NuffnangX

Monday, August 15, 2011

15 Ramadhan

Alhamdulillah sudah nak masuk 15 hari kita berpuasa
hari nie jugak aku baru start berpuasa semula
setelah bulan mengambang 8 hari yang lalu
emmm 8 hari la aku kena ganti selepas nie
InsyaAllah akan berpuasa sunat 6 hari..dan terus sambung ganti puasa
tengok pada goadaan dan cobaan di opis nie pada minggu pertama masuk ke opis nanti
pasti segala jenis kuih raya akan di angkut ke opis ... sudah pasti la


datang ke opis tadi
1st time dengar lagu raya di radio
wahhh rindunya nak dengar lagu raya
aku suka lagu raya yang evergreen punya
yang baru - baru memang tak boleh nak terima sangat
macam lagu daru P.Ramlee, Saloma, Sudirman, M.Nasir .... banyak lagi tak ingat nak tulis


kad raya
since aku dah kahwen nie
kad kawen memang aku dah tak bagi pada teman-teman
tanda ingatan cuma msg sahaja pada teman-teman
dan uacapan hari raya sejak tahun lepas melalui FB
korang masih lagi menghantar kad raya menjadi pengganti diri
rindu plak pada zaman aku rajin melayangkan kad uacapan pada teman-teman
dan kiriman balas kad raya aku akan gantungkan di dinding
kalau aku rajin aku akan cari ranting mati
dan ranting tu aku akan spray dengan gold colour dan kad akan digantungkan pada
ranting tersebut
emmmmm nostalgia sungguh la
tapi kalau saper-saper sudi nak melanyangkan kad raya untuk aku
aku terima sahaja dengan hati yang terbuka tanda kegembiraan

Klinik Wakaf An - Nur

Sabtu lepas memang nak bawak umairah pergi jumpa doctor

berkaintan dengan kulit dia yang tak baik-baik tu

ingat nak terus pergi ke Hospital Sg.Buloh

tapi Lini cadangkan try dulu pergi ke Klinik Wakaf An-Nur di Perkarangan

Masjid Bandar Baru Kuning @ MK



tak pernah lagi try pergi sini

dan aku memang tak tahu pun di perkarangan masjid nie

ada buka masjid untuk orang ramai

klinik nie untuk orang yang pertama kali datang

akan di charge RM5.00 untuk pendaftaran

dan RM5.00 untuk pelbagai semua jenis ubat

jadi next time datang lagi bayaran hanya RM5.00 sahaja

walaupun ubat lebih dari 1 botol

motif klinik nie untuk menolong orang ramai yang berpendapatan

rendah untuk mendapatkan bantuan kesihatan

ialah skang nie kalau pergi klinik pun

charge macam dah standard jea

RM35.00 ke atas la



macam aku nie bernasib baik jugak la

sebab tempat kerja sayang memang ada medical expenses untuk semua staff dia

berserta dengan family sekali

kalau takder kemudahan nie

sudah pasti klinik nie menjadi pilihan

Lini cakap ubat di klinik pun bagus



selepas jumpa dengan doc, doc beritahu yang umairah kena kuman

jadi dapat ubat Pulidin Cream (Antibiotic)

dan Antibiotic untuk di minum setiap 6 jam sekali

laporan sehingga hari nie

aku tengok kudis umairah tu semakin kering dan semakin baik

harap terus baik la selepas nie

kesian anak ibu

Padahnya Berbuka Di Bawah





Jumaat lepas

family adik ipar berbuka puasa di rumah mak

jadi kalau nak berbuka di atas meja memang tak muat

nak taknak kena la jugak berbuka di bawah

memang keberatan jugak nak berbuka di bawah nie

sebab ada pengacau 3 budak hehehehehe



umairah dan pija boleh aman jugak la

tapi kalau umar memang tobat la

dia memang taknak duduk dalam walker dia lagi

time berbuka tu

ialah semua tengah makan, umar memang tak boleh tengok orang makan

dia pun nak turut serta jugak

jadi kena letak sebelah aku jugak

dengan pinggan dan ada makanan untuk dia

sama dengan orang lain



tu bab makan

belum bab nak menghidang

jangan la nak menghidang di bawah awal-awal

nak azan 2 3 minute nak azan baru la makanan akan di hidangkan

dan semua orang dah menggeliling makanan

tiada ruang untuk umar mengucar-ngacirkan keadaan



bentangkan tikar mengkuang dengan kain hamparan pun

sudah jadi mainan untuk umar dan kakak-kakaknya

aduhai memang pening kepala

umairah plak memang tak boleh tengok kalau ada air basuh tangan

sekejap-sekejap nak basuh tangan la, mulut la..kalau boleh semua la nak dibasuhnya

sebab tu la aku memang malas nak hidang air basuh tangan



jadi waktu berbuka adik beradik aku makan dengan aman

cuma aku dan kadang-kadang sayang yang akan makan

dengan tercekik

sebab karenah dan ragam umar dan umairah

memang memeningkan kepala

emmmm

Saturday, August 13, 2011

Berpukong




cara korang ingat aku saja nak dera anak aku nie tau

bukan...

nie cara tradisi orang Banjar untuk tidorkan anak mereka

ketika selsema

nie namanya adalah berpukong



nie pun mak aku yang buat

entah tak tahu la mana mak aku belajar

tapi sekejap jea umar duduk diam dalam tu

umairah dah siap gelak-gelakkan adik dia duduk macam tu

siap minta aku ambilkan gambar adik dia duduk macam tu
hehehehhe comel tak


Friday, August 12, 2011

Bulan Mengambang

cantik kan gambar bulan penuh di atas

macam lukisan jea

tapi memang betul gambar di atas

pasti bukan amatur yang snap gambar di atas



bagi kita orang perempuan

ada kiasan bulan mengambang nie

macam aku tengah bulan mengambang la minggu nie

nanti lepas ramadhan jenuh la nak menggantinya semula

puasa yang tertinggal

tengahari tadi sempat la aku makan curi-curi di dalam bilik pantry

siap kunci lagi tu

minta Kak Viji tolong belikan

time makan tu rasa macam orang bersalah jea dalam pantry tu

padahal boleh jea

bukan buat salah pun

tapi tak best plak bulan mengambang sorang-sorang nie

selalunya timing aku sama jea dengan syikin

tapi bulan nie tak sama plak

selamat berbuka puasa yea teman-teman

saya dah buka dulu hehehehehe

Buat Kek Atas Permintaan

minggu lepas kami sekeluarga balik ke Sijangkang pada Jumaat malam Sabtu

sampai pun dah nak tengah malam

masuk rumah mak pun cuma ada abg kamal yang tengah mengadap tv

yang lain semua dah lena di buai mimpi



sayang seperti biasa la tugasnya

mengambil tilam untuk kami sekeluarga tidor

time sahur bila kami turun untuk makan

semuanya terkejut tengok kami ada

biasa la tu kalau kami memang suka balik tengah-tengah malam

macam orang bunian balik

senyap-senyap jea



kek kukus choc

fov family mak mertua aku

nie atas permintaan kak ngah

kesian sebab buat tak jadi sangat

jadi hari sabtu tu aku buat la untuk di makan time berbuka nanti

jadi buat la awal skit sebab kalau buat petang nanti tak muat dapur plak

ialah mana lagi nak masak untuk berbuka

masuk aku sekali, jadi hari biru plak nanti

jadi pukol 5pm dah siap kek tu terhidang atas meja

nampak plak si umairah

terus nyanyi lagu birthday

dah siap pegang pisau kek untuk potong kek


lepas umairah habis nyanyi

apa lagi edisi potong kek la plak

potongkan sedikit untuk umairah

makan depan kami semua

buat aksi menggoda depan kami

siap angkat ibu jari pastu cakap sedapnya

hehehehehhe

kakak-kakak sepupu dia yang dengar terus gelak tak ingat



alahai umairah :D





Apasal erkkkkk

apasal erk
bila aku buat entry letak gambar
pasti tulisan aku akan ada jarak yang besar
di antara ayat yang atas dan bawah


kenapa erk
nampak tak cantik plak entry bergambar aku
sebab nampak panjang sangat bila buat story

naper erkk
korang tahu tak nak buat macam mana
supaya jadi seperti normal

Wajah Terbaru Umairah

dalam kereta sempat lagi berposing dengan anak kesayangan aku nie

sejak bulan Ramdhan nie

bila aku ambil umairah mesti umairah tengah makan something

bila umairah tunjuk pada aku

"ibu nak skit" umairah sambil tunjuk kuih pada aku

"taknak la ibu puasa" sambil senyum pada umairah

"oooooo ibu poce" umairah



tapi semalam umairah tengah makan cekodok pisang

"ibu nak ckit" umairah

"ok ibu rasa skit" aku

"ehhh ibu tak poce yea" umairah

hehehehehhe terus aku tersenyum

ibu naik bendera merah la sayang

walaupun aku cakap pasal hal puasa nie minggu lepas

tak sangka umairah ingat lagi tentang hal puasa nie

bagi umairah puasa tak boleh makan waktu siang

tapi lepas azan boleh makan

itu pemahaman dia skang nie

nanti sudah besar skit akan aku ajarkan secara detail apa maksud puasa



wajah terbaru umairah semalam

bintik kemerehan dah berair

tapi yang pasti bukan cacar air

esok nak bawak pergi Hospital Sg.Buloh

pergi klinik pun tak guna

ada ker cakap kena gigit dengan serengga

emmmm.. buang duit jea



ada cadangan nak pergi klinik mana tak

specilist dalam skin nie

kesian pada umairah

dia cakap gatal

Thursday, August 11, 2011

Semuanya Tidak Sihat

baru memasuki bukan August 2011
dan baru memasuki bulan Ramadhan Al-Mubarak
tapi family aku semuanya tidak sihat
kecuali sayang yang masih gagah perkasa
aku hari Isnin dan Selesa yang lepas terpaksa ambil MC
sebabnya sakit perut, jumpa doctor
doctor cakap aku kena keracunan makanan .. wallahualam
dah makan semuanya terkumpul di dalam usus
bila makan tak ingat dunia..tu la padahnya


umairah tidak sihat jugak
batuk.. berita baik skang nie senang nak bagi makan ubat
tapi tu la bila dah makan ubat tetap batuknya tak baik-baik lagi
sudah hampir seminggu tak baik-baik lagi
bila dah batuk, lepas minum susu pasti akan muntah
tu yang kesian pada umairah
dan lagi satu .. tak tahu kenapa
di muka dan kulit kepala umairah ada kudis yang berair
tak tahu penyebabnya apa
mak cakap macam kayap berair
memula aku letak cream..tapi lepas letak cream lagi la kudis tu berair
mak buat ubatan tradisional, guna daun dan segumpal nasi yang telah
di kepal dan di bakar atas api
di tumbuk dengan daun sehingga lumat
campuran ubat tradisional tu di sapu mana-mana ada kayap tersebut
tapi payah jugak nak sapu pada muka dan kepala umairah
bila aku pegang jea mula la umairah akan lari dari aku
dapat sapu pun ketika umairah sedang tidor
pagi aku tengok kayap tu kering dan beransur baik
cuma tak tahu nak hilangkan terus macam mana
sebab tak tahu mana terletaknya ibu kayap tu
jadi kalau atas hidung dah kering akan keluar plak di pipi
kesian anak ibu
nak raya nie muka jadi tak cantik plak


umar plak batuk dan selsema
kesian, bila bagi makan ubat payah gila
sama perangai macam kakaknya ketika kecil
bila dah nyenyak tidor tu
bila terbatuk pasti akan terjaga dari tidor
muka akan jadi kemerahan
dah 2 klinik pergi pun masih lagi tak baik


dah tahu nak bagi makan apa
untuk hilangkan batuk dan selsema

Friday, August 5, 2011

Babah Jadi Tunggangan Kuda




ini la kerja sayang dan umar

pasti akan duduk di leher sayang

sambil terhenjut-henjut di situ

sayang plak akan terjerit-jerit la disebabkan kelasakan anak bujangnya itu



tapi aku suka lihat situasi ini

dapat mengeratkan hubungan anak dan bapak

kalau umairah nampak

pasti akan duduk di atas perut babahnya

emmm empuk tilam vono tu hehehehhehe



kelasakan umar skang nie

memang la lasak sangat-sangat

baru nak masuk 9 bulan

tapi lasaknya macam umur budak setahun

kalau dapat memanjat

memang aku boleh pitam

tahu-tahu jea sudah ada atas meja



umairah sudah nampak perubahan

sudah boleh terima adiknya main mainan dia

sudah boleh bermain bersama

sebelum pergi dan balik dari nursery

pasti umairah akan cium adiknya dahulu

sudah terserlah jiwa kakak dalam diri umairah

sayang betul pada adiknya


Solat Terawih

malam tadi hujan turun
siangnya plak suasana sejuk jea
jadi dalam minggu pertama kita berpuasa nie
aku rasa cuaca redup sahaja
Alhamdulillah

biasanya kalau pergi solat terawih
berjalan kaki sahaja bersama dengan mak
ialah lepas makan dengan banyaknya time berbuka
afdal rasanya berjalan untuk hilangkan rasa senak di perut
sambil-sambil tu boleh senaman kaki sekali
cuma malam tadi terpaksa pergi ke masjid naik kereta
disebabkan hujan yang turun dengan lebatnya
taknak pergi macam kesian plak pada mak sebab takder teman nak pergi dan balik
ikut ajer la
tapi ikhlas aku menjalankan solat terawih
tiada paksaan


malam tadi kemeriahan di Masjid jadi kurang skit
tak ramai orang yang hadir
mungkin hujan menyebabkan rasa kemalasan itu ada
seperti aku sebelum ini
@pun niat baik tiada kenderaan untuk datang ke masjid
@pun niat baik tiada payung di rumah


tapi tu la rasanya tak pernah lagi aku mencukupi solat terawih 21x
tetap jugak la 8 rakaat
tak larat sangat nak mencukupi 21x
selepas solat isyak akan ada tahlil di atas permintaan penduduk setempat
semasa tahlil tu pun aku boleh terlelap
MasayaAllah..tengok punya la rasa kepenatan


sampai rumah
kesian sayang sebab kena melayan anak-anak
tapi kebiasanya bila aku sampai di rumah umairah dan umar pasti sudah tidor
tugas aku cuma angkat umar dari dalam buaian terus angkat ke dalam bilik
cian anak ibu, masa bersama ibu sebentar cuma
cian jugak pada umairah
masa untuk bermanja-manja dengan ibu cuma sekejap sahaja
rasa bersalah tetap terbit di hati
masa bermanja dengan sayang jugak emmmm langsung tiada
kesian jugak pada suami
IsyaAllah raya nanti kita bercuti bersama-sama dengan anak-anak yea sayang


berbuka petang semalam
tom yam sea food dan kuih ketayap
semuanya licin
pagi tadi bersahur kelewatan sedikit bangun
tak lalu nak makan
cuma minum milo dan cicah biskut sahaja
yang penting pahala bersahur tu kita perolehi


petang nie tak tahu nak makan apa
cuma tekak tering plak nak makan western food
malam nie akan balik ke Sejangkang
sayang sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan sanak saudara
mungkin semuanya akan berkumpul di Sijangkang minggu nie
pasti meriah dengan 13 anak buah berkumpul..
tunggu dan lihat :D

Thursday, August 4, 2011

Tersedak Pasti Muntah

skang nie selalu sangat terjadi
bila malam sahaja
pasti umairah akan muntah semasa tidor
kes terjadi setelah umairah minum susu sebelum tidor
jadi semasa tidor kalau umairah batuk pasti akan muntah sekali
tiap-tiap malam cadar bertukar ganti
selepas muntah nak basuh muka dan badan dia
mula la meraung lagi
bila dah menangis tu muntah la lagi
batuk dan menangis pasti membuatkan umairah muntah
pening kepala aku macam mana nak buat
kadang-kadang tu, kita marah dia kalau ada buat silap
dah kena marah tu pasti la kan bersambungan dengan muntah
kadang-kadang tu sahaja jea umairah nak bagi muntah tu keluar
nak bagi aku lagi panas pada dia
geram tau


skang nie akun dan sayang decide
taknak bagi minum susu sebelum umairah tidor
bermula malam nie
jadi esok baru aku akan beritahu berjaya @pun tidak dengan kaedah nie
tapikan kesian plak
ialah skang nie waktu membesar umairah
jadi susu sangat la penting untuk kanak-kanak
tapi kalau bagi minum susu tengah malam pasti akan tersedak dan muntah
sampaikan umar pun terjaga sekali
jadi bila kakak dia dah menangis
umar pun i follow sekali
time nie memang aku dan sayang akan jadi tension
ialah dah nyenyak-nyenyak tidor ada kes berbangkit plak


tapi kalau nak bagi minum susu pun mungkin aku bagi awal skit la
tak la bagi minum betul-betul sebelum umairah nak tidor
jadi akan ditetapkan minum susu sebelum pukol 8 malam


tapi bab kes muntah dengan sengaja
tu memang bab yang aku geram tak hengat
ialah suka- suka hati jea nak muntah kalau kita tak ikut kemahuan dia
apa lagi aku nak buat tentang hal nie
korang ada cadangan tak
supaya muntah-muntah nie dapat dihilangkan
tension tau asyik la nak lap muntah si umairah nie tanpa ada sebab munasabah

Wednesday, August 3, 2011

Kembar Tak Seiras

badak berendam




badak berendam :p



hehehehhehe nama sama


tapi rupa sahaja yang tak sama


aku bila tiba bulan puasa memang akan minta mak buatkan


semalam berbuka puasa dapat makan kuih badak berendam


perghhhh nikmat sungguh


tapi tu la, tak dapat nak makan berulang


dapat la makan 2 ketul, bila nak makan lagi


tengok dah habis huhuhuhu


adik-adik aku nie kalau makan memang tak ingat orang belakang tau


ingat hari nie nak buat lagi la..tak puas makan semalam

Tuesday, August 2, 2011

Solat Terawih

malam tadi baru berkesempatan untuk melakukan solat terawih
rasanya dah lama aku tak lakukan solat terawih
tahun lepas aku tengah sarat pregnant
memang tak larat nak buat


tahun sebelumnya plak buat pun ikut mana sempat jea
selalu buat bila ada sayang
sebab sayang buat solat terawih di rumah jea
dapat la buat


jadi tahun nie aku harap dapat lakukan solat terawih
tapi itupun kena bergilir-gilir dengan sayang
ialah ada anak kecil kan
kena salah seorang untuk menjaga anak di rumah


malam tadi solat terawih di masjid
ramai budak kecil yang ikut parents ke masjid
tapi kan bila sudah anak kecil ramai yang berkumpul di ruang belakang masjid
keadaan menjadi haru biru
bising memang tak ingat la
kita yang niat nak datang ke masjid untuk buat amalan tambahan di bulan yang mulia nie
terus rasa tak syork dengan situasi macam tu


memang la niat kita nak berebut peluang di bulan mulia nie
tapi aku rasa wajar anak-anak ditinggalkan di rumah
kalau tiada saper nak jagakan anak kita
buat sistem giliran dengan suami
aku memang taknak buat sistem gilirin dengan mak aku
ialah siang dah jaga umar
jadi malam takkan la aku nak minta mak jagakan jugak umar dan umairah
memang tak patut
jadi aku biarkan mak pergi ke masjid untuk lakukan ibadah
cuma aku dan sayang lakukan turn untuk pergi ke masjid


jadi nasihat aku jangan bawak anak kecil ke masjid
menggangu untuk orang lain melakukan ibadah
nak bawak pun pastikan tingkah laku anak-anak terkawal

Ajaibnya Tangan Ibu

Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,
Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang.
Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.
Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...


Nukilan Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood
(Pendakwah & Pengacara Semanis Kurma TV9)

Monday, August 1, 2011

Times Up

bulan puasa nie opis kami tutup 4.30pm
korang opis korang tutup kol baper
memang syork la
biasanya 5.30pm
tapi bila bulan puasa nie rehat takder
lunch time dah takder
tapi boleh la nak pergi solat pun walaupun waktu rehat takder


korang nak masak aper untuk berbuka nie
teringin plak nak makan murtabak dengan kuih tepung pelita
jom serbu bazar ramadhan
erkkkk kata sebelum nie taknak serbu nak jimatkan duit hehehehee

Ramadhan Menjelma

hari nie semua orang sudah menjalani ibadah berpuasa

selamat berpuasa teman-teman

sama-sama kita berlumba untuk mendapatkan ganjaran yang hebat

di bulan yang mulia nie

jangan nak kejar ganjaran di shopping complex sahaja

dua-dua kena balance kan



malam tadi tak solat terawih pun

sebab ada anak kecil nie

kena ambil giliran dengan sayang

minggu sayang kerja pagi boleh la amik turn untuk pergi ke Masjid

tapi kalau sayang kerja malam

emmmm duduk jea la di rumah



nak minta adik - adik aku jagakan umar

tapi dalam hati macam tak percaya jea nak tinggalkan pada budak dua orang tu



sahur tadi makan memang best

mak dah siap masak paprik dan ikan tenggiri black pepper

aku hanya meratah lauk sahaja

nasi skit jea

cuba untuk kuruskan badan di bulan puasa nie

InsyaAllah...cobaannnnnnnnnnnn



Al-Fatihah pada teman Ayie

sebab telah pulang ke Rahmatullah semalam

Sunday, July 31, 2011

Mee Udang

mee udang yang 1st time aku makan

memang tak pernah rasa pun mee udang nie

selalu dengar jea

jadi nak bagi komen sedap @pun tidak

bagi aku biasa-biasa jea

cuma udang dia memang banyak la

dah takder istilah

"ada udang di sebalik mee"

kena tukar istilah nie menjadi

"ada udang tertenggek atas mee " hehehehhehe


hari nie memanh hari yang memenatkan

tengahari kami pergi ke Hytex Sales

memang memborong t-shirt untuk umairah dan umar

boleh la pakai untuk pakaian harian dorang

lagi plak dah lama tak beli t-shirt untuk umar

kebanyakkan baju umar skang nie dah nampak pusat jea

cian anak ibu

membesar dengan cepat

baru 8 bulan dah kena pakai baju yang untuk 1 tahun

dah memborong di situ



mak ajak pergi ke Kuala Selangor

nak memborong sea food segar

ialah esok nak puasa jadi kena ada stock di dalam fridge

beli la ikan, udang, sotong...

puas hati beli di pasar basah di Pasir Penambang nie

mahal skit tapi kesegaran yang penting

ikan tak letak garam pun kalau terus goreng

rasa manis jea isinya



dalam perjalanan balik

baru aku ternampak ada kedai mee udang

tu yang ajak singgah untuk merasa

kedai nie selepas Petronas

ok la la sebab semua kemudahan ada

surau, tandas dan yang pasti bersih

umar dan umairah siap mandi la

dah melekit sangat badan tu

lepas mandi baru selesa nak tidor

Lini makan sampai 2 pinggan

mee udang dan nasi goreng udang

nasi goreng udang dia memang sedap la

harga sepinggan mee udang RM6.50

mahal ker

bagi aku mahal jea tu

Friday, July 29, 2011

Berdating

semalam dating keluar dengan sayang


memang seronok


selepas pergi klinik bawak umar untuk check up


semakin berat budak kecik tu


berat umar skang nie 8.33kg


nak dekat sekilo beras tu :p




hantar umairah pergi nursery


umar mak yang jaga


selepas urusan bank telah selesai


terus ajak sayang tengok wayang


memang dah lama tak keluar berdua


nak tengok wayang lagi la lama gila


rasanya dah berkurun kot tak keluar berdua nie


sejak umar ada






pergi dating ke Jusco Bukit Raja


ok la sebab orang tak ramai sangat


jadi beli-beli barang pun tak la berhimpit-himpit dengan orang


relax jea suasana


ada mood bercinta


sayang pun muka happy jea :D

lunch kami makan nando's
sedap sangat

sayang cadangkan supaya
kami berdua adakan keluar berdua setiap sebulan sekali
aku terima jea cadangan sayang nie
ialah walaupun sudah jadi suami isteri
kena jugak ada quality time untuk suami isteri tu kan
jadi baru la hubungan suami isteri tu lagi bertambah erat



Thursday, July 28, 2011

Umar : 8 Bulan









genap sudah umar 8 bulan

kalau ikut keletah dia memang dah banyak sangat

nak story kan

gigi bawah dah tumbuh 2 batang

jadi skang nie bila menyusu badan

memang akan sakit bila

sebab umar suka melagakan gigi dia

memang selalu kena tarik pipi hehehehhehe


suka buat aski stunt

memang boleh sakit jiwa aku di buatnya

boleh panjat sofa

di tolaknya kerusi kecik kakak dia

pastu panjat dari kerusi tu

aku nampak aksi yang di buat nie

memang terjerit la aku di buatnya



setiap petang mesti kena bawak jalan-jalan keluar rumah

aku nak berjalan sangat memang tak larat la

penat balik dari kerja kan

berdiri tegak jea di depan rumah

nasib baik la dia ok jea



semakin kuat makan

sebelum nie kalau masak bubur dia segengam beras jea

skang nie kena 1 pot

sebab kadang-kadang malam pun dia nak makan jugak

selagi tak bagi makan

confirm melalak jea la kerja dia



semakin montok badan umar

suka :D



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha