NuffnangX

Friday, August 20, 2010

Jalan-Jalan Cuci Mata

malam tadi ajak sayang pergi Jusco OU
selepas pergi klinik
bila cakap nak pergi OU semuanya nak ikut
jadi pergi ajer la sekali
emmmm dalam tak sihat tu nak jugak keluar merendek hehehehhe
citer pasal check up nanti aku story


sampai di Jusco OU dalam kol 9 lebih
emmm tak ramai pun orang
nak cari parking pun senang jea
kalau sebelum nie jangan harap la nak dapat parking di OU dengan mudah
1/2 jam baru la jumpa tu pun kalau bernasib baik



aku jalan memang lenggang kangkung la
sebab nasir ada
dia la yang handle umairah
aku jalan beriringan dengan sayang
macam pasangan bercinta tapi perut dan ke depan bersama-sama hahahahhaha
perut sama size dengan sayang hehehehehehe


sebenranya aku ajak sayang pergi Jusco
sebab nak cari seluar preggy
seluar yang aku ada simpan cuma 3 helai jea
tu la seluar pergi keja
tu la seluar pergi jenjalan
kebanyakkan seluar preggy aku yang ada sebelum nie
aku dah bagi pada lini
takkan la nak minta balikkan
beli ajer la yang baru
memandangkan belum gaji
beli la dulu seluar preggy 2 helai
dengan t-shirt preggy 2 helai
ok la tu
minggu depan gaji boleh la tambahkan koleksi yang sedia ada


lepas bayar kami cuci-cuci mata dengan barang jualan
memang tengah ada sales skang nie
Jusco sales sehingga 19 sept
persiapan raya?
mungkin minggu depan la kot baru beli kelengkapan raya untuk kami bertiga
ada cuti nuzul Quran dan Hari Merdeka kan
mungkin ambil peluang beli time tu kot


pukol 10 kami dah gerak keluar dari Jusco
emmm tak lama mana pun kami dalam Jusco tu
sekejap sahaja


balik kami lalu kota damansara
sambil isi minyak di Petronas
terus singgah sekali A&W
emmmm masih lapar lagi mak buyung nie


umairah seronok dapat makan ice cream
suka betul dia dengan nugget A&W
sedap la jugak
nugget mc'd umairah dah taknak makan
mungkin dah muak kot
makan sampai 4 ketul dia sorang jea
lapar rupanya anak ibu nie



umairah dan pija kalau ada
tempat tu memnag jadi haru biru la
semua benda nak di usiknya
semua orang dia nak tegur
langsung tak takut
memula tu bagi ice cream dalam paper cup
tapi bila tengok org dewasa semuanya dalam glass besar
dia pun nak jugak
tak padan dengan kecik umairah nie



hah macam mana
tembam tak saya?
malu nak tempek muka sendiri time-time preggy nie
berat skang nie dah 59kg
padahal baru jea 25 minggu usia kandungan
selera makan memang nak makan ajer la
kalau berbuka dan sahur
aku la orang yg last bangun untuk basuh tangan hehehhehehe
sebelum nak tido pun sempat lagi tu makan
memang bam bam la aku pas nie
tu yang boleh lawan perut sayang tu hahahahahahha



umairah dengan pak chu dia memang suka sakat
tak umairah yang sakat pak chu dia
@ pun pak chu dia yang sakat umairah
pantang jumpa ada jea benda yang nak di sakatnya
mak tengok ajer karenah cucu-cucu dia
tak larat dah nak cakap banyak-banyak


sampai rumah pukol 11 lebih
masing-masing dah mengantuk
termasuk la aku
tapi sahur tetap bangun
makan tu
amik berkat :D



Thursday, August 19, 2010

Bazar Ramadhan

semalam genap 8 hari kita umat islam berpuasa
dan semalam jugak aku 1st time melangkahkan kaki
ke tapak bazaramadhan di Sri Kundang/Taman Permata di tempat tinggal aku nie
sebelum nie tak berkesempatan sebab balik dari kerja
aku memang tak kuasa la nak singgah
sebab dah penat melayan jem di shah alam
jadi memang tak pikir la nak singgah menjnggah nie
buang masa jea
dan bila aku ada di rumah nak pergi ke bazar ramadhan
tak berkesempatn jugak sebab sentiasa hujan sahaja
kesian pada yang berniaga kan
dah penat buak masakan tapi pengunjung kurang datang untuk membeli


family aku memang tak suka membeli di pasar nie
tahu-tahu sahaja la
nak cari yang sedap memang susah la
masakan ala kadar jea
makan sikit sahaja yang selebihnya masuk ke dalam tong sampah
membazir



kami pergi bazar naik motor sahaja
tak kuasa nak naik keta
lagi melambatkan perjalanan
nak cari parking lagi
dengan orang yang ramai
memang tak payah la nak naik keta
naik motor lagi senang dan mudah



suasana di tapak bazar ramadhan di kg aku
kecik jea
tapi orang memang ramai la yang singgah di sini




memula sampai tu
umairah nak berjalan sendiri
taknak berdukung
tapi bila masuk jea ke tapak bazar
terus minta nak dukung dari babah dia
ketakutan hehehehehhe
ialah suasana hingar bingarkan
semua peniaga terpekik terlolong sebab melariskan jualan masing-masing
uamiarh terus peluk kuat-kuat babah dia
tu la tadi sombong taknak berdukung
tahu pun takut :D



kami tak la beli banyak sangat pun
niat di hati memang nak beli air sahaja
dapat beli air tebu terus
melangkah pergi
nampak bubur lambuk beli 1
untuk umairah makan time berbuka
memandangkan lauk yang di masak di rumah semuanya pedas-pedas belaka
kena la beli untuk si kecik nie jugak
di hujung gerai ternampak plak orang jual DVD
singgah sekejap hehehehehehe lanun jugak kami nie
beli la 2 DVD untuk di layankan malam nanti


menu berbuka petang semalam
memang sedap gila
tak sempat untuk di simpan untuk sahur pagi tadi
licin terus
mak masak sambal paru goreng dengan karabu pucuk paku
perghhhhh pedas tapi tetap layan sampai 2 pinggan
air tebu yang di beli - tawar gila
bubur lambuk - tak sedap langsung
umairah pun taknak makan
nasib baik la ada kuih ketayap yang aku buat
boleh la makan sambil tengok tv
licin jugak


hari nie nak masak apa yea
tapi perut masih lagi meragam
ruam pun masih ada lagi di badan nie
emmmm bila la nak baik nie

Sembelit vs Ruam Satu Badan

dugaan ibu mengandung
aku rasa preggy utk 2nd time nie
macam-macam yang terjadi pada diri aku
yang sudah lepas dan berjaya aku harungi
tak payah la aku catatkan di sini
perkara sudah lepas pun


hari nie sudah 4 hari aku MC
dan esok pasti aku menjalani hari biasa di rumah saja bukan di opis
kenapa sebab
selepas aku demam hari isnin yang lalu
badan aku penuh dengan binyik-bintik merah
masyaAllah
dalam kepala otak that time
ingat denggi sahaja
bila jumpa doc
dan doc mengesahkan ianya bukan denggi - Alhamdulillah
dan khabar yang lain aku terima


aku kena chicken pox
tapi tak la teruk sebagaimana umairah ken a2 minggu yang lalu
aku punya jenis yang ruam yang tak timbul
tapi gatal dan miangnya tetap ada
gatal menggaru
kandungan Alhamdulillah
aktif bergerak


di harap aku cepat sembuh dan kembali bekerja seperti biasa
dan yang pasti isinin minggu depan aku kena datang jugak
disebabkan kena train staff dari Filippina yang akan datang ke department kami nanti
nak taknak kena datang jugak
sebab aku kena train salah seorang staff dari sana


dari hari ahad yang lepas sehingga la ke hari nie
aku tak membuang lagi
rasa nak membuang tapi bila sudah duduk dalam toilet
dah dekat 1 jam tapi tak jugak dapat membuang
dah rasa nak buang tapi taknak keluar
berpeluh-peluh dalam toilet
sampai kaki aku kejang la
malam tadi aku meraung dalam toilet
sebab masih lagi tidak berjaya membuang
pagi tadi sayang cakap nak 1/2 day
nak bawak aku pergi ke klinik untuk buat pemeriksaan
tapi sampai jam menunjukkan pukol 4pm sayang masih lagi belum sampai di rumah
risau
tapi aku lagi risau sebab tak dapat membuang
ialah kalau lihat pada kadar pemakanan aku amakn dari ahad lepas
sehingga sahur tadi memang banyak la aku makan
tapi kadar pembuangan ZERO
risau pada usus aku jea skang nie
perut memang dah memulas-mulas tapi tetap degil taknak keluar
arghhhhhhhhhhhhhh geram sungguh
gila sakit aku hadapi skang nie


muka monyok umairah ketika kena demam campak
memang kesian
semuanya taknak
bagi minum air kelapa pun seteguk jea dia minum
tahu-tahu saja air kelapa tu ubat
try bagi time tak sakit laju kea minum air kelapa tu
kekadang tu berebut-rebut minum dengan si bam bam nie


mula tumbuh di kaki dahulu
terus naik ke atas badan
demam campak cacar
tapi si bam bam nie degil
abis di garunya dengan kuku dia
kalau ada yang kering abis di kopeknya
emmm bertanda satu badan yang mana si kecik nie dapat kopek
geram tengok


sapu ubat cream putih nie
pasti umairah akan mengamuk
dia memang tak suka aku letakkan ubat nie
tak tahu kenapa
nak pakaikan bila umairah tengah tido
kerja mudah sebab time tidor umairah memang suka tidor pakai pampers sahaja
jadi senang nak lumurkan ubat kat badan dia


Wednesday, August 18, 2010

Orang Minyak Menyerang

kejadian terjadi malam tadi
memang pecah la perut kami gelakkan si bam bam tu
aku leka ngadap lappy
sayang plak leka tgk tv rancangan bola
sebelum terjadinya kejadian tersebut
aku toleh belakang si kecik tu leka main dengan mini bola
yang babah dia beli kan
jadi tak la aku risau sangat
jadi terus la dengan aktiviti aku ngadap lappy


dalam 5 minute macam tu
macam pelik jea
sebab senyap semacam jea
kalau suasana senyap sepi jea
bagi kami ada lah si bam bam nie buat something
bila aku toleh ke belakang saja


ya Allah
boleh tak
umairah lumurkan satu badan dia dengan minyak Johnson Baby
memang berkilat tak ingat la
dah tengok aku menjerit
umairah terus berdiri tepi dinding
tahu la tu
buat perkara salah
geramnya aku kat si kecik nie
ada jea benda yang nak di buatnya


lap dengan tuala pun masih lagi berkilat badan tu
nak taknak kena la mandikan jugak si kecik tu
sayang la kena mandikan umairah
emmmm dah pukol 11 lebih pun kena mandi lagi
selalu macam tu
sebelum tidor mesti kena mandi kan dulu
ada jea aktiviti dia yang buatkan kami geram
dalam geram tu memang buatkan kami sakit perut gelakkan anak kami nie


tidor malam plak taknak pakai baju dan seluar
nak berlenggeng jea tidor malam
pakai pampers jea la
sejuk pun jangan harap la nak pakai pakaian
emmmmm




muka umairah yang rasa bersalah
berdiri rapat ke dinding
hehehehhe macam kena denda jea hehehehehehe

Tuesday, August 17, 2010

Walaupun Demam Selera Tetap Ada

biasanya bila tiba bulan puasa
masing-masing ada selera tersendiri
siap ada permintaan untuk mak aku masakkan
biasanya adk aku yang bongsu la paling mengada-ngada
ada jea special request yg di minta
kalau hujung minggu lagi la
kalau meja tak penuh memang la bukan bulan puasa
tapi yang pasti kami sekeluarga memnag jarang la nak beli
lauk ataupun kuih di psara ramadhan
ialah bukan sedap pun
membazie jea beli
tak makan
bila tak makan masuk ke tong sampah - memang pembaziran


jadi petang tadi
kami berbuka dengan ayam percik
chicken lasagna
kuih ketayap
perghhh memang meyelerakan
nyum nyum nyum nyum



ayam percik
memang sedap
lain dari org lain buat
sayang makan memang bertambah2
siap cakap aku kena belajar dari mak
untuk masak ayam resipi nie



chicken lasagna nie plak aku yang masak
sebab aku memang nak makan
nak minta mak aku buat memang la tak reti kan
jadi turun jugak la ke dapur walaupun tak sihat sangat
ialah tekak punya pasal
gagahkan diri jugak la


chicken lasagna nie aku buat yang paling simple jea
malas nak buat yg gempak2
asalkan ada rasa itu dah cukup la hehehehhe
emmmm pasti ada yang menanya resipi chicken lasagna nie kan
baik aku tepek sekali resipi nie



Chicken Lasagna Yang Simple :

bahan-bahan ;

*kepingan lasagna
*bawang besar di potong dadau
*ayam yang telah di potong kecil2
*tomato puri - 2 sudu
*sos speggethi [aku guna kimbal-cendawan]
*2 cawan susu dutch lady [terpulang nak guna susu segar jenis jenama lain]
*20 grm keju mozzarella

Cara Memsaka ;

*lasagna di rebus sehingga masak
*tumis bawang sehingga garing
*masukkan tomato puri, sos speggethi dan masukkan ayam
*masukkan garam, blackpepper
*dah masak tutup api


*masukkan susu segar ke dalam periuk
*masukkan keju
*masak sehingga jadi creamy


*sediakan loyang
*letakkan sos ayam..letakkan sos keju..lapisan seterusnya letak kepingan lasagna di atas
*ulang sehingga semua bahan habis
* bahagian atas sekali letakkan keju
*bakar selama 25 minute
* sedia untuk di makan

Demam

semalam mc
dan hari nie pun aku mc
tapi hari nie aku pergi kerja macam biasa
tapi bila dah sampai di opis
rasa tak kena
terus terlentuk di meja kerja
sebelum pukol 9am
aku dah ke toilet 3x
untuk muntah
muka pucat memang tak ingat
rakan member yang lain minta aku balik ke rumah jea
untuk rehatkan diri


dan untuk kali ke 3 aku masuk toilet
aku terus jumpa bos aku untuk minta kebenaran untuk pulang ke rumah
nasib baik la bos aku benarkan
thanks bos


sebelum balik ke rumah
aku singgah dulu ke klinik
nak amik ubat dan minta mc untuk hari nie
bagi ubat penadol, angin dan ubat tahan muntah


sampai rumah pukol 10am
mak pun terkejut tengok aku balik rumah
aku cuma cakap aku tak sihat
masuk ke bilik dan terus terbongkang atas katil
tidor sampai pukol 4pm
sedar pun sebab umairah kejutkan aku
emmm sayang ibu dah balik yea


harap esok aku akan dapat kembali bekerja seperti sediakala
kerja pasti melambak atas meja
tadi datang pun tak sempat nak tengok keja atas meja
kepala berserabut betul la
perut plak asyik la mengeras
sakit gila rasanya

Saturday, August 14, 2010

Salam Ramadhan Dari Kami Sekeluarga


sudah 4 hari kita umat islam berpuasa di bulan ramadhan yang mulia ini
dikesempatan ini
kami sekeluarga mengucapkan selamat menyambut ramadhan
di sambil itu
kami sekeluarga memohon kemaafan di bulan yang mulia ini


emmmm dah lama aku tak menjengah blog kesyaangan aku nie
terima kasih pada mereka yg sudi menyanta khabar
melalui msg, email, facebook dan terus saja call


sejak preggy nie semangat untuk buka blog
macam hambar jea
dengan kesibukan di tempat kerja
melayan karenah suami dan anak
dan tidak lupa jugak kini membawa baby coming soon :D


harap selepas nie
semangat untuk berblogging akan menjelma semula
selepas frasa morning sickness tiada lagi
dan teringin untuk menukar layout blog kesayangan aku ini


nnti kita sambung lagi
pada yg rindu umairah
cukup la ketika ini aku tempek sekeping cuma gambar si bam bam nie hehehehehe
gambar aku tika preggy nie
malu plak nak tunjuk
bam bam jugak hehehehhe
daaaa

Saturday, May 22, 2010

Tak Sangka Bertudung dan Bersanggul ada Hadisnya

fesyen akhir zaman
nampak cantik dan ayu TAPI





Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.



Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-


banyak-banyakkan amalan kita untuk di dunia dan di akhirat..semakin takut bila memikirkan apa yang bakal terjadi di akhir zaman nie..

KFC BlackPepper

siaper sudah tray kfc menu yang baru
skang nie kfc tengah promote kfc blackpepper kan
malam try la nak rasa
tapi tak la makan di situ
beli tapau bawak balik
nak makan situ rasa tak aman jea
ialah umairah kalau makan di luar
memang tak larat nak jaga
dari boleh makan kenyang
terus umairah yang kenyang dengan cubitan aku nanti hehehehehhe
cubit sayang tau bukan cubit sakit tu


nanti semua meja dia nak singgah
pastu beramah mesra dengan orang
sibu jea la nak kenal-kenal dengan orang
kalau ada budak lagi la makin lasak
emmmm memang tak larat la nak menjaga si kecik tu
baik beli tapau jea.. selamat
di rumah tak kesah la nak buat apa pun kan
nak bersepah pun tak kesah
nak tumpah pun tak kesah
takder siapa yang nampak
aku jadi hulkhogan pun takder siapa yang nampak hehehehhehe


ok berbalik pada kfc promotion tadi
aku makan seketul jea
itu pun cubit skit2 sahaja
pedas gila la
dia punya blackpepper memang sebijik2 dalam ayamnya
memang tak tahan la perut aku
sayang pun cakap pedas tak ingat
kalah la ayam spicy kfc yang sebelum nie


malam aku tak boleh nak tidor sangat
sebab kepanasan
bangun pagi nie dah cirit birit plak
dah baper kali masuk toilet
berlumba-lumba dengan sayang
nasib baik la umah ada 2 toilet
tak la berebut
kalau ada 1 sahaja mauuu ada yang tercirit dalam seluar jea :p


jadi kesimpulannya
pada yang tak tahan pedas tu
kalau makan berhati-hati la yea
tobat makan sekali nie ajer la
tunggu spicy keluar semula ajer la
tu jea yg ok bagi tekak aku la nie


sayang suruh aku minum air zamzam
bagi sejuk skit perut aku
kesian baby dalam perut kepanasan

Friday, May 21, 2010

Sambal Sotong Idaman Kalbu

permintaan dari kak long kepada adiknya hehehhee
mentang-mentang la tengah preggy
apa yang di minta pasti dapat hehehehehe



minta lini masakkan sambal sotong
teringin plak aku nak makan masakan dia
lini nie memang pandai masak
ikut jejak mak aku
cuma aku jea yang tak pandai masak
akku kalau masak
ada jea yang tak kena
termasin la..masam la..macam-macam perasa tambahan akan terjadi
sayang nak taknak terima ajer la
apa yang isteri dia masak hehehhehe

ok la tu dari orang yang malas nak masak
asyik ajak suami makan di kedai jea
suami yang pening kepala nak ikut permintaan isteri
poket dah kempis nak jugak ajak makan kedai
ada tau perangai yang macam nie
hehehehehe kisah dari sinar pagi la nie :p


balik kerja tadi
ambil umairah dari rumah penjaga
terus pergi ke ladang baru pergi ke rumah lini
pukol 7pm jugak la sampai di sana
penat gila
rasa macam nak terus rebahkan diri jea
ialah memandangakn di opis tadi masa aku lebih banyak di training room
bosan la bila kena brieffing nie
dari pukol 9am - 4pm
dengar ajer la taklimat yang diberikan
aku sorang sahaja perempuan
yang lain semuanya perempuan
bosan..bosan..bosan..


umairah suka la bila dapat jumpa dengan pija
sudah kenal jalan ke rumah pija
masuk jea simpang masuk ke sana
sudah tahu yang dia nak jumpa pija
terus sebut nama pija hehehehehe
kesian pija demam
tapi bila masing-masing dah jumpa memang terus sihat
gagahkan jugak diri tu bangun untuk peluk umairah
rindu la tu


tak lama pun di rumah lini tadi
lepas makan duduk2 sekejap
pastu minta diri
kepala dah berat sangat dah


nak balik
hah satu kampung boleh dengar suara nangis pija dan umairah
memang macam nie la kalau dapat jumpa sekejap
pasti akan menangis
taknak balik
tak puas main lagi
kesian kan
tapi nak buat macam mana
takkan la nak tinggalkan, mana bawak susu umairah semua
melalak pun sumbat ajer la dalam kereta
emmm hujung minggu nie kita jumpa pija lagi la sayang

alhamdulillah kenyang perut makan masakan lini
adik kesayangan tu

Thursday, May 20, 2010

Terima Kasih Daun Keladi

citer semalam jugak
datang kerja jea semalam
tengok atas meja ada muffin
siap ada nama aku lagi tu
sah dah tahu siapa yang bagi
thanks kak ninie
dalam kepala dah ligat apa lah nak bagi pada kak ninie
jadi bila tahu plan lunch nak pergi ke giant
memang cantik la
sebab boleh la beli something untuk kak ninie :D


muffin perisa orange
memang sedap
lembut jea


time lunch kami kan makan di foodcourt giant
betul2 bertentangan dengan kedai memorylane
tengah-tengah makan tu
kak ninie tunjuk 1 benda dalam kedai memorylane yang dia suka sangat
hahahahha terus la idea nqk beli benda tu
ialah baik bagi benda yang orang suka kan
dari yang tak suka
setuju tak anak-anak



hadiah yang telah di simpan baik-baik dalam kotak



sebelum balik
kami semua bersalam-salaman dulu dengan kak ninie dahulu
sedih tetiba
dan aku baru tahu yang salah seorang dari team aku akan resign jugak
dapat offer di tempat lain
jadi siapa berminat boleh la hantar resume di tempat kerja aku nie
berpengalaman - credit controller AR


GUD LUCK KAK NINIE
di tempat kerja baru :D

Lunch Semalam

sejak kerja di s.alam
lunch pasti la di giant @pun tesco
tak tahu nak makan di mana lagi
beli tapau dari m.cik tepi jalan pun macam sudah bosan
sebab lauk yang di jual sama jea tiap-tiap hari
emmm napa la tak tukar2 lauk yang di jual
buat la pusingan kan


memandangkan semalam tak sempat nak update blog
baru berkesempatan nak update hari nie
semalam adalah hari last day kak ninie
jadi ada member yang nak belanja kak ninie tu yang kami decide
makan di giant sahaja
macam2 pilihan ada




konon ambil gambar letak tangan di dagu
nak cover jerawat bawah dagu la tu
hampeh jea
still ketara nampak jugak huhuhuhu



aku cuma makan set chicken mcdeluxe jea
teringin plak nak makan burger mc'd
tu yang beli tapau pastu makan di foodcourt giant
member2 yang lain merata cari makanan



kak ninie
muka happy jea sebab winie belanja kak ninie lunch
pasnie susah la nak jumpa kak ninie lagi
walaupun opis tempat kerja baru kak ninie dekat sahaja
tapi time lunch kami tak sama la
kalau sama pasti dapat berambu ramba sekali hehehehhehe

Wednesday, May 19, 2010

Balik Melaka

dalam bulan lepas sahaja
sudah 2 kali kami sekeluarga balik ke melaka
pak uda aku masuk ke hospital melaka
sebab ada masalah jantung
dikejarkan masuk ke hosp sebab jatuh pengsan di kedai
doc cakap nasib baik hantar ke hosp dengan cepat
sebab tu la dimasukkan ke CCU
di pantau dengan teliti
jadi weekend kami minggu pertama bulan lalu
kami habiskan masa di hosp
berkampung sekejap di sana
kesian mak uda aku
sedih sentiasa
p.uda adalah adik kesayangan mak aku
kami memang rapat dengan family uda nie
baik sangat



keadaan pak uda ketika tidak sedarkan diri ketika di ccu
ubat pelali memang diberikan supaya pak uda dapat berehat dengan secukupnya
hujung minggu kami balik
balik dengan kelegaan sebab pak uda dipindahkan ke wad
maknanya jantung pak uda kembali berfungsi dengan baik



minggu ke dua hujung minggu
kami balik jugak ke melaka
sebab nak tahu perkembangan terkini keadaan pak uda
pak uda sudah dibenarkan keluar dari hosp selepas seminggu berada di hosp
tapi selepas keluar seminggu sekali kena jumpa doc
untuk dapatkan pemeriksaan lanjut
gembira kami lihat setelah dapat lihat pak uda senyum kembali
banyak jugak la nasihat yang kami berikan
berhenti merokok adalah WAJIB


hari ahadnya kami singgah sebentar ke rumah arwah wan
sedih lihat rumah arwah wan dan atuk usang tanpa di jaga
tinggal masa nak runtuh sahaja rumah tersebut
sedih sebab banyak kenangan di rumah tersebut
kenangan bersama wan dan atuk
kenangan ketika membesar di sana
kenangan ketika beraya di suasana kg yang masih lagi menebal ketika waktu kecil
skang nie umah tersebut di telan dengan anai-anai


kami lepak di tepi pantai sahaja
pantai hanya di hadapan rumah arwah sahaja
lagi plak ada pondok yang boleh kami merehatkan diri


umairah memang suka dengan pantai
nampak sahaja
tak sabar-sabar nak turun untuk bermandi manda
siap angkat tangan supaya kami boleh bukan kan baju dia



sayang la yang melayan karenah umairah dan pija
mandi laut
aku hanya memerhatikan dari jauh sahaja




konon-konon nak berenang la tu
budak berapa tahun yea boleh belajar berenang?
macam nak hantar umairah untuk belajar berenang sahaja la



air cetek sahaja sebab air tengah surut
air pasang ketika magrib
ok la tu dapat la jugak jejakkan kaki berendam dlm air laut


rindu bila singgah di kuala sg.baru
banyak memori di sana
dan semoga pak uda terus sihat selalu


Budak Yang Kuat Mengacau

dari umur umairah 8 bulan [rasanya la]
ketika umairah dah pandai merangkak
aktiviti surf internet memang payah
suka sangat mengacau [ambil tahu dengan apa yang kami buat depan lappy]
bila bersila depan lappy
pasti si kecik nie akan duduk di riba sambil menekan sesuka
hati jea keyboard lappy
pernah sekali huruf C tenggelam tak naik2
kena hantar ke kedai untuk baiki
kena charge RM50
cekik darah betul la


itu kalau mood si kecik nie baik
memang dia akan buat tak tahu jea bila aku pn lappy
tapi kalau mood dia tak ok
jangan harap la
boleh duduk depan lappy


nie antara gelagat umairah bila mood dia tak ok
biasanya bila bangun dari tidor
umairah memang suka dimanjakan
suka kiss - kiss pipi si masam tu
cakap sayang pada si kecik nie dulu
dukung sambil peluk kuat-kuat si kecik nie
baru la mood si kecik nie akan ceria sepanjang hari


tapi ada sehari [minggu lepas aku kan mc]
leka mengadap pc
tak perasan si kecik nie dah bangun
berdiri sebelah aku sambil buat muka masam
pastu mencebik hehehehhehe
aku nak kiss terus toleh tempat lain
emmmm confirm dah merajuk la tu


terus panjat atas meja
duduk belakang lappy


terus tolak-tolak lappy nak tutup
tangan tu asyik la menekan on off button lappy
emmm sah2 la si kecik nie dah merajuk
baru tinggalkan sekejap lappy
sebab nak buat susu



lappy dah di tutup
muka masam mencuka
memang masam pun sebab tak mandi lagi hehehehehe



siap letak kaki atas lappy lagi
alahai anak ibu nie
kuat merajuk tau skang nie
suka tarik perhatian dari kita
pantang lambat skit mula la rebahkan diri atas lantai
alahai mana la belajar nie


sabar jea la
ibu tetap sayang umairah la kalau adik dah keluar nanti
mmmuahhhh anak ibu

Tuesday, May 18, 2010

Kerabu Mangga Memang Kena Dengan Selera Aku Kini



perjalanan pagi tadi berjalan seperti biasa
jam di pagi hari adalah lumrah kehidupan
tapi rasanya apa yang di tempuhi cik leeya
pergi ke tempat kerja lagi la dasyat
keluar lambat jea pasti jalan dah jam..betul tak cik saya :D


emmmm lupa aku nak cerita kisah lucu di pagi hari
aku pergi ke shah alam guna hiway guthrie
dan aku salah seorang yang menggunakan smartag
thanks sayang sebab belikan satu untuk memudahkan aku untuk pergi
ke tempat kerja
seperti biasa aku akan keluarkan smartag dan letakkan di atas paha aku
bila tiba di toll, terus mudah aku nak angkat smartag
dan akan bunyi tut tut tut sambil palang akan naik ke atas


tapi kali nie berbeza biar aku yang gelak dahulu hehehehehhe
tengah panaskan enjin keta
bongkok skit nak amik smartag dalam dashboard
handphone aku berbunyi
yang kebetulan handbeg aku letakkan di bawah dashboard
terus capai handphone borak2 skit [mak yang call]
pastu terus letak hp di atas paha aku
terus lupa nak ambil smartag di dlm dashboard


bila sampai di toll dengan bangganya terus angkat hp
yang aku sangka smartag
hahahahhahaha aku lupa yang aku letak atas paha adalah hp
bukannya smartag
kan dah berbunyi toll gate tu
keta belakang mesti bengang jea
ialah nak cepat jadi lambat plak
nak undur memnag tak boleh la
sebab keta belakang memang dekat jea dengan kereta aku
jadi nak taknak kena tunggu jugak la petugas toll untuk selesaikan masalah aku
hehehehhehe tu jea la lawaknya
lepas dapat lepapaskan diri dari toll
terus aku gelak sorang-sorang dalam kereta
taknak ker orang buat
dari hp pun boleh guna tounch n go
siapa nak cipta
aku dah bagi idea nie
lebih mudah kan :D


hari nie bos aku dah masuk opis
biasalah kena panggil dengan bos
tanya keadaan aku macam mana
aku cuma cakap ok ajer la
tengah-tengah cakap tu
aku nak muntah plak
terus angkat tangan nak pergi toilet
mata memang bergenang air mata la sbb menahan muntah
alahai seksanya hidup tika nie


kerja pun tak la banyak sangat nak di buat
mungkin bos aku kesian kot
tu yang tak bagi aku pressure sangat tu :D


hari nie wajah aku ceria jea
walaupun secalit make up wajah tetap berseri-seri hehehehehhe
jerawat banyak kan di muka aku ketika nie
suka betul naik di dagu
tempat lain ok jea
kat situ merata tumbuh




lunch tadi kami makan di Restaurant Utara di TTDI S.Alam
pemilik bersama dengan sup ani utara
lauk dia semuanya ok la
sambil menjeguk-jeguk lauk yang ada
terus aku terliur bila tengok ada kerabu mangga
fuyoooooo terus terliur
selera jea bila makan
sebab ada rasa masam-masam skit kan
pastu ambik lauk udang masak lemak
pun sedap jugak
kena charge RM5.50 bersama dengan air teh o ice limau





petang balik kerja
baru pukol 6pm
tapi aku rasa macam dah pukol 8pm jea
punya la gelap sebab hujan turun memang lebat
mata dah la rabun
drive tengok lampu belakang kereta orang jea
bila la nak buat spec nie

Salam Takziah

Al-Fatihah untuk bekas rakan sekerja ketika di Eon dahulu
arwah Suhaimi selamat dikebumikan pada hari ahad yang lepas
arwah seorang yang mmg baik
dan yang pasti aku suka minta arwah
untuk betulkan kereta aku sebab free jea
tak payah nak keluar duit
tapi balanja makan la kan hehehehehe
makan plak mesti di kedai wan
makan laksa..memang sedap


tak sempat nak datang ziarah
ingat nak jeguk kak mira [isteri arwah] hari ahad nie
shumie ajak sekali member-member Eon untuk jeguk sekali
isyaAllah aku akan try call mereka semula
itu pun kalau dorang tak tukar no.phone lagi la


arwah meninggal sebab xcident di seremban
masuk icu di hos. serebam
di sana selama 2 minggu
dan seminggu di hosp. hukl
hari jumaat yang lalu dah nazak
baru jea plan ngan hasan nak lawat hari nie
dan arwah pergi pada hari ahad sebelum kami datang menjeguknya


isteri arwah baru jea selamat melahirkan anak ke tiga dorang
baby girl
bersalin tanpa suami di sisi
dan sekali lagi dugaan membesarkan anak2 yang masih kecil
tanpa suami di sisi
besar betul dugaan untuk kak mira
aku harap kak mira tabah hadapi dugaan yang melanda


kalau aku tak tahu la apa yang bakal aku lakukan
teruskan kehidupan
tapi yang pasti tidak sanggup aku kehilangan sayang
kejadian nie aku ceritakan pada sayang
nampak berubah muka sayang
ialah sayang pun suka jugak bawak kereta dengan laju
geram jea tengok
ingat2 skit isteri awak nie tengah preggy


al-fatihah
semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman
Amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha