NuffnangX

Thursday, November 8, 2012

Fenomena Durian Crepe

1st time aku makan Durian Crepe nie ketika pregnant kan umairah
memang mengidam sangat nak makan durian crepe nie
gara-gara selepas tengok rancangan di tv
terus terliur
berusaha keras la sayang mencari durian crepe nie di midvalley
semua ceruk la kami mencari
finally jumpa di bagunan baru - kios dia kecik jea
makan seketul jea 
pastu mengidam benda lain laks hahahahaha
itu tahun 2008 - lamakan
hampir 4 tahun

dan tak sangka baru skang nie fenomena Durian Crepe bermula
fuhhhh lama gila baru jadi femes
memandangkan blog dan FB asyik letak gambar Durian Crepe
aku pun terpengaruh jugak untuk testing buat sendiri
ialah nak beli macam mahal jea
4bijik - RM10.00
memandangkan seisi rumah aku ramai
mana mungkin cukup beli RM10.00 jea
fikir punya fikir
baik buat sendiri jea - boleh buat banyak dan jimat kos
eheh

gagah mencari durian malam tadi
beli durian D24 - sekilo RM12.00
beli 2 bijik terus charge RM36.00 (3kilo)
perghhhhh mahal gila siot
tapi disebabkan tekak nak makan
bayar jea la
tak beli tak merasa laks nak buat durian crepe plak :p

Resepi Durian Crepe
Bahan-Bahan :
1) 50grm tepung gamdum
2) 1 sudu tepung ubi kayu
3) 1 bijik telor
4) 3 sudu butter - dicairkan
5) 1 sudu kecil esen vanilla
6) 160ml air
7) 40ml susu cair
7) 2 sudu gula halus

Cara membuatnya :
1) masukkan semua bahan dalam blender..blende sehingga sebati
2) Tapis adunan yang telah sebati
3) panaskan kuali non-stick..oles kuali dengan sedikit minyak
3) ambil sesenduk adunan, masak sehingga menjadi crepe - garing
jangan terbalikkan adunan..masak sehingga adunan menjadi kering
4) buat sehingga habis dan sejukkan

Bahan Inti :
1) isi durian yang telah diceraikan dari bijik durian
2) whipping cream yang telah di mixer sehingga kembang

letak isi durian di bahagian tengah crepe
atasnya letakkan whipping cream
lipat crepe
dan masukkan sekejap ke dalam fridge 


sedap di makan ketika dingin
rasa macam makan ice cream durian

sedappppp

nak buat lagi tapi nak guna resepi yang lain
tungguuuu

BYO Cup Day ~ 7-Eleven

semalam anniversary 7E yang ke 11 tahun
jadi 7E anjurkan kepada pelanggannya
dengan hanya RM2.20 boleh beli slurpee dengan membawa bekas sendiri
tak kesah la bekas besar gedabak macam mana pun
nak bawak baldi pun boleh
itu pun kalau korang sanggup nak minum dalam baldi la hahahahhaha

semalam selepas jumpa doc
yang kes hidung umairah bleeding
ajak sayang singgah ke 7E sekejap
semata-mata nak beli slurpe 
bawak bekas sampai 3 - semuanya dalam ketegori besar jugak la
tapi yang di bawak keluar hanya 2 jea bekas
kes malu nak angkut banyak hahahahhaa

sayang dengan bekas minuman
besar jugak bekas air nie

yang nie bekas aku punya
bekas letak biskut
harus isi penuh kan hahahahha

hah macam mana besar tak

larat ker nak habiskan tu

sesiapa yang ada beli slurpe semalam dan sempat mengambil gambar
boleh la hantar gambar tersebut ke email 7E

711day@7eleven.com.my

Jatuh Kerusi ~ Hidung Bleeding

petang selasa yang lepas
ambil umairah dari nursery
biasanya mulut umairah riuh bercerita
apa yang terjadi masa dia di nursery
tapi petang selasa tu - senyap jea

bila aku tengok muka umairah sudah berbekas
m.cik penjaga beritahu yang umairah jatuh kerusi
sebab ada budak lain yang tertolak umairah ketika ada atas kerusi
jatuh terkena bucu kerusi
bertanda tepi mulut dan tepi kening

bukan setakat tepi mulut dan kening jea
hidung pun terkena sekali
sebab masa aku mandikan umairah
nampak ada darah dalam hidungnya
alahai siannya anak ibu nie

muka tak ceria langsung
tapi tetap nak buat peace

dan petang semalam
masa makan buah rambutan
umar tersinggung hidung umairah dengan buah rambutan
terus berdarah - non stop
dah tegakkan kepala umairah
tetap keluar darahnya
aku dah takut

terus ajak sayang pergi klinik keluarga 
sampai pukul 7pm
nasib baik la doc masih ada lagi
sebab pukul 7.30pm-8.30pm waktu rehat klinik tersebut

doc memasukkan satu alat dalam hidung umairah
nasib baik la umairah ok jea
lepas belek hidung umairah
doc beritahu yang dalam hidung umairah ada luka
jadi dalam masa terdekat nie hidung umairah amat sensitif
tersentuh sedikit pasti akan bleeding

doc bagi nasihat
sekiranya bleeding jugak
picit hidung, dongakkan kepala
ataupun tuamkan dengan iec di batang hidung
untuk menghentikan pendarahan
thanks doc :D

 lepas jumpa doc
baru umairah ceria
dan mulut becok umairah kembali semula
peace yo...
bertanda sudah muka anak dara ku ini

ikut gaya kakaknya
mengikut jea apa yang kakaknya buat

sambil menunggu resit dikeluarkan
macam-macam aksi umairah buat

semoga cepat sembuh yea sayang
dan semoga tanda luka di wajah cepat hilang
cian anak aku nie


Tuesday, November 6, 2012

KFC

hari nie makan di kfc jea
itupun kami sampai makanan sudah terhidang di depan mata
ada orang yang tolong belikan
eh siapakan itu
emmmm kami lunch sekali dengan kakak Ain
memang beza betullah Ain dengan kakaknya
sorang kecik sorang besar "D

snack plate di hadapan mata
jemput makan semua

aku..ain dan adik sepupunya - macam cina kan

kak ain..syikin dan Eikin

bosankan bila waktu lunch
bila otak dah jem tak tahu nak makan di mana
fastfood menjadi pilihan
emmmmm

makan jea la
kalau tak bawak jea bekal datang ke ofis
hehehhehe




Beli Barang Dapur

malam tadi mak ajak pergi ke pasaraya NSK Rawang
untuk beli barang-barang dapur 
biasalah barang setiap bulan yang perlu di beli
garam, sabun, gula, minyak dll
kali nie pergi hanya kami 4 orang jea
sayang balik kerja lambat skit
nak tangguh beli, barang dapur banyak yang sudah habis
jadi nak taknak kena jugak beli

macam biasa kena ambil 2 trolley
1 isi barang
dan lagi 1 untuk letak budak berdua nie
beli barang dapur nie bukan aku dan mak sahaja yang pilih barang
tapi umairah dan umar pun tidak ketinggalan
dalam memilih barang
biasa la barang budak berdua nie
confirm la vitagen, roti, biskut, milo dan candies
siap pilih nak beli buah apa lagi

umairah

umairah - peace 1 jari hehehehhee

buah pilihan hati - buah mata kucing

suka sangat makan buah mata kucing
tapi tak bagi makan banyak sangat
sebab boleh kena batuk
sebelum makan pastikan basuh dahulu baru boleh makan
kebiasaannya kita makan buah mata kucing terus masuk ke dalam mulut
untuk gigit kulitnya
pastu baru makan buahnyakan
sebab tu la perlunya basuh dahulu buah mata kucing untuk 
mengelakkan terkena bahan kimia pada kulit mata kucing

perjalanan balik memang sakit jiwa raga
kebiasannya perjalanan dari NSK Rawang ke rumah hanya ambil masa 20minit
tapi kali nie perjalanan mengambil masa 1jam 1/2 untuk sampai ke rumah
sebabnya jalan jem teruk
hish bila la jalan ke rawang nie nak siap
sudah pukul 10 malam pun masih lagi ada kesesakan jalan raya
lepas nie ke rawang pun terasa malas nak pergi
selagi jalan tak siap emmm tak akan terjah ke NSK rawang lagi kot
bosan jea

Monday, November 5, 2012

Turtle Kesayangan

sambil pusing-pusing pasar stadium
umairah sudah merengek nak beli pets
memula nak kucing
pastu nak hamster
pastu nak bird
pastu nak rabbit
last-last babahnya belikan turtle jea
sebab senang nak jaga dan handle
sudah dapat senyum meleret sepanjang perjalanan

umairah berikan nama : boboy dan yaya
hahahahhaa nama kerekter dalam kartun boboy boy
2 ekor turtle - Boboy Boy & YaYa

jom lihat aksi dua beradik nie
melayan new pets dorang
masih kegelian nak pegang
cuma melihat dari luar akurium kecil turtlenya



umairah dan umar

anak korang ada bela binatang peliharaan tak?

Together Breakfast + Lunch = BreakLunch

ahad yang lepas
pergi ke pasar stadium shah alam
lately nie suka laks pergi ke sana
sebabnya macam-macam ada :D

tekak macam nak makan murtabak
tapi kami sampai dekat pukul 12 jadi kebanyakkan gerai makanan
banyak sudah tutup
tu la hujung minggu saja nak bangun lambatkan
jadi jangan salahkan sesiapa yea

jadi sebab perut sudah lapar sangat
ialah sarapan pagi pun tak makan lagi kan
order mee sup bebola daging
sedap supnya - sup tulang

beli kambing bakar
tapikan kali nie beli tak sedap la macam sebelum nie beli
terasa kambing bakarnya terlalu kering


umairah kami belikan bee hun sup
habis jugak si kecik nie makan

umar makan mee sup
kongsi dengan aku jea

mak laks order ku tiaw sup
sayang laks sama jugak macam aku - mee sup

muka kekenyangan 

jalan-jalan sekitar pasar
rembat sehelai t-shirt untuk pakai di rumah

korang suka pergi pasar tak?

Saturday, November 3, 2012

Menjalankan Tugas


hari nie terpaksa datang kerja
sebabnya hari Isnin nanti report perlu disiapkan segera
jadi nak taknak kena siapkan segala Inv dan key in data pada hari ini
tension gila la

pagi tadi hanya bfast mc'd jea
hingga ke sat nie - 5.44pm masih lagi di ofis
dan masih lagi belum makan tengahari
perghhhh kebulur aku di buatnya
nak balik..tapi ada 1 lagi kerja yang tak siap
macam hari biasa laks aku bekerja hari nie
biasanya waktu nie aku sudah sampai di rumah pun
cian anak-anak aku terpaksa tinggal dengan wannya
babah umairah dan umar pun bekerja

emmmm esok kena bawak budak berdua tu berjalan-jalan
rasa bersalah laks ialah sepatutnya skang nie waktu aku bersama-sama dengan anak
tapi waktu skang dan hari ini aku masih terlekat di meja ofis nie
Eikin dah lama balik pun huhuhuhuhu

sakit perut sangat
tu yang aku menyampah sangat dengan budak branch
bagi last minute pada aku
skang nie aku yang terpaksa bersengkang mata bekerja
dorang duduk relax di rumah
gila gerammmmmmmmmmmm

sabar jea la

Friday, November 2, 2012

KFC Double Down

hari nie lunch makan KFC double down
sedap
biasanya harga double down nie lebih kurang RM11 lebih kan
skang nie KFC tengah promo doble down menjadi RM9.95
dan specialnya dapat sekali cheesy wedges - yummmy


sebab dah murah
sudah pasti lah kena terjah kfc lunch tadi
sedappppp

hari nie muka nampak lagi bertambah tembam
sebab pakai tudung macam ustazah eheh

dan hari nie baru Eikin masuk kerja
setelah 2 hari bercuti panjang

baru ada geng nak chit chat
kalau tidak sunyi jea takder geng nak borak eheh

korang try la sedap :D

Inai Di jari

rata-rata orang melayu pasti mengenali apa itu inai
inai dulu-dulu guna daun pokok inai 
untuk di pakai di jari
biasanya inai di pakai ketika hendak melangsungkan perkahwinan
baik lelaki dan gadis
lelaki akan pakai 3 jari setiap tangan
dan gadis akan memakai inai untuk kesemua jari dan kaki
siap keliling tumit pun akan tampal dengan inai :P

aku dulu memang suka sangat pakai inai
sebab belakang rumah ada sebatang pkok inai
macam-macam petua orang tua aku gunakan untuk merahkan lagi inai di jari
macam masukkan arang sedikit dan seketul nasi ketika tumbuk inai
hah korang pernah buat tak
kelentang kelentung aku dan lini menumbuk inai di dapur
pergi sekolah tunjuk pada kawan pakai inai
tapi skang nie mana boleh lagi budak sekolah pakai inai kan kan

tapikan zaman skang nie sudah mudah kan
tak perlu lagi nak cari daun inai
tak perlu lagi nak tumbuk inai
cuma pergi ke kedai beli jea inai yang sudah sedia ada
inai dalam tiub - siap ada  muncung sekali
harga pun murah jea RM2.00

eh kenapa tetiba aku story pasal inai nie
sebabnya umairah
bila balik kg jea confirm dia akan request nak pakai inai
tiub inai nie lebihan dari kak mar kahwin hari itu
jadi kak ros memang simpan inai nie
jadi bila balik kg confirm umairah dan umar nak pakai inai
tahu jea mana kak rosnya simpan inai tu

nasib baik la kakak sepupunya rajin melayan nak pakaikan inai di jari budak berdua nie :D

nurul tengah pakaikan inai di jari umar

umar yang telah siap dipakaikan inai


turn umairah laks

hehehehhehe umar dengan inai di kuku

macam perangai aku jugak masa kecik dulu
suka pakai inai

korang suka tak pakai inai :D

Thursday, November 1, 2012

Dating Day

semalam hari gediks kami berdua laki bini
hehehehehe takder kerja sebenarnya

dapat mms dari sayang :
"nak kiss"


 balas semula mms sayang :
"mmuahhhh"

hahahahaha macam apa ntah
tapikan bila dah lama kahwin
perlu adanya surprise dari suami ataupun isteri
tiada la rasa hambar jea dalam hubungan suami isteri

betul tak :D

hari nie lunch sesama
dating day la bagi kami berdua
lama sudah tak keluar berdua dengan sayang
selalunya pasti ada anak di sisi
dan nie pun satu tips untuk pasangan suami isteri
perlu spend masa berdua atau quality time together
bersama pasangan
untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri

betul tak :D

muka happy kami berdua dapat daging together2 eheh
layan nasi ayam dan sup campur lunch tadi

malam nie malam jumaat
eheh ada makna ker
emmmm takder maknanya
bendera merah tengah berkibar yea :p


Burger Kukus Lava

malam tadi edisi Jalan-Jalan Cari Makan Burger
skang nie macam cendawan tumbuh stall burger bersize gergasi
macam-macam nama ada di pasaran
yang aku pernah try

 nie antara yang aku pernah makan sebelum nie
ok la bagi tekak aku
tapi pada mereka yang berdiet baik elakkan diri anda dari burger2 nie eheh
tapi sekali sekala takper kan

Burger Kukus Lava nie baru jea buka di area sg.buloh
pada hari ahad yang lepas
dekat skit nak pergi dari rumah mak aku nie
banner untuk burger kukus lava
stall nie bersebelahan dengan shell berhadapan dengan belakang sekolah 
yang ada kedai perabot tu
tahu tak
tak tahu korang roger jea abg Man dalam FB dia
senang jea kan
segala persoalan pasti tersejawab


antara pilihan yang korang boleh pilih
macam-macam ada

sementara menunggu burger siap
mak order roti canai sardin
umairah roti telor
sedap roti sardinnya
makan laks time hujan-hujan
memang layan

di gerai nie ada motor-motor besar ditayangkan
memang layan mata la
umar paling seronok sebab dapat tengok motor besar depan mata

umairah dengan roti telornya
cicah dengan kuah dhal
memang sedap

burger kukus lava - kambing
sedappppppppp sangatttttttt
rugi siapa yang tak try

umairah buat gaya macam nak potong kek eheh

bila kakak potong
adik pun nak potong jugak

apa-apa hal
korang terjah jea stallnya di sg.buloh


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha