NuffnangX

Tuesday, September 27, 2011

Sarapan Pagi Di Gerai Pak Uda dan Mak Uda

pada pagi ahadnya... hujan turun renyai-renyai
syorknya tidor, sejuk sahaja suasana
ialah rumah kampungkan, jadi bila hujan bertambah-bertambahlah sejuknya
suasana pun nyaman dan damai sahaja
tapi tak boleh nak tidor lama-lama
sebab umar memang dah tahu waktu dia bangun tidor
bila si kecik nie sudah berjaga
habis semua orang di tariknya rambut
jadi nak taknak bangun jugak la - lagi plak rumah orangkan
bawak-bawak la bangun awal - menolong apa yang patut
tapi di rumah pak uda nie lain kesnya
sebab mak uda dan pak uda, dorang buka gerai makan di depan rumah
jadi sarapan pagi kami terjah sahaja gerai pak uda
pilih sahaja apa yang kami nak makan


nasi lemak yang mak uda masak memang terbaik ... sebut macam Boboiboy cakap yea :p
roti canai yang pak uda goreng pun perghhhh memang sedap
jadi pagi tu banyak jugak yang aku makan

umar pun makan nasi lemak
suapkan nasinya sahaja
banyak jugak si kecik nie makan


mak macam biasa roti telor la menjadi pilihan




alahai tengok la gaya umairah nie bergambar


pija pun ikut sekali


dah jadi macam hantu mak limah pun


pija banyak makan


cuma umairah bila bangun tidor memang akan menyusu botol dahulu - jadi perut sudah kenyang


memang tak makan la pagi tu


memang suka datang ke rumah mak uda...rasa kami sekeluarga di hargai


dari datang ke rumah saudara mak yang lain...

Buat Hal Ketika Perjalanan Jauh Nak Bermula

selepas jamuan raya - kami tak tunggu sehingga jamuan habis
pukol 11 lebih kami bergerak
naik 2 buah kereta - hafiz dan sayang
yang tak follow sobri dan ayah sahaja - sobri ahadnya kena kerja
dan ayah plak kakinya kena gaout jadi tak larat nak berjalan jauh
sampai simpang empat di Kuang, tetiba sayang tunjukkan lampu bateri menyala
dalam hati aku ..sudah kereta nak buat hal ker
terus sayang menuju ke Petronas untuk isi minyak dan buat check up sedikit
bila matikan enjin kereta untuk isi minyak
nak hidupkan semula kereta terus tak boleh start - hah sudah
panggil hafiz untuk check kan apa masalahnya
bila buat jumper tetap tak boleh start
tukar bateri dengan kereta hafiz, start sekejap sahaja pastu mati semula
hafiz cakap sah yang bateri takder masalah cuma alternator shj yang problemnya - hah sudah
call sobri datang ke Petronas dengan segera
dalam 15 minute sobri sudah sampai - kelegaan di situ
bila sobri check, memang confirm alternator problem
jadi keputusannya, pinjam kereta sobri untuk balik ke Melaka
angkut semua barang dari dalam kereta Waja tukar ke Bonet kereta Wira sobri
bagi running sekejap kereta waja, terus sobri bawak kereta waja pulang ke rumah
msg dengan sobri betul-betul sampai di rumah terus waja tak boleh start
selamat tak mati dalam perjalanan balik ke rumah
jadi kami bergerak dari Kuang malam tu tepat pukol 12tghmalam


kami sampai di Alor Gajah tepat pukol 1 lebih
mak aiiii memang laju la budak orang nie bawak kereta
cuma ambil masa 1jam 1/2 untuk sampai ke Alor Gajah
biasanya perjalanan ambil 2 jam
memang laju tak ingat dorang nie bawak kereta
kami tidor di rumah Mak. Uda dan Pak Uda
memang dorang menanti kedatangan kami
sebab mak sudah inform mak uda kami nak datang
pukol 1 lebih tu sempat lagi, Hafiz, Sayang dan Lini makan nasi lagi
pelik aku tengok, padahal banyak jugak dorang makan time Jamuan raya
nie dah pagi buta sempat lagi mengisi perut sebelum tidor
aku tengok jea la pastu bantai tidor
penat sangat badan rasanya


emmmm esok la nampaknya baru nak baiki kereta waja tu
dah mula timbulkan banyak masalah waja nie
padahal baru seminggu lepas baiki air-cond
skang alternator plak..harap-harap pasnie tak timbul masalah lagi la

Jamuan Raya Block C Kundang

Jamuan Raya nie memang diadakan setiap tahun untuk taman block C nie
memang superduper meriah
cuma tahun nie ader yang sponser set karaoke
jadi budak-budak bujang gembira sakan la
memula memang la di pasang lagu raya
bila malam semakin memuncak lagu-lagu sakit telinga la plak kedenganran
bukan pilihan jiwa raga aku lagu-lagu budak zaman kini
chewah macam dah tua sangat aku nie kan hehehehhehe
jamuan kali nie ader gotong royong buat lemang
sebelum aku pergi kerja sabtu tu,
sudah nampak p.cik Man jiran sebelah rumah mak aku nie (bukan JIRAN TAK TAHU MALU tu) sudah buat persiapan untuk membuat tempat untuk membakar lemang nanti
sampai rumah pukol 1 lebih sudah separuh lemag telah di masak
konsep jamuan di sini, setiap rumah diWAJIBkan membawa makanan untuk dihidangkan
kiranya konsep potluck la..bawak jea la apa-apa makanan pun asalkan boleh di makan


jumaat malam sabtu
khemah sudah siap di pasang
jadinya hari sabtunya cuma tinggal nak susun meja dan susun kerusi sahaja
kerahan tenaga muda jugak nie dalam membuat kerja


lemang yang tinggal sedikit lagi untuk di masak
total semua lemang yang di bakar ialah 50 batang lemang
banyakkan..banyangkan orang yang membakar lemang nie...memang terbakar la kulit badan


aku tak menolong apa pun
cuma nak bergambar sahaja bersama lemang yang tengah di bakar
selepas itu sessi rasa merasa lemang yang siap di masak hahahahha


Lini pun sama
sahaja nak test panas api lemang hehehehhe
banyak gambar jamuan time malam di dalam camera Lini
nanti-nanti la aku cilok dari camera dia

sayang sampai di rumah setalah aku rancak memenuhkan perut aku
dan umar tidor, jadi dengan senang lenang tika aku bersantap makanan
jamuan bermula tika waktu pukol 8pm, ramai yang sudah menghadirkan diri sambil menyusun sendiri makanan yang di bawak
makanan yang terhidang memang banyak gila
cuma tak tahu nak makan aper jea
aper jea yang korang idamkan ader di depan mata, cuma pilih dan masukkan ke dalam pinggan polistren masing-masing
cuma aku tak suka gaya orang di sini, baru sahaja pukol 10pm masing-masing dan berbungkus nak bawak balik
padahal ader jea orang yang masih datang, nak bawak balik pun tunggu la bila orang dah tiada
paling koman pun tunggu la sehingga majlis habis pukol 11pm
malu aku menengoknya, main bungkus-bungkus nie
tahun depan kena ader rules la, jangan nak bawak balik sehingga majlis tamat
tak sengar jugak tegur jea guna mikrofon..tak faham-faham

bersama teman sepermainan sewaktu kecil
ayu...tinggal di kuantan skang nie
menjadi pendidik..bagus banyak pahala mengajar anak murid nie
mengajar bahasa arab di sekolah rendah
sudah mempunyai anak 2 orang anak - sepasang - sama macam aku jugak


pukol 11 lebih kami sekeluarga berkemas-kemas untuk balik ke Melaka
ader kisah sedih di sebalik perjalanan balik ke Melaka
nanti aku storykan...

Monday, September 26, 2011

MC - Demam dan Batuk

sebenarnya aku dah demam dari malam tadi
mungkin sebab kepenatan dari petang sabtu
melarat sampai ke hari ahad - tu yang tetiba dapat demam
kepenatan disebabkan perjalanan
sayang pun MC jugak sebab tonsil sayang teruk
sampai suara takder - kalah suara serak Awie hehehehhe
batuk aku plak makin teruk
selsema nak dekat sebulan kena - makan ubat tapi tak baik-baik jugak
jadi aku dapat package penyakit - demam..selsema..batuk...
pergi klinik Mutira untuk dapatkan ubat dan yang paling penting untuk dapatkan MC
dari doctor


sayang ada, boleh la bawak aku pergi ke klinik
sayang pun jumpa doctor jugak
siap kena sedut gas sebab paru-paru dia teruk bunyinya semasa batuk


umar yang tak duduk diam ketika di dukung oleh babahnya
sibuk tengok kakaknya
asyik nak lepaskan diri supaya dapat turun
nak turun kena cepat-cepat berjalan yea umar
dah berjalan baru ibu bagi turun


umairah sibuk main basikal
sampai skang nie umairah tak pandai lagi nak berkayuh dengan betul
umairah kayuh basikal separuh-separuh dia mengayuh basikal
dah ajar banyak kali tetap umairah akan mengayuh stail dia



banyaknya ubat yang aku kena makan
ubat batuk..antibiotik..ubat demam...ubat selsema untuk siang dan malam
kena charge RM86.00 nanti claim pada company
harap-harap batuk aku akan baik selepas makan ubat yang banyak nie..
dapat MC untuk hari nie dan esok sebenarnya
tapi aku akan kerja jugak esok
cuti lama-lama nanti bertimbun kerja nak diselesaikan

Saturday, September 24, 2011

Bila Manusia Tamakkan Harta Orang Lain

ini berlaku pada keluarga aku
tak habis-habis dengan perebutan harta dunia nie
sudah la adik beradik perempuan mak aku mengambil tanah di kampung
dengan tiada keadilan pada adik beradik
kini berlaku plak di tanah tempat aku dan adik beradik dibesarkan
mak, bapak, anak dan menantu sama sahaja aku rasa
suka berebut harta orang lain
perangai mak jenis yang malas nak ambil pusing
sudah bercakap dan menegur tapi JIRAN TAK MALU tetap mengatakan tanah yang sedikit tu tetap dia yang punya
ayah plak sakit jiwa melayan JITAN TAK MALU nie
malas nak berdepan dengan ORANG GILA tersebut
hanya bising di depan kami adik beradik


aku masih ingat lagi ketika orang dari Jabatan Tanah datang mengukur tanah untuk diletakkan ke dalam surat geran tanah
pancang ukuran tanah mak bapak aku ialah betul-betul di atas longkang
siap orang Pejabat Tanah tu menanda setiap sempadan rumah dengan batu pacak
tapi selepas baliknya orang Pejabat Tanah
isteri JIRAN TAK MALU NIE terus menghakis batu tanda nie
kami diamkan sahaja, ialah nak gaduh pun tak guna
semua pokok bunga mak aku yang di tanam sebelah longkang tersebut
habis dicurahnya racun bagi mati
dan terbaru awal tahun nie pokok rambutan gading ayah aku di tebangnya JIRAN TAK MALU tersebut
katanya dahan pokok rambutan ayah aku masuk ke kawasan rumah dia
ayah aku cakap la kenapa nak ditebang terus pokok rambutan tersebut
cantas ajer la cabang yang masuk ke rumah dia sahaja
takper mak dan ayah sabar lagi
malas nak bising-bising lagi


tapi Isnin lepas kemuncak mak dan ayah aku marah
sebab JIRAN GILA HARTA telah mula mencacakkan batang simen untuk membuat pagar
longkang di tutup dengan batu simen
memula sebelum batang simen di pacak, mak sudah menanya kenapa letakkan batang tersebut
JIRAN GILA HARTA cakap di situ sempadan tanah dia
JIRAN TAMAK HARTA nie taknak terima sukatan baru yang Jabatan Tanah berikan
dia tetap nak ukuran yang lama
suka-suka hati ko ajer JIRAN GILA KUASA
ukuran baru nie mengikut longkang sebelah menyebelah rumah
jadi cukai tanah yang kami bayar mengikut ukuran tanah yang Jabtan Tanah ukur
jadi kenapa plak nak lebih-lebih skang nie..ko bayar cukai tanah sedikit mengikut la ukuran tanah skang nie
kenapa nak ambil tanah mak dan ayah aku nie
tapi JIRAN TAMAKKAN HARTA nie tetap berkeras cakap dia sudah cakap dengan orang Pejabat Tanah
cakap tak guna, skang nie guna black and white, ikut pada geran tanah
cakap baik-baik pun JIRAN TAMAKKAN HARTA nie taknak dengar
jadi mak biarkan jea JIRAN TAMAKKAN HARTA nie buat sesuka hati dia
cuma sebelum beredar mak bagi kata pedas pada JIRAN TAK MALU nie
kalau benar tanah yang ko ambil nie memang hak aku, ko jawab sahaja la di akhirat nanti
ko pikir la sendiri


dan sehingga semalam tiang simen telah habis dipacakkan
aku rasa JIRAN TAMAKKAN HARTA ORANG NIE tak boleh pikir dengan waras
ialah kalau ader duit tu ko baik pulih kan la rumah ko yang macam reban kam*bing tu
nie ko buat benda yang tak berfaedah
tutup longkang dan pacak tiang simen
tak ker dengan duit tu ko boleh baiki rumah ko yang teruk tu
otak takder ker
kalau ko dah tutup longkang tu macam mana orang nak bersihkan longkang
lagi banyak la kes denggi di kawasan block C nie
sudah la anak buah ko sudah kena denggi skang nie ko nak tambahkan lagi permasalahan
memang GILA la family korang nie


mak cakap takper kita biarkan apa yang dia nak buat
bila sudah siap dia buat apa yang dia inginkan
kita sendiri akan buat report di Pejabat Tanah
yang ada orang ceroboh tanah kita
yup...biar dia rasa
jadi kami sekeluarga biarkan sahaja apa yang dorang buat
bila tiba masanya baru la kami akan mengambil tindakan pada saluran yang betul
sebab cakap mulut dan tak guna skang nie



rumah buruk tu la yang JIRAN TAMAKKAN HARTA nie tak betulkan
tapi sibuk dengan keluasan tanah yang sedikit nie





tiang simen yang telah dipacakkan

sepatutnya tanah mak sehingga longkang

cuma JIRAN TAMAKKAN HARTA nie tak dapat terima hakikat yang tanah dia kecil sahaja



longkang yang sudah di tutup jugak

memang BODOH sebab macam mana orang nak bersihkan longkang nanti

kalau longkang tersumbat tak ker naya kami nanti

kes demam denggi di block C nie sudah la tinggi

ditambah plak orang BODOH nie lagi la menambahkan kes demam denggi nanti

tunggu dan lihat sahaja apa yang kami akan lakukan

Nak Skit Keee...Tak Boleh :D

hari nie turn aku kena kerja
bosan skit kalau kena kerja hari sabtu nie
sebab floor aku, hanya aku sorang sahaja yang bekerja
tapi floor lain ramai orangnya sebab bercampur department
pagi nie sarapan bee hun bersama dengan air suam
tak lalu plak nak minum milo sebab tekak rasa berkahak plak pagi nie
nak buat kerja tak tahu plak nak buat aper
padahal banyak jea kerja yang kena settlekan tapi sebab mood nak buat kerja takder
baik layan dengar radio jea


malam nie kami sekeluarga akan balik ke Melaka
sepupu kawen
kami akan bermalam di rumah Mak Uda sahaja
nak menginap di hotel @ resort tak bergaji lagi huhuhuhuhu
kalau sudah bergaji lepas habis kerja lagi kami sudah blah
hari nie taman block C akan membuat open road
malam tadi sudah pasang khemah
pagi nie aku tengok p.cik man sudah bersiap sedia nak masak lemang
yummmy sedapnya malam nie dapat makan lemang
nanti aku storykan aper dia yang aku maksudkan open road nie :p

sesiapa yang bekerja hari nie
kerja molek-molek yea :p

Open House Sehabis Waktu Bekerja

tepat sahaja jarum jam menunjukkan pukol 5.30pm
aku dengan syikin sudah jadi lipas kudung
siap-siap untuk punch card dan mencari geng untuk ke rumah siti
bila sudah turun ada geng untuk ke rumah siti
jadi yang jadi penunjuk arah ke rumah siti ialah En.Johan
follow by Kak Imah, Syikin dan aku
yang lain-lain pergi sendiri
aku gerak dahulu, stop sekejap di depan kedai duplop
sebab ingat syikin follow belakang, dalam 3 minute menanti
tak sampai-sampai baru aku nak call si syikin
minah nie sudah call dahulu
tanya aku di mana
rupa-rupanya dorang dah gerak dahulu ikut jalan belakang
apa lagi terus la aku pecut, ikut jalan short cut
dan aku ingat aku yang terbelakang rupa-rupanya aku yang sampai dahulu
di lorong mangga, yang lain-lain tersalah jalan masuk ke lorong ciku
kak imah dan En.Johan hilang entah ke mana
cuma syikin yang follow aku di belakang
sudah masuk lorong yang betul tapi kenapa masih tak jumpa rumah syikin
sesat barat jugak bila sudah masuk ke lorong mangga tersebut
keluar semula dan stop sebentar di depan gerai satay mahadi
decide nak balik sahaja, tapi tetiba penyelamat datang menjelma
hanis datang tika kami dalam kesesatan hahahahha
jadi kami follow hanis untuk ke rumah siti
rupa-rupanya jalan masuk yang aku teragak-agak untuk masuk
itulah jalan menuju ke rumah siti
hishhh salah direction betul la si siti nie
cakap bila sudah masuk ke lorong mangga terus boleh sudah nampak rumahnya
memang salah bagi map la minah nie


sampai di rumah siti
memang banyak makanan yang sudah terhidang
dengan perut yang sudah kelaparan apa lagi terus la menyerang hendap
makanan yang terhidang
aku memilih untuk makan laksa, 2nd round makan bee hun sup dan untuk pencuci mulut
makan bubur durian kacang hijau ... semuanya sedap belaka
kesian pada En.Johan sebab jauh kesesatannya mencari rumah siti
dan banyak kisah kelucuan di sebalik kesesatan En.Johan menuju ke situ
sakit perut kami mendengar kisah En.johan hehehehhehe



dari kiri : aku, syikin (HR), Tuan Rumah - Siti, Pn.Azmah dan Syikin (Finance)

kelam kabut jugak aku makan
memandangkan syikin tak ambil lagi rayyan jadi kami tak boleh nak melengah sangat di situ
umairah plak, pak chu dia sudah ambil umairah
jadi aku tidak la mengejar masa sangat
tapi memandangkan aku belum solat asar jadi berkejaran jugak mengejar masa


hanis bersama dengan adiknya
finally hanis jugak yang menjadi penunjuk arah kepada kami hehehehhe


dari kiri : syikin (HR), hubby kak imah dan kak imah
terima kasih Siti sudi menjemput kami datang open house..
tahun depan ajak la lagi
confirm tak sesat lagi hehehehhehe

Friday, September 23, 2011

Last Minute Dapat Untuk Meng'Update Kerja

pukol 4.30pm tadi baru dapat dari Anna
untuk tulis semua address customer
pada surat confirmation account yang semuanya sebanyak 131 surat
alahai banyaknya nak kena tulis

tetiba mood terus jadi berubah
tebalkan surat confirmation yang ena pegang tu



uwaaaa nak balik awal

time nak menulis tu pun tangan dah jadi parkison sebab budak-budak audit tu

menunggu depan kami

jadi bagi separuh pada syikin tolong tuliskan

tulisan aku kalah tulisan doctor hahahahhaha

hari nie final day budak-budak lenchai tu mengaudit di opis kami

nanti menunggu plak dorang call opis untuk menanya apa-apa yang tak betul

tunggu dan lihat sahaja la nanti

petang nie lepas kerja akan terus menuju ke rumah Siti (budak opis)

dia ada buat open house

umairah pak chu dia yang ambil dari nursery

boleh la makan dengan jayanya hehehehhehe

Lunch Makan Pizza Hut

lunch hari nie kami menuju ke The Store Sg.Buloh
nak santap Pizza Hut
nie permintaan dari Syikin
aku biasa sahaja dengan pizza
makan apa-apa pun boleh jea
jadi minah nie nak sangat rasa pizza hut baru jadi temankan jea la minah nie
nanti kempunan plak tak dapat makan hehehehhe


jadi sampai jea di sana
kami chop meja dahulu, terus order dan terus buat bayaran
sebab kami nak pusing-pusing dahulu dalam teh store nie
aku nak cari kain ela untuk dipadankan dengan kain batik yang aku tempah pada syikin hari tu
nasib baik la dapat beli
nanti nak ajak sayang pergi ke Nagoya sebab nak cari kain polka dot plak
cantik plak aku tengok emmmm siapa yang pakai erk time aku blogwalking
kelupaan di situ
jumpa plak orang jual keronsang, emmmm beli lagi kerongsang
padahal ader jea lagi kerongsang di rumah yang beli belum pakai lagi
kalau sayang tahu confirm kena tarik telinga hehehehhehe




pizza hut perasa baru..tak ingat nama dia apa
kami pilih set untuk makan 2 orang, harga RM30.90
selepas itu syikin add in spegeti bolegnese
emmm memang lapar minah nie rupanya
pizza aku makan 2 keping
sama jugak dengan syikin
jadi ada balance 2 keping lagi yang kami tak dapat nak masukkan lagi ke dalam mulut
spegeti plak makan sedikit sahaja sebab dah makan pizza, soup dan roti..
memang full



konon-konon nak ambil gambar bersama pizza


tapi pizza nampak sedikit sahaja


muka tuan tanah yang over hehehehhehe



syikin hang nak sumbat pada siapa roti tu


kat laki hang yea hehehehehhe


lunch kali nie memang aku full house...burppppp Alhamdulillah

Kelupaan

pagi nie seperti pagi-pagi yang lain
pergi kerja seperti biasa
cium umar, cium umairah dan peluk sayang
cium tangan mak
start enjin kereta dan terus drive ke tempat kerja
cuma pagi nie nak makan bee hun
jadi berhenti di depan gerai yang selalu aku beli sarapan
buka handbeg dan mencari wallet
cari punya cari
belek punya belek
sah wallet aku tertinggal
yup dah sah wallet tertinggal
sebab petang semalam keluar sekejap beli barang
cuma bawak wallet sahaja
dan cuma letak di atas meja solek
tidak meletak semula ke dalam handbeg
dan pagi nie menyusahkan diri sendiri
terus call sayang untuk double check ada @ tidak wallet aku di situ
sayang sahkan memang ada di rumah
dan terpaksa minta jasa baik sayang untuk hantarkan wallet aku ke opis
nasib baik la minggu nie sayang kerja petang
jadi boleh la sayang hantarkan
pagi tadi sarapan, syikin yang tolong bayarkan
pukol 10 lebih sayang hantarkan wallet aku
thanks sayang....

aku nie dah tua sangat ker
sampai wallet pun tertinggal
kalau mak aku tahu
confirm ayat biasa yang mak aku akan cakap
"nasib baik la bawah tu melekat, kalau tak melekat dah tercicir banyak tempat pun"
aku kalau dengar cuma gelak sahaja la hahahahahha

Thursday, September 22, 2011

Mucinex

Mucinex Ada .... Kahak Tiada...
siap iklankan mucinex di blog aku lagi
hari nie baru 1st time try ubat nie
kira lega sedikit tekak
bila batuk pun takder banyak sangat kahak yang sangkut
jadi saper-saper yang batuk tu, tray la mucinex nie
memang berkesan...

Monthly Check Up Umar

hari nie adalah monthly check up umar
sudah siap semuanya, ingat nak tinggalkan sahaja umairah
sebab dia belum bangun tidor lagi
bila kami baru sahaj nak melangkah keluar dari pintu
terus terjonggol kepala umairah dari pintu bilik
siap tanya "ibu, babah nak pergi maner" umairah
"ibu, nak pergi klinik bawak adik, kakak tinggal yea" aku
"taknak nak ikut jugak" umairah
jadi dengan tak mandi terus jea follow kami pergi klinik desa kundang
sampai sana giliran kami 24, ramai jugak yang datang walaupun waktu baru pukol 8.15am
bila dapat tahu nurse hanya ader 2 orang
terus aku dapat agak pasti akan lama menunggu giliran
alahai..padahal check up kalai nie untuk timbang sahaja



umar yang mula meragam sebab menahan mengantuk
babah dia yang melayan umar



muka umar yang masam

sebab tak dapat nak merangkak ke sana dan ke mari

cian anak ibu



semakin tembamnya pipi aku



umairah melayan tengok gambar dalam camera

asyik tanya bila lagi nak mandi kolam

alahai anak ibu, nanti la tunggu cuti panjang sedikit

baru la dapat mandi kolam

pukol 11am baru la nama umar di panggil

berat umar skang nie 9.05kg

semakin berat budak kecik nie



sampai di rumah

terus tukar uniform dan terus menuju ke opis

jadi aku ambil time off sahaja hari nie

dapatkan slip time off dari nurse

Geram, Takder Saper Nak Tolong

semalam bawak anak-anak pergi ke klinik
umar dan umairah dan terkena batuk jugak
kesian pada umar sebab nafas dia dah berbunyi sangat
jadi petang samapi jea di rumah
ajak mak temankan
tapi mak terpaksa tolak sebab ada kerja yang perlu di buat
ok takper sebab aku memang faham
ialah dah seharian menjaga umar, jadi banyak kerja yang tergendala tak buat
lepas solat magrib, aku siap-siap untuk keluar
ajak sabri temankan
tapi dia cakap tak boleh nak temankan sebab ada hal
bagi aku ada hal, nak keluar dating la tu..takper kakak sendiri nak minta tolong
taknak tolong..tunggu la turn ko nanti..geram aku
minta tolong pada nasir..cakap tak boleh nak tengok bola
sama la jugak dengan abang..lebih pentingkan bola dari nak tolong kakak sendiri
nanti ko minta tolong ko telan bola kat tv tu


dah angin satu badan, terus keluarkan car seat umairah
letak di kerusi hadapan
letakkan umar di car seat
terus menjerit minta umairah masuk ke dalam kereta - time nie dah lupa diri
sebab geram bercampur dengan marah
ialah aku cuma minta tolong pada adik beradik temankan sekejap
sebab aku kena drive dan minta tolong untuk pegang umar sahaja di dalam kereta
sebab umar memang tak pernah lagi aku letakkan di car seat
nak letak dalam baby carrier umar memang dah taknak baring dalam tu
sebab dia rasa dah besar sangat untuk baring di dalam bekas tu
baru sampai separuh jalan umar dah menangis taknak duduk di car seat
aku keraskan hati tetap drive
umairah dah pujuk adik dia supaya senyap
macam-macam cara umairah buat untuk bagi adiknya gelak
tapi tetap tak berjaya


sampai di klinik..orang ramai la plak
nak taknak tunggu jugak la
sebab keadaan umar yang teruk
umairah ok lagi
baru start nak batuk
tak lama tu, aku nampak ayah masuk ke klinik
kepelikan aku di situ, kenapa ayah datang
bila ayah duduk di sebelah aku, ayah beritahu yang mak bising-bising pada ayah
sebab tiada siapa nak temankan aku pergi ke klinik
kesian aku, sebab itu lah ayah datang jugak nak tengok keadaan kami anak beranak
thanks ayah..sejuk sedikit hati aku bila nampak muka ayah



umairah pun tak banyak sangat ragam
dia akan jadi budak tak banyak songeh kalau aku sorang yang kena handle dia dan umar
good girl


umar plak sebab keadaan tidak sihat

meragam sekali sekala

siap tertidor sebelum berjumpa dengan doctor

lepas dapat sedut gas, lega sedikit aku dengar bunyi dada umar

selesai segala urusan, baru ayah beredar

aku plak terus menuju ke kereta kancil kesayangan aku

bila nak letakkan umar di car seat

terus menangis, jadi aku yang kesian

drive kereta sambil pangku umar di riba aku

umairah plak yang duduk di car seat

siap cakap itu car seat dia..emmm kalau barang dia semuanya ingat

sambil umar duduk di pangku aku, sekejap sahaja dah lena

jadi aku drive dengan rasa lega

ialah kalau umar berjaga pasti susah aku nak drive

jadi malam tadi aku tawakal sahaja bawak anak macam tu..yea aku tahu BAHAYA

tapi dalam keadaan aku nie, memang TERPAKSA buat begitu



kalau korang...



Wednesday, September 21, 2011

Masuk Lewat Sedikit Ke Opis Esok

dah beritahu pada Anna dan Sabri yang esok aku
akan masuk lewat sedikit ke opis
sebabnya esok adalah hari check up untuk umar
biasanya dalam pukol 11am aku akan masuk semula ke opis
tak lama sangat
nak ambil 1/2 day di sini takder istilah 1/2 day leave
kalau amik pun consider tolak cuti tahun sehari
jadi better ambil time off jea kan


ok citer lawak umairah
kalau anak korang tanya hal nie
apa yang korang cakap pada anak korang

sedang sayang mandikan umar
umairah berdiri sebelah babahnya melihat
babah dia mandikan adiknya
tengah memandikan umar...
"babah, ibu ada bird tak" umairah
"takder" babahnya
"wan ader bird tak" umairah
"takder" babahnya
"babah ader bird tak" umairah
hehehehehhe terus sayang nyanyi lagu tak menjawab pun persoalan umairah tu


dan satu situasi lagi ketika aku sedang memakaikan pampers pada si umar
si kakak sibuk pot pet pot pet pada aku
"ibu, babah punya bird sama tak macam adik" umairah
hah aku terus terdiam sambil berpikir nak jawab apa nie
terus cakap hal lain dengan umairah
seyes tak tahu nak jawab apa


kalau korang jawab apa....

Bingitnya Telinga

petang semalam punya citer
kantraktor untuk betulkan wiring alarm system opis datang
untuk membetulkan permasalahan alarm di opis nie yang asyik la berbunyi
memandangkan kami satu floor dengan GM jadi segala wiring
lebih di tingkat ini la
bunyi bising mesin gerudi tu memang memeningkan kepala
tu belum lagi bau badan
rasa macam nak pitam
kak ayu dari payroll buka jea pintu bilik kami terus cakap
bau badan orang perfume bilik kami
chewahhhhhhh hahahahhaha
tapi memang betul pun
sejak budak kontrantor tu buat kerja di bahagian kami
memang tak dinafikan memang berbau jadinya
jadi pening dengan bunyi gerudi dan bercampur plak dengan bau badan yang harum semerbak


korang perasan tak
kalau orang suka makan kari
bau badan orang tu mesti harum semerbak jea
betul tak

K-Pop

sejak semalam syarikat kami tengah di audit
hari nie masih lagi
biasalah kalau kena audit nie bebudak audit nie berkampung di company sehingga seminggu
betul kan
kenapa aku letak tajuk K-Pop
sebab budak-budak audit nie budak cina
pastu memang handsome-handsome semuanya hahahahhaha
aku memang dari dulu suka tengok budak cina yang good looking nie kehkehkeh



Anna tengah memberi taklimat sedikit untuk bubudak audit nie buat kerja
maner nak dapatkan dokumen
dengan siaper nak bertanya
bla bla bla


banyak jugak dokumen yang kena dikeluarkan

jadi dept kami nampak berserabut skit

harap-harap tiada masalah dalam mengaudit akaun syarikat Guardian nie

jadi 2 3 hari nie dapat la cuci mata tengok budak-budak lenchai hahahahhaha

amboi gatalnya ko Ena :p

Makan-Makan Lagi

pagi nie kami bahagian finance dept dengan rajinnya
membawa bekalan makanan untuk menjamu perut masing-masing
terutamanya untuk finance dept
semalam la aku dan syikin bincang nak bawak makanan
jadi pagi nie semua hidangan terhidang untuk di jamu selera



duduk di finance dept nie aku rasa memang tak boleh nak mendietkan diri

kerjanya asyik makan jea heheheheh

syikin bawak rendang ayam dan rendang kerang - memang sedap

aku - kuah kacang dan kek choc kukus

sabri - nasi impit (memang tak percaya sabri masakkan hehehehehe)

memang sarapan pagi dah berat - kalori tinggi tu

tapi tetap makan gak walaupun tahu kalori tinggi hehehehhe

syikin merajinkan diri memotong nasi himpit
hari nie kebetulan lagi pagi baju blue colour




k.nana ingat kami cakap main-main semalam


jadi sudah terbawak bekal nasi


jadi makanan kami jadi penambah lauk untuk bekal yang di bawak k.nana


bersama dengan kak viji


menanti giliran untuk ambil santapan


rasanya lepas nie nak beli pinggan plastik dan sudu plastik la


sebab finance dept nie rajin membawa makanan dan menjamu member opis


jadi memang sesuai di letakkan bekas makanan tu di pantry
jadi makan-makan nie ikut kerajinan aku dan syikin la kalau nak memasak lagi

Aksi Umar Memanjat

dah tak tahu nak cakap aper skang nie
tak serik-serik kalau dah jatuh memanjat
kalau umairah dulu kalau dah panjat than jatuh memang akan serik nak memanjat tempat yang sama
tapi umar, MasyaAllah memang tak serik
jatuh dah banyak kali pun tetap akan memanjat jugak
bila jatuh tu menangis memang tak ingat dunia
tu yang babah dia cakap umar ciwek..kuat nangis
cakap la mana tempat di ceruk rumah tu umar tak memanjat
dah jadi macam spiderman jea
meja..sofa..kerusi..kabinet tv..semua yang boleh di panjat memang di cuba sedaya upaya di panjatnya
bila berjaya panjat pasti akan gelak terkekeh-kekeh hehehehhe
umar oh! umar
memang anak lelaki

Conquer Remote TV

skang nie umairah sudah pandai mengawal remote tv
jangan harap la kami nak tengok rancangan tv mengikut selera kami
kadang-kadang tu berebut remote dengan umairah
ialah tengah kita syork tengok tv datang jea minah nie dari luar
terus ambil remote tv dari tangan kami
tup tup tup dan tukar channel tv rancangan kartun
tak ke hangin satu badan aku dibuatnya
lagi plak umairah dah tahu tukar channel tv sekali
tu yang payah nak kelentong kartun dah habis
sebelum nie aku cakap jea kartun dah habis
skang nie dah tak boleh nak kelentung dia
umairah sendiri yang akan cari channel kartun dia huhuhuhu


gambar bukti umairah mengawal remote tv


sambil baring minum susu pun remote si kecik nie pegang jugak

aku ambil memang tak bagi la



umar memang melayan kartun jugak

suka buka channel 618 - baby Tv

sebab memang channel nie non stop rancangan kartun khas untuk budak-budak

ader lagu-lagu dan kartun yang sesuai tontonan budak-budak dan bayi

umar bila dengar lagu siap la goyang-goyangkan badan dia


sambil tengok tv sambil menyusu

nie gambar pagi tadi

suka tengok aksi dua beradik nie

macam dah faham yang waktu pagi ibu dia nak pergi kerja

duduk baik-baik depan tv sambil melayan minum susu

minggu nie sayang kerja petang

jadi umairah pergi lambat skit ke nursery

babah yang handle menjaga budak dua orang nie

Tuesday, September 20, 2011

Ole Ole Dari Alor Setaq

syikin balik ke Alor Setaq minggu lepas
jadi kebetulan dia balik ke sana
aku minta kirim belikan kain batik dari sana
ialah kalau murah apa salahnya minta tolong beli kan...



siap syikin belikan kain ela untuk matching dengan kain batik aku
warna purple dan blue
boleh la terus tempah balik nie hehehehhe


4 kain batik yang dibelikan oleh syikin

aku suka yang hitam..memang cantik

murah jea 1 helai RM15.00

kalau beli di Pasar Jawa jenis kain batik nie sehelai RM29.90

memang mahal la


yang nie memang ole-ole di bawak oleh syikin untuk finance dept

dan member-member Guardian yang naik ke dept kami dan boleh la merasanya

yang kuih colourful tu memang 1st time aku rasa

dorang cakap nie adalah agar-agar yang telah dikeringkan

bila makan memang terasa keras tapi dalamnya lembut dan manis - sedap la

pastu ada cakar ayam .. lepas makan pie patuk di tanah makan cacing hahahahahha

sedap gak cuma terlampau manis

tapi aper-aper pun thanks syikin sebab sudi terima tempahan aku

dan membawa ole-ole dari sana untuk member opis sekalian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha