NuffnangX

Tuesday, October 30, 2012

Cerita Raya Haji Kami

Raya Haji kami sambut bersederhana sahaja
malam raya sibuk mengemas rumah
pagi raya baru memasak juadah untuk di santap

ada pelbagai menu yang menggiurkan 
pilih sahaja apa yang mahu untuk di makan
ada lemang
ketupat
rendang ayam
rendang daging + paru
nasi goreng

lupakan diet
makan sahaja apa yang ada
taknak nanti menyesal tak merasa
nak-nak mak yang masak
memang menyesal la kalau tak makan kan
air tangan terbaik di dunia
sudah semestinya air tangan seorang ibu

buat agar-agar cendol
memang sedap - mak yang buat

puding jagung
memang terbaik la
semuanya terasa
untuk di bawak balik ke Sijangkang dan Melaka

Choc moist untuk di bawak balik ke Sijangkang dan Melaka jugak
ada kenduri
sahaja buat untuk bagi pada tuan rumah

laksa jiran sebelah rumah bagi
memang sedap
tapi sampai ke petang
perut memang full house
kenyang tak ingat dunia

cerita raya haji kami makan..makan dan makan

malamnya selepas magrib
kami empat beranak bergerak balik ke Sijangkang
rumah mertua
perjalanan sangat la tenang
tak jem ialah semua orang sudah balik ke kampung halaman masing-masingkan
berbaju raya kami balik ke kampung
amboi macam la jauh sangat kamgpung tu hehehehehhee

umairah dan umar
kepenatan sepanjang hari bermain sahaja
dalam kereta sudah mamai nak tidor
tapi kami tak bagi budak berdua nie tidor eheh


umairah dan babahnya

perjalanan balik ke Sijangkang
hujan turun dengan lebatnya
jadi drive kereta memang slow
pukul 9 lebih baru sampai
kedatangan kami di sambut dengan suara hiruk pikuk anak buah sayang
memang meriah...

cerita raya korang macam mana...

0 kata-kata indah:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha