NuffnangX

Thursday, September 6, 2012

Wedding's Yusof & Dayah

perkahwinan adik sepupu pada 2.09.2012 di melaka
memang meriah mengikut adat orang melaka

sabtu malam ahad malam berinai
dan esoknya hari ahad kenduri kahwin
macam kembar plak aku tengok umairah dan pija nie

malam berinai - biru laut

sambil berarak jalan
mercun api di pasang
suka budak-budak tengok

sebelum berarak duduk atas pelamin
pengantin baling gula-gula kepada tetamu yang hadir

hasil kutipan umairah dan pija mengutip gula yang di baling oleh pengantin baru

emmmm siapa lagi - aku la si dabam ehehehehehe

aikkkkk tak muncung pun mulut :p

umar dapat kucing habis dikerjakannya
cian aku tengok
tapi yang peliknya anak kucing tu nak jea dengan si umar tu 

perarakan pengantin pada hari minggu
tema - silver

pija dan umar
waktu tengahari hujan turun dengan lebat
terpaksa duduk bawah khemah jea


umairah dengan senyuman manisnya

lini ko kena ubah posisi masa bergambar
nampak gemukssss la bila ko bergambar macam nie :D
jangan mareeeee

sebelum balik bagi dua beradik nie bergambar atas pelamin

pengantin tukar baju 
suka plak aku dengan tudung si dayah nie
cantik

sebelum berangkat pulang bergambar bersama family aku
tengok belakang kami
khemah sudah siap berkemas pun

kak long ucapkan kepada korang berdua :

semoga bahagia hingga ke syurga
dan dikurniakan anak yang ramai
dan sentiasa dilindungi oleh Allah swt

Tahniah korang....

Wednesday, September 5, 2012

Pertunangan : Nazri & Ida

majlis pertunangan adik sepupu - 01.09.2012
tahniah nazri
lepas nie kena berkerja kuat kumpul duit untuk kahwin la plaks
cha yok cha yok

majlis pertunangan bermula pukul 11 lebih
emmmm macam sobri jugak jarak rumahnya dengan pihak perempuan
dari rumah lelaki ke rumah perempuan hanya ambil masa 15 minit jea
memang lepas kahwin tak gaduh-gaduh untuk balik kg mana la nie hehehehhehe

hantaran pihak lelaki 9 dulang
hantaran dari pihak perempuan : 23 dulang
perghhhhh emmang banyak gila kan
ida cakap ramai m.ciknya sponsor untuk hantaran
jadi terima seadanya la

nazri bersama cincin yang bakal tersarung di jari manis tunangnya
muka macam budak-budak kan eheh :p

hantaran dari sebelah pihak lelaki

kepanasan tapi maintain senyum
sayang jea muka sudah berkerut-kerut

suka sangat adik aku nie bergambar ala-ala muncung nie
konon korean style la tu hiksssss

mak aku sarungkan cincin bagi pihak mak long aku
cincin merisik

mak uda pun turut serta menyarungkan cincin pada ida
cincin bertunang

bersama bakal m.cik yang mulut bising :p


selesai semuanya acara sesi bergambar-gambar
skang nie memang sudah menjadi kewajipan untuk buat pelamin duduk
masa acara bertunangkan

sebelum balik bergambar lagi
mak itam..mak dan lini

turn aku laks bergambar dengan si darah manis

sebelum naik kereta sempat lagi sesi bergambar-gambar
emmmm suka bergambar la kami semua nie

ada kenangan baru untuk diri aku
di sini (melaka) ketika perbincangan dilakukan oleh pihak perempuan dan pihak lelaki
pihak perempuan siap minta resit beli cincin lagi
perghhhh memang dasyat la
kalau harga cincin tu murah buat malu jea bagi pihak lelaki
betul tak

lain tempat lain caranya

Tuesday, September 4, 2012

BBQ Time

selepas puas berenang sakan
kami keluar ke pekan Masjid Tanah
untuk beli bahan-bahan sampingan untuk menjalankan misi membuat BBQ
beli hotdog..daging burger..roti..manggie..salad..timun..tomato..
cili api dan bermacam jenis kelengkapan dan bahan untuk memanggang

dengan gagah perkasa sayang mengangkat tempat pemanggang BBQ
berat tu

lepas magrib
baru mula kan operasi BBQ
sayang masih lagi dengan kain pelekatnya
nak menghidupkan api
asyik kena bahan jea
ialah kalau terbakar kain tu
apa yang akan terjadi
korang fikir-fikirkan la

antara bahan-bahan yang kami beli 
memang meriah

beli ikan dan ketam terus dari nelayan
memang fresh

ikan cencaru
3kg - RM20.00
murah gila kan

ketam
3kg - RM18.00
perghhhh memang manis isinya

makan sampai lebam
sarat perut aku dengan menu yang kami grill
sambil makan sambil borak-borak
sampai tengahmalam pun still lepak di luar

mak yang sangat happy
sebab dapat cuti bersama dengan anak-anak dan cucu-cucu tersayang

family mak ndak datang menyinggah
melihat kami sekeluarga

puas melantak makan see food
kami makan durian plak
p.cik jual durian tu jual lelong jea pada kami
ialah sudah tengahmalam kami masih lagi nak membeli
padahal masa tu p.cik tu dah kemas-kemas gerainya
2 longgok lebih kurang 15 bijik durian
kami beli hanya RM20.00
murah kan

makan durian

dengan gagahnya sayang membuka durian
chewahhhhhh

pukul 12 lebih kecundang jugak budak berdua nie
aku dan sayang lepak berdua di tepi pantai
perghhhhh memang romantik
macam berdating plaks

hehehehhehehe jom sayang kita bercuti berdua laks :D
gediksssss betul aku nie kan :p


Monday, September 3, 2012

Mandi-manda di Pantai Pengkalan Balak

memang happening
sebab chalet kami terus mengadap laut
angin sepoi-sepoi bahasa 
jadi tidak kerugian kami menginap di sini
pekena plak ice blended coconut shake
perghhhhh memang sedap

bukti kaki aku melangkah di pengkalan balak :p
poyoooo punya statement eheh

umar masih takut-takut untuk menjejakkan kaki di gigi pantai
jadi terpaksa la sayang membasahkan diri melayan kerenah anak bujangnya
aku hanya duduk jauh-jauh dari air pantai
malas nak tukar baju

layan umar main jongkang jongkit sebelum umar meredah air laut
tapi kena berhati-hati bila anak main jongkang jongkit nie
kena ada pemantauan dari parents
sebab takut terlepas jongkang jongkit boleh terkena muka anak
tahu sebab umar sudah terkena
cian anak ibu

memang seronok la budak bertiga nie dapat berendam dalam air masin
siap dapat main pasir lagi
memang bebas

memula masih takut lagi nak masuk ke dalam air
slow-slow ajak baru ok
main tepi-tepi dulu
bila dah syorkkkkkk
matahari nak tenggelam pun payah nak naik
adayaiiiii

hari ke dua - masih lagi tak muak-muak berendam dalam air laut

badan dah hitam pun
stilll ok lagi
aku memang tak mandi laut la
duduk tepi jea
tengok anak-anak mandi jea
sambil-sambil tu main pasir
dan cari remis

nie dalam plastik
namanya umpun-umpun
1 plastik - RM5.00
cacing laut


besar tu..aku geli nak pegang
sobri beli sebab nak memancing

lepak atas batu
syorkkkk gak lepak atas batu nie
layan nasir dan sonri tangkap ikan
dapat ikan buntal tu
kami gelakkan jea
tapi lepaskan semula la
bukan boleh makan pun

berposing sekejap
selalu jadi cameraman jea
sekali sekala nak gak berposing eheh

hehehehhehe nie bergambar sahaja :D
nak tunjuk skill pegang batang pancing

tapi memang best menginap di sini
jangan lepaskan peluang datang ke sini
raya haji kami nak menginap di sini lagi
InsyaAllah

Bercuti Di Chalet Hj.Mahawa, Pengkalan Balak Melaka

31hb August 2012
sempena ulangtahun perkahwinan kami
kami sambut di Chalet Hj.Mahawa di Pengkalan Balak Melaka
memang seronok di sini
kami ambil 3 hari 2 malam
hari biasa - RM50.00
hari minggu - RM60.00
chalet nie takder aircond hanya kipas sahaja
tapi waktu malam memang sejuk tak payah guna kipas pun

memang puas hati menginap di sini
chalet mengadap pantai
banyak kemudahan di sini
kedai makan dan kedai runcit memang banyak pilihan
tempat BBQ disediakan

see food segar mudah nak cari
sebab para nelayan naik ke pantai kita boleh terus membelinya
ataupun boleh beli di pasar basah telok gong - hanya 10 minit dari tempat menginap

laluan masuk ke chalet
tempat parking memang banyak
boleh parking terus depan chalet kita

sesiapa nak berminat nak menginap di sini
boleh hubungi terus
Pn.Zaiton - 03-384 5497

chalet yang ada
1 malam hanya RM50.00 sahaja
memang puas hati

buka pintu terus nampak katil queen
dan ada xtra tilam bawah katil
jadi sesuai untuk 1 keluarga yang ada 2 anak macam aku nie
aku bawak toto sekali untuk di bentangkan atas tilam :D
dah biasa macam nie

ada tv dan cermin letak barang
tv kecik jea
ala kata bercutikan 
bukan nak tengok tv pun
kebanyakkan masa kami sekeluarga di tepi pantai
dan keluar berjalan-jalan


bilik airnya
memang besar
ada air hujan sekali (kata umairah)

ada 2nd pintu di bahagian bilik air
mudah sangat sebab lepas mandi pantai
badan akan basah takkan nak naik ikut pintu depankan
jadi kemudahan pintu ke dua di bilik air nie
setelah basah kuyup mandi manda di pantai

gambaran dari beranda chalet
sejuk dengan angin pantai
kami bersarapan di beranda sahaja
syorkkkkk woooo

ada meja dan kerusi disediakan
kemudahan untuk para penginap

untuk kanak-kanak
ada buaian dan jongkang jongket

pantai yang bersih
boleh mandi manda
mencari remis
ataupun memancing ikan

boleh main dam menggunakan cengkerang dan kulit kerang
lain dari yang lain

dan boleh membakar BBQ
dengan ikan, udang, ketam yang segar

pasti akan menginap lagi di sini
tak rugi dan harga sangat lah murah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha