NuffnangX

Tuesday, September 18, 2012

Open House - Last Day Syawal

ahad lepas kami buat open house
ajak member-member rakan sekerja
area rumah aku nie
ramai yang ambil kesempatan untuk buat open house
memandangkan semalam adalah last day bulan syawal
hari nie sudah 1 zulkaedah

dari pagi ampai ke petang
kerja aku dan lini asyik la memasak
memang penat tak ingat la
juadah yang kami jamukan pada tetamu yang datang ialah
nasi lemak
bee hun sup
rendang ayam/daging
ketupat 
lemang
agar-agar fruitale
kek batik
kek choc
kuih cara berlauk - SIL buatkan (thanks kak ros - sedap sangat)
harap yang datang berselera dengan juadah yang kami sediakan

antara menu yang kami hidangkan
lupa plak nak buka penutup time snap gambar

kuah sup
nasi lemak - dalam rice cooker
air lemon
kuih raya
dan bekas plastik

kek choc yang memikat hati :D

family nina - orang 1st yang sampai

family Eikin

rabiatul yang bakal kahwin bulan depan
6/10

family kak mar

kak hana dan suami

abang angkat - fadly pd umairah dan umar
suka melayan kanak-kanak

MIL lini dan Linda

hasan dan member - rakan di Eon

kak liza

kak izan

apis..dayah..sobri

family kak ros

MIL aku pun ada sekali
thanks mak sudi singgaj ke rumah kami

yang sudi datang
terima kasih banyak-banyak
yang tak sempat sampai takper
datang jea jemputan tahun depan :D

jangan lupa ganti puasa :p
peringatan untuk diri sendiri

Friday, September 14, 2012

Agar-agar Bentuk Mickey Mouse

pergi kedai bakery - LMC
ternampak mold mickey mouse
terus ambil sebab teringat pada umairah yang suka tengok mickey mouse

balik kerja terus menuju ke dapur
guna agar-agar jelly jea - mudah pun
masuk air
tunggu air mendidih
baru letak serbuk jelly dalam periuk
larut semuanya baru tutup api
masukkan agar-agar tu dalam bekas mold

dah penuh semuanya
masukkan dalam fridge
biar mengeras dengan sendirinya
1 jam selepas itu
akan terbentuk seperti
v
v
v
v
v
v
v
v
v
agar-agar bentuk mickey mouse
nampak cute jea kan

kepala mickey dah kena gigit oleh umairah

terbaikkkkk 
hehehehhehe
biasa la umairah pasti la menjadi model ibunya

nanti nak beli bekas mold yang lain la
seronok plak tengok agar-agar comel nie
anak pun suka jea nak makan

Resepi : Kek Batik Biskut Marrie

member baik tempah kek batik dari aku hari nie
balik kerja semalam  terus kelam kabut buat 
sebab siap jea terus hantar ke rumahnya malam tadi
nak hantar pagi-pagi takut aku terlambat jea
dia nak buat makan-makan di ofis
thanks Imah sebab sudi order lagi dari aku :D

resipi nie aku dapat dari MIL adik aku Lini
jadi sesiapa nak buat
boleh la try buat
senang jea nak buah kek nie
tak payah nak bakar-bakar
siap masuk jea dalam fridge
1/2 jam selepas tu sudah boleh ngap masuk mulut :D

kek batik yang siap di potong

suka tengok layer kek nie
cantik jea


Bahan-bahan :
1) 390g biskut marrie - aku guna biskut marrie perisa coffe
2) butter - 250g
3) 1 cwn gula pasir
4) 5 bijik telor
5) 1 cwn milo
6) 1 cwn koko
7) 1 tin susu cair

Cara nak masak :
1) biskut di patah-patahkan
2) masukkan milo, koko, gula, dan susu cair dalam bekas. masak sehingga semuanya sebati.
3) masukkan butter..gaul sehingga butter cair.
4) masukkan telor, kacau sehingga nampak likat.
5) last sekali masukkan biskut marrie, gaul sehingga semuanya sebati.
6) masukkan ke dalam bekas, tekan sehingga mampat.
7) kalau suka, boleh taburkan atas kek serbuk badam.

selamat mencuba...

Thursday, September 13, 2012

Mudahnya Masak Char Ku Teow

siapa suka makan char ku teow
angkat tangan :p
hehhehehehhe

sebelum nie pernah gak buat char ku teow nie
ikut resepi memner yang buka gerai
memang mudah
tapi tak la selalu buat
sebab kalau tekak nak makan
pergi jea gerai member tu hahahahaha
senang jea kan

last month pergi kedah
nampak ada stall nie jual perencah char ku teow
tu yang beli sebotol
malam tadi try buat

memang mudah
ikut jea cara di belakang botol tu
tak payah guna bawang pun

caranya :
panaskan minyak dengan api yang besar
masukkan perencah char ku teow dalam 4 sudu
garing letak udang 
masukkan sedikit air
masukkan ku teow
ambil masa hanya 10 minit untuk siap

ready untuk di mamam

hah nie la perencahnya
di sini tak tahu nak cari di mana
rugi plak rasanya beli hanya sebotol huhuhuhuhuhuhuhu

kalau sesiapa tahu nak beli perencah di mana
roger ena tau :D

char ku teow yang siap di masak
apa lagi slurppppppppppp masuk ke dalam perut

hehehehehhe sedap hingga menjilat sudu dan garfu :p

Wednesday, September 12, 2012

Jom Jogging

bulan syawal nie asyik makan sahaja
pergi open house sana
pergi open house sini
bila tengok depan mata makanan yang banyak memang terliur
nak taknak makan jugak hehehehhehe

last week pergi ke summit
tujuan aku pergi ke sana
ialah untuk membeli

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
kasut jogging hahahahahhaha
baru lah tergerak hati nak jongging

ikut plan asal
nak jogging selepas balik dari kerja
ambil masa 1/2 jam untuk jongging
ok la tu kan


jom semua
kita joggingkan diri
bakar semua lemak yang terkumpul di dalam badan :D




Tuesday, September 11, 2012

Makan Satay

malam tadi selepas magrib
ajak mak pergi makan satay kajang
bukan di kajang pun
cuma makan di Guthrie jea - satay hj.samuri

nasib baik la tak ramai sangat orang
jadi cepat jea sampai order kami
order pun tak banyak pun
cuma 30 batang jea
ayam..daging dan pedal
memang sedap kuahnya

muka mak yang puas hati dapat gigit satay
makanan kesukaan tu

muka yang bam bam

umairah dan umar yang buat pelbagai aksi

aksi mat rempit
siap buat bunyi lagi


sayang adik
suka aku dengan aksi nie
comel jea

kenyang perut makan satay
Alhamdulillah
korang suka makan satay di mana yea :D

Monday, September 10, 2012

Umar : Monthly Check Up

hari nie masuk lambat skit ke ofis
pagi tadi pergi klinik kundang untuk buat check up umar
check up nie simple jea
timbang berat
ukur tinggi
dan nurse-nurse tu melihat aksi umar membuat sesuatu

next check up 29.10.2012
berat umar : 12.5kg
turun dari last check up umar sebelum nie
tinggi umar 110cm
tindak balas dari umar ketika soal jawab dengan nurse sangat positif

pukul 11 lebih aku sudah masuk ke ofis semula
dan buat kerja macam biasa
ketika umar memberikan tindak balas
nurse tunjukkan buah kismis
dan umar ambil dan makan
good jobs dear

jom layan budak berdua nie
ketika dalam kereta
hanya kami bertiga sahaja
sayang tak dapat temankan sebab
kena masuk kerja awal skit





kami bertiga
aku..umairah dan umar

next check up umur umar genap 2 tahun
akan dapat ubat cacing time tu
tak sabar nak tunggu last check up
pastu dah tak payah jumpa doc lagi eheh

sekejap jea umar nak 2 tahun


Hari Melayan Anak-anak

semalam dapat jemputan open house dari SIL - k.mar
1st datang ke rumah barunya di Kajang
jenuh jugak nak mencari rumah SIL
sesat masuk ke taman lain disebabkan nama taman yang seakan-akan sama
finally dapat jugak mencari rumah yang betul

dari tengahari kami lepak sampai ke petang
banyak juadah yang disediakan
ada nasi dagang..laksam..kuih karipap..
semuanya masuk ke dalam perut
Alhamdulillah

memang lepas bulan syawak kena start mendietkan diri semula
uwaaaaaaaaa

balik dari kajang ajak sayang singgah the summit
lama tak singgah di sini
datang sini sebab ada misi yang perlu dilakukan
nanti aku story yea :D

hari melayan anak-anak
ialah membenarkan budak berdua nie naik
mesin yang kena masuk duit token
habis la RM5.00 di sini
tapi untuk anak-anak
tak kesah 
asalkan anak happy

jom layan umairah dan umar naik mesin token nie








tengok mood kami jugak 
nak bagi naik benda alah nie
kalau malas nak layan dari jauh nampak mesin nie
cepat-cepat kami berdua jalan ke arah lain
semata-mata taknak bagi budak berdua nie nampak mesin nie :D

korang macam mana plaks

Friday, September 7, 2012

GSC Raya Open Office

hari nie tempat kerja aku buat open office sempena hari raya
kali nie setiap dept bawak makanan
dan setiap branch kecuali branch penang - memang tak dapat datang la jauh tu beb
dept finance - bawak mee kari
dept hr - bawak laksa
dept operation - bawak lontong
dept admin & logistik - roti jala
dept marketing - mee goreng

branch SB - rendang daging dan sponsor sound system
branch KK - lemang
branch KL - satay
dan pelbagai jenis kuih muih dan buah-buahan
makan sahaja apa yang perut mahukan

chewahhhh mesti la kena ada wajah tuan rumah

ada cabutan bertuah sekali diadakan
sabri dapat tu - hadiahnya kuih raya hehehehhehe

kak ayu..aku dan Eikin
baru perasan ketiga-tiga kami pakai warna kelabu

gadis-gadis GSC
pilih sahaja mana yang berkenan

bersama dengan BC KL

menu-menu yang sangat la sedap
sampai tak tahu nak makan apa
ada kambing BBQ tu

control ayu jea semuanya

member finance dept
Eikin..Ain..Sabri dan Aku

sambil buat open office
ada sambutan potong kek untuk birthday september
potong jangan tak potong

emmm tak ingat siapa punya birthday 

perut kenyang suka hati

selamat hari raya geng GSC

Thursday, September 6, 2012

Topeng Muka

petang tadi singgah ke pasar malam pasar paya jaras
apa lagi nak mencari pecal
sayang dah teringin sangat nak makan pecal

bila pergi ke pasar nie
budak berdua nie confirm akan rambang mata
macam-macam nak
tak belikan akan buat la drama sebabak di situ
cuma aku memang takkan belikan belon
sebab tak tahan lama kan
lagi-lagi si umar sekejap jea
confirm akan di gigitnya belon tu
habis duit terbang

aktiviti bersama anak-anak

cekak mini maouse
ada button untuk keluarkan lampu dalam cekak 

hai saya mini mouse - umairah

hai sayan spderman - umar

kelakar plak
sayang pun nak test gak pakai topeng spiderman

umairah bersama susunan blok yang dibuatnya bersama dengan adiknya
peace

anak-anak pengubat hati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha