NuffnangX

Showing posts with label ...kenduri kahwin.... Show all posts
Showing posts with label ...kenduri kahwin.... Show all posts

Monday, October 31, 2011

Kenduri Kahwin Member Sekerja Di Opis Lama

sabtu lepas kami pergi ke shah alam section 19
untuk hadiri member opis lama yang kahwin
tak datang macam serba salah plak ialah time kita kahwin dia datang jea
jadi pukol 12 lebih ambil shumie dahulu baru gerak ke shah alam
alahai jem la plak jalan menuju ke shah alam
baru ingat malam tu ada games bola NS lawan Terengganu
jadi banyak kenderaan masuk ke shah alam


bob (syahman) member lama semasa bekerja di Wan-Ra dahulu
bila tengok wedding nie
teringat aku dengan sayang
kecik dan besar hehehehehe
skang nie jea nak sama balance dengan sayang kihkihkih


pengantin bersama aku dan shumie



bob nie budak praktikal time sayang jadi supervisor di sana





time aku makan, sayang plak melayan umar

ialah time sayang makan aku menjaga umairah

jadi sama-sama kena la beri kerjasama kalau nak makan dengan kenyangkan


memang sedap gila la biskut nie

nie biskut semprit atau biskut dahlia erk

aku pun tak pasti

tapi bila makan memang sedap rasa crunchy jea


tapai nie pun sedap

aku makan 2 bijik jea

manis tak ingat boleh kencing manis nie kalau makan selalu

comeykan tapai nie - kecil2 jea


aku bersama shumie - my BFF

lama kami tak jumpa

ialah dia pun sibuk gak dengan studynya


bersama umar

nasib baik la umar tak meragam

makan pun banyak


umairah pun makan banyak

tapi sibuk sangat nak main buaian di taman mainan

rumah pengantin berhadapan dengan taman permainan

jadi sibuk sangat la nak main buaian

jadi kena la ugut nak main kena la makan dulu

lepas makan baru lepaskan si kecik nie main buaian


memula shumie masuk kereta

umar asyik la pandang auntie shumie dia hehehehehe

ialah jarang jumpa kan

sampai terlentok-lentok la kepala dia sandar ke bahu aku

konon malu la dengan auntie shumienya tu

dah lama baru ok

siap boleh dukung lagi

tapi shumie dukung sekejap jea sebab tangan dia rasa lenguh tak ingat bila dukung si umar nie

hah baru tahukan

that daykan birthday umairah
jadi bila singgah di Petronas isi minyak kereta
belikan umairah belon hello kitty untuk umairah
suka la bila dapat dari babahnya tu



masa dalam perjalanan balik


sebab kena hantar shumie balik semula ke merbau sempak


jam plak bila sampai di area stadium shah alam


kereta plat terengganu memang dah banyak memenuhi jalan


di sekeliling stadium lagi la macam-macam gaya dan aksi penyokong dari terengganu


tapi Tahniah pada pasukan terengganu sebab menang pada malam tersebut


2-0 kan...cya yok cya yok


aku takder la sokong saper2 pun saper menang aku sokong..boleh gitu :p

Monday, October 3, 2011

Jodoh Di Usia Senja

sabtu malam ahad yang lepas
kami sekeluarga (Sijangkang) pergi kenduri kahwen p.cik sayang
rasanya belum cukup setahun arwah isteri p.ciknya meninggal
sudah menikah yang lain
arwah meninggal sebab kenying manis dan komplikasi penyakit yang lain
sakit pun sudah lama
jodoh p.ciknya nie pun di cari oleh adik beradik yang lain
ialah bila sudah tua nie baik ada yang menjaganya
anak-anak semuanya sudah kahwen
dan duduk berasingan dengan bapaknya
jadi memang elok ada orang mejaga disisinya sekarang nie
sakit pening ada yang menjaganya
ramai yang datang ke masjlis nie
semata-mata nak tengok wajah isteri baru p.cik sayang
ialah selalu tengok pengantin muda sahaja kan
jadi peluang malam tu tengok pengantin usia emas plak
xcited nak tengok pengantin sampai lupa nak snap gambar pengantin


umairah bersama dengan dua pupunya - ahmad

bersama dengan kak nurul plak


dari kiri : kak mar, kak ros, umairah dan mulut muncung tu anak buah sayang..nina



sepupu kecik berjumpa
umairah ada plak nak ketuk kepala sepupunya bila didekatkan
hehehehehehhe ganas betul la umar nie


bersama kak long
anak buah sayang....
pendapat korang bila berkahwen semula setelah kematian pasangan
korang akan kahwen semula @ sanggup membujang sehingga mati...

Saturday, September 17, 2011

Tidak Dapat Datang Siang, Kita Terjah Waktu Malam Kenduri Kawen

memandangkan esok aku ada class

jadi sayang ajak datang kenduri kawen sepupu dia waktu malam

dan aku memang tak bawak baju kurung pun

uwaaaaaa sayang tanya naper tak bawak

ialah aku ingat nak datang siang jadi confirm la aku tak dapat ikut sebab ada class

jadi tu yang aku tak bawak baju kurung langsung

jadi terpaksa pinjam baju kurung anak buah

emmmm nasib baik la ader yang muat



masa kami sampai

ader group lelaki dewasa tengah main tumplingan

korang pernah dengar tak muzik dari tumplingan nie

aku suka dengar

tumplingan nie hanya ader di majlis kenduri kahwen orang Jawa sahaja



umar pun sibuk jugak makan

padahal di rumah sudah jea makan

makanan yang terhidang tak sedap sangat la

aku makan tak banyak sangat





aku bersama dengan permata hati aku..umairah





umairah bersama dengan kak long

umairah cuma makan nasi dengan ayam goreng sahaja




skang nie pelamin kawen memang pesen jenis kerusi tinggi nie

aku suka tengok

simple tapi cantik

belakang tu di hias dengan kain songket jea




memula umairah nak duduk atas kerusi pelamin

cuma aku sahaja yang tak bagi duduk

ialah takut pengantin tak rasmikan lagi

tapi umairah yang rasmikan dulu

tak baik kan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha