NuffnangX

Tuesday, July 24, 2012

4th Day Ramadhan

sudah masuk hari ke empat (4) kita berpuasa..Alhamdulillah
cuma sahur pagi tadi memang tak terjaga
huhuhuhu miss untuk sahur
tak terjaga sebab tidor pukul 3am
siapkan tempahan kuih untuk hospital
tu yang aku langsung tak sedar untuk bangun sahur huhuhuhu sedih tau

jadi jom kita cuci mata tapi jangan sampai tertelan air liur tengok menu berbuka aku semalam
balik kerja terus singgah ke pasar Paya Jaras - nasib baik la jalan tak jem lagi
dan mudah sahaja nak mencari parking
terus menuju ke tempat bahagian pasar basah
2 ke 3 gerai jugak la mencari ikan pari
last gerai baru dapat ikan pari - itu pun kecik jea
sekilo - RM14.00
sebab tekak nak makan sangat beli jea la

sampai rumah terus sinsing lengan baju
teruskan aktiviti memasak
nasib baik la lini masih ada lagi di rumah
jadi ada jugak la pembantu
lepas nie sorang-sorang ajer la aku di dapur huhuhuhu

jadi juadah berbuka hari ke empat nie ialah

#1 : Asam Pedas Ikan Pari Melaka Stail

 #2 : Sotong Goreng Tepung Ala Gerai - Terbaikkkkkk

 #3 : Ikan Kembung Masak TauChu

 # 4 : Kuih Bakar

jom layan mata dengan menu yang jiran-jiran berikan
sambil memberi sambil merasa
jadi memang tak payah la nak masak kuih muih untuk berbuka
confirm jiran tetangga akan membalas dengan apa yang dorang masak
best kan..

 # 1 : Jiran sebelah kiri : Bagi Durian
menjilat jari

 # 2 : Jiran depan rumah : Bagi Cekodok Pisang
hehehehhe tapi kami adik beradik cakap daging salai
kita orang cakap macam nie
mak kami jeling jea hehehehhehehe

 # 3 : Jiran sebelah kanan : Bagi Tahu Sumbat
perghhhhh memang sedap

siap masak semuanya
lini ajak pergi ke bazar ramadhan
tapi aku taknak pergi sebab tak mandi lagi
jadi pergi la dia dengan nasir
sampai jea di rumah
tengok 2 beg plastik di beli
emmmmm

# 1 : Ayam Gunting
amik ko beli sampai 10 batang
makan hanya 4 batang jea
iskiskisk membazir betul lah


#2 : Murtabak Sayur & Sardin
membazir jugak sebab yang habis murtabak sardin jea
murtabak sayur tak makan pun
iskiskisk


orang lain hanya tengok jea dulu hehehehhe
jilang sabar memang geram jea tengok aksi makan dari umar nie
hehehehhehe



Masa Yang Di Tunggu-Tunggu

bagi mereka yang bekerja
bulan puasa amatlah dinantikan-nantikan
bukan sahaja fadhilat puasa yang kita perolehi
tapi bila bekerja
waktu balik akan dicepatkan dari biasa

di ofis aku nie
waktu balik untuk bulan puasa ialah 4.30pm
biasanya 5.30pm
cuma bila balik awal waktu rehat memang tiada
tapi dibenarkan untuk take five untuk melakukan kewajipan bersolat
sambil solat boleh la berehat sekejap

bila jarum jam nenunjukkan 4.30pm
memang hati tak sabar-sabar nak balik

dari semalam lagi asyik la terfikir-fikir nak masak apa untuk menu berbuka
rasanya nak masak asam pedas ikan pari la
kena singgah ke pasar Paya Jaras dahulu untuk beli bahan-bahan - fresh skit
dari beli di kedai Acheh :D 

jadi korang balik pukul barapa di bulan puasa nie...

Bila Sticker Ada Di Tangan

petang semalam singgah sekejap ke kedai Acheh
kenapa erk orang suka pergi ke kedai Acheh
bukan ke kedai orang melayu
alasan : bagi aku kedai acheh lengkap semuanya ada
harga aku rasa sama jea cuma bila ke sana
apa sahaja barang yang nak kita beli mesti ada
kalau pergi ke kedai orang melayu, barangnya selalu tiada
jadi jangan salahkan kenapa orang melayu taknak tolong orang melayu sendiri

ok berbalik cerita aku,
petang semalam singgah ke kedai beli bahan-bahan untuk di masak
umairah kalau datang ke sini pasti ada sahaja sticker yang dia nak
tak kesah la apa-apa pun asalkan benda tu boleh di tampal
semalam umairah pilih sticker smile - RM2.00
dalam kereta aku sudah warning
jangan gatal tangan nak tampal pada cermin atau mana-mana tempat dalam kereta
kena babap nanti

sampai rumah umairah ajak adik dia masuk bilik
adalah tu projek budak berdua tu
bila keluar dari bilik
emmmm
layan...

muka
badan
baju
seluar
semuanya penuh dengan sticker
bila tanya siapa yang tampal
laju jea umar tunjuk pada kakaknya
hehehehhee terus tersengih umairah

sebelum  mula nak memasak
mandikan budak berdua nie dahulu
siap bagi susu dahulu
buka dahulu channel kartun
bagi budak berdua nie kusyuk tengok tv
jadi tak la mengacau aku di dapur :p

selagi sticker tak habis
selagi tu la adiknya menjadi mangsa keadaan


ok anak-anak ibu yang sangat bertuah nie
duduk diam-diam di depan tau
jangan kacau ibu...

emmmm ada sahaja kisah budak berdua nie

Soal Jawab Kemuskilan di Hati : Sah atau Batal Puasa


1. Memberus Gigi Ketika Berpuasa
Soalan
Apakah kita dibolehkan memberus gigi selepas waktu subuh ketika berpuasa?
Fatimah Azzahra, KL
Jawapan
Sengaja bersugi atau memberus gigi dalam berpuasa dengan benda basah atau kering tidaklah membatalkan puasa. Tiada ada perselisihan para ulama dalam masalah ini. Namun menurut Imam Syafei memakruhkan memberus gigi setelah tergelincir matahari dengan tujuan untuk menghilangkan bau mulut.



2. Masuk Air Wuduk ke Hidung dan Telinga Ketika Puasa 
Soalan
Bagaimana pula jika kita sudah terbiasa memasukkan air ke dalm hidung ketika mengambil air sembahyang? Begitu juga, ketika mandi wajib selepas masuk waktu subuh kerana berjimak di malam sebelumnya, kita dikehendakki  meratakan air ke seluruh kulit. Bagaimana kita hendak meratakan air ke dalam cuping telinga? Dikhuatiri air akan termasuk ke dalam telinga?
Fatimah Azzahra, KL
Jawapan
Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk pada bulan Ramadhan tidaklah membatalkan puasa, kerana memasukkan air disini bukanlah menyedutnya hingga ke dalam tetapi cukup saja dengan membersihkan rongga hidung tersebut. Begitu juga dengan membasuh telinga, cukup membasuh diluarnya saja tidaklah sampai memasukkan air ke dalam rongga telinga bagi menghilangkan dahaga.


3. Berjimak Ketika Masuk Subuh Bulan Ramadhan
Soalan
Suami isteri berjimak semasa waktu azan subuh dibulan puasa dan kemudian mandi wajib bolehkah mereka berpuasa, sedang apa yang saya tahu masa waktu imsak kita dikehendaki berhenti makan dan membuat perkara membatalkan puasa juga selepas azan subuh maksudnya puasa itu bermula?
Amat Unus, KL
Jawapan
Apabila seseorang menyangka bahawa fajar akan terbit lambat lagi, lalu bersetubuh. Kemudian dalam bersetubuh itu fajarpun keluar atau terdengar suara azan, maka wajiblah ia menghentikan persetubuhan itu dengan segera (serta merta) tidak boleh diteruskan lagi. Jika ia meneruskannya bererti ia telah merosakkan puasanya dengan bersetubuh yang disengajakan. Demikian pulalah dengan orang yang minum dan makan pada waktu itu.
Jika persetubuhan itu diteruskan walaupun telah terdengar suara azan, maka hendaklah membayar kaffarah. Pertama memerdekakan hamba, jika tidak ada atau tidak mampu, dengan berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup iaitu dengan memberi makan 60 orang miskin.


4. Mimpi (Inzal) di Malam Ramadhan 
Soalan
Apakah hukumnya sekiranya apabila di dalam bulan ramadhan, seseorang itu tidur di malam hari dan apabila terjaga di waktu pagi (dah terbit matahari) dan dah mula berpuasa, di dapati air mani terkeluar dari kemaluannya. Bolehkah dia meneruskan puasanya dan sahkah puasanya itu?
Anwar,JB
Jawapan
Jika kita bermimpi di malam bulan Ramadhan, dan baru tersedar ketika bangun pagi, maka segeralah mandi wajib, kemudian teruskanlah berpuasa. Sebab berjimak ataupun bermimpi pada malam hari bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa. Bahkan setengah ulama berpendapat bermimpi pada siang Ramadhan pun tidak membatalkan puasa namun ia harus segera mandi wajib.



5. Mimpi (Inzal) Di siang Hari Ramadhan
Soalan
Soalan saya ialah adakah batal puasa seseorang itu sekiranya terkeluar air maninya semasa dia tengah 
tidur?
Mat, KL
Jawapan
Bermimpi dalam berpuasa sehingga keluar mani tidaklah membatalkan puasa. Dalam hukum ini tidak ada perselisihan pendapat para fuqaha.

6. Suntikan Doktor ketika Puasa 
Soalan
Saya telah diserang penyakit gatal-gatal di badan. Apabila ke kelinik untuk mendapatkan rawatan, doktor 
telah mengenakan suntikan kepada saya. Apakah puasa saya dikira batal kerana suntikan itu?
Mazlan, KL
Jawapan
Sebahagian ulama mengatakan bahawa memasukkan ubat dengan suntikan ketika siang bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa. Diantara yang menyokong pendapat ini iaitu Ibn Hazm. Namun setengah ulama yang lain membatalkannya. Bagi kami hal ini melihat keadaan, jika suntikan itu terpaksa dilakukan maka ia termasuk dalam darurah dan tidak membatalkan puasa.

7. Memakai Gincu di Bulan Ramadan
Soalan
Pada bulan Ramadhan ini apakah hukumnya kalau seorang wanita ketika berpuasa memakai gincu 'Lipstik'?
Norafida, KL
 Jawapan
Wanita yang berhias diri seperti memakai wangian, lipstik dan sebagainya ketika ke luar rumah hukumnya berdosa, tak kiralah bulan biasa ataupun bulan Ramadhan. Kerana perbuatan seperti itu hanya dilakukan oleh wanita-wanita pada zaman jahiliyah. Namun berhias untuk menyenangkan hati suami, wajib hukumnya, itupun hindarkan memakainya ketika di siang bulan Ramadhan.

8. Menyedut Ubat (inhaler) Ketika Puasa
Soalan
Saya salah seoarang pesakit asthma (lelah) dan sekarang saya sudah mengunakan sejenis ubat (inhaler) ubat itu saya perlu sedut setiap hari. Adakah batal puasa saya jika saya menyedut ubat itu?
Aje, Alor Setar
Jawapan
Para salafussoleh tidak pernah mengenali jenis ubat dan kaedah rawatan melalui cara ini, ia merupakan satu sistem perubatan yang baru. Perkara ini mungkin identik penggunaan celak ketika puasa. Celak dan ubat titis air mata jika digunakan secara berlebihan sehingga terasa di kerongkong hukumnya membatalkan puasa. Begitu juga halnya dengan gas penyakit lelah ini, jika cecairan yang kita masukkan ke dalam mulut itu terasa di kerongkong, maka dapat menyebabkan membatalkan puasa.
Walaupun begitu berusahalah untuk menahan diri ketika siang bulan Ramadhan untuk tidak memakai cecair atau ubat athma ini. Jika keadaan terpaksa dan sangat memudaratkan sedangkan penggunaannya sekadar perlunya saja maka ia tergolong rukhsah (keringanan ) yang dibolehkan.


9. Lafaz Niat yang Betul
Soalan
Antara lafaz niat berikut: 
1. Sahaja aku puasa esok hari dalam bulan ramadhan fardhu ke atas ku kerana Allah Taala.
2. Sahaja aku puasa fardhu ramadhan esok hari kerana Allah Taala.
Yang manakah yang betul?
Junior, BP
Jawapan
Kedua-dua lafaz itu betul kerana mengandunig pengertian yang sama cuma redaksi bahasanya yang berbeza.



10. Jimak Waktu Siang Bulan Ramadhan
Soalan
Saya terdapat kemusykilan persetubuhan (suami/isteri) di bulan puasa di siang hari: Ada pendapat mengatakan dibenarkan (jika terlalu tak tahan) melakukannya setelah berbuka puasa dahulu, tidak dikenakan kifarat. Dan ada pula pendapat mengatakan walau apapun keadaan seseorang dilarang sama sekali melakukannya samaada berbuka dahulu atau tidak tetap akan dikenakan kifarat?
resah, KL
Jawapan
Apabila seseorang membatalkan puasanya dengan bersetubuh, wajib atasnya membayar kaffarah yakni memerdekakan sorang hamba, jika tidak sanggup maka hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup juga hendaklah memberi makan kepada 60 orang miskin. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: "Abu Hurairah berakata;
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: "Saya telah binasa ya Rasulallah". 
Rasulullah SAW bertanya: "Apa yang membinasakan engkau ?". 
Dia menjawab: "Saya telah menjimak isteri saya di bulan Ramadhan". 
Maka Rasulullah SAW bertanya: "Apakah engkau sanggup berpuasa dua bulan berturut-turut ?". 
Dia menjawab: "Tidak". 
Rasulullah SAW bertanya lagi: "Apakah engkau sanggup memberi makan 60 orang miskin ?". 
Dia menjawab: "Tidak". 
Kemudian dia duduk di majlis Nabi dan dibawalah kepada Nabi suatu bekas yang berisi 17 gantang kurma. Bersabda Nabi kepadanya: "Sedekahkanlah kurma ini". 
Orang itu bertanya: "Apa kepada orang yang lebih miskin daripada kami. Tidak ada di antara dua pinggir kota Madinah yang lebih berhajat daripada kami". 
Maka tersenyumlah Nabi hingga nampaklah geraham baginda dan bersabdalah Rasulullah SAW: "Pulanglah dan berikan kurma ini kepada keluargamu". (Riwayat Jamaah)
Hadis ini menyatakan bahawa diwajibkan kaffarah atas orang yang merosakkan puasanya dengan melakukan jimak. Menurut Imam Ahmad dan sebahagian pengikut mazhab Maliki, wajib juga kaffarah atas orang yang lupa bahawa dia berpuasa. Sebab Rasulullah SAW setelah mendengar pengaduan Salamah Ibn Sakhar itu baginda tidak meminta penjelasan apakah ia melakukan dengan terlupa ataupun dengan sengaja.


sumber rujukan

Monday, July 23, 2012

3rd Day Ramadhan

hari ke tiga berpuasa
aku biasa-biasa jea
sahur pagi tadi hanya hangatkan lauk waktu berbuka petang semalam
tak baik membazirkan

menu sahur :
1) Kari ikan merah
2) Ikan bilis goreng bawang + cili api = perah asam limau
3) Ikan goreng garing
4) Air Teh O panas suam


menu berbuka :
memang terangkat eheh
sila telan air liur yea :p
1) sambal udang

2) sayur bayam masak air

3) sup ayam

4) masak lemak cili api daging salai
yang nie bukan kami masak
tapi jiran sebelah rumah bagi

area rumah mak aku nie masih amalkan
hantar ke rumah jiran-jiran apa yang kita masak
konsep bertukar-tukar juadah sesama jiran
kalau masak 2 jenis lauk
masa berbuka confirm akan adalah 3-4 jenis lauk terhidang atas meja
kuih muih tak payah cakap la
tak payah nak pergi ke bazar ramadhan membeli kuih muih
buat membazir sahaja


sempat jugak singgah ke bazar ramadhan
tujuan nak tengok bazar di kundang nie macam mana
sempat la merembat :
* murtabak sayur dan sardin
* air soya panas
* donut - untuk anak-anak..request by umairah
* taufufa
* kurma

emmmm dalam taknak beli terembat banyak jugak eheh

siapa yang berpuasa nie
azan sahaja
orang pertama teguk air sudah semestinya la si Umar
dahaga sangat yea :p

sahur esok tak tahu la nak makan apa
ada cadangan?

Sunday, July 22, 2012

2nd Day Ramadhan

masih lagi di Sijangkang
menu sahur kali nie disediakan oleh kakak ipar - kak ros
maaf tak terbangun mata macam di gam :p

menu sahur :

1) telor dada
2) sayur goreng kubis
3) ayam masak kicap
4) air milo panas

cuma sahur kali nie aku hanya minum milo panas sahaja
ingat nak mimum oats tapi terlupa nak bawak huhuhuhuhu
tapi apa yang penting dapat minum dan paling utama adalah doa
senjata untuk sentiasa kenyang :D

menu berbuka :

1) tomyam pottet
2) sotong dan ayam goreng tepung
3) sayur kailan ikan masin
4) popia goreng
5) air panas teh o
6) air laici tembikai

sungguh mengenyangkan menu berbuka pada hari ke dua Alhamdulillah
berbuka kali nie sungguh kelakar
pukul 6pm baru start masak
di dapur memang jadi macam tangan sotong
hehehehhehe rasa macam super duper robot la
tengah azan masih lagi menggoreng popia
nasib baik ada insan yang bercuti jadi dapat habiskan kerja yang tak sempat nak diselesaikan

sama macam semalam tak sempat nak snap gambar
kalau korang nak resipi nanti aku tepekkan di blog aku nie yea :p

Saturday, July 21, 2012

1st Day Ramadhan

Alhamdulillah hari nie hari pertama umat Islam berpuasa
harap tahun nie aku dapat khatam al-Quran - InsyAllah
bagun sahur liat nak bangun
sebab tidor malamnya lewat - sibuk buat kuih
jadi waktu sahur sayang gegar badan aku bangun sahur
dalam larat tak larat..bangun jugak

sahur hari pertama menu simple sahaja :

1) ikan cencaru masak sambal
2) sayur goreng
3) air teh o panasa

part yang paling kelakar, umar pun bangun bersahur
makan sambil mulut terguap-guap tahan ngantuk
umairah walaupun aku geletek-geletek kakinya tetap tidor dengan lena

hari pertama ramadhan kami balik ke Sijangkang
sebelum sampai di rumah, ajak sayang singgaj ke bazar ramadhan
ialah balik ke rumah mertua takkan tidak membawa apa-apa juadah
malu la beb

menu yang beli di bazar ramadhan Sijangkang

1) kurma yusuff taiyub
2) 2 ketul ayam percik
3) murtabak
4) air jambu

menu berbuka pada hari pertama ialah Nasi Ayam - sedap

gambar tak sempat nak snap-snap
habis baca doa terus jea makan memang tak ingat nak snap-snap bagai :D

Friday, July 20, 2012

Kalau Rajin..Nak Update Menu Sahur dan Berbuka..kalau :p


sudah semestinya telah ready :D

ingat tahun nie aku nak update selalu
tentang menu bersahur dan menu berbuka - kalau rajin :p

ialak koleksi diari ramadhan kan..

InysaAllah
kalau mood blog meninggi

selamat berpuasa semua..

Selamat Menyambut Bulan Ramdhan Al-Mubarak



selamat berpuasa teman-teman semua
malam nie kita akan menunaikan solat terawih :D
mengejar pahala-pahal yang telah Allah janjikan

semoga di bulan yang mulia nie
akan menjadikan kita sebagai seorang umat Islam yang lebih bertakwa
Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha