NuffnangX

Monday, July 16, 2012

Ruginya Sampai Lambat..Sawah Padi

petang semalam selepas siap membuat kuih tart
duduk termenung depan tv
nak pergi ker tidak..taknak pergi..nak pergi..
kalau ada bunga di tangan confim sehelai demi sehelai kelopak bunga aku cabut eheh
sebab nak cari jawapan nak pergi ataupun tidak
tanya sayang
sayang cakap ikut la
emmmm kalau tanya orang lelaki nie
memang jawapan yang sebegini la akan di terima

baca msg member
cakap dah siap simpankan makanan untuk aku
jadi pergi jea la
sebab tuan rumah dah mengharap kita datang kan

siap-siap semuanya
terus bergerak ke Tanjung Karang
ikut hiway Latar
sekejap sahaja sudah sampai
hp memang tak renggang dari tangan la
sekejap-sekejap msg minah tu tanya direction ke rumah dia

lepas jea hambatan kuala selangor
aku macam dah cuak skit sebab tak pernah sampai lagi selepas kuala selangor
jumpa jea traffic light bernumber
terus call minah tu

senang jugak
sebab minah tu dah tunggu tepi jalan
follow jea la dari belakang
emmmm suami isteri nie berbaju belang
hah jangan suami jadi hidung belang sudah la hehehehehhe

kami sampai masa tu dah dekat pukul 8mlm
nampak kawasan sekeliling antara nampak dengan tidak sahaja
wahhhhhhhhhh sukanya datang sini
sebab rumah minah nie dikelilingi oleh sawah padi
memang best
kalau datang waktu siang mesti boleh nampak keindahan sawah padi
emmmm ruginya

kedatangan kami memang di tunggu eheh
banyak jugak lauk pauk yanh dihidangkan
ada rendang ayam, lontong, kuah kacang, laksa dan agar-agar
perghhh memang aku makan bersungguh-sungguh la
sebab tengahari tak makan langsung
sambil-sambil tu borak dengan mak dan ayah si syikin
memang peramah family syikin nie

umar dan umairah memang tak usah cerita la
ada geng terus lupakan mak bapak
mak aku plak bila bercerita bab bunga nie
terus jea topik memanjang dengan mak syikin
nak balik ker tidak mak aku nie :p

InsyaAllah aklau umur panjang
sampai lagi la kami ke sini
tak sabar nak harung sawah padi
kalau buat outdoor photo shoot mesti cantik kan

gambar sawah padi yang aku cilok dari google :


hah nie la syikin
rumahnya aku terjah
family dia buat jamuan sempena kedatangan bulan ramadhan akan datang

lupa nak bawak camera
tu yang tak snap-snap
kalau bawak mau semua ceruk aku nak ambil gambar hehehehehhe

terima kasih dengan layanan mesra
raya nanti kita berjumpa lagi yea
InsyaAllah

2 kata-kata indah:

Zie Madini said...

psstt...zie teringin nak masuk dlm sawah pagi taw. so far zie tak pernah. hehehehehe

Ya ALiya said...

Sikit je lg nk sampai umah ya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha