NuffnangX

Tuesday, July 10, 2012

Selamat Hari Jadi Sayang

pagi tadi sebelum pergi ke tempat kerja
kejutkan anak-anak untuk buat surprise untuk babahnya
bila aku cakap 1..2..3.. kami bertiga masuk ke dalam bilik
terus nyanyi lagi birthday 
memang kelakar sebab umar ikut jea apa yang ibu dan kakaknya nyanyi
so sweet

sayang bangun terkebil-kebil tengok kami bertiga
happy birthday sayang..babah..yang ke 31 tahun

Ena doakan sayang terus di rahmati oleh Allah 
dan sentiasa bahagia bersama 
dan dipanjangkan umar dan dimurahkan rezeki
Amin
cheese cake untuk sayang
hadiah untuk tahun nie
aku berikan wallet
kesian plak aku tengok wallet sayang sudah uzur
harap suka dengan hadiah ena tu yea :D

muka masing-masing yang tak mandi lagi
umairah tak sabar nak tiup lilin kek
umar plak tak sabar nak cabut buah cerry atas kek

yang tiup lilin sudah semestinya la umairah dan umar
kek pun umairah nak potong
sayang potong sekejap
selepas itu umairah yang potong hehehehhe

kucupan sayang dari anak-anak
kucupan sayang dari ena tunggu di malam hari hahahahhahha

selamat hari jadi sayang :D

Monday, July 9, 2012

Sedapnya KFC yang Baru - Flaming Crunch

sabtu yang lepas
pergi sekejap ke kedai nagoya 
untuk mencari kain ela baju raya tahun nie
orang lain dah sibuk menempah pun
aku jea baru nak mencari kain ela
tema kami tahun nie ialah kelabu
tunggu gambar di pagi raya nanti yea :D
penat tawaf di Plaza alam sentral
ingat nak makan kfc
tapi ramai plak orang Q di kfc
terus ajak makan kfc di luar sahaja

kami singgah ke Subang suria
ingat nak terus tempah baju di situ
tapi taukey kedai cakap sudah tidak terima tempahan
sedih sekejap di situ
takper nanti kita cari tukang jahit yang lain sahaja
terus ajak makan di KFC subang suria
orang pun tak ramai sangat

try makan kfc - flaming crunch
perghhhhh memang sedap
rasa pedas dan ranggup
rasa rangup jea bila masuk ke dalam mulut

umar mengadu pada wannya
jari dia sakit terkepit kerusi

penat bermain baru ingat nak makan
kami lepak makan di luar sahaja
senang nak pantau umairah dan umar
bermain di playground

penuh meja dengan menu pilihan kami
padahal tak ramai pun nak makan

muka teruja dapat makan kfc

aku macam biasa jea
si bam bam dagu berlapis hahahahahhahaha

korang dah try menu kfc nie
sedap tau :D

Friday, July 6, 2012

Lepak Di Jambatan Putrajaya

selepas selesai majlis resepsi kak mar dan abg amir
kami jalan-jalan sekejap area Putrajaya
ingat nak masuk ke Festival Flora & Fauna
tapi dah tutup plak
jadi kami lepak jea di jambatan Putrajaya
ramai jugak yang lepak di sini pada malam minggu - sejuk jea

tak lama pun lepak di sini
sebab masing-masing sudah kepenatan
bagi budak bertiga nie jea puas main di situ
pukul 11 lebih gerak balik ke rumah
dalam kereta terus terlelap - penat tak ingat

jom layan gambar di Kambatan Putrajaya
gambar biasa jea guna camera biasa
kalau guna dslr mesti cantik kan
snap dari atas jambatan

sempat lagi ambil gambar keluarga

masing-masing sakan berposing

sayang dan aku
dah lama tak ambil gambar loving couple nie

layannnnnzzzzzzzz

budak bertiga nie sakan memanjat tiang jambatan
siap buat macam gelongsor lagi
last-last tidor kepenatan dalam kereta

sekali sekala lepak di Putrajaya memang seronok gak

Patah No.Platenya

semalam balik kerja
macam biasa masuk ke dalam kereta
start kereta
buka air-cond
on radio

terus reverse kereta
tetiba aku macam dengar something
eh aku langgar apa nie
bila aku keluar dari kereta
tengok ada motor belakang
la macam mana aku tak nampak ada motor parking 

check punya check
nasib baik la
motor tu takder apa-apa
cuma no.platenya no.3 yang patah
sudah apa aku nak buat nie

semua dah pakat pandang aku..malu siot
apa nak buat nie
try minta budak ofis cari siapa empunya motor
tapi tak jumpa
terus dorang cakap
"balik ajer la ka.ena, nanti kami coverkan"
huhuhuhuhuhuu time tu tak tahu nak buat apa
terus masuk semula dalam kereta
dan terus balik

emmmm nasib baik la takder kerosakkan yang teruk
kalau tidakkkkkk

Thursday, July 5, 2012

Equestarian Putrajaya

sebelum masuk ke dewan
kami lepak dahulu di luar
sambil melihat kuda
umar paling xcited sebab dapat tengok secara live kuda berlari

umar bersama dengan babahnya
umairah masih lagi tidor dalam kereta
megantik sangat - seharian tidak tidor

suka tengok gaya umar
macam budak dah besar jea
sangat la aktif

kuda yang kami tonton
hitam dan choc

umar dan ibu

bersama dengan anak buah sayang
nina dan kak ngah

kami 3 beranak jea 
umar sejibik macam babahnya

umar bersama dengan abang sepupunya - Ajik
memang kamceng budak berdua nie

adik bongsu sayang
sebagai photographer on that day

banyak sebenarnya gambar yang sempat aku snap
tapi tak larat nak upload di blog nie
gambar sekadar kenangan di blog picican nie
peace :D 

Wednesday, July 4, 2012

Kuasa pelukan Seorang ibu


Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:

1- pegang dia seperti dalam gambar di bawah.
2- bisikkan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.

Salam kasih,

Ibu Rose




dari pengalam diri aku menjadi seorang ibu nie
bila anak mengamuk
aku akan mulai dengan pujukan
tapi pujukan pun tak jalan
terus jugak memekik dan meraung
hah time tu la aku pun mula naik angin
susah la nak control perasaan marah
aku memang respect kaum ibu yang boleh bersabar sepanjang masa
dengan karenah anak-anak yang menguji kesabaran sepanjang masa

aku masih mencuba menjadi seorang ibu yang baik
korang...

Tuesday, July 3, 2012

Restaurant Tupai-Tupai Shah Alam

malam tadi temankan sayang jumpa member-member politek dia
ada member dia turun dari kedah
tu yang dorang pakat-pakat jumpa
lama jugak masing-masing tak jumpa
rasanya last jumpa 2 tahun yang lepas
tu pun masa raya

skang nie jumpa semula
asing-masing dah bertambah-tambah anak
dan bertambah-tambah berat masing-masing hahahahhaha
member sayang nie, kebanyakkannya aku kenal la
dan wife dorang pun kenal jugak
jadi jumpa tu takder la rasa bosan sangat
sebab orang lelaki nie kalau berjumpa member 
memang boleh lupa isteri yang duduk di sebelah
kalau citer pasal bola lagi la terus tak ingat isteri sebelah

reunion kecil-kecilan nie di retaurant tupai-tupai shah alam
1st time aku datang ke sini
memula nak makan steamboat
tapi tukar fikiran makan ala-carte jea

menu pilihan aku mee carry
memang pedas berapi telinga aku dibuatnya

menu untuk umar
fish & chips
umar suka ikan

sosej istimewa
menu untuk umairah
tapi kebanyakkannya aku yang makan hehehehhee

umar..umairah..naufal..

nurul yang tengah sarat preggy - 6 bulan lebih
lepas raya akan bersalin
tahniah..nak masuk anak yang ke dua

fauziah..skang nie pun dah ada 2 orang anak
anak yang ke dua nie sudah 10 bulan
anak yang 1st Ainul - 2 tahun

bila budak bertiga nie sudah mesra alam
apa lagi restaurant tu jadi macam mak bapak dorang yang punya
tak larat nak marah pun
lantak la

duduk plak bawah meja
time nie aku dah menjeling-jeling pada umairah
tapi buat derkkkkkkkkkkk jea

member-member sayang
semua dah jadi bapak budak pun

selalu jumpa jadi tak malu nak borak-borak
bila sudah jadi mak budak nie
topik sudah semstinya la topik anak-anak


bila lagi nak jumpa
harap jumpa masa raya nanti
jangan lupa buat open house yea :D

Monday, July 2, 2012

Tahniah Kak Mar & Abg Amir

Tahniah Kak Mar dan Abg Amir 
semoga terus bahagia hingga ke taman syurga..Amin

majlis pernikahan : 23.06.2012
diadakan di surau selepas solat isyak
dengan sekali lafaz
sah kak mar menjadi suri kepada hidup Abg Amir
Alhamdulillah

bergambard engan kak mar sebelum menjadi hak milik orang

umairah dan umar
kelakar tengok umar
sebab asyik mengintai jea ke dalam bilik pengantin
mungkin pelik kot tengok m.cik dia jadi lain

kak mar dan abg amir
selepas upacara akad nikah

pelamin terhias indah
selepas nikah bersanding di atas pelamin nie
memang cantik decorate pelamin nie

30.06.2012
majlis resepsi di Equestarian Putrajaya
tema white gold

bersama dengan kak mar

sempat lagi budak bertiga nie bergambar dengan m.ciknya
aku jugak yang tak sempat nak bergambar di atas pelamin huhuhuhu
sibuk mengejar umar

pelamin yang terhias cantik
simple jea kan
aku suka lagi pelamin yang ada di rumah

apa-apa pun kak mar
Tahniah
lepas nie tambahkan dan meriahkan lagi anak buah yea :p

Jalan-Jalan Makan Ice Cream

story last friday jugak
lepas magrib terus ajak mak pergi ke Jusco Rawang
sebab nak cari kasut baru untuk umairah
ialah esoknya nak attend wedding di Putrajaya 

puas jugak la mencari kasut pilihan hati si umairah nie
asyik la tak berkenan
bila aku suka umairah tak suka
bila umairah suka aku plak tak suka
macam mana tu
puas mencari dalam Jusco
terus ajak cari di luar
masuk ke store Bata
terus umairah suka berkenan kasut sarung
aku pun suka
sudah semestinya la warna pink eheh

puas jalan-jalan
umairah nak makan ice cream
nak plak ice cream baskin robin
kopak la poket aku macam nie
memula nak kek ice cream
perghhhhhh lagi la rabak
terus pujuk slowly makan ice cream jea

nasib baik la termakan pujuk
terus belikan ice cream yang scope RM5.00
2 anak kena la beli 2 scope
perghhhh ice cream jea dah kena bayar RM10.00 huhuhuhu
anak punya pasal belikan jea
ibu dan nenek minta skit jea merasa

jom layan budak berdua nie makan ice cream baskin robin







umar sayang kakak
siap bagi rasa pada kakaknya lagi
ibu nak ckit tak bagi
emmmm tak sayang ibu yea
taknak bagi nenen hehehehhehehe

selesai satu tugasan :D

Tahniah Ija ~ Baby Boy

last friday kami berempat pergi ke rumah BFF kami ~ Ija
yang baru sahaja deliver baby boy
anak yang ke empat - syorknya ko ija
usia sebaya tapi anak dah empat huhuhuhu jeles ai

kami berlima BFF semasa sekolah menengah dahulu
kalau ikut kami berlima nie
memang ija lebih matured dari kami pun
sebab tu la kahwin awal dari kami berempat hehehehehe
kalau borak ngan ija nie
memang sakit perut dibuatnya
asyik la tergelak sampai sakit rahang dibuatnya

comey sangat
ija cakap yang nie manja skit
tidor mesti nak berpeluk jea
emmmm sama macam umar jugak

ibu Ija bersama baby boynya
tangan tu tak lain dan tak bukan ialah Imah
suka kantoikan gambar orang lain

kami berlima
nanti aku nak letak gambar masa kita sekolah dulu la
mesti banyakkkkkkkkkkkk perbezaannya kan :p
gambar nie pun umairah yang tolong snapkan

Tahniah Ija
nak tambah anak lagi ke selepas nie :D
takper kita bagi ruang pada zura plaks yea

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha