmmm terbesar skit
kalau ukur guna jari
ada lebihan sejari 
tapi umairah tetap jugak nak pakai
ialah Hello Kitty kan..

cuma umar memang kecik kasutnya
kesian si umar
nanti ibu belikan yang lain yea

Thursday, September 27, 2012

Ada Persamaan Tak :D

ibu dan anak sama jea
kuat memuncung
jom layan


umairah

ibu Ena

macam mana ada persamaan tak dua beranak nie :p

Spec Patah ~ Cucu Punya Pasal

balik kerja semalam
terus mak tunjuk pada aku spec mata dia
"tengok apa umar buat kat spec mak" mak
aku hanya belek-belek
penyangkut kecik di batang hidung sudah patah
maka cakap umar baling spec mata mak ke bawah 
sebab tu lah patah
emmmmm penangan cucu sendiri

lepas solat magrib
temankan mak pergi ke kedai spec untuk betulkan spec 
tak lama - sekejap jea

tak kena bayar pun - syukur
dapat khidmat free sebab sudah 2x mak buat spec di kedai tu
loyal customer :D

kalau tak pakai spec
mata mak akan berair
kesian mak aku kan

tetiba umairah request minta aku snap-snap gambar dia dalam kedai spec
aku pun laju jea la hehehehhee
jom layanssssss



gambar nie yang aku tak tahan nie hehehehhee
gaya tak boleh blah hahahahahhahha

umar elok jea pakai kopiah abahnya

macam mana comey tak saya :D

peace..
harap-harap umar tak patahkan lagi spec wannya
kopak poket ibu macam nie huhuhuhuhuhu

Gym

yeay aktiviti pergi ke gym
telah menjadi perkara wajib dalam diri aku skang nie
setiap petang dari pukul 6pm - 6.45pm
masa aku adalah di gym
dengan kadar bayaran RM4.00 sekali masuk
bagi aku amatlah berbaloi-baloi

peluh yang menitik
perghhh memang banyak la
puas hati dapat keluarkan peluh
selepas beberapa hari setelah melakukan aktiviti riadah nie
aku dapat rasai perbezaan pada diri
terasa badan semakin ringan
dan tidak cepat penat ketika melakukan kerja rumah
cha yok cha yok Ena :p

berpakaian lengkap sebelum pergi ke gym
tukar pakaian di tandas ofis jea

suasana di dalam gym - bahagian perempuan

muka penat gila
setelah melakukan senaman berbasikal..kayuhan kaki dan tangan.. treadmill..push up perut..
memang letih tak ingat la

tapi puas hati sebab dapat buang lemak di badan hahahahhaha
jom pergi gym :D

Keranamu Nasi Lemak


rata-rata rakyat malaysia memang suka makan nasi lemak
tak kira lah pagi..tengahari..atau malam
tak kira masa boleh jea layan

nasi lemak : paru + telor goreng = RM5.00

pukul 11pagi tadi
sebab dah tak tahan sangat - perut sudah menyanyi sampaikan jiran sebelah pun boleh dengar
buka bungkusan nasi lemak perlahan-lahan
tapi baru separuh jalan Big Boss sudah lalu sebelah aku
alamak....terkantoi la sudah

sementara big boss masih dalam toilet
cepat-cepat aku bungkus semula
letak dalam bilik sabri hahahahhaha
big boss masuk semula ke dalam bilik dia
terus cepat jea aku masuk dalam bilik sabri
habiskan nasi lemak - makan separuh
memang tak sempat nak kunyah
sebab takut terkantoi semula

emmm tu la kalau nak buat jahat tu
cepat jea terkantoi@tertangkap
cuba orang yang selalu buat jahat
selalu jea nasibnya terlepas

apalah nasib ku
bis boss effect tak bonus Ena
hahahahahhaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha