korang pernah pakai baju kurung berpoket tepi tak
tak pernah..hish hish
macam aku baju kurung berpoket nie sudah diperkenalkan sejak aku kecil lagi
cuma masa kecil tak tahu sangat nak guna fungsi poket nie
cuma bila masuk ke sekolah rendah
poket baju kurung aku nie memang digunakan dengan sepenuhnya
ingat lagi masa beli makanan di kantin
segala benda yang aku beli sumbat dalam poket baju kurung
nasib baik la nasi lemak tak dapat nak sumbat dalam poket
kalau tak sumbat jugak kot hehehehehe
dulu m.cik kantin suka letak bee hun dalam plastik
aku tak guna pun sudu atau garpu untuk makan bee hun tu
cuma gigit hujung plastik
dan makan dari lubang yang aku tebuk tu jea
mudah dan boleh makan sambil berjalan-jalan
dulu suka bawak sapu tangan pergi sekolah
jadi poket baju kurung aku akan jadi besar sangat
bila dimasukkan sapu tangan bersama-sama dengan segala
benda kazanah yang aku suka letak di dalam poket
baju kurung berpoket nie aku pakai sehingga belajar ke kolej
masa nie tiada la lagi macam-macam benda aku letak
cuma kosong jea, sebab sudah kenal baju kurung yang tiada poket
jadi selepas habis kolej, tiada lagi baju kurung berpoket aku miliki
cuma malam tadi ternampak sehelai baju lama yang masih elok di simpan
dan bila di check semula
baju kurung tersebut ada kocek
terus terimbau kenangan lama
kisah lucu, sedih dan gembira
lucu sebab macam-macam benda nak di simpan di situ
sedih sebab simpan duit dalam poket baru perasan yang poket tersebut ada lubang
jadi di sekolah tak dapat nak beli makanan, duit sudah hilang
gembira sebab boleh simpan mainan sekali di dalam poket
rindu dengan baju kurung berpoket

