NuffnangX

Showing posts with label inai. Show all posts
Showing posts with label inai. Show all posts

Friday, November 30, 2012

Inai dari Mekah

member ofis Ain bagi ole-ole dari Mekah
ibunya baru balik dari menunaikan haji hari rabu yang lepas
dapat la sedikit air zamzam, inai dan sedikit kurma dan kismis
TQ

simpan dalam handbeg
umairah memang suka godek-godek handbeg aku
nak tengok apa yang ibunya belikan untuk dia
sekali ternampak inai daaa dalam handbeg
"wah ibu boleh kakak pakai inai nie" umairah
"ok malam nanti ibu pakaikan"aku

umairah memang suka bangat pakai inai
kalau balik ke rumah neneknya pasti akan pakai inai
lebihan dari kak ipar masa kenduri kahwinnya
malam tadi sambil tengok berita
umairah sudah tuntut janji nak pakai inai
jadi aku pakaikan inai hanya di kuku sahaja
sekali dengan umar pakai inai sekali
emmmmm sama jea perangai suka pakai inai
ingatkan stop di situ sahaja

tapi masa aku tengah sibuk buat crepe durian
umairah datang tunjuk pada aku tangan dia
MasyaAllah apa sudah jadi nie umairah

"pak lang buat"umairah
aku tengok macam dah jadi apa ntah
korang tengok sendiri la
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
hasilnya
hasil kretif pak lang dia akan si Sobri
siap letak nama lagi
hishhhh
apa kes daaaaa
nampak berserabut jadinya
bunga kat tangan tu dah ok dah
bila di lengan tu yang nampak jadi buruk plak aku tengok
huhuhuhuhu

umairah senyum suka jea la
nasib baik la cepat hilang inai nie kalau lukis di kulit

hah nie la pak langnya
sobri pun pakai inai gak di ibu jari
sabar la sobri dah tak sabar nak kawen erk
lagi 6 bulan jea ko nak kahwin eheh
tak sabar nak pakai inai di jari erk

umar pun sibuk nak gergambar jugak
hehehehehhe

aku pun turut terbabit pakai sekali inai malam tadi
tapi pakai di kuku jari kiri jea eheh

sejuk jea pakai inai mekah nie kan...
siapa kena cengkam kuku memang elok pakai inai cepat baik

Friday, November 2, 2012

Inai Di jari

rata-rata orang melayu pasti mengenali apa itu inai
inai dulu-dulu guna daun pokok inai 
untuk di pakai di jari
biasanya inai di pakai ketika hendak melangsungkan perkahwinan
baik lelaki dan gadis
lelaki akan pakai 3 jari setiap tangan
dan gadis akan memakai inai untuk kesemua jari dan kaki
siap keliling tumit pun akan tampal dengan inai :P

aku dulu memang suka sangat pakai inai
sebab belakang rumah ada sebatang pkok inai
macam-macam petua orang tua aku gunakan untuk merahkan lagi inai di jari
macam masukkan arang sedikit dan seketul nasi ketika tumbuk inai
hah korang pernah buat tak
kelentang kelentung aku dan lini menumbuk inai di dapur
pergi sekolah tunjuk pada kawan pakai inai
tapi skang nie mana boleh lagi budak sekolah pakai inai kan kan

tapikan zaman skang nie sudah mudah kan
tak perlu lagi nak cari daun inai
tak perlu lagi nak tumbuk inai
cuma pergi ke kedai beli jea inai yang sudah sedia ada
inai dalam tiub - siap ada  muncung sekali
harga pun murah jea RM2.00

eh kenapa tetiba aku story pasal inai nie
sebabnya umairah
bila balik kg jea confirm dia akan request nak pakai inai
tiub inai nie lebihan dari kak mar kahwin hari itu
jadi kak ros memang simpan inai nie
jadi bila balik kg confirm umairah dan umar nak pakai inai
tahu jea mana kak rosnya simpan inai tu

nasib baik la kakak sepupunya rajin melayan nak pakaikan inai di jari budak berdua nie :D

nurul tengah pakaikan inai di jari umar

umar yang telah siap dipakaikan inai


turn umairah laks

hehehehhehe umar dengan inai di kuku

macam perangai aku jugak masa kecik dulu
suka pakai inai

korang suka tak pakai inai :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha