NuffnangX

Showing posts with label ...ramadhan.... Show all posts
Showing posts with label ...ramadhan.... Show all posts

Tuesday, August 23, 2011

Check List Raya

hari nie sudah nak masuk 23 hri kita berpuasa
pasti rata-rata sudah menyiapkan kelengkapan untuk raya
untuk diri sendiri, anak-anak, suami ataupun untuk family
rasanya tahun nie baru aku dapat menyiapkan awal
kelengkapan untuk raya
tidak macam tahun lepas semuanya tahun lepas
masuk jea bulan puasa, time tu la baru nak beli semuanya
tapi tahun nie sudah belajar kesilapan dari tahun lepas
2 bulan sebelum puasa aku dan sayang
sudah berdikit-dikit membuat persiapan untuk raya
terutamanya pakaian untuk anak-anak


antara senarai pendek yang aku buat :


  1. 2 helai baju melayu (sayang dan umar) = Sudah Siap

  2. 2 helai baju kurung (aku dan umairah) = sudah siap

  3. kasut = sudah beli

  4. tudung = belum beli

  5. service kereta (waja dan kancil) = sudah service

  6. jubah (mak dan MIL) = belum beli

  7. kerepek = sudah beli

  8. kuih raya = belum buat

  9. sampul duit raya = sudah ada

  10. tukar duit raya = belum lagi

  11. tempat menginap = sudah booking

emmm apa lagi yang tak buat yea..


korang macam mana semuanya sudah ready ker

Friday, August 19, 2011

Kilang Kerepek



hari rabu yang lalu

sempat lagi pergi Banting untuk memborong kerepek

memang setiap tahun aku akan datang ke sini

untuk membeli kerepek untuk makan sendiri @pun

dari teman rapat yang kirim order sekali



sampai di sana

memang orang ramai tak ingat

banyak kerepek yang dah habis

yang ada pun tengah di packing

jadi beratur gak untuk membelinya



umairah dah naik bosan menunggu ibu dan babah dia

memborong kerepek

sampai tahap kebosanan dia dah kemuncak

umairah baring jea atas lantai tu

sambil cakap

"ibu, kakak dah penat" sambil buat muka selamber

baring atas lantai

kesian umairah



umar plak tak meragam sangat

tersengih jea memandang orang sekeliling

suka la sebab kena dukung kan



tengok di belakang sayang

kerepek memang banyak gila

tapi kerepek ubi dan kerepek ubi memang macam goreng pisang panas

sold out jea memanjang

aku suka kerepek ubi sira gula

memang sedap

Monday, August 15, 2011

15 Ramadhan

Alhamdulillah sudah nak masuk 15 hari kita berpuasa
hari nie jugak aku baru start berpuasa semula
setelah bulan mengambang 8 hari yang lalu
emmm 8 hari la aku kena ganti selepas nie
InsyaAllah akan berpuasa sunat 6 hari..dan terus sambung ganti puasa
tengok pada goadaan dan cobaan di opis nie pada minggu pertama masuk ke opis nanti
pasti segala jenis kuih raya akan di angkut ke opis ... sudah pasti la


datang ke opis tadi
1st time dengar lagu raya di radio
wahhh rindunya nak dengar lagu raya
aku suka lagu raya yang evergreen punya
yang baru - baru memang tak boleh nak terima sangat
macam lagu daru P.Ramlee, Saloma, Sudirman, M.Nasir .... banyak lagi tak ingat nak tulis


kad raya
since aku dah kahwen nie
kad kawen memang aku dah tak bagi pada teman-teman
tanda ingatan cuma msg sahaja pada teman-teman
dan uacapan hari raya sejak tahun lepas melalui FB
korang masih lagi menghantar kad raya menjadi pengganti diri
rindu plak pada zaman aku rajin melayangkan kad uacapan pada teman-teman
dan kiriman balas kad raya aku akan gantungkan di dinding
kalau aku rajin aku akan cari ranting mati
dan ranting tu aku akan spray dengan gold colour dan kad akan digantungkan pada
ranting tersebut
emmmmm nostalgia sungguh la
tapi kalau saper-saper sudi nak melanyangkan kad raya untuk aku
aku terima sahaja dengan hati yang terbuka tanda kegembiraan

Padahnya Berbuka Di Bawah





Jumaat lepas

family adik ipar berbuka puasa di rumah mak

jadi kalau nak berbuka di atas meja memang tak muat

nak taknak kena la jugak berbuka di bawah

memang keberatan jugak nak berbuka di bawah nie

sebab ada pengacau 3 budak hehehehehe



umairah dan pija boleh aman jugak la

tapi kalau umar memang tobat la

dia memang taknak duduk dalam walker dia lagi

time berbuka tu

ialah semua tengah makan, umar memang tak boleh tengok orang makan

dia pun nak turut serta jugak

jadi kena letak sebelah aku jugak

dengan pinggan dan ada makanan untuk dia

sama dengan orang lain



tu bab makan

belum bab nak menghidang

jangan la nak menghidang di bawah awal-awal

nak azan 2 3 minute nak azan baru la makanan akan di hidangkan

dan semua orang dah menggeliling makanan

tiada ruang untuk umar mengucar-ngacirkan keadaan



bentangkan tikar mengkuang dengan kain hamparan pun

sudah jadi mainan untuk umar dan kakak-kakaknya

aduhai memang pening kepala

umairah plak memang tak boleh tengok kalau ada air basuh tangan

sekejap-sekejap nak basuh tangan la, mulut la..kalau boleh semua la nak dibasuhnya

sebab tu la aku memang malas nak hidang air basuh tangan



jadi waktu berbuka adik beradik aku makan dengan aman

cuma aku dan kadang-kadang sayang yang akan makan

dengan tercekik

sebab karenah dan ragam umar dan umairah

memang memeningkan kepala

emmmm

Friday, August 5, 2011

Solat Terawih

malam tadi hujan turun
siangnya plak suasana sejuk jea
jadi dalam minggu pertama kita berpuasa nie
aku rasa cuaca redup sahaja
Alhamdulillah

biasanya kalau pergi solat terawih
berjalan kaki sahaja bersama dengan mak
ialah lepas makan dengan banyaknya time berbuka
afdal rasanya berjalan untuk hilangkan rasa senak di perut
sambil-sambil tu boleh senaman kaki sekali
cuma malam tadi terpaksa pergi ke masjid naik kereta
disebabkan hujan yang turun dengan lebatnya
taknak pergi macam kesian plak pada mak sebab takder teman nak pergi dan balik
ikut ajer la
tapi ikhlas aku menjalankan solat terawih
tiada paksaan


malam tadi kemeriahan di Masjid jadi kurang skit
tak ramai orang yang hadir
mungkin hujan menyebabkan rasa kemalasan itu ada
seperti aku sebelum ini
@pun niat baik tiada kenderaan untuk datang ke masjid
@pun niat baik tiada payung di rumah


tapi tu la rasanya tak pernah lagi aku mencukupi solat terawih 21x
tetap jugak la 8 rakaat
tak larat sangat nak mencukupi 21x
selepas solat isyak akan ada tahlil di atas permintaan penduduk setempat
semasa tahlil tu pun aku boleh terlelap
MasayaAllah..tengok punya la rasa kepenatan


sampai rumah
kesian sayang sebab kena melayan anak-anak
tapi kebiasanya bila aku sampai di rumah umairah dan umar pasti sudah tidor
tugas aku cuma angkat umar dari dalam buaian terus angkat ke dalam bilik
cian anak ibu, masa bersama ibu sebentar cuma
cian jugak pada umairah
masa untuk bermanja-manja dengan ibu cuma sekejap sahaja
rasa bersalah tetap terbit di hati
masa bermanja dengan sayang jugak emmmm langsung tiada
kesian jugak pada suami
IsyaAllah raya nanti kita bercuti bersama-sama dengan anak-anak yea sayang


berbuka petang semalam
tom yam sea food dan kuih ketayap
semuanya licin
pagi tadi bersahur kelewatan sedikit bangun
tak lalu nak makan
cuma minum milo dan cicah biskut sahaja
yang penting pahala bersahur tu kita perolehi


petang nie tak tahu nak makan apa
cuma tekak tering plak nak makan western food
malam nie akan balik ke Sejangkang
sayang sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan sanak saudara
mungkin semuanya akan berkumpul di Sijangkang minggu nie
pasti meriah dengan 13 anak buah berkumpul..
tunggu dan lihat :D

Wednesday, August 3, 2011

Kembar Tak Seiras

badak berendam




badak berendam :p



hehehehhehe nama sama


tapi rupa sahaja yang tak sama


aku bila tiba bulan puasa memang akan minta mak buatkan


semalam berbuka puasa dapat makan kuih badak berendam


perghhhh nikmat sungguh


tapi tu la, tak dapat nak makan berulang


dapat la makan 2 ketul, bila nak makan lagi


tengok dah habis huhuhuhu


adik-adik aku nie kalau makan memang tak ingat orang belakang tau


ingat hari nie nak buat lagi la..tak puas makan semalam

Tuesday, August 2, 2011

Solat Terawih

malam tadi baru berkesempatan untuk melakukan solat terawih
rasanya dah lama aku tak lakukan solat terawih
tahun lepas aku tengah sarat pregnant
memang tak larat nak buat


tahun sebelumnya plak buat pun ikut mana sempat jea
selalu buat bila ada sayang
sebab sayang buat solat terawih di rumah jea
dapat la buat


jadi tahun nie aku harap dapat lakukan solat terawih
tapi itupun kena bergilir-gilir dengan sayang
ialah ada anak kecil kan
kena salah seorang untuk menjaga anak di rumah


malam tadi solat terawih di masjid
ramai budak kecil yang ikut parents ke masjid
tapi kan bila sudah anak kecil ramai yang berkumpul di ruang belakang masjid
keadaan menjadi haru biru
bising memang tak ingat la
kita yang niat nak datang ke masjid untuk buat amalan tambahan di bulan yang mulia nie
terus rasa tak syork dengan situasi macam tu


memang la niat kita nak berebut peluang di bulan mulia nie
tapi aku rasa wajar anak-anak ditinggalkan di rumah
kalau tiada saper nak jagakan anak kita
buat sistem giliran dengan suami
aku memang taknak buat sistem gilirin dengan mak aku
ialah siang dah jaga umar
jadi malam takkan la aku nak minta mak jagakan jugak umar dan umairah
memang tak patut
jadi aku biarkan mak pergi ke masjid untuk lakukan ibadah
cuma aku dan sayang lakukan turn untuk pergi ke masjid


jadi nasihat aku jangan bawak anak kecil ke masjid
menggangu untuk orang lain melakukan ibadah
nak bawak pun pastikan tingkah laku anak-anak terkawal

Monday, August 1, 2011

Times Up

bulan puasa nie opis kami tutup 4.30pm
korang opis korang tutup kol baper
memang syork la
biasanya 5.30pm
tapi bila bulan puasa nie rehat takder
lunch time dah takder
tapi boleh la nak pergi solat pun walaupun waktu rehat takder


korang nak masak aper untuk berbuka nie
teringin plak nak makan murtabak dengan kuih tepung pelita
jom serbu bazar ramadhan
erkkkk kata sebelum nie taknak serbu nak jimatkan duit hehehehee

Ramadhan Menjelma

hari nie semua orang sudah menjalani ibadah berpuasa

selamat berpuasa teman-teman

sama-sama kita berlumba untuk mendapatkan ganjaran yang hebat

di bulan yang mulia nie

jangan nak kejar ganjaran di shopping complex sahaja

dua-dua kena balance kan



malam tadi tak solat terawih pun

sebab ada anak kecil nie

kena ambil giliran dengan sayang

minggu sayang kerja pagi boleh la amik turn untuk pergi ke Masjid

tapi kalau sayang kerja malam

emmmm duduk jea la di rumah



nak minta adik - adik aku jagakan umar

tapi dalam hati macam tak percaya jea nak tinggalkan pada budak dua orang tu



sahur tadi makan memang best

mak dah siap masak paprik dan ikan tenggiri black pepper

aku hanya meratah lauk sahaja

nasi skit jea

cuba untuk kuruskan badan di bulan puasa nie

InsyaAllah...cobaannnnnnnnnnnn



Al-Fatihah pada teman Ayie

sebab telah pulang ke Rahmatullah semalam

Friday, August 27, 2010

Berbuka Di Luar - Cafe D'Manggis Kuang

hah saper dah gaji
aku rasa rata-rata yang bekerja pasti sudah bergaji kan
saat-saat yang pasti di tunggu setiap bulan
aku memang ternati-nanti jea bila nak gaji nie
banyak benda dah pikir apa yang bakal aku beli
dalam minggu-mingu nak gaji tu hehehhehe
sayang pun bulan nie gaji awal
alhamdulillah


semalam sayang amik MC sama jea dengan sobri
pergi klinik sama-sama untuk amik MC
hampeh jea budak 2 orang nie
eh silap sorang dah jadi bapak budak pun


pastu call aku bagitahu yang hari nie [semalam la]
kita semua berbuka luar
tak payah nak bagi mak masak apa-apa
bagi dapur berehat jap untuk bulan ramadhan nie
sayang book tempat di Cafe D'Manggis
cafe nie mmg baru buka tahun nie
cuma sebelum puasa memang tak berkesempatan untuk
makan dan minum di sini


jadi petang semalam
pukol 7pm baru keluar dari rumah untuk pergi ke cafe nie
ala tak jauh pun dari umah mak aku nie
dalam 10 minute dah sampai la
kalau jem kat simpang kuang tu
dalam 15 minute la sampai


kami sampai tu lagi 5 minute nak berbuka
hehehehhe
aku tengok meja orang lain dah bersusun dengan makanan
yang kami nie plak sampai baru nak cari meja
fuh nasib baik la dah tempah meja
sebab ada yang datang kena balik
sebab meja sudah penuh
duduk jea di meja
azan dah berkumandang
emmmm tak sempat nak ambil makanan
jadi makan kurma dulu yang sudah tersiap di atas meja
alhamdulillah


pastu masing-masing baru la cari makanan
apa-apa hal cari air dulu la kan
kering dah tekak nie
aku rasa semalam hari yang panas kan
jadi banyak jugak la aku minum time berbuka puasa semalam
bergelas-gelas


aku makan nasi ayam - sedap
sayang makan nasi briyani - sedap
mak makan lauk campur
ayah makan lauk campur
sobri makan bee hun sup
umairah makan nasi ayam - ratah ayam jea kerja si kecik nie


rata-rata lauk pilihan di sini memang sedap
kuih pun sedap
kuih kacang dia aku dan ayah memang makan banyak la
sebab kuih nie susah nak cari di luar
nak cari yang sedap lg la susahkan


pilihan lauk pauk memang banyak
ada steamboat jugak kat sini - tapi harga lain la kalau nak try bulan pose nie
kalau amik buffet utk ramadhan 1 kepala RM28.00
steamboat tak sure baper harga dia


ada bubur - try la jugak bubur kacang hitak dia
memang sedap - rasa semua bahan
buah-buahan untuk pencuci mulut pun banyak
ada manggis..rambutan..langsat..tembikai merah
dan ada jugak ice cream
umairah memang banyak la makan ice cream
aku rasa 2 mangkuk kot si kecik nie tibai [kami isi skit-skit la]



skang nie umairah ada gaya baru ambil gambar
dia akan dekatkan kepala dia dengan kepala kita
pastu wat mulut ala-ala korean girl skit
ala-ala muka comel la tu konon
siapa yang ajar
babah dia la



tengok kita dekatkan jea dengan dia
mesti dia yang akand ekatkan kepala dia dengan kepala badan kita
ataupun pada badan kita
so sweet la ini budak kecik



laju jea makan kalau ice cream depan mata
banyak jugak la umairah makan di sini
aku plak yang suruh dia stop dari makan
takut umairah muntah jea nanti
ialah pas makan nanti pasti berlari keliling cafe punya la
budak hyperaktif la katakan



mak dan ayah
tak la banyak sangat makan
biasa-biasa jea
mungkin dah tua kan
jadi makan pun slow jea
tak macam kami yang muda nie
selagi boleh sumbat memang akan sumbat



mak buyung dah kekenyangan
tapi still lagi nak masuk ke tekak mana-mana makanan
yang tak rasa lagi



ayah sandar kekenyangan selepas makan
cuma rasa udang di cafe nie aku tak suka
emmmm tak sedap sangat



sayang dan sobri
bawak sobri makan buffet nie memang rugi
bukan makan sangat pun
sebab tu la badan macam semut jea
kurus melidi
kalau dibandinngkan dengan sayang
semangat skit aku nak peluk macam teaddy bear
empuk jea hehehehhehe


kat sini memang ok la
ada kemudahan surau lagi
besar dan bersih
ada kanak-kanak pun kita tak risau
sebab memang berpagar tinggi
jadi anak-anak boleh kita pantau dengan mata jea la
kalau macam umairah nie
semua orang dia nak tegur
ada ke patut dia tegur p.cik meja sebelah kami nie
siap boleh layan si kecik tu
siap duduk atas paha p.cik tu lagi
emmmm layannnnnnnnnnnnn


kalau siapa-siapa yang duduk area sg.buloh
nak datang sini untuk tukar selera
boleh la mencuba jalan-jalan cari makan


Kace D'Manggis
254, Batu 17, Kg.Cempedak,
Lorong Manggis Kuang,
48050 Rawang, Selangor.
phone : 03-6038n6844


insyaAllah aku dan sayang pasti datang lagi sini
untuk gathering class 5A2 nanti
tak sabar nak jumpa teman-teman sekolah dahulu :D

Saturday, August 14, 2010

Salam Ramadhan Dari Kami Sekeluarga


sudah 4 hari kita umat islam berpuasa di bulan ramadhan yang mulia ini
dikesempatan ini
kami sekeluarga mengucapkan selamat menyambut ramadhan
di sambil itu
kami sekeluarga memohon kemaafan di bulan yang mulia ini


emmmm dah lama aku tak menjengah blog kesyaangan aku nie
terima kasih pada mereka yg sudi menyanta khabar
melalui msg, email, facebook dan terus saja call


sejak preggy nie semangat untuk buka blog
macam hambar jea
dengan kesibukan di tempat kerja
melayan karenah suami dan anak
dan tidak lupa jugak kini membawa baby coming soon :D


harap selepas nie
semangat untuk berblogging akan menjelma semula
selepas frasa morning sickness tiada lagi
dan teringin untuk menukar layout blog kesayangan aku ini


nnti kita sambung lagi
pada yg rindu umairah
cukup la ketika ini aku tempek sekeping cuma gambar si bam bam nie hehehehehe
gambar aku tika preggy nie
malu plak nak tunjuk
bam bam jugak hehehehhe
daaaa

Friday, September 4, 2009

BeRbUkA PuAsA Di ThAiBaSe

petang semalam aku berbuka di luar
sayang join sekali
perjumpaan kali nie diaturkan oleh
mummy suzy aka zie
diadakan di ThaiBase di Sri Damansara
kiranya nie kali ke 2 aku dtg ke sini
sblm nie mkn gak ngan suzy ..minah nie belanja heheheh
semoga murah rezeki minah nie
tapi kali nie sdn bhd la plak kan
nak minta dia belanja bakrap la minah nie nnti
lain kali la zie erk "D



nie la muka yg dtg awal
mummy organizer dtg lewat skit
biasa la tu jam
tapi ader woooo dtg lg lambatt
saper kah itu
tolong jawab yea anak2... :p



memandangkan kami sampai awal
lebih kurang 6 lebih
kami dgr la dulu
minah bling bling nie buka kedai kopi hehehehehe
msg2 terlopong dgr citer
zimie ko story aper tu
sampai yati kusyuk jea dgr ko ckp "p

aper yg bling bling tu
jamu ajer la mata erk gheh gheh gheh



kol 7 jea kami semua start dh amik makanan
mula2 segan gak nak serbu
tapi tgk meja sebelah dh bertimbun amik makanan
tak blh la jd kan
mesti mau kena serbu gak kan
huhuhuhuhu tak dpt nak amik prwn butter
ilek la


mmg penuh la meja kami
sayang plak kesian la sgt
ialah demam kan
nak duk umah risau plak aper suami aku nak mkn kan
jd angkut sekali la
muka pun merah jea..mmg cian
aku la asyik ke hulu ke hilir usung pinggan kosong
amik makanan
org nak jeling ..aku pedulik aper kan
aku bayar tau :p



idah jd single mom with twins
akak & adik
isu saper adk n saper akak telah kami perdebatkan
ialah wpun idah dh ckp muka sekian2
adk n muka sekian2 akak
kami tetap tak dpt nak bezakan
ialah ibu sajer la dpt kenal ank msg2 kan
suami idah tak dpt join sbb ader keja
idah baik jea ank ko mkn kat luar
next time blh la bwk lg twins nie :D



perihal member2 aku nie
kami semua nie kenal dr sekolah menengah lg tau
mmg dh lama kenal sgt la
jd bila reunion nie teringat la kenangan time sekolah dulu
bila teringat citer lucu abis terbahak msg2 gelak


zimie skang nie dah buka kedai sendiri
businesswome dh minah sorang nie
ader jual tudung, kain ela....etc
nak tau lebih kena la pergi kedai dia sendiri kat Bandar Baru Sg.Buloh


shumie plak mmg sentiasa BZ
ngan keja dia
korang pun selalu baca story dia kan bila kami berdua berjumpa


zura plak keja dekat jea ngan opis aku
hahhhh minah nie la dtg palingggggggggg lewat di antara semua org
makan satay jea ~ satay mmg fav minah nie
ingat zura ingat satay
ingat satay ingat zura
hehehehe


imah plak tgh sarat pregnat skang nie
due bulan october
time borak2 dia ckp tggu masa jea nak deliver
nie adalah 2nd bby
semoga selamat lahirkan bby tau "D


suzy keja kat Produa
klu korang nak order keta blh la order kat minah nie
baru jea dpt bby girl ~ Fatin
cute jea bby suzy nie
ikut muka fahmi la fatin nie
tak caya korang belek2 la gambo yg ader kat entry nie


idah plak bekerja kat....lupa la plak
kat maner erk idah
keja kat Rahman Putra
time luch jumaat minah nie mmg lama jeles jea aku tgk
ader ank twins
cute tau


yati ~ baru la kali nie dpt berjumpa
last jumpa time sekolah dulu la
orgnya tetap mcm tu
tak berub ah langsung
keja kat library hospital Sg.Buloh
dah 4 thn minah nie keja kat sini
baru la aku tau ader member sekolah keja kat hosp sg.buloh


nie antara story pendek member class aku
dh msk fasa baru kita semua nie kan



bila dh kenyang perut tu
borak2
goyang2 skit perut tu
baru la amik dessert plak
terliur plak aku tgk c-twins mkn ice-cream
tu yg aku pun gediks nak mkn gak hehehehe



5A2 yg sentiasa terpahat kat dlm ingatan aku
nnti aku tepek gambo time kami
kat alam persekolahan
mmg lain sgt la



sebelum blk kena la bergambo2 utk kenangan kan
heheheheh gambo gelap
ala korang imagine ajer la saper yg kat sebelah korang tu


tahun depan kita reunion berbuka sama lg erk
raya nie jgn lupa buat open house
confirm aku akan serbu
daaaa

Thursday, August 27, 2009

SaHuR Di LuAr

nie ada lah sahur kami yg pertama
sejak pas dah kawen
time sahur kami mkn kat luar
aik mcm maner aku blh sahur ngan sayang erkkk
semalam aku tak blk umah mak
pg nie aku kena msk opis awal
tu yg aku lepak kat umah kami jea


jd berbuka semalam aku mkn sorang2 jea lah
berbuka pun ala2 bujang mcm tu
cuma beli air soya yeos kotak ~ wajib ader time berbuka
murtabak 1 keping ~ mkn skit jea tak sdp
popia basah ~ ader 4 ketul mkn 1 bijik..tak sedap gak
ayam percik ~ ayam tu mcm tak msk jea..emmm tak sdp gak
kesudahan nye semua tak sedap
buat air milo cicah biskut jea huhuhu


pg td sahur aku yg terjaga
kejutkan sayang bangun
siap2 terus jea kuar
takder kedai melayu @ kedai kelantan yg buka pun
jd syg ajak mkn kat kedai mamak
mamak pun mamak la asalkan blh mkn
lapar la..
jd kami mkn kat kedai mamak afzan kat mah sing
korang tahu ker "D
maner la tau teman2 blogger duk area sini
blh la bersahur bersama lain kali..



muka sayang yg baru bangun tido
kuyu jea
siap mandi tu sebelum kuar
aku ...emmm jgn harap la nak mandi
basuh muka..gosok gigi
tukar pakaian jea



aku yg ceria jea
perut lapor tu
tak sabar nak terus gap jea telan msk perut



air sampai dulu
kejadian lucu
bila air sampai tu
aku mcm pelik
naper air aku ader straw
air sayang takder straw plak
bai tu yg tunjuk yg ader straw tu aku punya
special ker sampai ader straw


sekali bila minum
mak aiiii muka aku dh kelat
rupa2nya air teh semata2
takder gula langsung
bila suh syg rasa
syg gelakkan aku ajer
ialah saper suh aku ckp nak
air teh O kosong
jd dpt la air teh tanpa gula
laaaaa mcm tu la plak
maner la aku tau
biasa ok jea air teh O aku bila aku ckp nak teh O kosong
amik ko teh O kosong tanpa gula aku dpt
syg mintakan air lain utk aku..
maner la lalu aku nak minum air teh tu



kami order nasi goreng ayam
sedap tu ialah sebab cili api tu nampak la mcm sayur
bila tergigit mmg berdesing la telinga



nampak ayam kat sebelah tempat duduk aku
mcm teringin la plak nak mkn
syg tgk aku asyik jeling ayam jea
terus order 1 ketul



ayam grg yg btelah siap di potong2
sedap gak la
tapi aku tak mkn sgt la
sbb dlm nasi grg pun dh ader ayam
gatal jea nak tambah ayam lg
sudahnya sayang yg abis kan ayam grg tu
nasi grg pun aku mkn skit jea
ialah nasi grg dia byk sgt dlm satu pinggan tu
maner la aku lalu sgt nak mkn pg2 buta nie
ok la tu drpd perut aku kosong tak mkn aper kan
asalkan ader mknan msk perut aku ok la tu



ramai gak yg sahur kat luar nie
nie gambo kat belakang aku



nie plak kat tepi sayang
tapi ramai bdk bujang la
klu adk aku nak keluar pg2 nie jgn harap la
baik dia tido atas katil
mak aku kejutkan bgn sahur pun
blh bergegar satu umah
nie nak sahur kat luar
jgn harap la adk lelaki aku nak ikut
bagus betul la bdk2 bujang nie
syg pun ckp dia time bujang tak sahur pun
tido jea ~ baca niat pose ajer la


ok la selamat berpose korang
nak solat subuh jap
pastu sambung tido
tata

Saturday, August 22, 2009

SaHuR HaRi PeRtAmA

sahur pagi td mcm maner korang
ader yg terbabas tak dpt bangun ker
sbb tu la klu blh baca niat pose sblm tido
klu tak terbangun takper dh pasang niatkan
tapi tu la klu dpt sahur dpt keberkatan kan
itu yg penting


sahur kami pg td mmg sempoi
msk aper yg ader jea
ingat nak keluar utk sahur
hehehehehe buang tebiat tul la
tapi kol 12 lebih sayang dh tido
kejut pun tak bgn2 gak
terus aku msk nasi sblm tido
pastu siap2 kan bhn dulu
ialah nnti bangun sng terus pegang kuali jea "p




jadi sahur pg td
aku cuma msk nasi grg cili api ~ tawar la
pastu goreng telor
ok la tu...
syg tibai jea mkn
kami sahur kol 4 lebih
siap pasang 2 hp utk jam loceng
takut terbabas kan



pastu buat teh o panas
syg mmg tak blh hidup klu tak pekena teh o nie
tak kesah la sejuk @pun panas
jd pg2 mcm nie mmg sesuai panas la kan
nnti berbuka blh la sejuk plak


sebenarnya nie la pose pertama kami berdua jea
pas dh jadi suami isteri

pose pertama ~ kat umah mak sbb tggl lg kat umah mak
pas raya baru la duk menyewa
pose ke dua ~ duk umah mak gak..woooo aku dh
sarat sgt mengandung time tu
tak larat nak panjat tangga naik ke atas
pose ke tiga ~ baru la kami bersahur berdua jea
huhuhuhu tak dpt bertiga sbb umairah plak kat umah mak


tapi seronokkan klu dpt bersahur @pun berbuka kat umah mak sendiri
biasanya klu sahur dan berbuka pertama
mmg gempak la menu dia
rasa time tu klu tak terjaga mmg rugi la pagi tu hehehhee
time dulu bangun sahur
mmg kena bangun
sbb ayah akan gegar pintu kami smp la kami bangun
tak bangun siap la korang
pot pet pot pet esok pgnya
tugas mak msk yg sedap2
kelakar tgk adk yg ke tiga ~ sobri
sbb depan nasi bdk nie blh terlelap tido
tangan kaku jea pegang nasi
tapi klu adk yg bongsu ~ nasir
mmg laju jea mkn..sbb tu la klu bulan pose
dia akan jd gemuk skit
sbb mkn jea lebih


rindunya suasana sambut ramadhan time kami kecik2 dulu..


yeay ptg nie berbuka umah mak
hari esok sahur dan berbuka umah MIL plak
ADIL maaaa

Friday, August 21, 2009

TeRoPoNg AnAk BuLaN


salam semua

sabtu nie kita umat islam dah mula berpuasa
mcm maner dh ganti pose yg lepas ker @ masih
tak berkesempatan nak ganti lg

aku...alhamdulillah abis sudah ganti


ena ucapkan kepada teman blogger semua

"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK"

banyakkan amalan di bulan yg mulia nie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha