NuffnangX

Wednesday, June 13, 2012

Cakaran Harimau

cakaran harimau bukan dari aku tau
tapi cakaran dari umar si bam bam

umar kalau memberontak
apa sahaja di depan mata terus 
di campak atau di cakarnya
nie kes babahnya taknak buat susu dia la nie
lambat sangat tengok bola
terus di balingnya botol susu dia
terus cakar muka babahnya
hah ambik ko
terus berbisa kulit muka

cian sayang

Tuesday, June 12, 2012

Trendsetter by Umairah

umairah anak sulung kami
memang mempunyai banyak ragam
kalau bab bergaya
memang ikut kepala sendiri jea
kalau pagi nak pergi ke nursery nak pakai baju tidor
ikut kan jea la
dilarang taknak pergi jadi ikutkan jea

ban bermake up plak
lagi satu hal
pantang nampak aku pegang make up
mula la dia pun nak melaram sama

nie gaya terbaru dia yang aku tak boleh nak cakap apa
tapi bagi pakai taknak ikut
kesudahnya bagi jea la pakai
orang yang pandang umairah mesti 2 3 kali toleh tengok pada umairah
emmmmmm

tengok la siap bermake up semua
cuma rambut jea aku tak boleh nak usik
nak lepas jea rambutnya

umar dah semakin tinggi
lagi skit akan sama tinggi dengan kakaknya

tengok la umairah
pakai baju kurung tapi disarungkan sekali baju dress dia
time pakai di kenduri plak tu
semua ralit tengok gaya si umairah nie

adoyai



Monday, June 11, 2012

Wedding's Hafizi & Naz

selamat pengantin baru kepada hafizi dan naz
semoga bahagia sehingga ke syurga - Amin
suka tengok pelamin sebelah perempuan
simple tapi cantik sangat

01.06.2012 - ijab kabul - sah sebagai suami isteri

02.06.2012 - persandingan sebelah pihak perempuan

09.06.2012 - persandingan sebelah pihak lelaki

Tahniah

Tuesday, June 5, 2012

Restaurant Senandung Malam, Bagan Lalang

lepas bermandi manda
terus tujuan kami pergi ke Bagan Lalang
tempat kesukaan kami untuk menjamu selera makanan laut
selalunya sebelum nie kami datang ke sini
pada waktu malam sahaja
tak pernah nampak keindahan pantai bagan lalang - memang cantik
pasir memutih sahaja

umairah 

umar
dalam kereta tak pernha duduk diam
ada jea kerja yang nak di buat

sampai di Bagan pukul 6 lebih
matahari masih memancar terang
rata-rata yang datang ke sini hanya duduk di tepi pantai

umairah dan pija
gelap plak gambar nie

umar nampak jea pasir
habis di genggamnya dan baling ke arah kakaknya
habis satu badan berpasir

kasih seorang nenek
bersihkan cucunya yang berpasir

tak sangka yea
sepanjang tepi pantai ad peniaga yang menjual bermacam-macam barang
tapi aku tengok jea la
tak tahu nak beli apa

siapa pernha ke sini
yang pernah pergi pasti tidak mengecewakan masakan yang di order
sedap dan fresh

ikan bakar bersalut sambal

sotong goreng tepung

pahat masak pedas

ikan siakap 3 rasa


kuih kicap sebagai pencicah

udang goreng kunyit

muka tak sabar nak terp makanan
lepas mandi confirm lapar punya
muka masing-masing dah berbelak dek sunburn

umairah dan pija
meratah lauk jea
seban tu la lauk yang di order tak pedas-pedas sangat
kesian anak pun nak makan jugak
kalau ikut tekak sendiri semuanya nak pedas :p

umar kalau dapat makan ikan
memang tak pandang kiri kanan
makan sampai kenyang
lauk lain memang tak pandang
ikan adalah segala-galanya bagi umar

sayang dan apis
berendam lama mana pun
kulit memang maintain gelap hahahahhaha

sudah semestinya aku dan suami
tapi memang kulit mengelupas
itu mandi kolam jea
bukan mandi laut pun

tapi memang kenyang tak hengat la
semuanya sumbat masuk ke dalam perut
Alhamdulillah


Monday, June 4, 2012

Pantai di Gold Coast

sebelum balik
kami lepak sekejap di pantai Gold Cost - memang cantik
pasirnya putih dan yang pasti bersih
macam-macam aktiviti boleh dilakukan di sini
tapi kami tak jejakkan kaki di sini
cuma lepak di tepi sahaja

kalau taknak mandi di kolam
boleh mandi di pantainya
memang di jaga kebersihan di tepi pantainya
boleh main bola pantai
nak baring pun boleh
sebab ada buaian gantung disediakan
syorknya tidor sebab nyaman angin pantai

mengabadikan gambar di tepi pantai

bersama-bersama dengan anak tersayang
seronok anak-anak bila dapat berjalan

lini bersama insan tersayang
apis..lini dan pija

umairah yang sakan berposing

umar si bam bam dengan perut buncitnya
hehehehheheh


Gold Coast Morib - Water Theme Park

selepas sarapan di Restaurant Jejantas
kami menuju ke Morib
sampai di sana dalam pukul 11 lebih
ambil masa 1jam setengah untuk sampai ke sana

memandangkan cuti sekolah
ramai yang membawa anak-anak ke sini
mencari parking memang susah
dapat parking pun hujung-hujung jea
jauh menapak untuk masuk ke lobby huhuhhuhuhu

memandangkan kami ke sini bukan untuk menginap
hanya untuk mandi sahaja
jadi ada perbezaan harga - ketara jugak
untuk mereka yang datang ke sini hanya untuk mandi manda
harganya :
Dewasa - RM35.00
Kanak-Kanak - RM20.00
mahalkan....

apa-apa hal sebelum masuk kena bayar tiket dahulu di kaunter
neasib baik tak perlu beratur panjang untuk membeli tiket

peraturan masuk : tiada
jadi masuk jea la nak pakai pakaian apa-apa pun
asalkan bersesuaian

kena pakai tag di tangan
macam di tempat mandi yang lain jugak
tag yang menunjukkan kita sudah membeli tiket
tapi tak sure bila dah pakai tag nie
bila keluar dari theme park
nak masuk semula boleh ataupun tidak
sebab memang dah masuk memang tak ingat nak keluar pun
berendam sampai lebam

umairah dan pija
dah tak sabar nak melompat terus masuk ke dalam kolam
tapi sabar dulu
memandangkan aku lupa nak bawak baju mandi umairah
pakai jea la baju jersi dia sama macam umar

wajah umar memang nampak ketara sangat
bila nampak kolam
sebab tak pernah bawak umar mandi kolam
jadi bila nampak ramai terjun masuk ke dalam kolam
memang dia nampak kepelikkan di situ

sayang berhempas pulas meniup pelampung tangan
keselamatan untuk anak-anak tersayang

kababommmmmmm masuk dalam kolam
lupa segala kepenatan..masalah..
hanya keriangan menanti
memang seronok

kolam dia memang ada bebarapa peringkat
ada anak kecil memang mudah nak pantau anak depan mata
tak risau anak hilang
sebab kolamnya memang memanjang
banyak tempat anak-anak boleh mandi
termasuk ibu bapa

tempat yang aku suka main
ialah gelonsor air
memang syork dapat naik
paling kelakar umar
sebab aku naik sekali dengan umar
bila nak turun umar akan tutup mata dia
hehehehhe memang sweet

gelongsor kuning nie aku tak dapat naik
sebab seluar yang aku pakai bukan jenis licin
jadi bila naik memang tak menggelongsor huhuhuhuhu

suka mandi di bawah cendawan
sebab bila air yang turun kena belakang badan
rasa macam kena urut jea
syorkkk woooo

jadi mandi mandi nie mengambil masa 3jam lebih
memang seronok
dan orang pun tak ramai sangat
bebas nak buat apa pun

kesian pija
sebab mandi pakai baju mandi
lepas mandi badan terus berbelak
siap ada tanda X lagi tu

tak perasan yang makanan tak boleh di bawak masuk
sebab kami memang bawak makanan
sebab ada family tu siap bentang tikar
dan makan nasi lemak anak beranak lagi
ialah di area situ memang tak jual makanan
nak kena beli di luar

wajah kegembiraan umar
memang suka berendam si bam bam nie

pendapat aku tentang Goald Coast Morib nie :
* harganya biar lah berpatutan..jangan la mahal sangat
* bagus sebab banyak kerusi disediakan
* keselamatan memang terjamin, sebab masa aku mandi ada budak terus jea terjun masuk kolam,
aku yang sebelah pun tak sempat nak capai budak tu, safe guard yang jauh cepat jea melompat
selamatkan budak tu..memang bagus dan terlatih
* tak ketat mengenai pakaian yang di pakai - ikut keselasaan, ialah biasanya bila mandi di water park nie
mesti ada syarat-syarat pakaian yang perlu kita patuhi
* perlu perbanyakkan lagi alatan yang boleh kanak-kanak main di dalam kolam

next time nak datang lagi mungkin akan menginap plak hotelnya
sebab tengok keadaan dalam hotelnya memang best
nak mandi dalam jakuzi :p

nak tahu lebih info mengenai Gold Coast
sila klik link di bawah

selamat bercuti...

Bersarapan Dahulu sebelum Berendam

nak ke mana tu sampai nak berendam :D
apa-apa hal sebelum nak berendam
isi perut dahulu
kami sekeluarga singgah dahulu ke restaurant jejantas sg.buloh
untuk bersarapan - perut memang dah berbunyi lagu dangdut 
lapar gila

nasib baik orang tak ramai sangat
ialah cuti sekolah nak-nak hujung minggu plaks tu
kami memilih kedai makan berseberlahan kedai satay hj.samuri
sedap dan menyelerakan 

anak-anak kami pilihkan bee hun
makan sehingga menjilat sudu :p

yang mak bapaknya memilih menu nasi lemak

lini dan aku
muka kami serupa tak
rasanya takkan :p

eh eh eh umar sama baju dengan mak ngah la

nasi lemak yang sedap
ayam masal merahnya memang sedap
sampai menjilat jari aku makan

perut sudah kenyang 
apa lagi
terus menuju ke tempat yang di tuju
ke mana tu tunggu next entry :D

Sunday, June 3, 2012

Selamat Pagi di Hujung Minggu

selamat pagi semua
hari nie korang pergi ke mana jea
emmmm hari nie kami sekeluarga akan mandi pool - kalau jadi la
pergi ke mana esok aku story erk

macam biasa la hari biasa ker
hari cuti ker
hari hujung minggu ker
memang tak boleh la nak bermalas-malasan atas katil
bangun la cepat-cepat
kalau tidak umar sudah siap sedia dengan raketnya nak ketuk
siapa-siapa yang masih lagi tidor - sakit wooo kena ketuk

pukul 7 lebih jea sudah meriah rumah aku
dengan suara budak berdua nie
keadaan rumah jangan cakap la
macam kapal karam "p

bangun pagi 
gosok gigi lalalalalalla
siapa ingat nyanyi la lagu nie yea
tetiba terlupa lirik plaks

muka sememeh umairah di waktu pagi
bucuk la anak-anak ibu nie

masing-masing landing depan tv
layan kartun

amboi....cepat bersiap nak keluar ker taknak nie...
peace :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha