NuffnangX

Thursday, October 25, 2012

Salam Aidiladha

Esok semua umat Islam di dunia meraikan Hari Raya Aidiladha 
@ Hari Raya Korban
@ Hari Raya Haji

semuanya sama
mensucikan hati nurani
dan belajar untuk berkorban untuk diri sendiri dan keluarga
besar pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail
dalam menjalani perintah dari Alla swt


selamat hari raya dari kami sekeluarga
berhati-hati dalam perjalanan balik ke kampung halaman

hari ini masih lagi bekerja
malam esok baru akan balik ke Sijangkang
hari ahad akan balik ke Melaka menghadiri undangan perkahwinan adik sepupu
di Alor Gajah

pasti akan singgah ke pasar Masjid Tanah 
untuk memborong Cencalok :p


Aktiviti Di Waktu Petang

kebiasaanya aktiviti di waktu petang bagi umairah dan umar
sudah semestinya berbasikal dan berlari-lari di depan rumah
umairah skang nie sudah pandai mengayuh basikal
umar masih lagi terkejar-kejar kakaknya untuk berbasikal
selalunya umar akan duduk seat di belakang sambil umairah akan mengayuh basikal

kalau hari hujan
aktiviti hanya dilakukan di beranda sahaja
cuma kereta kena parking di luar
mudah anak-anak aku nie bermain

di area rumah mak aku nie
umar yang paling kecik sekali
jadi memang geng umar budak-budak besar
sebab tu telatah umar lebih ke arah budak-budak besar :D
umairah ada geng yang sebaya
jadi ok jea aku rasa

balik kerja petang semalam
umar terus melompat masuk kereta bila kereta sudah masuk parking

berbasikal dan kereta beroda empat
basikal umairah ketika umairah berumur 2 tahun
tahun depan kena beli basikal yang besar sedikit
masih lagi beroda empat ketika umairah menaniki basikal
nanti la bukakan bila umiarah sudah ready berbasikal untuk tidak beroda empat

kelakar gaya umar nie
tiru gaya kakaknya

kawan-kawan umar
yang suka melayan si kecik nie
kalau babahnya ada boleh la jugak bawak umairah dan umar pergi ke taman mainan

bila tiada aktiviti hanya berkiesar di hadapan rumah sahaja
aktiviti anak-anak korang macam mana?

tapikan kalau nak compare aktiviti mak dia masa kecik dulu
lagi best dan gempak
banyak aktiviti berpeluh dapat dilakukan
aktiviti budak skang nie hanya mengadap internet dan Tab jea
betul tak...

Wednesday, October 24, 2012

Pulut Mangga d'Thai

lunch tadi makan di the store
dalam perjalanan berhenti di traffic light
sebelah kereta kami selori lembu berhimpit-himpit di belakang lori
bak kata syikin..kesian tengok lembu kena berhimpit-himpit
pasti lembu korban nie
ialah hari Jumaat nie Hari Raya Aidiladha
pasti ramai yang mahu bersedekah untuk korbankan binatang peliharaan


pilih sahaja lembu yang ada pelbagai jenis warna
putih..hitam..choc..

 memula aku ingat nak makan hot & roll
tapi bila sampai di food court
aku ternampak ada orang makan pulut mangga
terus tercari-cari mana dorang membelinya
puas mencari tak jumpa pun

nasib baik la syikin menanya orang yang makan pulut mangga tu
eheh thanks syikin
rupa-rupanya kedai baru di buka di hujung food court
kedai orang Thai yang punya
hehehehhe sudah jumpa port baru untuk lunch time

memang sku suka gila la makan pulut mangga nie
memang terbaikkkk sangat
masam-masam manis
harganya RM5.00

korang suka tak?

order sekali nasi goreng tom yam
pun sedap jugak
nampak macam kosong jea kan
tapi di dalamnya 
banyak jea ketulan daging dan udang
nampak simple tapi sedap
harganya RM5.00

korang suka makan tak di tapak-tapak orang Thai menjual
pasti akan buka stall jual makanan dorang
aku memang akan menyinggah punyala
yang pasti nak beli pulut mangganya
terbaikkkkkkkkkk

10 Benda Kotor Yang Sering Kita Guna

Tanpa disedari, banyak benda di sekitar kita yang berpotensi menjadi sarang bakteria dan tempat berpindahnya virus, bakteria dan penyakit. Diantara semua benda yang sering dipegang, ada 10 benda paling kotor yang cukup membahayakan kesihatan walaupun sebenarnya tampak bersih. Seperti sumber dari Health, berikut ini 10 benda paling kotor yang sering dijumpai dalam kehidupan sehari-hari.


1. DUIT
Semua orang suka wang, tapi pastinya tidak akan ada yang suka dengan bakteria didalamnya. Menurut Dr Darlington dari the Health Commissioner of New York, sekitar 135,000 bakteria ada pada wang, terutama wang kertas.


2. TOMBOL PINTU / BUTANG LAMPU
Biasanya orang terakhir atau pertama masuk di bilik adalah yang paling sering bersentuhan dengan butang lampu. Bakteria sangat senang hidup di kawasan yang banyak disentuh oleh banyak orang itu. Menurut ahli sanitasi, dalam setiap inci butang lampu / tombol pintu ada sekitar 217 bakteria yang boleh berpindah dari tangan ke tangan.
3. KEYBOARD KOMPUTER
Sebuah kajian di Britain pernah menyebut bahawa bakteria yang ada di keyboard komputer lebih banyak daripada bakteria yang ada di tandas. Untuk itu sebaiknya bersihkan keyboard secara rutin dengan alat khusus pembersihan keyboard atau boleh juga dengan menggunakan kain basah.
4. TELEFON BIMBIT
Telefon bimbit adalah barang yang tidak boleh lepas dari kehidupan sehari-hari. Akibat tidak lepas itulah, maka telefon dijadikan tempat kegemaran bagi ribuan bakteria untuk menetap. Bakteria suka melekat pada telefon bimbit kerana suhu yang hangat dan sesuai untuk pertumbuhannya. Untuk menghindarinya, kini sudah ada pelapis anti mikrob untuk telefon bimbit yang boleh melindungi telefon bimbit anda daripada bakteria dan mengurangkan risiko bakteria melekat pada wajah dan tangan anda.
5. MANGKUK TANDAS
Meskipun kelihatan bersih dan licin, tapi permukaan mangkuk tandas yang dibuat dari porselin sangat berpotensi sebagai tempat berpindahnya virus, bakteria dan penyakit-penyakit tertentu. Data statistik menunjukkan, terdapat 295 bakteria dalam setiap inci permukaan tempat duduk tandas.
6. TROLI MEMBELI BELAH
Berbelanja menggunakan troli memang lebih mudah dan mengasyikkan. Tapi menurut penyelidik dari University of Arizona, troli ini mengandungi bakteria, air liur, dan bahan-bahan menjijikkan yang lain yang lebih banyak daripada eskalator, telefon awam bahkan bilik mandi umum.
7. REMOTE CONTROL
Seberapa sering anda menumpahkan makanan pada remote control dan tidak membersihkannya? Maka remote control, bakteria MRSA, SARS dan bakteria lain boleh masuk ke dalam tubuh. Jangan biarkan remote control menjadi ancaman apabila anda sedang asyik menonton TV.
8. TAB MANDI
Bak mandi adalah bahagian dalam rumah yang sering tidak dilupakan. Ketika ada seseorang dalam keluarga yang terkena penyakit jangkitan staphylococcus, jangkitan saluran kencing, pneumonia, septicemia atau penyakit kulit, baru disedari bahawa tab mandi menjadi sarang bakteria. Percaya atau tidak, bakteria yang tergenang di dalam tab mandi lebih berbahaya daripada bakteria yang ada di dalam lubang tandas. Membersihkan tab mandi seminggu sekali boleh mengurangkan risiko penyakit yang tidak diingini.
9. SINKI DAPUR
Dapur adalah tempat paling kotor diantara semua bahagian rumah yang lain, terutamanya pada sinki. Ada sekitar 500,000 bakteria yang terdapat pada setiap inci sinki. Untuk mengatasinya, cubalah membersihkan sinki anda dengan setengah cawan baking soda dan setengah cawan cuka. Setelah itu, jangan lupa siram dengan air untuk memastikan singki itu bersih.
10. SPAN CUCIAN
Alat untuk mencuci pinggan ini adalah barang yang sangat berpotensi dijadikan tempat berkembangnya bakteria kerana memiliki kelembapan yang tinggi dan pori-pori yang kecil. Salah satu cara terbaik untuk menghilangkan bakteria dari barang ini adalah dengan memanaskannya dalam microwave selama 60 saat. Penemuan ini tentu saja bukan untuk menakut-nakutkan orang, tapi sekadar mengingatkan pentingnya menjaga kebersihan termasuk benda-benda kecil yang sering kali kita anggap remeh.
kebersihan perlu diutamakan untuk diri sendiri dan orang sekeliling.
Memang good info untuk diri aku dan teman-teman blogger semua.
Dapat infi di sini






Tikar Evamatik

dapat msg dari member FB
bertanyakan di mana aku beli dan harga tikar evamatik yang aku beli hujung minggu yang lalu

kalau aku search di FB rata-rata harga tikar nie dalam RM50.00
lepas pergi ke pasar stadium shah alam
dan tengok harganya baru RM30.00
terus la rembat untuk membelinya

umairah bawak sendiri tikarnya
memang ringan
pilihan umairah sudah semestinya la Hello Kitty

hah nie la tikarnya
200x120cm

ada pelbagai jenis kartun yang ada
aku suka dengan Alphabet ABC dan upin & ipin
next time boleh la beli lagi

macam mana cantik tak

Tuesday, October 23, 2012

Cendol Sagu Rumbia

petang ahad lepas
suka tengok mak membuat cendol
hujan plak di luar
memang syurga betul dapat tidor
siap segalanya
dapat masuk sesudu ke dalam mulut
memang terasa kenikmatannya

cendol nie lain dari yang kita makan di luar
sebab menggunakan tepung sagu rumbia
mak beli tepung semasa balik ke melaka bulan lepas

cendol yang telah siap di tekan menggunakan acuannya
suka tengok setitik demi setitik keluar dari acuan
masuk ke dalam bekas berice


gula merah - gula gula melaka
manis

santan di perah menggunkan air masak
jadi tak la sakit perut

siap untuk di makan
sangat sedap
terasa kelainananya

Ice Cream Potong

masih lagi story di stadium shah alam
selepas makan dan perut sudah sendat dengan kambing golek dan murtabak
kita jalan-jalan pusing pasar
emmmmm disebabkan sudah lama tidak datang ke sini
sudah banyak benda yang di jual
ada koleksi barang-barang lama
binatang peliharaan yang comel
koleksi dress yng cantik-cantik

skang nie baru aku tahu
skang nie tengah hot dengan baju saloma
memang cantik la
memandangkan hujung-hujung bulan nie
tak dapat la nak sambar sehelai
emmmmm next time datang lagi confirm nak beli sehelai
cantik la

gerai-gerai di stadium shah alam

sepanjang perjalanan nampak jea
orang tengan makan ice cream
bentuk pun pelik skit
ialah biasanya ice cream potong - panjang jea bentuknya kan
kali nie ice cream dia bentuk 4 segi
tercari-cari jugak di mana dorang beli


finally dapat jugak merasa ice cream potong 4 segi nie
memang banyak perasa yang ada
cuma time aku nak beli cuma tinggal perasa red bean dan jagung jea
jadi beli 2 potong red bean
dan 2 potong jagung

pilihan aku jagung
sedap dan tekstur ice creamnya sangat halus
sedap la jugak

sayang ambil red bean
tapi tak sedap

muka masam umairah
sebab dia nak perasa strawberry
tapi sudah habis
dapat red bean pun tak sedap
kesudahnya buang jea

umar buat muka nakal
orang lain sudah lama habis
si kecik nie tak sudah-sudah habis menjilat ice cream
jadi ibunya yang kena habiskan
nasib baik perisa jagung sedap skit

umairah dapat tikar hello kitty
babahnya yang belikan
tapi kalau ikut pilihan hati aku
aku nak belikan yang ada ABC
tapi sayang cakap belikan ikut pilihan anak
jadi aku ikut jea
lagi pun sayang yang bayar
jadi aku jangan banyak mulut yea...
harganya RM30.00 jea

ok la tu...

Roti Bom di Stadium Shah Alam

pagi ahad yang lepas - 21.10.2012
ajak sayang pergi ker stadium shah alam
tujuan utamanya aku nak makan roti bom
dah terliur sangat di tekak nie
gerak dari rumah pukul 10.30am
sampai sana pukul 10.45am
sekejap jea sampai sebab guna hiway Latar
15 minute sahaja sudah sampai
tapi orang punya la ramai..nak mencari parking memang seksa

tengok sekeliling ramai penyokong kelantan
siap ada yang pasang khemah di luar stadium
dorang tak balik rumah la tu lepas tengok perlawamanan bola malam sebelumnya
memang meriah
lepas 3x pusing-pusing baru dapat parking
fuhhhh nasib baik la sayang mood ok
kalau tidak confirm sayang ajak balik jea
sebab tak jumpa parking

roti bom idaman kalbu
siapa suka makan roti bom ....
aku suka sebab rotinya garing-garing dan akan terasa plantanya
cicah plak dengan kuah dal 
perghhhhh memang terbaikkkk la

tapikan huhuhuhuhu sedih di hati
sebab toti bom yang aku nak sangatttttt makan
sudah habis huhuhuhuhu
taukey gerai cakap
pagi-pagi lagi gerai dia sudah kena serbu dengan penyokong kelantan yang kelaparan
jadi terus terus order menu yang lain

murtabak ayam dan murtabak kambing
1st time rasa murtabak kambing
memang sedap
terbaik dari ladang kambing hahahahhahaha

gerai sebelah ada jual kambing golek
terus minta sayang belikan
ingat nak bawak balik
tapi bila rasa skit
terus nak lagi dan lagi
perghhhhh memang sedap la
1 bekas tu harganya RM10.00
ada kentang dan coslow
dan kuahnya blackpepper
so yummmy
sekejap jea licin

umairah suka makan murtabak
biasanya kalau beli di pasar murtabaknya kecik jea kan
di gerai nie murtabaknya memang besar dan tebal
dan yang pasti tak kedekut dengan isi di dalamnya

umar memang kerjanya habiskan air
kami 4 beranak jea
tapi gelas atas meja kami ada 6 gelas
hahahahhaha memang kenyang air 
umar lebih suka makan murtabak ayam
cicah dengan kuah dal
memang sedap

jemput makan semua
bagi terliur pada korang
hahahahhahaha gelak jahat :p

asal la suami aku nie buat muka time aku snap gambar
huhuhuhuhuhu
masam sangat mukanya

total kami makan di gerai tu ialah RM25.00
murtabak ayam - 2 keping
murtabak kambing - 2 keping
2 bungkus roti bom frozen
air - 6 gelas

ok la tu kan
Alhamdulillah kenyang sangat

korang pergi pasar di stadium shah alam
suka makan apa jea...

Monday, October 22, 2012

Service Lembap

lunch tadi kalau ikut asal nak makan di mamak jea
tapi bila sampai di bawah
syikin ajak makan di mc'd
memula taknak gak
sebab bawak duit RM10.00 jea
kalau pergi mc'd mana lah cukup dengan RM10.00
bila syikin cakap duit tak cukup nanti dia akan top up kan
terus jea la follow

sampai sana nasib baik la Q tak panjang sangat
walaupun depan kami hanya ada 2 orang sahaja
tapi crew nak serve punya la lama
dah hangin di situ
bila tiba giliran kami
ambil order punya la slow
nak sediakan makanan yang kami order pun slow sesangat
alahai dik asal la lama sangat nak serve customer nie
tengok cara melangkah nak ambil fries pun macam berat jea kaki dia nak melangkah
alahai bercinta aku di kaunter tu menunggu semuanya siap

dengan key in salah menu yang kami pilih
nak kena tunggu manager dia datang nak swap password untuk betulkan menu di screen lagi
memang kesabaran di situ

aku dan syikin
muka still senyum lagi sebelum giliran kami nak order

pakai selipar jea
ialah kata nak makan di mamak jea
tu yang pakai selipar jea
kalau nak pergi jauh-jauh memang aku akan pakai kasut
emmmm lantak la
saper nak kesahkan hahahahahha

eikin tengah kusyuk melayan sms

lunch tadi kami order
2 set medium ayam goreng spicy dan original
1 set medium mcchicken

tolong la tingkatkan service mc'd anda yea
bosan la kalau nak menunggu lama sangat
kata restaurant fastfood
jadi semuanya kena la berjalan dengan lancar kan

kan..kan..kan..

GLM Badminton Tournament

sabtu yang lepas 20.10.2012
tempat aku bekerja telah mengadakan
perlawanan persahabatan main badminton untuk staff GLM dan GSC
untuk games nie GSC join untuk :
@ main single lelaki dan wanita
@ main beregu lelaki dan wanita
@ main beregu mix

aku dan eikin masuk kategori beregu wanita :p
macam tak percaya jea kan
aku masuk sport untuk syarikat hahahahahha
main jea la - kita kasi redah jea

seawal pukul 7.30am aku dan keluar rumah
ambil eikin di rumahnya
dan singgah breakfast di restaurant Taqwa BRP
makan nasi lemak - bagi tenaga pada badan
bukan bagi tenaga tapi bagi lemak di badan :p
lepas breakfast terus gerak ke Federal Hiway
guna GPS - pinjam dari adik ipar
gara-gara takut sesat di area PJ
memang syukur sangat ada GPS nie
mudah nak mencari tempat kami bermain

sampai di sana tepat pukul 9am
kami orang pertama dari GSC yang sampai
register dahulu dan menunggu member-member yang lain
games bermula pukul 10am
sambil menunggu giliran kami tiba
kena la warm up dahulu
renggang-renggangkan anggota badan

untuk semua kategori hanya pemain single berjaya menjadi pemenangnya iaitu Cik Hanis
caya la hanis
untuk kategori yang lain semunya berjaya masuk ke semi final jea
aku dan eikin mendapat tempat ke 3 untuk beregu wanita
perghhhhh bangga jugak
sebab tak pernah main tetiba dapat melangkah ke semi final

habis games nie pukul 3.30pm
memang kepenatan satu badan tapi memang happening
masa dalam perjalanan balik
rata-rata yang drive kereta semuanya menuju ke stadium shah alam
ramai penyokong kelantan
sepanjang perjalanan berkibar bendera kelantan
ialah kelantan lawan ATM
finally kelantan menag 3-2

GPS penyalamat kami
nasib baik ada gadget nie
jadi tak la tercari-cari tempat yang di tuju

banner menyambut kedatangan pemain yang hadir

court badminton yang banyak
dan selesa untuk bermain
kalau dekat dengan rumah aku..confirm boleh selalu datang untuk bermain

ada gelanggang futsal sekali
sekali masuk emmmm tak ingat baper kena charge
tak pernah main futsal

menunggu member-member GSC yang lain
duduk lepak di cafe dahulu

wajah-wajah ceria diri sendiri
happy sangat

bersama-sama member GSC yang suka berposing

yeay berjaya dapat hadiah jugak
dapat voucher jusco
boleh la shopping lepas nie

sebelum balik
sudah pasti la mengabadikan diri bersama team GSC yang bekerja keras
untuk menjayakan games badminton nie

tahun depan berjumpa lagi
memang seronok

Friday, October 19, 2012

Good Luck

esok
saya
akan 
bertanding
main

badminton....
secara
beregu
wanita


 saya
harap
teman-teman
semua
wish :
to me
and geng GSC

cha yok cha yok
Isnin depan saya ceritakan
menang ataupun tidak...

Selamat Berhujung Minggu
rasanya macam nak tengok wayang jea
cerita pilihan hati
"Aku Terima Nikahnya"
touching kan ceritanya...

peace :D

Lunch Di Mc'D

lunch tadi makan di mc'd jea
sebab keluar dari ofis lambat dari biasa
memula plan dengan Anna nak makan ikan bakar
tapi ada sebab tak dapat dielakkan
terus tukar plan makan di mc'd jea

dari berdua terus berempat
Aku..Eikin..Syikin dan Fiza
kami berempat order ayam
cuma fiza sahaja makan burger samurai
kenyang katanya sebab pagi sudah makan nasi lemak

bila empat kepala duduk semeja
memang macam-macam citer yang keluar
yang pasti gelak tak ingat dunia

set medium ayam goreng spicy
air ribena = RM11.03

harap dipermudahkan segalanya untuk esok
Amin



Badminton Training

malam tadi pergi ke TSB sg.buloh
untuk menjalani badminton training
hehehehhehe macam tak caye jea aku main badminton kan
bidan terjun jugak nie
sebenarnya takder wakil dari company aku untuk games badminton tournament nie
jadi nama aku dan eikin telah di petik oleh pihak HR
nama sudah naik - apa lagi main jea la
senang citer kita kasi pecah jea hahahahahha

sebab sudah lama tak main badminton
malam tadi pihak GSC kasi peluang untuk buat training di TSB
nie 1st time aku melangkah masuk ke Tropica Badminton
memang besar tempatnya
dan court yang ada memang banyak
next time nak datang dengan sayang
sebab sayang memang every week dia akan main badminton

pergi ke sini terpaksa bawak umairah dan umar
sebab sudah tahu perangai budak berdua nie
confirm aku tak boleh nak handle
ambil adik aku Lini dahulu
than baru pergi ke Tropica Badminton
tapi bila adanya Pija
suasana bertambah hiruk pikuk jadinya
di tambah lagi anak Eikin si Rayyan
perghhhh keadaan memang tak dapat di kawal

aku pun dapat main sekejap sahaja
sebab kanak-kanak riang ria nie
suka-suka hati main masuk ke court orang lain
yang paling tak tahan siap kena sound dengan mamat cina
"jaga anak u baik-baik la"
yang court sebelah lagi la siap buat muka marah

jadi baik aku duduk tepi jea
megawal kanak-kanak ribena nie huhuhuhu
ok la tu 1/2 jam buat warm up

aku si baju putih merah
dengan aksi bersahaja menanti si bulu ayam

dalam main sempat lagi berposing hahahahaha
aku dan eikin wakil untuk games beregu
belasah jea la

hanis dan nazim
hanis wakil untuk single games

faizal dan anna
anna datang sahaja jea untuk memeriahkan suasana
faizal pemai simpanan - rasanya la

lagi la sempat lagi buat aksi kung fu
hahahahahha macam kung fu panda kan
tang mana
tang perutnya hehehehehehhee 

eikin melepas lelah penat bermain badminton
umar pun melepaskan lelah berlari keliling court
sambil minum susu

TQ my sis sebab datang tolong menjaga kanak-kanak ribena


di tambah hiruk pikuk sebab khair
pun bawak anaknya sekali
sebaya dengan umar rupanya anak khair nie

sambil ibu-ibu main badminton
anak-anak menjamu selera makan maggi cup
sampai 3 suami eikin belikan untuk kanak-kanak ribena nie melantak

boleh jadi model maggi cup nie

setelah puas melantak maggi cup
berposing di celah dinding

aksi kanak-kanak ribena keliling court
emmmmm siap kena sound yang tak tahan tu
lepas nie jangan harap la ibu nak bawak korang lagi
duduk di rumah dengan wan

macam mana nie
esok jea harinya untuk berlawan
emmmmm ada ker peluang nak menang nie
huhuhuhu

cha yok cha yok geng GSC


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha