NuffnangX

Monday, February 20, 2012

Taman Layang-Layang Kepong

 ikut cadangan Lini
untuk bawak budak-budak tu terbang bebas di padang
jadi pilihan yang sesuai sudah tentu la taman layang-layang di kepong
di sini
tanpa bimbang boleh biarkan anak-anak bebas bermain
biasanya kalau di sini
aku akan cari port yang agak jaug dari taman permainan
sebab di situ ramai sangat budak-budak dan aku takut tak boleh 
nak control umairah dan umar
nak-nak plak sayang kerja
cuma harapkan adik ipar aku hafis untuk menjaga tiga budak nakal tu

nie adalah 1st time aku bawak umar datang ke sini
umairah selalu jugak kami bawak ke sini sebelum adanya umar
jadi bila kami lepaskan umar bermain
memang nampak sangat muka umar terlopong tengok suasana sekeliling

 aksi-aksi umar di padang yang luas menghijau
gagah perkasa leka bermain menendang bola
memang seronok bila anak aktif bermain
ialah main di depan rumah
kita risau plak dengan kereta lalulalang di hadapan rumah
takder tempat untuk bermain
di sini puas berlari ke sana ke mari


wajah umar melopong tengok layang-layang yang banyak berterbangan
cute jea aku rasa


 aksi-aksi umairah bermain layang-layang
cian penat berlari harap-harap layangnya naik ke atas
kesian jugak pada pak ngahnya nak melayan anak buahnya main layang-layang
sempot woooo

 Lini dan hafis
feeling-feeling konon bercinta cintun semula la tu konon hahahahahha

 aksi-aksi dari Pija dan babahnya menaikkan layang-layang
syork gak bila kita lepaskan layang-layang
cepat jea naik ke atas ialah angin tengah kuat di waktu petang
pija rajin melayan keletah umar bermain bola

 wajah-wajah kepenatan
umar main sekejap sahaja di padang
selebihnya minum susu, makan dan makan hehehehehhe
dah tak larat nak berlari lagi
tak macam umairah dan pija
berlari tak ingat dunia
siap dapat member baru lagi - Adam sebaya dengan dorang jugak

aku dan mak sama jea
just lepak dan makan dan makan eheh

sebagaimana dengan umairah dan pija
aku pun dapat member baru jugak
nie mak Adam
bekerja di kantin kuarters nurse hospital sg.buloh
peramah orangnya

layang-layang harimau nie kami beli di kedai pemborong jea
1 - RM2.50 jea
kalau beli di taman nie 1 - rm15.00
mahal gila kan
jadi baik beli siap-siap dari rumah

InsyaAllah nanti nak ajak sayang plak datang ke sini
lately nie sayang memang keja di hujung minggu sahaja
emmmm nak dapat duit xtra setiap bulan
kenalah berkorban
yea tak :D

Lunch Di Mcd

 hari nie keluar lambat skit
lambat skit pun dalam 15 minute jea
sebab Anna introduce new girl
yang akan gantikan Ain (Branch KL)
jadi bagi simple induction pada that girl (tak ingat plak nama girl tu)
habis jea Anna bagi penerangan serba sedikit
kami berdua terus cabut keluar
sebab macam dah lambat ajak makan di mc'd jea
mudah dan cepat

tapi sebelum tu
singgah sekejap workshop tayar
sebab baru perasan tayar kereta di bahagian belakang
kempis sangat
jadi singgah dahulu nak top up angin tayar
tapi bukan sahaja kena top up angin tapi kena tampal tayar
sebab ada paku
kena la charge RM8.00
tak kesah la beb kena charge bawah RM10.00 kan
cuma aku ada gak pernah isi angin tayar di stesyen minyak
tapi aku rasa bukan angin yang masuk tapi lebih banyak plak angin yang keluar
tu yang aku pelitk tu
senang citer hantar jea kat kedai tayar
selamat dan terjamin angin tak keluar-keluar lagi hahahahha

 menu aku hari nie ialah set medium Double Cheseburger
berdouble-double la lemak dalam badan aku hehehehhe
di tambah lagi dengan ice cream sundae strawberry
perghhhh nyaman sekali masuk ke tekak - sejuk jea

jemput makan yea teman-teman semua :p


kalau minah nie makan ice cream
sudah pasti la aku pun akan turut serta
kata member kamceng
mesti la nak sama -sama kan

Alhamdulillah kenyang perut dengan rezeki-Nya hari nie

Friday, February 17, 2012

Hasil Karya Teragung Dari Umairah

 bila bercerita tentang anak dara aku yang sorang nie
macam-macam yang nak diperkatakan
minat yang mendalam pada hello kitty
telah diluahkan dengan sepenuhnya 
seperti gambar di bawah

duduk di belakang senyap-senyap
nie la kerja si umairah
habis belakang kepala seat kereta aku di tampalnya sticker
uwaaaa bila aku try tanggalkan
tinggal plak kesan warna putih
jadi baik tak payah tanggalkan
sayang tengok kereta aku
gelak jea memanjang
sayang cakap kereta aku serupa jadi nursery bergerak
dengan berbulu-bulu di dashboard
huhuhuhuhu rasa sedih plak bila sayang cakap macam tu
nampaknya kena simpan duit beli sarung kusyen baru nie



yeahhhhh yeahhhhh kami adalah mask raider yang sesat 
dalam kereta ibu Ena
eheh
dari Pija dan Umairah

Thursday, February 16, 2012

Setahun Sudah Berlalu

hari nie genap setahun aku bekerja di GSC
setahun yang lalu 16/2/2011
hari pertama aku berdebar-debar untuk melangkah kaki
masuk ke GSC
ialah lebih 3 bulan tidak bekerja (2 bulan berpantang, 1bulan lebih mengganggur)
jadi hari pertama bekerja memang xcited
ialah bosan gila terperap di rumah
jadi bila dapat kembali bekerja memang happy sesangat

dan kebetulan hari pertama aku bekerja
adalah hari pertama syikin dan kak viji jugak
best tu ada geng
dan ke tiga-tiganya jugak same department dengan aku
dan syikin di ambil sebagai AP
aku sebagai AR
dan kak viji Exec kami

selepas berkhidmat setahun di sini
memang best
dapat boss yang best
dapat exec yang best
dapat member opismate pun yang best-best jugak
senang cakap semuanya best la kat sini
lagi best ooooooo lagi best oooooo (nyanyi skit versi produa myvi hehehehe)

aku harap akan lama aku akan bekerja di sini
bak kata syikin sampai pencen la kat sini
sampai ada cucu hahahahahha
poyo betul angan-angan kami tu kan hahahahahha

tapi apa-apa pun
happy anniversary untuk kami bertiga
lepas nie bekerja la kita sekuatnya 
harap tahun depan BONUS bagi up lagi yea
eheh peace

Wednesday, February 15, 2012

Wajah Nakal Umar





emmmm apa nak perkatakan tentang anak bujang aku yang seorang nie
semakin nakal
nakal dan nakal
sememangnya penyeri dalam rumahtangga kami
kakaknya yang besar dari dia pun
dia boleh buli
kesian umairah
terkedek-kedek lari pada aku sebab adiknya tampar dia hehehehhehe
cian kakak kan

umar apa nak diperkatakan
budak nakal yang tak kenal erti serik
dah jatuh meja banyak kali
tetap di panjatnya
pintu grill sudah di panjang sampai ke atas
aku yang melihatnya boleh sakit jatung di buatnya

tak sabar nak hantar umar ke nursery hujung tahun nie
kesian pada mak
tapi mak pun degil jugak tetap nak jaga cucu lelakinya yang
super duper lasak nie

nie la penangan anak lelaki

Tuesday, February 14, 2012

Lunch Di Food Court The Store



 hari nie kami bertiga lunch di food court the store
aku jarang sebenarnya makan di food court nie
sebab harganya MAHAL

tujuan utama datang ke sini
sebab Ct terigin sangat nak makan sushi
jadi dah alang-alang datang sini
kami pun terbabit sama memborong sushi
makan di ofis
sambil-sambil buat kerja boleh la makan sekali sushi kan :p

pelbagai jenis pilihan sushi yang ada
murah jea
harga bermula dari RM1.00 jea

selepas beli sushi baru kami bergerak ke food court
teringin nak makan lain dari yang lain

menu pilihan aku
Buttermilk Fish - RM5.50
sedap dan murah jea
kenyang gila aku selepas makan


 syikin punya pilihan daging b;ackpepper
sedap jugak
aku kucak la skit nak rasa eheh
harga RM5.90
murah dan sedap

Ct plak chicken blackppper
sedap jugak
harga RM5.90
sedap dan murah terus jadi kenyang

cuma tak puas hati dengan air tebu yang kami beli
yerkkkk macam dah lama jea
rasa dia lain macam sesangat
air mahal 1 gelas - RM1.70

Monday, February 6, 2012

Naga yang Comel

 kesian anak-anak kot
sebab tu lepas magrib 
sayang ajak pergi ke Jusco Rawang
bawak anak-anak main di playground
saja habiskan masa dengan anak-anak
ialah dari hari sabtu sehingga la hari nie
sayang bekerja sahaja
walaupun public holiday
ialah bila anak sudah bertambah
kena la cari jalan untuk menambahkan pendapatan yang sedia ada

alang-alang sudah datang ke Jusco nie
aku pergi ke popular bookshoop
ialah voucher RM200 tu
belum digunakan lagi
jadi aku beli beberapa buah novel, kamus dan yang paling penting
buku bergambar untuk umairah dan umar

di tengah pintu masuk Jusco
ada patung naga
tapi umairah cakap Big Cat hehehhehe
kami dengar senyum jea
bukan la sayang
tapi Big Dragon

di kaunter customer service
aku ternampak troley bentuk kereta nie
jadi terus ambil 2 untuk bagi umairah dan umar rasa

suka jea budak berdua nie naik troley jenis nie
ok la tu
walaupun sekejap dapat luangkan masa dengan anak
tapi dengan masa sekejap tu la
anak-anak gembira dengan adanya ibu dan babah di sisi mereka

anak-anak adalah segalanya untuk kami

Saturday, February 4, 2012

Lunch Di Johny's

 selepas menghantar kuih di Hospital
mak ajak makan sekali
jadi singgah dahulu shopping complex belakang mydin selayang
tak ingat apa nama shopping complex nie
memandangkan pagi memang tak sarapan
jadi terus ajak mak makan di Johnny
tapi dengan ada umairah, pija dan umar
memang hari biru jadinya tempat kami makan
nasib baik la aku memang ajak makan di meja
yang berjauhan dari orang
jadi kalau aku nak jadi tarzan
tersorok la skit eheh

bukti kami makan di sini

 geram jugak dengan telatah dengan budak berdua nie
ialah di susunnya pinggan mangkuk di belakang seat tu
pastu main masak-masak di situ
haih terus darah tinggi aku nak mencanak naik
nak marah orang hujung-hujung dah senyum-senyum tengok kami
alahai anak
nasib baik la perut mak long korang nie tengah kebulur
sabarkan jea la hati aku nie

 mak pandai
bawak umar pusing-pusing di luar
jadi selamat skit dimalukan oleh cucu-cucunya
alahai umairah
alahai pija

 minumam kami pun tak sempat nak habiskan
sebab nak makan cepat-cepat jea
dan blah dari situ cepat-cepat

 telor tu sebenarnya sudah masak
cuma umairah trus jea ngap masuk ke dalam mulut
pastu tanya
"ibu napa telor nie sejuk"umairah
"belum masak lagi la"aku
terus sengih pandang aku
tu al tak boleh nak sabar skit

umar bila dapat makan nasi goreng senyap la skit
budak kecik nie akan senyap kalau ada makanan depan mata

 Lini la yang jadi pelayan on that day eheh
masakkan semuanya ke dalam bowl
aku cuma senduk dan masuk ke dalam mangkuk
dan ngap masuk ke dalam mulut hehehhehe

sebelum balik snap gambar diri sendiri dahulu hehehehhee

kalau makan di luar
meja kami kalau tak bersepah memang bukan kami la
sampai ke bawah-bawah la makan jatuh ke lantai
adoyai memang la kalau ada anak yang tengal menakal time skang nie
susah nak control
nak-nak plak babahnya takder
lagi la perangai tu tak mendengar kata ibu dia
buat suka-suka hati jea
aku cengilkan mata pun buat tak tahu jea

naik darah aku dibuatnya

Friday, February 3, 2012

Jom Tarik Tinggi-Tinggi Yee Sang

selepas lunch kami beramai-ramai
lepak di Logistik Department
sebab pagi-pagi lagi Anna dan sound
nanti lepas lunch hari nie
I nak belanja you all makan yee sang
time tu aku dah pandang syikin
syikin dah pandang aku

sebelum sabri keluar solat jumaat
aku dah bisik-bisik dengan sabri
dia nak join ker makan yee sang
dia cakap tengok la
ialah bab-bab nie kena la jugak tengok halalnya kan
bukan boleh makan macam tu jea kan
apa - apa pun kita jamu mata dengan tuan blognya dahulu eheh

nie la yee sang
korang pernah makan tak
aku memang sudah beberapi kali try makan yee sang nie
ialah bila bekerja di tempat berbilang bangsa nie
pelbagai perayaan pihak syarikat try untuk menyambutnya secara muhibbah
cuma di ofis nie, orang cina cuma ada 2 orang sahaja
jadi mereka yang cuba mewarnai kecerian di ofis nie
berani jugak makan yee sang yang di bawa oleh Esther nie
sebab Esther beli di Giant sahaja dan ada tanda halal
yakin skit nak makan :p

kuih muih yang di bawa oleh Anna
memang sedap

 sebelum kita leraikan yee sang nie
kita snap-snp dahulu eheh
masing-masing menyepit chop stick di tangan
macam pandai-pandai jea nak guna kan


 ok 1..2..3.. baru la kami semua angkat tinggi-tinggi yea sang nie
sambil tarik sebut yee sang kuat-kuat eheh
masing-masing penuh dengan xcited

 Esther berbaju kurung pink
Anna bos aku pakai kemeka belang biru
macam sabri dan syikin dari Finance Dept

sedap yee sang nie
keranggupan..manis..masam..masin..semuanya ada
tahun depan jerit lagi yee sang yea

Cuak Gila Bila Merah Aku Hentam Jugak

emmmm apa yang merah yea
merah yang aku maksudkan ialah lampu merah untuk minyak kereta
aku nie malas skit - yea ker sikit
malas nak isi minyak petrol kereta
lampu minyak kereta memang dah menyala
tapi aku rasa dah 3 hari aku ignore kan jea hal nak isi minyak
tapi memang bila lampu tu dah menyala hari yang ke tiga
nak balik ke rumah baru la aku isi minyak
memang jarum tu dan santak sangat ke warna merah

tapi semalam waktu lunch naik kereta aku
jadi mungkin baudget minyak tu yang sepatutnya
gam-gam sampai ke stesyen minyak
digunakan ketika keluar waktu lunch

lagi plak semalam waktu balik
syikin tumpang naik sekali dengan aku
masa start kereta memang dah rasa lain skit
tapi sebab member sebelah ada
buat ajer la muka slumber berani
buat muka takder apa-apa masalah eheh
tapi dalam hati hanya Allah yang tahu - cuak gila

sepanjang perjalanan ok lagi
tapi bila sudah sampai di jalan short cut yang selalu aku ikut
tetiba rasa tersenguk-senguk
hah sudah - dalam hati
terus tutup aircond - buka tingkap jea
dalam cuak tu aku gelak jea
syikin plak lagi la berkali-kali gelak tengok aku punya gelabah sudunya

tetiba plak jalam jem
lagi la
kat mulut istifar jea - ialah tetiba mati saper la nak tolak kereta aku nie
uwaaaaaaaaa
lepas jea dari jem di simpang terus rasa lega
sebab di depan mata sudah ada stesyen minyak
terus isi minyak
perghhhhhh tobat taknak tunggu lama-lama kalau lampu dah merah

jarum merah tu dah sampai ke garisan merah sangat-sangat
memang la aku nie
saja jea cari pasal


agaknya macam nie la muka aku time cuak gila semalam
kalau aku nie jenis versi muka kucing la hehehehehhe

hah korang jangan kadi macam aku nie yea
selalu sangat over konfiden
eheh
peace :p

Thursday, February 2, 2012

Tamparan Terasa Terus Di Muka Sendiri

gambar dari image google - thanks


tadi sambil-sambil duduk
terdengar perbualan dua serakan

"lu semayang ke wei" rakan perempuan
hanya senyum
"wa tarak nampak dia semayang pun, tempat dia semayang pun wa tarak nampak" rakan perempuan
"dia belum insaf kot" rakan lelaki


emmmm aku yang dengar nie pun rasa malu sesangat
ialah bila sembahyang diperkatakan oleh bangsa lain
dan orang yang menjawabnya sebegitu
tak rasa malu ker....

banyak yang kita dengar
tanda-tanda kiamat kecil sudah ada
tapi yang peliknya kita hanya mendengarnya
tidak amalkan apa yang WAJIB kita amalkan dan sunnah kan
takut nie takut tu
tapi solat tidak jugak
macam mana tu

pikir-pikirkan la...

Facebook ada Kebaikan Atau keburukkan

Facebook atau nama singkatannya FB
memang sudah jadi obsesi rakyat malaysia
dan tidak ketinggalan di negara luar juga
aku rasa kalau sehari tak jengah FB
memang korang tak senang dudukkan
tapi bagi aku aku lagi tak sennag duduk kalau
tak buka blog kesayangan aku
FB boleh lagi la tahannya kalau tak menjenguknya

tapi lepas tengok citer drama malam tadi tv9 - Aku, Dia dan FB
pelakonnya Dira, Fouziah Gaus, Akashah dll - tak ingat nama pelakon lain
kisahnya isteri2 nie nak try test acu cuba untuk tgk suami msg2 takkan curang
atau tidak kat dorng
jadi add la suami kawan nie untuk tgk akan layan ataupun tdk
tapi masalahnya si suami nie memang kawan baik jd dorang pun layan kan jea la isteri percubaan nie..nak tgk jugakkan
tapi finally msg2 pun mmg curang..cuma kesian pd fouziah la sebab dia mmg sayangkan suami dia, tapi suami dia yang curang dgn kawan dia laks
emmm tu la main-main lg tentang hal nie
cari bala sendiri namanya nie

ok berkisah semula persolan permulaan yang aku tanyakan
adakah FB nie membawa kebaikan atau keburukkan
bagi aku terpulang pada individu
kalau niat dia hanya nak berhubung semula dengan rakan lama-lama untuk bertanya khabar
aku rasa ok jea
tapi kalau niat tu nak berjumpa semula rakan lama untuk mengungkit semula kenangan lama masa bercinta cintun dahulu, aku rasa baik lupakan sahaja
memang akan meruntuhkan rumahtangga sendiri
ialah kadang-kadang tu sebelum kita berkahwin dengan suami kita skang nie
pasti ada cinta terdahulu yang kita terpaksa lupakan disebakan permasalahan yang tidak dapat dielakkan..kahwin paksa ker, atau paling mudah jodoh tak panjang
bila berjumpa semula di FB cinta yang dahulu berbunga semula
ialah tiap-tiap hari sembang takkan la hati tak berbunga semula kan
jadi finally penceraian berlaku

ada juga kes yang baru pertama kali berjumpa di FB
ayat baik punya hati jadi cair juga
ialah suami nie kalau sudah berkahwin ayat cair dahulu terus dilupakan setelah berkahwin
jadi isteri nie masih dambakan ayat-ayat power suami dahulu dan rasa kesunyian
mencari jalan salah dengan mendambakan ayat cair lelaki lain
jadi di sini diri sendiri juga dipersalahkan

bagi aku FB membawa kebaikan
ialah di FB jugak bidang business terbuka luas
gunakan sahaja dengan sebijak mungkin
sebab tu la pucuk pangkalnya hati kita
curang dalam diam tetap curang namanya

jadi fikir-fikirkan la

Sememangnya Betul

pagi tengok di FB
ternampak gambar
terus senyum sorang-sorang
memang betul pun

umairah dan umar
kalau tidor memang lasak
dua orang nie jea boleh konker satu katil
aku dan babahnya tidor tepi-tepi jea
kena tendang..kena kaki di muka..emmm dah biasa dah

anak korang tidor lasak tak :D

Wednesday, February 1, 2012

Makan Malam ada Orang Belanja - Pizza Dominos

malam tadi lepas beli barang di NSK Rawang
terus sobri ajak makan di Domino
ialah dia dah bergaji
kena la belanja laks
nie memang fov mak aku dari dulu
masa tahun 2002 macam tu la kalau naka makan dominos
kena makan di kepong
jauh jugak dari rumah
tapi tekak nak makan terjah jugak la area kepong tu
sejak dua tahun yang lepas dimoni sudah buka di Sri Damansara
kami makan di situ laks
tapi sejak tahun lepas rawang dah buka
kami makan di situ jea
dekat jea dengan rumah

thanks syikin dengan kupon pemberian hang nie
jadi kedua-dua kupon tersebut sudah digunakan malam tadi
beli 1 large fizza percuma 1 regular pizza
sebab ada 2 kupon gunakan jea

sobri yang belanja kami mamam malam tadi
thanks sori
bulan depan belanja lagi yea

muka tuan tanah mesti la adakan
korang suka tak dengan tudung aku nie
kalau sesiapa berminat
email la yea
sepasang RM35.00 jea
tak payah nak godok2 bagai
mudah dan simple

nie gaya umar nak melepaskan diri dari babahnya
siap meronta-ronta nak turun
taknak kena pegang
ialah tengok kakaknya bebas buat apa sahaja
tu yang dia pun nak bebas jugak


bila dilepaskan
tengok la umar jual minyak kat meja perempuan
main agah-agah dengan budak perempuan tu
emmm tak takut plak dengan orang luar
tergelak kitaorang tengai perangai si kecik nie
pastu berlari-lari dalam retaurant tu
alahai pening aku tengok telatah budak berdua nie
nak menjerit nanti aku yang malu plak


masing-masing muka bosan
tunggu pizza disiapkan


2 large FREE 2 regular pizza
2 large pizza aku pilih : meat mania dan beef pepperoni
dan aku pilih cheesy double decker - berlapis dengan cheese
pergh memang sedap

untuk regular plak aku pilih
BBQ Chicken dan Extravaganzza
dan memilih untuk crunchy thin crust
pun sedap jugak

perghhhh lemak berkumpul-kumpul la dalam badan aku nie
tiap-tiap malam makan western
tapikan korang
aku memang lebig prefer dominos dari pizza hut
sebab dominos tak muak pun bila kita makan
makan pizza cepat la sayang muaknya

Harga Barang Keperluan Semakin Meningkat

malam tadi beli barang dapur dan stock bahan buat kuih
perasan tak korang
setiap bulan kita kan beli barang yang hampir sama
tapi setiap bulan bila bayar bil confirm harga akan meningkat
malam tadi beli minyak masak pun
kena pemantauan
seorang hanya boleh beli 2 paket jea
emmm nie nak naikkan harga lagi la
fenomena malaysia macam nie la
bila barang dah susut dan susah nak di cari
tak lama tu confirm harga barang tu akan naik
aku pernah bertekak dengan pekedai
tanya minyak mana
pekedai cakap takder stock
"nie takder stock atau korang sorok barang, nak kena report yea" aku
pekedai tu dah terkebil-kebil pandang aku
esoknya aku datang ada jea minyak
memang sorok minyak betul la pekedai tu

bila kita bising-bising harga makin naik
kerajan minta kita berjimat-cermat
nak jimat cermat dari segi apa lagi
kalau semuanya memang keperluan asas yang memang kita kena beli
nak taknak kita nie ikut jea la


tepung gandum seguni
gula beli bundle
kentang dan bawang pun beli bundle

umairah kalau sampai di kaunter kalau tak mengambil
apa yang patut memang tak sah
ada jea benda yang dia nak

barang dapur yang memang kena beli setiap bulan
setiap bulan mesti up jea harganya
gaji kalau up lagi takper la jugak

kelaur dari NSK umairah mesti dah berlari-lari ke mesin bola kecik nie
aku geram jugak dengan mesin-mesin nie
bukannya murah
sekali masuk kena letak RM1.00
kena plak masuk duit syiling RM0.50 dua keping
mana plak aku nak korek duit syiling .50 sen tu
minta tukar pun takder gak
yang umairah nie dia nak tetap la nak jugak
aku senang jea tinggalkan dia jea sorang-sorang kat situ
tapi aku tetap pandang ke belakang
tak sampai 5 langkah confirm umairah akan ikut aku jugak
sambil-sambil tu nangis la
air mata takder suara nangis jea kuat

seyes aku cakap
aku memang benci dengan mesin nie
kalau aku nak singgah kedai runcit kalau ada menatang nie
memang aku tak turun terus jea cari kedai lain
ialah hadiahnya dalamnya entah apaapa
kalau RM1.00 baik beli makanan
jajan pun takper la lagi

korang suka atau benci mesin bola nie...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha