NuffnangX

Thursday, November 24, 2011

Tonton Alamak Toyol

malam semalam kami sekeluarga menonton

filem terbaru iaitu Alamak Toyol

yang nak sangat tengok citer nie

sudah semestinya ialah umairah

sebab rata-rata kawan dia sudah tengok filem nie

jadi tu yang asyik tanya pada babahnya bila nak tengok citer nie

bila sudah tengok citer nie

bagi ok la

tapi apa yang aku tak suka

dari segi penggunaan bahasa yang Along, Angah dan Uncle Gurga

sebab banyak kali di sebut Totol, Bangang dan Bodoh

jadi umairah ikut

bila kami larang jangan sebut sebab tak baik

terus umairah cakap naper abang tu sebut boleh

aku dah garu kepala

emmmm pengaruh tv memang besar

biasanya ayat biasa yang selalu kami gunakan

"kalau umairah sebut nanti Allah tak sayang kakak lagi"babahnya

bila aku atau babahnya dah cakap macam tu

terus umairah akan angguk kepala dan cakap

"ok, kakak nak Allah sayang kakak"umairah


pada cerita nie aku tak tahu nak adaptasikan pengajarannya

cuma ketawa berdekah-dekah sahaja yang dapat

pengajaran di akhir citer tak tahu nak rungkaikan macam mana

cuma satu sahaja la kalau untuk tontonan kanak-kanak

bahasa yang digunakan elok-elok la sedikit

5 kata-kata indah:

Qaseh Suhaida said...

kita tgk cd dia malam kelmarin tp tgk separuh je sbb dah terlena sbb letih.hu huuu.

~ain said...

Kawan cik abang record dari Astro First... Memang banyak pengaruh kurang baik dalam cerita tu untuk kanak-kanak.. Sekarang, tugas ibu ayah tapis laaa mana-mana yg patut.

Budak2 ni mmg senang ikut benda tak baik.. Sekali dia tengok, lekat dalam kepala dia.. Ujian tu... Ujian..

|| NaFiRaa || said...

betollah.. pengaruh tv sgt besar pada budak2.. risau sgt.. sebab dorang suka ngikut..huhuhu

dalila said...

belum tgok lagi...

saya said...

mmg kebanyakkan filem2 skrg boleh kata semua guna bahasa yang ntah hapa2..menjadi ikutan untuk budak2. mungkin nak disesuaikan dengan scene filem tapi rasanya boleh kalo tak guna perkataan2 yang kasar/kesat macam tu kan. apa pon, harap umairah & umar tak nakal2... love you...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha