NuffnangX

Tuesday, March 13, 2012

Penuhi Keinginan Umairah

semalam aku cuti
sayang MC
jadi ajak sayang tengok wayang
sebab aku memang dah janji dengan umairah nak tengok SeeFood
jadi selepas magrib kami kelaur rumah
sampai di OU pukul 9pm
beli tiket wayang dah start pukul 9.40pm
jadi ada masa lagi 40minit
umairah terus ajak main bowling
amboi anak dara nie
dah pandai request

jarang main bowling kat OU nie
selalu main di Cinelessure jea
harga lane untuk kanak-kanak ialah RM7.00
ok la tu main 1 games untuk umairah leka sekejap
sambil menunggu waktu tayangan start

 untuk kanak-kanak berat size bola ialah 6
emmang ringan
umar siap tendang jea bola bowling nie
macam bola di buatnya :D
umairah dapat pegang bola bowling memang xcited sungguh-sungguh la

 wajah keriangan umairah bermain bowling
yang kelakarnya
baling bowling sampai ke luar garisan
budak sebelah lane kami tergelak-gelak tengok
nasib baik budak kecik
jadi nampak comel jea la hehehehehe

 bila dapat jatuhkan pin
terus buat muka surpise
pandai drama betul la umairah nie

 umar laks
asyik la ikut kakaknya
jadi babahnya beri kesempatan untuk umar pun baling bola bowling
tapi yang lebih pegang sudah tentu la babahnya
pastu buat aksi sama macam umairah
buat muka terkejut
so sweet eheh

sebelum blah
sudah pasti la ibu dan anak-anak berposing jugak
biasanya ibu jea yang jadi tukang ambil gambar
sebab tu la gambar ibu kureng huhuhuhu

next time kita pergi dengan mak ngah dan pak ngah dan pija yea
yipieeeee
sibuk bercerita pada wan dia
yang kakak main bowling
mulut tu kalau bercerita kalah mulut murai eheh

Keluar Dating Bersam Dengan Imah

 semalam seperti yang sedia maklum
aku ambil cuti untuk selesaikan urusan pendaftaran untuk new semester
pukul 9 lebih aku ambil imah di rumahnya
bertolak kami ke shah alam intekma
untuk urusan pembayaran bil dan mengambil modul
imah temankan aku sebab nie 2nd sem yang aku tak tahu sangat selok belok
untuk nak register
last sem budak baru semunya buat semasa di dewan budiman uitm
kali nie pandai-pandai buat sendiri la
nasib baik la imah sudi temankan aku dan ajar apa yang perlu di buat

untuk semester nie aku ambil 3 subjek jugak
tak berani nak ambil banyak takut tak dapat masuk otak jea
selepas pergi pejabat bendahari untuk ambil surat untuk kwsp
pergi ke kwsp laks untuk buat pembayaran bil menggunakan akaun no.2 dari akaun kwsp
selepas urusan di kwsp siap
bawak surat pengesahan bayaran ke pejabat bendahari semula
untuk hantar surat tersebut dan tunjukkan surat register course untuk di chop
selepas tu pergi ke dwelling 6 untuk mengambil modul
selepas ambil modul selesai semua urusan

selesai semuanya dan boleh tarik nafas
ajak imah pergi ke giant shah alam
sudah pukul 12 lebih
isi perut dahulu di Chicken Rice Shop
sambil-sambil tu mengimbau kenangan lalu
dan sudah pasti topik perbincangan anak-anak diperkatakan
terutamanya kenakalan mereka eheh

sebab kami hanya berdua
kami pilih menu set untuk 2 orang makan
add on kerabu manga
perghhh memang fov aku tu
masam-masam, pedas dan manis bergaul bersama dalam kerabu mangga tu

 makin bam bam wajah aku
alahai macam mana nak diet nie
badan pun dah berisi

 imah ko bergambar macam nie
nampak macam ko tengah angkat sumpah jea
teringat time ko-kurikulum masa join club pengangkap
eheh

snap dalam snap
eheh
ko nak upload gambar dalam FB yea

apa-apa pun thanks yea imah
sebab sudi temankan aku ke shah alam semalam
next semester kita ambil subjek sama-sama
dan boleh la pergi class sama-sama
mesti best kan

hari ahad nie bermula la aku pergi ke class semula
mencari ilmu untuk perbaiki diri sendiri

Happy Birthday Lini - Adik Kesayanganku

selamat hari jadi
selamat hari jadi
selamat hari jadi lini
selamat hari jadi

Selamat Hari Jadi yang ke 28 tahun
eh eh eh dah tuo la ko lini eheh

akak doakan semoga :
@ sentiasa bahagia bersama keluarga tercinta
@ cepat-cepat tambah anak - bagi adik pada Pija
@ dimurahkan rezeki yang lebih
@ sentiasa mendapat kesihatan yang baik
@ dan yang utama menjadi ibu yang mithali dan isteri yang solehah
Amin

noted : jangan lupa birthday girl bawak kek sendiri
dan bersiap sedia dengan topeng di muka eheh
mudah kami semua nak baling telor
hehehehehehhe

Monday, March 12, 2012

i'am on leave today

hari nie cuti yippieee
ada urusan yang perlu diuruskan
akan keluar dating bersama dengan imah

Sunday, March 11, 2012

Terimbau Kenangan Lalu

sekarang nie musim hujan bila tibanya waktu petang
bila sampai di traffic light
dan nampak betapa basah kuyupnya penunggang motosikal
teringat aku kisah lalu
yang juga pernah menjadi minah skuter
bila tibanya hari hujan
memang menggeletar seluruh badan bawak motor

kalau pakai baju kurung yang warna terang jea
mula la nampak cekci meksi skit
perghhhh time tu memang aku jadi malu gila 
bila hujan nie kalau bawak motor di tepi jalan
risau sebab takut tayar termasuk ke dalam lubang
jadi memang akan bawak motor di tengah jalan
sebab tu la kalau korang bawak kereta di hadapan korang
budak motor jangan la nak horn-horn dorang
sebab sesiapa yang pernah bawak motor pasti faham apa mereka lakukan

tapi syukur Alhamdulillah aku tak pernah merasai lagi
tayar pancit ketika pergi kerja dan balik kerja
memang bersyukur sangat-sangat
bagi mereka yang bawak motor cobaan yang paling getir ialah ketika hujan lebat turun
nak berhenti bawah jambatan..takut
sebab ada kes lori hentam orang yang berhenti berteduh bawah jambatan
nak-nak aku nie perempuan nak berhenti teduh bawah jambatan
memang tak la aku tetap harung jugak hujan-hujan tu untuk balik ke rumah
ialah ada kes jugak budak perempuan kena rogol sebab berhenti bawah jambatan jugak
memang kurang ajar mamat-mamat yang buat pada gadis tersebut

pada pemandu-pemandu di luar sana
beri haluan kepada mereka yang menaiki motorsikal
bersabar jangan asyik nak bunyikan horn
mereka lebih menanggung bahaya
sebab tiada perlindungan pada diri mereka
hanya mengharapkan helmet di kepala

berhati-hati di jalan raya

Saturday, March 10, 2012

Ada jea Kerjanya

 umar kalau diam jea
ada jea bendanya yang di buat
picture nie umairah yang snap dalam bilik
memang tak tahu pun apa yang umar buat dalam bilik
sebab aku ada di luar
umairah just snap
dan cepat-cepat keluar dan tunjukkan gambar bukti tersebut pada aku
hahahahahha lawak jugak umairah nie

cer teka cer teka
apa si bam bam nauty nie tengah buat :D

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
tengah selongkar semua barang dalam handbeg aku
emmmm belum lagi dia dapat wallet aku
habis semua kad dan duit di keluarkan
alahai fenin aku dengan umar nie

kalau jumpa make up
memang hancusssssss
asyik la nak membeli lipstick dan bedak compact

bagus jugak umairah nie
suka jadi reporter tak bertauliah untuk ibu dia
cayang anak ibu

Friday, March 9, 2012

Farewell Party Untuk En.Zul

 hari nie waktu lunch kami tak keluar pun
sebab sudah diberitahu akan buat majlis kecil-kecilan untuk En.Zul
en.zul ialah marketing manager di GSC nie
jadi aku sempat menjadi rakan sekerja selama setahun jea (mengikut tarikh aku masuk ke gsc)
untuk menilai perwatakan en.zul nie
emmmm entah la
sebab en.zul serious orangnya
tapi kalau kalau mood dia ok banyak cakap jugak
di ofis nie dia di kenali sebagai ZK
aku plak ZH hahahahhaha

hari nie last day en.zul bekerja di sini
jadi pihak logistik dan member branch sg.buloh arrangekan party nie
khas untuk en.zul 
menu yang dihidangkan
yummy sedapnya
nasi kandaq line clear

 papadom
burung puyoh goreng
telor ikan masak kari
yummyyy sedap
tapi makan separuh jea
nasi dia macam nak makan 3 orang
perghhhh kenyang tak ingat dunia

 souvenir dari kami semua khas untuk en.zul
harap suka dan dihargai

 punch card untuk last day
bye bye

 zayuna
bila tengok gambar nie
hehehhehe tak sangka plak ada orang tumpang sekaki bergambar
cute jea

 dari kiri : syikin, hanis dan anna
cian anis lepas nie takder boss lagi
harap-harap lepas nie HR Dept akan cepat-cepat replace baru untuk bos marketing
emmm ada saper-saper nak kerja di sini
ada kekosongan nie

 sebelum makan
kita posing dahulu

 antara staff-staff GSC yang sempat turun petang sebelum balik
orang dari payroll dept takder pun

 lucu dengan gambar nie
tak tahu apa yang membuatkan aku dan syikin ketawa tak ingat dunia
eheh

posing gaya bebas
macam-macam telatah
sweet jea

note : untuk En.Zul
good luck menjadi GM di tempat baru
cha yok cha yok

thanks Hanis dengan semua gambar di atas
kak ena cilok dari FB hang
mmuahhhh

Mestos Yoghurt Yummyyyy

skang nie mestos yoghurt adalah kudapan aku 
sambil membuat kerja
sedap tau
saper-saper yang suka makan yoghurt pasti akan suka mestos
perisa yang baru nie

aku mula ketagih dengan mentos nie
selepas diberikan oleh syikin
lepas rasa macam nak lagi..nak lagi..nak lagi dan lagi lagi
jadi malu la kan beb
baik beli sendiri
makan la bila tekak tu nak makan
lagi plak aku suka laks dengan design botol men tos nie
cantik

bila lihat botol nie
aku pasti teringat pada BFF aku shumie
sebab kawan aku nie suka collect boto-botol yang unik dan cantik
betul tak shumie :D
bila kita nak jumpa
rindu la kat ko

korang dah rasa ker
try la pasti tak menghampakan korang

Thursday, March 8, 2012

Tempahan : Thanks Kakak dan Adik

rezeki yang tak putus-putus 
Alhamdulillah
tempahan kek birthday untuk si kembar
kek choc dengan buttercream
dihiasi dengan choc oreo dan choc m&m

ulasan dari si kembar : sedap la kak long :D

Wednesday, March 7, 2012

Sudah Berani


last week balik ke Sijangkang
memang umar demam dan batuk
tapi bila masa aku nak bagi makan ubat
umar terus duduk depan aku
dan sudah nganga mulut sendii

wah perkembangan bagus nie
sebab umar memang takut nak makan ubat
sebijik macam umairah ketika kecil dahulu

umar nie kalau makan ubat
masyaAllah memang susah gila
babahnya kena pegang kepala dan kaki
aku plak akan picit hidung 
pastu picitkan ubat masuk ke mulut
tu belum lagi ubat tu dikeluarkan semula
memang seksa betul nak bagi ubat pada umar nie
skang nie syukur senang dan mudah

dah jadi hero anak ibu nie
good boy :D

Monday, March 5, 2012

Rumahku Banjir

 selepas ambil Lini di rumahnya
terus pergi ke the store
sebab nak beli tudung
perjalanan balik ke rumah
Ya Allah sungguh menakutkan
sebab hujan punya la lebat gila
di tambah plak dengan kilat kuat berdentum
aku bawak kereta pun slow jea

sampai area rumah
jalan memang tak nampak la
jalan dipenuhi dengan air bah
parking jea depan rumah tengok sekeliling rumah air dah tinggi
masuk tengok mak dan nasir tengah halang air dari masuk ke rumah
halang dengan tampal kain di dpintu dapur
tapi air tetap masuk jugak
jadi dapur rumah kami di genangi air
tapi tak tinggi sangat la air dapat masuk
sebab kepantasan mak aku duduk depan pintu

pemandangan di luar rumah
dipenuhi dengan air
bau pun yerkkkk

Lini berusaha keras lap lantai
sambil perah
perghhhh penat gila la
kami siap mengemas semual di bahagian dapur dekat pukol 10pm
pastu bersiap-siap plak buat kuih
sebab nak hantar kuih tempahan
jadi pada malam tu aku memang tak tidor

siap semuanya pukul 6am
terus siap-siap untuk keluar
sebab aku AJK pendaftaran
kena datang awal untuk tugas aku

jadi bila aku dapat msg dari orang tu
tak dapat datang sebab banjir
aku memang rasa upsad sangat
ialah rumah aku pun banjir
tak tidor malam pun
jadi kenapa aku boleh fikirkan tanggungjawab aku tu
kenapa.........kenapa.......
hanya orang tersebut boleh menjawabnya huhuhuhuhu

GSC's Annul Shooting - 2012

sabtu lepas tiba jua harinya
acara tahunan ofis aku
pertandinagn menembak antara pengawal keselamatan
aku dan member yang lain menjadi AJK
pukul 6.30am terpaksa keluar awal
sebab aku AJK bahagian Pendaftaran
tu pun sudah dikira lambat sampai
sebab ramai guard yang telah beratur panjang untuk berdaftar
cian hanis tapi nasib baik la wan ada
boleh la menolong hanis
kami sampai telah menyelamatkan keadaan - chewwahhhh :p

setelah siap pendaftaran
baru berkesempatan nak snap-snap gambar
eheheh
perasan tak aku punya tudung dengan syikin sama
eheh hari jumaat tu sebelum balik kami singgah dahulu pergi the store
semata-mata nak beli tudung
dan yang pasti nak sama eheh
jadi yang lain jangan jeles kami sedondon eheh

 di meja perangkaan
di meja nie setelah meja hadapan  mengira lubang peluru di kertas papan target
akan diserahkan kepada kami
untuk mengira keseluruhan target yang kena
dan dimasukkan ke dalam jadual
jadi meja kami menentukan siapkah pemenagnya

 bersama dengan staff raikon - Pn.Azlina
selalu tanya dia payment sudah ready ke belum eheh

 amboi-amboi siti
panjangnya muncung ko
ko nak kiss siapa tu eheh
gadis-gadis bertudung merah
red it's hot

 tak dapat pegang senapang dan pistol
dapat pakai pendakap telinga pun jadi la
last year ramai yang bergambar engan alat senjata
dan kena teguran
jadi tahun nie masing-masing hanya melihat sahaja la
takut beb kena panggil nanti

 bersama dengan Mr.Yeow Chee Kong
siap tanya lagi siapa girl yang selalu call dia tanya payment eheh
biasa la bila kita jadi Ah Long nie
nama memang popular skit hahahahahha

hadiah yang dimiliki pada mereka yang menang
cantik kan
tak dapat snap gambar jea pun jadi la

bye bye bye
tahun depan berjumpa lagi :D
apa-apa pun memang enjoy

Dapat Ole-Ole Dari Member Ofis

hari nie memang malass eebnarnya nak masuk ke ofis
sebab rasa macam tak sihat jea
umar dan umairah dah batuk
jadi takut berjangkit jea

masuk ofis syikin pun tak sihat jugak
memang nampak pucat gila la muka dia
waktu lunch pergi the store
selera tekak nak makan western food laks
jadi makan la nasi black pepper
sedap
sebab nafsu takder hari nie ... malas nak ambik gambar

kerja pun menimbun-nimbun atas meja nie
malas nak buat nanti lagi menimbun laks
nak taknak kena la jugak buat

pagi nie baru dapat print baper RM sem nie kena bayar yuran
emmmm guna duit kwsp jea kot
nak guna duit sendiri alamatnya sesak la tak sampai hujung bulan huhuhuhu

petang nak balik nie
tetiba baru terpancar kecerian
member ofis bagi ole-ole
thanks sebab ingat member di sini
jadi senyum berseri-seri la aku di waktu untuk balik kerja


taraaaaa dapat gelang tangan mutiara
warna pun cantik - warna peace
cantik tak :D

syikin laks dapat gelang tangan - warna putih
apa-apa pun thanks lain kali kalau pergi bercuat-ingat la kami di sini eheh

Melawat Tapak Menembak

 hari jumaat yang lepas
selepas waktu lunch kami staff GSC kena pegi ke kawasan menembak
untuk menolong apa-apa yang patut
memandangkan aku berpakain baju kurung
jadi waktu lunch aku balik ke rumah untuk memakai pakaian yang sesuai
sebab dengar citer tempatnya penuh dengan lalang dan berlecak sedikit
jadi baik pakai casual
dan pakai kasut - takut kena pacat sebenarnya ehhehehehe

sampai tempat di tuju
kawasannya sudah dibersihkan
khemah tengah didirikan dan ada yang tengah menyapu rumput kering
untuk di bakar
bersih la tempatnya
jadi tak risau dengan kehadiran pacat :p

 sebenarnya tak banyak kerja yang nak di buat pun
lebih kepada tenaga lelaki
jadi kami yang perempuan nie hanya buat kerja yang ringan-ringa sahaja
hias khemas dan hias meja
susun-susun kerusi
tu jea eheh
peluh pun tak keluar sangat :p

 gambar bukti la nie
tengah menstapler pada sisi meja pendaftaran

 kami bertiga dari Finance Dept
sabri tak takder sebab dia memang ambil cuti
terbang ke ............
sebab tu la dapat ole-ole dari dia :p

 hah asal lak ada jerat di dalam blog aku nie erk
sebenarnya tempat lapang sasar nie bersebelahan dengan jerat cina
datang pagi-pagi naik gak bulu roma
nak ke toilet pun sebelah jea jerat cina nie
kena ajak berteman nak ke toilet
aku siap tahan lagi
takuttttttttt

 tepat pukol 5.30pm
cepat jea kami bertiga cabut
nak-nak hujan rintik
masuk jea dalam kereta
terus hujan mencurah-curah turun
fuhhhh selamat kami cepat blah
kalau tidak pasti terkandas di lapang sasar

peace dari aku

enjoy 
tetiba teringin plak nak angkat senjata esok
macam mana boleh tak
eheh

Thursday, March 1, 2012

Beli Barang Yang Sama Setiap Bulan Tapi..

 malam tadi selepas jea solat magrib
terus siap-siap untuk keluar
biasala setiap awal bulan
pasti fixed expenses yang ada perlu dilangsaikan
ajak mak ikut sekali..taknak plak
cakap badan tak sihat sangat
jadi yang keluarnya hanya kami 4 beranak jea

tempat di tuju sudah pasti la kota damansara D'Strand
sebab semua bank ada di sini
lepas bayar semula bil
masuk ke Giant kota d'sara
nak beli ke mydin macam malas jea
beli barang seperti biasa - barang untuk umar dan umairah sebenarnya
pampers dan susu
tapi time bayar kena RM385.00
biasanya kalau beli barang-barang nie dalam RM200 lebih jea
macam tak caya jea

tu la lain kali beli jea di tempat biasa yang selalu kita beli barang
jangan nak try tempat baru
tu la padahnya
puting susu di giant utk 3 nipple -RM5.99
di Mydin hanya -RM4.99
beza seringgit tu
yang lain-lain tu tak payah la aku tulis kat sini
tak pasal-pasal kena saman laks
korang bandingkan sendiri la harganya

wajah terbaru umar
budak botam bam bam eheh
macam mana comel tak hahahahhaa
nampak nakal kan

 nie kes umairah tak dapat nak apa yang dia mahukan
duduk atas lantai pastu buat drama
geram betul la
tak puas naik kereta control - mengamuk
aku buat dekkk jea
buat saja-saja jalan ke depan
baru la bangun dan follow aku dari belakang
tahu pun takut kena tinggal
tu belum lagi buat drama air mata berguling-guling
geram tau - malu kat orang jea aku pujuk baik-baik
kalau kat rumah emmmm tau la aku buat apa
aku nie garang tau

korang dengan anak korang wat per dengan situasi nie...

 hilang nangisnya
nak minta plak toys yang ada di situ
bukan aku taknak belikan
masalahnya toys nie kat luar murah jea
bukan tak pernah belikan pun
belikan nanti belum sampai di rumah pun
dalam kereta jea benda alah tu dah dirosakkan
baik tak payah layan permintaan umaiah nie

dah cebik time tu
tapi aku pujuk masuk kedai gegirls
ajak beli getah rambut
nampak getah rambut dan clip rambut hello kitty
terus hilang rajuknya

sebelum keluar dari pintu besar
pasti umairah nak bergambar dengan kereta Mr.Bean
suka sangat dengan Mr.Bean dan Keretanya nie
umairah cakap comel hehehehhe

bila shopping nie la setiap kali akan berlaku
dengan kerenah anak-anak yang tak ikut kemahuan
menangis pastu siap buat drma lagi kat situ
macam mana la suara aku volume tak jadi tinggi
bila menjerit boleh pecah la tingkap gelas semua hahahahahha
tu yang aku malas nak berjalan ke mana-mana
nak hadapi dengan karenah anak-anak
penat beb
tu belum lagi dalam kereta
umairah dan umar bergaduh
bertambah pening kepala aku

korang macam mana laks
pening macam aku jugak ker

Umar Si Budak Botak

 petang semalam
sayang sampai jea rumah
sayang ajak keluar nak potong rambut
bila sayang sudah cakap macam tu
memang boleh agak la nak potong rambut siapa
sudah pasti la si umar bam bam nie
umar nie kalau rambut sudah panjang skit rimas aku tengok
sikit-sikit nak gari kepala
macam ada kutu jea eheh
lagi satu kalau panas, umar cepat berpeluh
jadi lagi la serabai rambut umar
baik potong botak macam mawi - senang

umar dan babahnya


 di kedai rambut
tengah tunggu turn untuk dibotakkan
nasib baik la budak berdua nie tak buat perangai sangat
duduk diam jea

memula sayang botak dahulu
pastu baru la giliran umar
ialah senangkan
nanti kalau umar dibotakkan dahulu kelam kabut plak 
umar nie kalau dibotakkan memang meraung tak ingat dunia
takut betul dia dengan mesin ketam rambut tu
sampai tersedu sedan la bila menangis

bila dah siap botak
memang terserlah wajah nakal umar eheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha